TANPA ANWAR PUN ...

on Wednesday, November 19

1. DS Najib Tun Razak yang akan mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada Mac 2009 membuktikan kepada rakyat yang berdiri di atas pagar bahawa tanpa Anwar pun kerajaan boleh turunkan harga minyak lebih tinggi daripada congakan Anwar ( 50 sen sahaja ).

2. Tanpa Anwar, kerajaan membuktikan tiada masalah untuk mempakejkan semula dan menurunkan bayaran tol di lebuh raya Malaysia. Ini sebagai permulaan, penulis pun berharap kerajaan berunding semula dengan syarikat konsesi tol supaya "adjust' lagi cara dan masa penurunan tol tersebut, supaya ' win-win situation' boleh dinikmati oleh rakyat dan syarikat konsesi.

3. Tanpa Anwar pun, kerajaan BN masih boleh memberikan pinjaman untuk rakyat memulakan bisnes mereka walaupun Bank telah blacklist. Dato Noh Omar yang memegang MARA telah memberi jaminan, pinjaman boleh diberikan kerana sebab2 mereka muflis dan blacklist mesti ada sebab2nya yang munasabah, barangkali disebabkan keadaan ekonomi, barangkali pembekal dan harga barang meningkat mendadak,barngkali kurang pengalaman, kena tipu, dsbnya, maka kerajaan memberi peuang kedua.

Bukanlah macam Kerajaan Kebajikan DS Anwar di Selangor, Sewa rumah orang Miskin dinaikkan daripada RM120 kepada RM240...

Apa kata DS Anwar berucap macam isu harga minyak tu...." kalau saya jadi PM , esok saya akan turuuuuuuuuuuuuunnnnkan sewa rumah orang miskin "....la ne naik pula?

4. Tanpa Anwar, penulis tidak hairan jika esok harga minyak turun lagi kepada RM1.62 seliter sebagaimana kata pakar ekonomi yang memberikan harga yang paling ideal buat masa ini. Berbanding Anwar, adakah Anwar berani berjanji menurunkan harga minyak ke paras RM0.60 seliter seperti di Venezuela. Penulis sangsi, sedangkan sewa rumah orang miskin pun dinaikkan!

5. Maka, rakyat sudah lihat bagaimana DS Anwar, MB Guthrie dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya begitu berkelam-kabut mengumpul itu dan ini sebelum mereka tersungkur pada PRU13.

6. Apa cerita isu penipuan tanah dan hutan yang diterokai oleh exco/kerajaan MB Guthrie yang dihigtlightkan oleh TV3 tu...berani kah mereka bawa TV3 ke mahkamah?
Penulis tersenyum apabila bertemu pegawai kerajaan negeri MB Guthrie tu..katanya kepada stafnya...tu lah, undilah lagi PKR, sekarang tengoklah pembohongan dan penipuan mereka...

Bagi penulis , kita serahkan kepada rakyat jelata menjatuhkan hukuman mandatori pada PRU 13 nanti.

Di Kedah, pemimpin UMNO Kedah kena berbuat sesuatu kerana khabarnya MB Kedah, Ustaz Azizan sangat baik kepada orang-orang UMNO ! MB Kedah tak kesah pun kalau DAP nak keluar Pakatan Rakyat.

9 Komen:

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

1. Syukur Alhamdulillah tanpa Anwar kerajaan boleh turunkan harga minyak lebih tinggi melebihi 50 sen. 50 sen Anwar pada harga minyak USD140 per tong. Jika pada harga USD60 setong tentu Anwar tak mampu nak turunkan harga macam yang dilakukan sekarang.

2. Pakej penjimatan tol yang menarik dan bijak berjaya dihasilkann oleh kerajaan. Dicadangkan waktu kerja kakitangan kerajaan di tukar mulai jam 12.00 malam. Semoga tindakan ini dapat diselaraskan dengan sektor swasta. Dengan cara ini pakej bijak ini dapat dimanafaat oleh semua.
Pemikirian logik dengan pemikiran kreatif mungkin berbeza.
Kita fikirlah bersama.

Q33NY said...

Anwar kata dia boleh turunkan sebanyak 50 sen.setakat ni rasanya dah turun sebanyak 50sen.so what say u Anwar?

kenapa harga sewa rumah orang Miskin dinaikkan kepada rm240?apa rasional dan justifikasi kepada kenaikan tersebut?.kata hendakkan ringankan beban rakyat.

kalau semua benda dah ok nampaknya Anwar akan mati kutu dah tak tahu apa pulak yang dia hendak buruk-burukkan tentang kerajaan.

mimpi916 said...

Perlu diingatkan.. anwar mahu turunkan harga minyak dengan memberi subsidi RM 0.50 sen + RM 0.30 sen (RM0.30 sen adalah subsidi yang diberikan oleh kerajaan)..

Sekarang ni keajaan menurunkan harga minyak ke tahap RM 1.90 seliter dengan hanya RM 0.30 sen subsidi.

Maknanya.. Kerajaan tidak perlu suntik lebihan subsidi untuk turunkan kepada harga asal.

Anwar bukan pakar ekonomi..

mantanPkrKualaLangat said...

anwar pakar retorik terbaik dunia,menyampah, penipu...

Man@Min said...

Halaaa... Gelilah mak dengar nama Anwar tu.. Tak kuasa mak! Dia cakap macam dia baguih sangat. Padahal, dia punya flip flop lagi teruk.. La ni Alhamdulillah harga minyak dah turun lima kali sejak dinaikkan 70 sen dulu... Bila dah turun ni eloklah kita manfaatkan penggunaannya. Tapi bab tol tu mak tak berapa suka la nyah! Pasai apa diskaun tengah malam? Berap orang ja lalu highway tengah-tengah malam.. Harap pihak PLUS dan kerajaan kaji balik perkara ni noo. La ni pembangkang dok usha apa yang kerajaan buat. Bila silap sikit jenuh la hampa. Depa nu kutuk kaw-kaw. Maklumlah pembangkang....

Anonymous said...

Hm...Tanpa Anwar minyak boleh naik mendadak...Tanpa anwar CPI rasuah tetap sama, Tanpa Anwar Barang boleh naik, Tanpa Anwar beras boleh kadang kadang tak da...Semua yang dimaksudkan adalah tanpa anwar dalam kerajaan...maka, tak kesahlah tanpa anwar pun minyak turun...Yg saya nak kata nih, Anwar tu ada dalam kontek yang berbeza..Maka itu pembelian burung besi boleh ditangguhkan, minyak juga bleh dipetimbangkan untuk diturunkan semula, shabery ada peluang untuk berdebat, Rakyat ada saluran untuk melihat seolah olah ada kuasa pengimbang...Tidaklah jadi macam US, kuasa uni dalam dunia...Lihatlah apa jadi pada dunia sekarang...Saya hargai Anwar, walaupun saya belum tentu sokong dia...Saya beterima kasih pada Pak Lah dan Najib, Kerana menerima sesuatu perkara seadanya...Kata orang pelan Anwar hampas, pelan Najib bernas...Pada saya setelah pelan hampas dibentang maka lahir pelan bernas..Maka kedua2 nya bagi saya menjadi bernas...sekian..Dan satu lagi, saya hargai setiap tulisan penulis..teruskan usaha anda...Kalau saya tak hargai, takkan saya kasi komen..

Sedingin Salju said...

Itulah dia tukang karut yang terhebat.

Pok Nik Klate said...

Bagi saya Anwar Ibrahim telah boleh kita istiharkan sbg barang "warisan" spt mana bandar George Town dan Melaka. Maka Anwar bolehlah kita masukkan dalam lipatan sejarah sbg manusia yg pernah mengharu birukan pentadbiran dan ekonomi negara. Beliau juga sbg manusia yang sanggup menjadi petualang negara demi mengejar sebuah impian..Percayalah Anwar.. rakyat malaysia secara majoriti tidak menerima Anwar yg "rhetorik" utk memimpin mreka..

Jadi apa lagi yg Anwar akan lakukan? Rest in Peace Anwar!!! Anda hanya layak bercakap tetapi anda tidak layak memimpin Malaysia. Adios..

Hujan di Bandar Kota Bharu
Menceritakan kesedihan tindak tanduk Anwar Ibrahim

Sedingin Salju said...

Ya, itu kata encik. Tapi, macammana nak sedarkan mereka yang begitu taksub pada di DSAI ni?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan