TENGKU RAZALIEGH MENTERI KEWANGAN?

on Monday, November 3

1. DS NAJIB telahpun menjadi Presiden UMNO secara politiknya, hanya proses teknuikal sahaja perlu dilaksanakan pada Mac, 2009. Pak Lah telah membuktikan kemurnian hatinya. Di pihak lain, bilakah pula YB DS Anwar hendak mengambilalih Presiden PKR? atau menunggu masa untuk menyerati BN?

2.MCA & GERAKAN sudah selesai memilih kepimpinan parti mereka, dan dijangka akan mencadangkan nama2 baru dalam rombakan kabinet akan datang. Penulis melihat, MIC berlaku tidak bijak apabila menunda proses pemilihan parti mereka.

3. Beberapa nama baru dijangka akan menghiasi semula Kabinet baru Malaysia pasca-Najib. Tengku Razaliegh yang pernah ditabalkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh World Bank, disebut-sebut akan menyertai kabinet tersebut sebagai Menteri Kewangan.

4. Seorang lagi tokoh Kelantan, iaitu Datuk Ibrahim Ali dijangka akan menyertai semula UMNO selepas DS Najib secara rasmi menjadi PM. Datuk Ibrahim Ali sudahpun menyatakan pendiriannya tidak lama dulu, bahawa dia akan menyertai sama ada UMNO atau PAS, tetapi bukannya PKR. Penulis diberitahu Datuk Ibrahim Ali akan turut dilantik sebagai Menteri Penuh.

5. Sama ada YB Zulkifli menyertai BN semasa atau sebelum DS Najib menjadi PM akan diketahui tidak lama lagi, sebagai satu ' give and take' dalam kes petisyen Kulim/Bandar Baharu.

6. Bagaimana pula kedudukan Anwar? Persoalan Anwar tidak berminat menjadi Presiden PKR menimbulkan kemusykilan di kalangan rakan-rakannya dalam PR ( Anwar membiarkan isterinya terus menjadi Presiden PKR ). Apakah yang ditunggu sebenarnya oleh Anwar?
Apakah kemasukan YB Zulkifli ke dalam BN kelak sebagai satu 'eksperimen' oleh Anwar.

7a. Penulis dimaklumkan, kem DAP & PAS sudah mula mencurigai Anwar apabila YB Zulkifli yang yang bersuara lantang di Parlimen dan di Utusan Malaysia, dikatakan sebagai arahan Anwar.

7b. Kemarahan PAS dilihat dalam bentuk bantahan Hj Hadi Awang terhadap pelantikan Bos PKNS oleh MB Guthrie. Hj. Hadi tegas menyatakan sepatutnya Bos PKNS dipilih dari kalangan Muslim dan Melayu.

3 Komen:

tangansotong said...

Pakatan Rakyat memang semakin pudar dan hilang semangat perjuangan mereka. Komponen-komponennya dah mula tidak kesefahaman. Sering bercanggah pandangan dan pendapat. Isu perlantikan bos PKNS juga bertentangan antara PAS dan PKR. Di mana letaknya kekuatan Pakatan Rakyat yang kononnya boleh menerajui negara yang berbilang bangsa ini?...

PEJUANG MELAYU said...

aku setuju dgn artikel ini ..Tg razaleigh sesuai menjadi Menteri Kewangan dan dia calon terbaik .

cuma Pak Ibrahim ali masuk UMNO bgus la tp menteri tu belum sesuai dan layak lg .Dia sesuai menjadi org penting Parlimen spt Bung dan Aziz Sri Gading ok la .

Aku ramal juga kalau zaman Pak lah ,dia lepas Anwar dari jail @ neraka tetapi zaman Najib dia membawa rakan lamanya pulang ke UMNO ..pasti UMNO kuat dan Melayu bersatu kembali ..

TAIPINGMALI said...

UMNO sebuah parti yang sentiasa mengalu-alukan kemasukan ahli baru. Ingat lihat Nik Aiz, Hadi Awang dan pengikut mereka menyertai UMNO.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan