SHAHRIZAT SEPATUTNYA LAWAN RAFIDAH

on Wednesday, November 12

1. Tan Sri Rafidah Aziz merupakan Ketua Wanita paling lama,sudah menikmati pelbagai jawatan dalam kerajaan,soalnya Rafidah sudah menetapkan Jun 2009 sebagai tarikh peralihan kuasanya. Sudah tentu ada sebab Rafidah meletakkan Jun 2009, bukan Mac 2009.

2. Penulis melihat langkah Shahrizat mendesak peralihan kuasa dipercepatkan sebagai kurang bijak. Berbeza dengan DS Najib, yang mendesak Pak Lah turun diketuai oleh TS Muhyidin Yassin, bukannya Najib.

3. Datuk Kamaliah sudah menyatakan pendiriannya akan terus bertanding jawatan Naib Ketua Wanita kerana sudah layak.Jika Kamaliah menang menewaskan Shahrizat, pertama kali dalam sejarah UMNO, Ketua Wanitanya bertudung penuh! Ia menjadi satu kekuatan kepadanya, apatah lagi Kamaliah berazam mahu menunjukkan kepada rakyat( umat Islam ) bahawa Islam tiada masalah diperjuangkan dalam UMNO.

4. Yang tersepit di sini Shahrizat. Desakannya kepada Rafidah ditolak dan dari riak wajahnya Shahrizat jelas kecewa.Mempercepatkan peralihan kuasa telah ditolak, jika Shahrizat kalah politiknya akan berkubur, di Lembah Pantai sendiri beliau boleh kalah.

5. Sepatutnya Shahrizat bersabar menunggu Jun 2009, mengambil jalan selamat seperti DS Najib. Shahrizat jelas tergopoh-gapah.Penasihatnya kurang tepat.

6, Cadangan penulis ialah,dalam keadaan sekarang ini Shahrizat harus melawan Rafidah juga, kerana dia sudah terlajak langkah. Jika tidak, Rafidah akan menang tanpa bertanding, dan jika Shahrizat tewas kepada Kamaliah, apakah Shahrizat mahu ini berlaku? Isu hanya tinggal 3 bulan selepas Mac 2009 tidak penting dalam politik, dalam politik ialah siapa cepat dia menang.Maknanya Shahrizat harus berani menanggung risiko.

7. Kalau Shahrizat menang lawan Rafidah, dia akan menjadi lebih kuat dan menang bermaruah.

Penulis tidak menyebelahi mana-mana mereka kerana semua mereka ahli UMNO, bagi penulis Shahrizat sekarang sebenarnya berdepan 2 halangan iaitu Rafidah dan Kamaliah.
Dalam kedudukan sekarang, lebih baik Shahrizat lawan, bukankah pencalonannya pun separuh daripada Rafidah.

Inilah masanya melihat Demokrasi subur dalam UMNO, membiarkan perwakilan menurunkan undi keramat mereka.

4 Komen:

TAIPINGMALI said...

hukum politik ialah; Shahrizat kena lawan Rafidah.

Rafidah teringin nak jadi menteri kabinet bawah Najib.

Jika berlaku dia kata saya tak jadi lepas jawatan dan akan pertahankan selama-lamanya.

Biar berkerusi roda akan tetap menjadi Ketua Wanita sampai nyanyuk

Sameon said...

Saya setuju...Saya sokong jika Shahrizat lawan Rafidah.. Bukan lawan apa pun, bukan lawan tarik-tarik rambut, tapi lawan secara sihat untuk rebut jawatan ketua Wanita UMNO...

youth attack said...

shahrizat mesti tengah pening kepala sekarang ni.kalau dia mara kehadapan,dia kena lawan Rafidah.kalau dia undur kebelakang,dia kena lawan Kamilia.peluang pulak 50/50 dan tak pasti boleh menang.

tapi kalau Shahrizat jenis hardcore rasanya dia akan ambil keputusan untuk lawan Rafidah sebab dah alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

tapi kalau Kamilia tiba-tiba berlembut dan sudi menerima pelan peralihan,maka Shahrizat boleh menarik nafas lega sedikit sebab jalan untuk dia jadi ketua dah terbuka sedikit.cuma yang tinggal adalah bagi Rafidah memberi laluan kepada Shahrizat untuk memegang wanita UMNO.

suka_aman said...

shahrizat sedang dalam keadaan tersepit sekarang.jika Kamilia tetap bertegas mahu bertanding,maka terpaksa la shahrizt bertanding.untuk jawatan presiden pula jika jawatan tersebut dipertandingkan maka dia terpaksa berlawan dengan Rafidah.

shahrizat boleh samada menang atau kalah dalam mempertahankan kerusi naib ketua atau bertanding sebagai ketua.

jalan selamat buat Shahrizat ialah jika pelan diteruskan seperti biasa dan Kamilia akur pada pelan tersebut.

tetapi sekarang ni wanita UMNO Sabah pula sudah bersuara menentang pelan peralihan kuasa!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan