GURU-GURU BAHASA MELAYU

on Tuesday, December 30

1. Guru adalah pekerjaan paling mulia, tiada siapa bisa menafikannya.Noktah.

2. Baru-baru ini ketika penulis sedang melihat Prototaip MPV Proton dan MPV Perodua yang akan dilancarkan suku tahun 2009 agaknya, penulis terserempak seorang guru dari England yang mengajar di International Scholl di Kuala Lumpur.

3. Dia nak membeli Cash ProtonSatria, wah.. banyak duit, bila tengok gajinya RM18,000 sebulan wang Malaysia.

4. Di KL beberapa rakan penulis yang mengajar Bahasa Melayu mampu mendapat pendapatan mencecah RM10,000-RM20,000 sebulan hasil duit tuisyen.Hampir mengatasi gaji PM Malaysia. Belum dicampur gaju sebenar sekitar RM3,000 dan RM5,000 ke atas.

5. Mereka mampu membeli rumah besar, kereta besar, memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak, menunaikan Umrah dan Haji, melancong setiap tahun ke luar negara. Inilah dikatakan rezeki Allah S.W.T di bumi Malaysia.

6. Maka setiap guru di Malaysia sebenarnya sangat beruntung berbanding rakan guru mereka di Indonesia, Vietname, malah di China.

7. Cuma penulis ingin mencadangkan supaya diadakan Pertukaran guru diantara Sabah/Sarawak dengan Semenanjung Tanah Melayu bagi yang berminat.

8. Di Semenanjung Tanah Melayu, guru-guru menikmati banyak peluang/pendedahan yang jarang dinikmati oleh guru-guru di Sabah/Sarawak.

9. Antaranya pengalaman menjadi Pemeriksa Kertas Soalan, Panel Membuat Soalan, Panel Penulis Buku-buku Rujukan, Penulis Buku Teks, Kursus Pemarkahan, Kursus membina item dan lain-lain.

10. Maka penulis ingin mencadangkan supaya YB-YB Sabah bersatu hati dan memohon supaya post Menteri Pelajaran atau Timbalan Menteri Pelajaran hendaklah diberi kepada Sabah. Sarawak sudah menikmatinya.

11. UPKO telah berjaya dalam perjuangannya mengenai isu KP tidak lama dulu, apabila seorang pegawai tinggi telah diberikan kepada mereka.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri

BAR COUNCIL TO POLITICS

on Tuesday, December 23

1. WHAT you think, that the Bar Council is a morally corrupt body, made obvious when it has not taken any action to dismiss the notorious VK Lingam as member.

2. Imagine, they now want the goverment to consider Judges to be appointed from among the lawyers. No sense of shame absolutely whatsoever.

3. Dan juga, Jeyakuar cuba memberi alasan dalam menghalalkan penggunaan kanak-kanak dalam demostrasi Jerit, walaupun dia tahu Undang-Undang Negara dan juga Antarabangsa termasuklah Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung kanak-kanak sangat jelas.

4. Kenyataannya pula, bahawa dia mempunyai ramai peguam untuk membelanya hanya membuktikan betapa Bar Council dan Undang-Undang dipulasnya dan diputarbelitgunakan sepenuhnya untuk menghalalkan perbuatannya.

5. Persoalannya, bolehkah mereka ini diharapkan menjaga semua kaum dengan Adil kalau begitu?

TANDA-TANDA

on Sunday, December 21

1. ANTARA negeri yang penulis sangat suka ialah Negeri Terengganu Darul Iman. Jika kita ke Kg. Losong, kita boleh menikmati keropok lekor yang segar dan enak.

2. Pilihanraya Kecil Parlimen K. Terengganu menyaksikan calon BN, Senator Datuk Wan Farid akan berlawan dengan calon Pakatan Rakyat yang masih belum diumumkan sehingga hari ini.

3. Amat pelik kali ini, kerana biasanya pihak pembangkang akan lebih awal menamakan calonnya berbanding calon BN.

4. Umum mengetahui Pergolakan dan Perebutan kuasa antara Team Ulama( Diketuai oleh TG Hj Hadi/Dato Mustapha/dll) VS Team Erdogan (Diketuai Husam Erdogan/Kamaruddin J/ dll bekas orang kuat Anwar) sedang berlaku dalam PAS).

5. Team ErdOgan yang selalu menggunakan TG Nik Aziz untuk menghalang suara Team Dato Mustapha Ali telah menyebut supaya dikekalkan orang luar Mat Sabu sebagai calon Pakatan Rakyat.

6. Tinjauan penulis ketika di Permatang Pauh dengan di Kuala Terengganu ini nampak sangat jauh berbeza situasinya.

7. Jika Harakah meletakkan markah 50-50, penulis secara peribadi meletakkan 60-40.

' OFF RECORD ' BELUM DIJELASKAN

on Wednesday, December 17

1. BEBERAPA peristiwa tidak dijelaskan lagi. Antaranya ketika Dr Ling Liong Sik ( Tun ) mempengerusikan Mesyuarat MT Tertiggi BN (1988) , di mana kedudukan Dr. Mahathir ( Tun ) ketika itu. Apakah benar Dr. Mahathir tidak dibenarkan masuk mesyuarat kerana parti UMNO Baru belum didaftarkan? Adakah benar Dr. Ling Liong Sik ketika itu memangku Pengerusi BN dan pemangku PM?

2. Begitu juga pertemuan Dr. Mahathir dengan TG Nik Aziz menjelang persaraannya pada tahun 2003? Apakah benar ada hadiah istimewa diberikan?Persefahaman pemimpin-pemimpin tertinggi seperti ini tidak dihightlightkan sehingga pendokong kedua-dua parti di peringkat grassroote bercakaran.

3. Begitu juga pertemuan Ulama-Ulama PAS dengan Pemimpin Tertinggi UMNO selepas PRU12 untuk menghalang kemaraan DAP. Ia masih dirahsiakan butir-butirnya? Apa perjanjiannya? Kedua-dua phak masih merahsiakannya. Penulis percaya Dato Mustapha Ali Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Dato Dr. Khir Toyo boleh menjelaskannya!

4. Penulis sedang mengatur pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir dalam masa terdekat untuk merungkaikan beberapa peristiwa yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat, tetapi amat penting didedahkan. Pertemuan ini juga akan membncangkan buku baru penulis.

5. Dalam surat jawapan Tun Dr. Mahathir kepada penulis tidak lama dulu, Tun menasihatkan penulis supaya bersabar, tidak putus asa dan yakin dalam perjuangan.

6. Harapan penulis ialah, apabila DS Najib mengambilalih kepimpinan negara, beliau dapat menyatukan orang Melayu sebagaimana ayahandanya.

AGENDA KHAS

on Tuesday, December 16

1. DI Semenanjung Tanah Melayu di mana-mana kita pergi akan sangat mudah untuk bersolat. Di semua Hentian Lebuhraya, di semua pasaraya Giant, Carefore, Tesco semuanya disediakan Surau untuk kemudahan bersolat.

2. Penulis terkenang Masjid di dalam Pasaraya Kotaraya di Johor Bahru, ketika penulis masih belajar di JB ( 95-97 ), di situlah di tengah-tengah pasaraya di tingkat satu dan di ruang bawah diadakan Solat Jumaat.

3. Begitu juga jika kita berkesempatan ke Masjidil Haram kota Makkah , di celah-celah hotel lama masih ada musallah/ surau kecil untuk peniaga beribadah.

4. Di Singapura masjidnya serupa jugalah dengan di Malaysia, perbezaannya hanya azan hanya di dalam majid saja, tidak dibenar corongnya menghadap keluar kerana kononnya mengganggu orang lain.

5. Di negara kita, penulis teringat dalam satu mesyuarat penduduk di sebuah petempatan di KL baru-baru ini. Pengerusi Surau seorang guru memanggil mesyuarat dengan hanya satu Agenda: iaitu Larangan corong pembesar suara digunakan kerana azan mengganggu lena orang di situ.

6. Yang membawa usul itu Pengerusi Penduduk ahli PKR, penulis membantah permintaan kerana hal-ehwal agama Islam tiada hak orang bukan Islam melarang. Dia memberitahu dia didesak kerana semua AJK penduduk bukan Islam kecuali dia seorang saja.

7. Seorang ahli Tabligh juga tidak bersetuju kerana maksud tersirat azan itu sungguh besar makna dan tujuannya dalam Islam, bukan saja-saja melaungkannya.

8. Seorang jemaah PAS juga bersetuju dengan penulis supaya diteruskan azan walau apa pun.

9. Malangnya, beberapa hari kemudian sehinggalah ke hari ini pembesar suara sudah tidak digunakan lagi. Alasan Pengerusi penduduk yg juga ahli PKR itu ialah orang Bukan Islam juga membayar yuran penyelenggaraan , maka dia juga ada hak ke atas bangunan surau dan air yang digunakan.

10. Inilah perkara yg perlu kita perbaiki. bagaimana idea anda?

KETUA MENTERI SABAH

on Sunday, December 14

1. Kali terakhir Penulis ke Pulau Pangkor pada tahun 2003. Ketika mewakili Labuan di Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan. Terbaru, minggu lepas penulis berkunjung semula.

2. Sungguh banyak pembaharuan, jeti kayu bertukar konkrit, feri kayu terbuka bertukar feri moden dan banyak lagilah.

3. Sepanjang perjalanan 3 jam dari KL, penulis menikmati 2 perkara sebelum Jun 2008,. Ketika itu kereta hanya menggunakan satu lorong kerana lebuhraya PLUS dinaiktaraf dan harga minyak naik mencecah RM2.78 seliter.

4. Kali ini, penulis menikmati 3 lorong yang lebar dan luas, serta harga minyak RM1.90 seliter. Jika sebelumnya minyak penuh Innova berharga RM120.00 kini hanya RM70.00 sahaja.

5. Dalam perjalan penulis terfikir, mengapakah tidak ada cadangan supaya dibina Lebuhraya 6 lorong di Sabah bukannya 2 lorong. Jika perlu diswastakan seperti di Semenanjung Malaysia tidak mengapalah kerana di Sarawak juga sudah ada Tol tetapi rakyatnya menikmati Lebuhraya yang lebih baik.

6. Semakin kita maju, dimana-manapun harga kemajuan semakin tinggi. Jika ada pihak menjanjikan bermacam-macam janji yang molek-molek macam MB Guhtrie di Selangor, ia adalah mustahil. Sedangkan sewa Rumah Rakyat Miskin daripada RM120.00 dipaksanaikkan kepada RM240.00.

7. Maka itu, penulis ingin membuka idea kepada YB-YB di Sabah supaya mencadangkan kepada Kerajaan supaya dibina Lebuhraya 6 lorong di Sabah. Jika terpaksa membayar Tol, ia boleh dipakejkan kepada tahap mampu bayar rakyat.

8. Jika penulis jadi Ketua Menteri Sabah, perkara pertama penulis usahakan ialah membina Lebuhraya 6 lorong di Sabah, supaya kita juga di Sabah akan mendapat kemudahan yang serupa dengan di Semenanjung Tanah Melayu.

AGEN ASING

on Tuesday, December 9

1. Satu perkara yang menarik disebut oleh bekas Presiden US Bill Clinton di KL minggu ini berkaitan dia bertemu ramai orang Palestin yang kaya raya di Amerika, Ecuador dan lain-lain tempat, tetapi miskin di tanah air sendiri.

2. Bill Clinton jelas menyalahkan Palestin dan umat Islam kerana mempertahankan tanah air mereka daripada penjajahan Israel, dan kerana perbezaan Yahudi dengan Islam.

3. Bagi kita Umat Islam, pandangan Bill Clinton tidak boleh dipakai, walaupun dia membaca tafsiran Al-Quran, namun ia digunakan untuk membenarkan ideanya= menyalahkan umat Islam dan Palestin.

4. Jika kita peka, kaitan dalam negara menunjukan umat Islam dan Orang Melayu bukan saja sedang diperlekehkan, malah oleh agen asing seperti Bill Clinton.

5. Bill Clinton membawa idea perkongsian, kesamarataan, menyalahkan kemunduran umat Islam disebabkan mereka Muslim, yang Bill Clinton lupa ialah konsep demokrasi dan kesamarataan boleh diamalkan di negara ini.

6. Di USA, mereka berjaya memencilkan orang Red Indian, di Australia orang Asli diketepikan, di Afrika bertahun-tahun orang kulit hitam ditindas, di Arab mereka halau penduduk Palestin, di Singapura mereka sukarkan orang Melayu dengan konsep Merit, di Penang proses Singaporeanisation sedang berjalan.

7. Maka salahkah orang Melayu dan umat Islam merasa risau akan masa depan mereka di tanah air ini? Jika orang Melayu dihalau kemana mereka nak pergi berbanding yang lain?

Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri

PENAFIAN & MAKLUMAN

on Tuesday, December 2

1. PADA mulanya penulis dimaklumkan beberapa bulan lalu ada komen/komentar Jentayu di dalam blog-blog yang lain. Minggu lepas penulis dimaklumkan ada lagi pihak tertentu menggunakan nama Jentayu dalam slot Pesanan Ringkas/Komentar/Komen/dsbnya. Dua hari lepas memang benar rupanya kerana penulis terjumpa dalam dua tiga blog.

2. Penulis ingin memaklumkan ia bukan daripada penulis kerana penulis tidak pernah memberi komentar/komen/pesanan ringkas/dsbnya dalam blog-blog yang kecuali dalam blog rakan-rakan penulis yang penulis akan memaklumkan kepadanya melalui sms.

3. Jika mana-mana Blogger terjumpa penggunaan nama Jentayu mohon dirujuk dahulu kepada penulis untuk pengesahan, almaklum dalam penulisan siber ini perkara-perkara seumpama ini sangat mudah berlaku.

Namun penulis sedar nama Jentayu bukan hak mutlak penulis, ia boleh digunakan oleh orang lain.

4. Jika ada pandangan penulis tidak dipersetujui oleh pembaca, itu tidak mengapa kerana memanglah itu lumrah berbeza pendapat dan kecenderungan.

5. Yang penting perjuangan menegakkan agama Islam /mempertahankan keistimewaan orang Melayu/ juga hak bangsa lain dalam perlembagaan diteruskan.

KENAPA MALAYSIA TIDAK BOLEH

on

1. CADANGAN Datuk Mukhriz Mahathir, MP Jerlun ke arah menggantikan pendidikan berbeza aliran sekarang kepada Sekolah satu sistem sangat menarik. Profesor Khoo Kay Kim mengulas sebagai cadangan yang sangat baik dan menyamai cadangan Penyata Razak dan Jawatankuasa Barnes 1951.

2. Penulis berpendapat cadangan ini perlu difikirkan kerana isu-isu perkauman yang sering dibicarakan baik oleh mana-mana parti dalam kerajaan dan pembangkang nampaknya tiada kata putus. Masing-masing parti yang mewakili kaum masing-masing ingin menjadi juara kaum masing-masing.

3. Tanpa merosakkan perlembagaan yang ada, maka barangkali idea sekolah satu sistem sebagaimana di Singapura boleh digunakan. Kalau di Singapura tidak ada Sekolah Jenis Kebangsaan, maka mengapa di Malaysia tidak boleh dilaksanakan.

4. Hak-hak dan Keistimewaan kaum masing-masing yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan boleh dijadikan asas , kepada perbincangan dengan parti-parti lain. Seperti kata tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad , semua ini memerlukan keazaman politik yang kuat.

5. Dalam hal ini, penulis jangka masalah besar ialah daripada parti DAP, dan juga MCA, GERAKAN yang pastinya akan mempertahankan sekolah-sekolah jenis kebangsaan kaum mereka. Inilah masalah besarnya.

6. Mungkin pembaca ada idea yang bernas.

7. Penulis melihat jika Sistem Perbankan Islam boleh diterima oleh orang bukan Islam, maka sudah pasti ada jalan Sekolah satu sistem direalisasikan.

PAS SABAH

on Monday, December 1

1. TERLEBIH dahulu marilah kita sedekahkah surah Al-Fatihah kepada allahyarham Datu Bandira Datu Alang , bekas Pesuruhjaya PAS Sabah. Alfatihah.

2. Penulis mengenali allahyarham sebagai seorang pegawai tinggi di FELDA Tawau hampir 20 tahun dahulu. Ketika itu, beliau juga aktif dengan penulis bersama-sama dalam Badan Bahsa Sabah ( BAHASA ). Kami sempat menganjurkan Perkampungan Sasterawan 1992 di Tawau yang turut dihadiri Saterawan-Sasterawan Negara sepati Dato' A Samad Ismail, Anwar Ridhwan dllnya.

3. Allahyarham turut bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau ketika itu ( 1991 ) tetapi tidak berjaya. Pada masa itu, penulis turut membantunya.

4. Kemudian allahyaham bertukar ke Kota Kinabalu antaranya menjawat Pengarah SAFMA Sabah jika tidak silap.

4. Kemudian allahyarham berhenti dan membuka bisnes sendiri dan menyertai PAS, jawatan terakhirnya sebagai YDP PAS Sabah di samping pernah bertanding pilihanraya.

5. Baru-baru ini penulis, bertemu isteri dan anak-anaknya di Perlis, alhamdulillah semua mereka sihat dan kuat menerima qada dan qadar Ilahi.

6. Apa yang boleh dihightlightkan dalam perjuangan alahyarham ketika dalam UMNO ialah membantu anak-anak Sabah menyertai FELDA, tidak menggunakan wang semasa berkempen, mengajak orang di sekelilingnya supaya meningkatkan ilmu pengetahuan, dan meningkatkan taraf sastera Sabah . Antara bukunya yang sempat diterbitkan ialah mengenai asal-usul suku Iranun di Sabah.

7. Walaupun allahyarham menyerati PAS kami tetap berhubung dan terus membincangkan isu-isu semasa. Tidak pernah keluar dari mulut allahyarham mencaci, mencarut, memaki hamun macam ahli-ahli PAS abad baru ini, sebagaimana ahli PAS yang bertopengkan anoninus dalam komen-komen dalam blog ini. Jauh sekali akhlaknya dengan TPJ PAS Sabah dalam komentarnya sebelum ini.

7a. Itulah allahyarham Datu Bandira Datu Alang, mantan Pesuruhjaya PAS SABAH dan mantan pengasas UMNO Sabah Tawau.ALFATIHAH, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Bakal Diterbitkan

Yayasan Pendidikan Islam

Buku Tun Mahathir

Pengunjung