WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

on Monday, November 17

1. Kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, penulis sampaikan Wasiat Raja-Raja Melayu dibuat pada 31 Ogos 1957. Barangkali DS Anwar Ibrahim dah lupa akannya, juga menyebabkan orang-orang Melayu dalam PR lupa akannya, maka inilah penulis sampaikan supaya kita sama-sama beringat akan tanah ini Tanah Melayu.

2. KAMI WASIATKAN KEPADA ZURIAT KETURUNAN KAMI 7 PERKARA YANG MANA JIKA KAMU BERSATU-PADU DAN BERPEGANG TEGUH KEPADANYA SELAMA ITULAH KAMU AKAN SELAMAT SEJAHTERA:-

2.1 Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

2.2 Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan, selain gunung-ganang , tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain!.

2.3 Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

2.4 Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

2.5 Kami tetapkan ISLAM ialah agama rasmi Persekutuan.

2.6 Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU (BUKAN BAHASA MALAYSIA).

2.7 Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU & KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

3. Semoga dengan sedikit ingatan di atas, orang-orang Melayu perlu menolak terus perjuangan Anwar untuk mengubah negara ini menjadi Malaysia Baru, Republik Malaysia, Ketuanan Rakyat, Menghapuskan DEB, memperjuangkan Kesamarataan, dan pelbagai dasar Anwar yang menyokong ke arah menghapuskan survival bangsa Melayu di negara ini.

4. Anwar perlu ingat negara ini ada sejarah dan tradisinya. Benar kita demokrasi, tetapi demokrasi kita ada sejarahnya, ada tradisinya, ada Islamnya, kalau Demokrasi Ala-Barat ya memang bebas-sebebasnya...nak berbogel depan jalan raya pun tak apa macam di sesetengah kawasan di Amerika macam di Little Rock atas nama Demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia.

10 Komen:

Topengperak_Xinwugi said...

wasiat terakhir rasulullah s.a.w.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. (Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih) Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur an dan Sunnahku.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba-hambaMu.

“Pada hari ini, telah Aku sempurnakan bagimu Agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu untukmu, dan Aku redha Islam menjadi agamamu”. (Al-Maidah-3)Ayat Terakhir yang diwahyukan Allah SWT ke atas Baginda Rasulullah SAW tidak lama selepas Khutbah Wida'

antihusamerdogans said...

wasiat Rasulullah memang tiada siapa boleh nafikan lain lah kalau anwar and the gengnya yang dah terperangkap dgn dapnya

wasiat Raja2 mcm Wasiat org tua kita, ko jaga adik ko baik2 na, bagi mengaji, blajar sampai tamat, jgn lupa solat, dll.

wasiat raja2 tu pentig dalam konteks tanah air kita,

Topengperak_Xinwugi said...

jadi yang mana yang perlu didahulukan?

wasiat raja-raja atau wasiat Rasulullah?

Samsudin said...

Salam semua...
Dalam hal sebegini, wasiat Rasulullah yang patut diutamakan kerana ia adalah wasiat keramat untuk kita semua. Ia wajib untuk kita ikuti. Janganlah sesekali kita tinggalkan wasiat ini... Wasiat Raja-raja Melayu juga penting untuk mentadbir negara. Kedua-dua wasiat ini ada bezanya di mana wasiat Rasulullah SAW adalah untuk sekalian umat manusia, manakala wasiat Raja-raja hanya di dalam skop kecil untuk pentadbiran Malaysia supaya Melayu Islam mengekalkan tradisisejak wasiat dikeluarkan...

Sedingin Salju said...

harap orang melayu dapat bersatu. Tewaskan pengkhianat bangsa ini.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

2.1 Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
- Siapa kah yang gagal mempepertahankan nama keramat ini sehingga di tukar menjadi Malaysia.

2.2 Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan, selain gunung-ganang , tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain!.
- Selama 51 tahun siapakah yang gagal mempertahankan hak ini...


2.6 Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU (BUKAN BAHASA MALAYSIA)
- Siapa kah yang gagal mempertahankan hak ini selama ini sehingga Bahasa Melayu diturunkan mertabatnya
Kita fikirlah sendiri..

Anonymous said...

sy sedikit setuju dengan Ahmad Zolfi..Entah ape2 entah yang hendak sangat di pertikaikan..soal raja melayu, saya tidak bantah..soal parti politik, biarlah mereka saling dengan perjuangan mereka..pernahkah Raja melayu wasiatkan supaya ada ISA.?. tetapkan supaya kekalkan DEB,.?.pembangkang tidak boleh suarakan perjuangn mereka dan sebagainya.?.

Bagi saya,Itu semua ikut suka hati parti tu lah yang hendak membuat suatu yg terbaik pada perkiraan mereka. Lagi2 PR..mereka bukan ada kuasa pun nak jadikan Bahasa Melayu yang dahulunya, tiba2 sekarang jadi Bahasa Malaysia..Mereka cuma cakap je, yang melakukan itu lah yg wajar dinasihati..

Tp semuanya terpulang lah pada rakyat, ini kan demokrasi..Kalaupun demokrasi ada had dalam kontek malaysia, Tp apa yang saya lihat apa yang dimaksudkan bukan had demokrasi tapi lebih kepada hak...

Kalau nak cerita tentang hak,bila pembangkang memerintah baru lah kita utarakan bahawa agenda mereka nak bawakan adalah bertentangan, maka itu perlu diubah..

Skarang ni, mana yang memerintah.?.Saya nasihatkan penulis menasihati mereka yg ada kuasa untuk mengubah(kalaulah perkara hendak diubah ada yg bertentangan)...Tak usah nak kata ini dan kata itu kemudian menyeru rakyat menilai...Kecuali lah kalau nak memulakan kempen PRU 13..

Saya tak sokong mana2..Cuma sy terkilan pada sesiapa yang taksub, mana2 parti pun..TQ..

sopie5229 said...

mcm nilah.....bg sya sumer 2 x penting.....yg penting kite jalankan hukum hudud n qisas iaitu hukum daripada Allah swt...kerana hukum dari Allah inilah yg akan mengurangkan segala maksiat n jenanyah.cube pikir logik x kalu kesalahan mencuri hukum potong tangan?bg saya logik! kerana jikalau ada diantara kamu yg dipotong tangan d depan khalayak umum,pastinya tiada yg brani mencurikerana takut akan kehilangan anggota tubuhnyer.....
begitu juga yg menbuat maksiat.....
d rejam sampai mati n disula..... hukuman Allah nie bg saya patut dijalankan di malaysia ini.....
selain mencegah dari jenayah dan maksiat berleluasa ia juga membuatkan sesebuah negara itu mendapat keredhaan Allah swt.....
ADAKAH ADA DIANTARA ANDA YG SETUJU NGAN KOMEN SAYA INI??? tepuk dada tanyalah selera.....kata-kat Allah jgan dipermaenkan......
TAKBIR.....ALLAHUAKBAR!!!
XdemokrasiX

antiPAS said...

Ale Soppie, PAS ne mulut je berani cakap, bila hukum Islam dihina diam aje tan bernai, arak kat Selangor pun PAS tak mampu atasi...PAS kat mulut je berani, bila Islam dicabar, hukum Islam dicabar kat mulut je berani, tindakan hamper...ne lah PAS cakap tak serupa bikin,,, bila DAP hina Islam tunduk diam aje...tak dapek nak menulung...

fivezarl faizal said...

PAS sudah memerintah kelantan sejak sekian lama.. kenapa tidak ada pun hukum hudud dilaksanakan?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan