ZAMBOANGA = JAMBOANGA = JAMBANGAN BUNGA

on Tuesday, November 11

1. BARU-baru ini penulis bertemu seorang pengkaji sejarah dan perlembagaan . Ketika dia bertugas di Sabah awal tahun 1970an, dia telah mengkaji pulau-pulau Sipadan, Mabul, Ligitan dan selatan Mindanao.

2. Menurut kajiannya, wilayah nusantara Melayu yang meliputi selatan Filipina berasal dari dua beradik asal Keturunan Kesultanan Melayu Johor. Akibat perebutan takhta di satu kawasan di Johor sekitar tahun 1500an, dua beradik ini dihalau oleh saudara kandungnya ke Kepulauan Borneo ( mereka bertapak di kepulauan Sulu.

3. Maka lahirlah Kesultanan Sulu ( Kesultanan Al-Kiram ) yang pernah menguasai sebahagian pantai timur Sabah.Kemdian, keturunan Raja-Raja Sulu berpecah ke Indonesia, Tanah Melayu, Kepulauan Sulu dan Borneo.

Ada diwasiatkan bahawa sekiranya musim menuai telur-telur penyu di kepulauan Sulu, Mindanao, Sipadan, Ligitan, Mabul waris-waris kesultanan ini boleh memungut hasilnya tanpa dihalang.

4.Perkataan Palawan, Zamboanga di selatan Filipina sendiri berasal dari perkataan Jamboangan, asalnya Jambangan Bunga. Jambangan Bunga ini dibawa oleh keturunan anak-anak Raja Johor. Misteri ini masih penulis kaji.

5. Maka jika ada pihak yang masih mempersoalkan Ketuanan Melayu ini di Nusantara Melayu ( geopolitik dan sosioeknomi wilayah nusantara Melayu ) seperti halnya Anwar, Karpal, Lim Kit Siang dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya , maka mereka ini perlu mengadap Raja-Raja Melayu untuk melihat Salasilah Raja-Raja Melayu.

Penulis sangat yakin Anwar tidak membaca habis Sulalatus Salatin, Bustanus Salatin, As-Sultan Al-Banjari, Tuhfat An-Nafis, dan karya-karya agung bangsa kita yang terdahulu. Jika Anwar sudah membacanya , tidak mungkin Anwar akan memperjuangkan Ketuanan Rakyat, Hapuskan DEB,Malaysia Baru, memperjuangkan Malaysian Malaysia dan seumpamanya.

Jika Anwar mempersoalkan Ransangan Ekonomi RM7Billion untuk membantu bumiputera/Melayu kebayakannya, apakah Anwar buta negara CHina merangsang ekonominya dengan memberikan Pakej Ransangan hampir RM400 Billion.

Lee Kuan Yew melalui anaknya HSLoong mengatakan Tidak Mungkin Orang Melayu menjadi PM Singapura! Jangankan Perdana Menteri, Menteri pun tak boleh!

3 Komen:

Sedingin Salju said...

Nusantara memang milik melayu. Tiada siapa yang boleh nafikan.

Anonymous said...

milik melayu..asyik-asyik milik melayu...betulkan fakta anda dik..salah tu,saya penduduk sabah, asal keturunan bangsa saya dari mindanao(suku maranao tapi di sabah di panggil irranun)...mindanao tiada kaitan dengan johor.

berbalik kritikan anda pada DSAI...Kenapa asyik nampak DSAI hapuskan DEB tapi tak nampak Najib dan UMNO hapuskan DEB. Bukanakah baru je keluar dkt Utusan yg Najib nak hapus DEB. Balik-balik isu ni...saya percaya mana-mana melayu yg nak hapus DEB takkah hapuskan hak bangsa melayu sendiri. Sekarang ni pun DEB dah hapus dah..yang tak hapus hajk-hak kroni mereka je.. tapi pelik korang pekak badak..nampak satu pihak je yang satu lagi tak nampak.

Saya bumi dari Sabah..tapi yang saya nampak melayu ni kata je nak perjuang bangsa tapi korang sendiri juga yang perlekehkan Bahasa dan Adat istiadat korang. Tengok je majoriti melayu sekarang. Ini hasil parti mana?

Sedingin Salju said...

Oh gitu. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. kenapa gunakan anonymous bila nak bangkang? Adakah hang tu takut depa tau sapa hang? kalau hang mai dari Sabah, awat boh anonymous? Bohlah i d hang tu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan