SHAHRIZAT BAKAL KETUA WANITA

on Friday, November 21

1. AKHIRNYA pandangan penulis bahawa Shahrizat sepatutnya bertanding Ketua Wanita telah disahut oleh beliau.http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/11/shahrizat-sepatutnya-lawan-rafidah.html

2. Positifnya ialah ahli dan rakyat akan melihat suburnya Demokrasi dalam UMNO bukannya seperti DAP di mana Lim Kit Siang and the son and the family yang run parti itu bersama-sama dengan Karpal Singh and the son.

3. Begitu juga dengan PKR, DS Anwar Ibrahim and the son and wife yang run parti itu. Dalam PKR jangan haraplah orang lain ganti DS Anwar sebagai Pemimpin Defacto dan DS Dr. Wan Azizah sebagai Presiden.

4. Jika Shahrizat menang , dia orang kedua selepas Dr Siti Zaharah menewarkan The Iron Lady Malaysia. Jika tewas, maka perjalanan politiknya akan sukar kecuali Rafidah berjiwa macam Pak Lah, walaupun Shahrizat tewas di Lembah Pantai, Pak Lah tetap melantik Shahrizat sebagai Penasihat Hal-Ehwal Wanita Kementerian.

5. Yang senang hati di sini ialah Datuk Kamilia, menang tanpa bertanding. Penulis yakin, rakyat menyimpan hasrat yang besar kepadanya untuk membuat perubahan.

Masalah di mata penyokong PAS ialah jika wanita itu tidak menutup aurat maka ditolak mentah. Penulis pun bersetuju kerana Hukum agama Islam memang Mewajibkan menutup aurat. Namun, hanya Allah SWT memberi hidayahNYA. Kita berusaha sahaja.

Di sudut lain, jika ahli PAS itu bertudung pun tapi perangai macam bla bla bla susah juga kan... mengumpat, mengata, memfitnah...ne kerja sebahagian wanita PAS ne..tak percaya, cuba duduk dengar dalam kumpulan mereka. Bila berucap..Alhamdulillah, Subhanallah, Astagfirullah...lepas tu...faham-faham sendirilah..

Apapun ini kritikan sahaja, itu hak mereka dengan Allah SWT. Cuma, ialah perkara ini macam tidak merge...ciri-ciri Islam PAS banyak di luaran sahaja. Dr Wan Azizah sendiri memakai sarung tangan bila bersalam dengan Pak Lah...dengan orang lain tak pula. DS Anwar Ibrahim semasa ABIM haram menyentuh bukan Muhrim..la ne...sapa-sapa pun boleh hatta Teresa Kok pun tak apa. Menghalalkan cara.

5. Ramalan penulis ialah, Shahrizat akan menang. Sebabnya rakyat mahukan perubahan. Jika UMNO tak berubah terutama dari segi Kepimpinannya, dalam PRU13 rakyat di atas pagar akan bertanya semula...tak da ubah pun, sama je.. Inilah isunya, bukan soal Rafidah tidak baik. Soalnya rakyat mahu melihat UMNO berubah.

6. Ahli UMNO kena ingat, kalau mengharapkan ahli UMNO sahaja undi UMNO, UMNO dah lama tersungkur. Yang banyak membantu UMNO ialah rakyat yang di atas pagar ini. Dalam PRU12 mereka menyeberang ke Pakatan Rakyat kerana diberikan 1001 macam janji manis. Itu saja rahsia kemenangan PR...Janji Manis.

5 Komen:

Mahyudin said...

Keputusan bijak yang dibuat Shahrizat iaitu bertanding jawatan Ketua Wanita UMNO menentang Rafidah. Ini membolehkan Kamilia menang tanpa bertanding untuk jawatan Naib Ketua Wanita UMNO... Congratulation!!!

suka_aman said...

saya percaya Shahrizat boleh memang dalam merebut jawatan ketua wanita UMNO.sokongan pun semakin hari semakin banyak yang dia terima.

putera_selayar said...

katanya dah bekhidmad jak jaman TAR lahni dah jadi nenek (moyang
mun dah jadi nenek (moyang) tu bagi lah Shahrijat ngan Kamilia buat kerja urus wanita utk pru 13
org dah jadi cam paklah pilah pencen dok diam je jgn parahkan lagi perancangan utk menang pru13
go..go..go SHAHRIZAT/KAMILIA ...TAHNIAH anda bakal ketua

Pok Nik Klate said...

DS Rafidah Aziz mungkin merupakan individu yang paling bercelaru pemikirannya dalam beberapa hari yang lepas. Saya berkata begitu kerana Rafidah langsung tidak menampakkan kewarasan dan kecerdikannya selama ini dalam menangani isu peralihan kuasa Wanita UMNO. Beliau terusa-terusan memberi alasan rhetorik mengapa beliau perlu berpegang kpd pelan peralihan kuasa yg asal.

Kak Rafidah..Tolonglah berfikiran waras barang seketika tatkala perubahan telan mulai menampakkan sinar dalam UMNO. Besar sangat kah pengorbanan Rafidah utk menarik diri dari pertandingan ketua wanita UMNO jika berbanding dgn pengorbanan DS Abdullah Badawi mempercepatkan peralihan kuasa dari Jun 2010kpd Mac 2009? Apakan rasionalnya Rafidah masih mahu menjadi ketua wanita selama 3 bulan selepas mac 2009 kemudian menyerahkan kpd Shahrizat pd Jun 2009? Melainkan kita berfikir apa "ada udang disebalik batu" dlm perancangan Rafidah utk terus menjadi ketua wanita selama 3 bulan??

Tolonglah Rafidah..apa yang anda masih harapkan?? Jawatan Menteri?? Maaflah berkata..kalau dalam pentadbiran Pak Lah pun anda tiada tempat maka apatah lagi dalam pentadbiran Najib nanti?? Rata2 kita lihat yg dah jadi dinausour dlm UMNO perlu berundur dan in termasuklah Rafidah. Janganlah rhetorik wahai Rafidah..hanya kerana 117 pencalonan diperolehi.. anda perlu berpihak di bumi yang nyata. Undurlah secara hormat anda akan lebih dikenang daripada anda kecundang dan akan tercatat bahawa anda adalah seorang ketua wanita yg ditewaskan.. Ingatlah pemimpin yg baik ialah pemimpin yg berhenti dgn kehendak hati sendiri dan bukannya DIPAKSA turun..itu sangat memalukan dan menyakitkan hati..

Anonymous said...

Serupa je kedua-duanya. Ingkar perintah Allah - TUTUP AURAT!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan