KEMBALIKAN KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU

on Wednesday, December 3

1. PENULIS berpendapat YB Lim Kit Siang memberi tafsiran yang salah apabila mentafsirkan Ketuanan Melayu sebagai orang Melayu tuan orang Cina hamba. Perkara ini tidak tepat, namun penulis faham motif Lim Kit Siang ialah untuk menunjukkan kepada orang-orang Cina bahawa dia mempertahankan mereka. Dalam politik ia menguntungkan Lim Kit Siang.

2. Kesannya ialah kepada orang Melayu. Orang bukan Melayu akan melihat orang Melayu sebagai racist. Orang bukan Melayu akan menuduh orang Melayu sebagai perkauman.

3. Maka bangunlah seluruh pejuang Melayu mempertahankan hak-hak keistimewaan mereka. Sebab itulah selepas sahaja PRU12, DAP terutamanya berusaha menukar dan menggantikan apa sahaja dasar supaya dasar itu dilihat sebagai sama rata dan atas nama keadilan.

4. DAP berusaha menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU12, namun Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Perak menjadi penghalang. Maka dasar-dasar DAP itu dipaksakan kepada MB perak yang ada sekarang.

5. Persoalannya, jika pada PRU13 nanti mereka mempunyai majoriti melebihi UMNO dan PAS, bolehkah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Meneteri diberikan kepada pemimpin bukan Melayu? Mereka sudah membandingkan dengan Barrack Obama? Tetapi mereka tidak melihat sudah beratus tahun Amerika Merdeka, dan baru berapa tahun Malaysia pula merdeka?

6. Penulis berpendapat, kekebalan Raja-Raja Melayu sebagai benteng terakhir di negara ini mesti dikembalikan, jika tidak kebarangkalian perkara 5 di atas berlaku adalah 50-50.

7. Pada penulis tiada sesiapa yg rasis dalam hal ini, kerana setiap hari kita berurusan dengan ketiga-tiga kaum terbesar ini, kehidupan masih harmonis, masing-masing saling bergantungan.

8. DAP jelas tidak ikhlas , walaupun higtlightkan Malaysian Malaysia, semua orang sama rata, semua orang bayar cukai, semua orang mesti adil dsbnya...apabila dicadangkan Sekolah Satu Sistem...adakah mereka akan bersetuju tiada sekolah jenis macam di Singapura?.

Maknanya sangat mudah, mereka sebenarnya nak hakis kekuatan orang Melayu, umat Islam, Sekolah Kebangsaan, bahasa Melayu dsbnya supaya Malaysia ini menjadi Singapura. Itulah impian mereka. Bacalah surat khabar cina-DAP dan terjemahkan kepada bahasa Melayu...anda akan tahu rahsianya.

8 Komen:

Samsudin said...

Itulah masalahnya. Penyokong-penyokong PKR ramai yang membuta tuli menyokong Anwar dan PKR. Bila mereka sokong PKR, automatik mereka menyokong DAP juga. Anwar tu dah kena beli dengan DAP kot. Masih tak sedar-sedar agenda sebenar DAP... Tak dapat bayang apa jadi jika Pakatan Rakyat memerintah...Ketika itu raja-raja Melayu dah tiada kuasa. Hanya duduk di istana tanpa boleh campur tangan dalam Perlembagaan. Perlembagaan akan dipinda sesuka hati...Nauzubillah...

Cucu Tok Selampit said...

Tuan,

Untuk para 5., perkara ini hanya akan terjadi sekiranya masyarakat bukan Melayu mempunyai kuasa 2/3 yang boleh mengubah perlembagaan. Sekiranya tidak, mereka memerlukan ahli parlimen melayu untuk mengubah perlembagaan. Perlembagaan sekarang sudah memadai untuk melindungi hak-hak orang Islam dan melayu.

Untuk para 6., saya amat tidak bersetuju. Dengan mengembalikan kuasa imuniti raja-raja melayu, mereka berhak melakukan apa sahaja termasuk membunuh orang dan tidak akan dikenakan apa-apa tindakan melalui undang-undang. kekebalan imuniti ini seharusnya terbatas. Saya bersyukur kerana Tun telah berusaha untuk menghapuskan imuniti ini. Sultan dan raja juga manusia biasa.

lintahbertulang said...

Dapatkah kita bayangkan jika Raja-raja Melayu hilang kuasa jika Pakatan Rakyat perintah negara? Mereka akan buat sesuka hati kerana Raja -raja sudah tidak ada kuasa untuk pertahankan Melayu...

blogger said...

mengembalikan kuasa Raja-raja hanyalah agenda politik PKR semata-mata untuk mendapat sokongan dan kuasa bagi merealisasikan planning Anwar yang dah beberapa kali tak menjadi.

Lim Kit Siang dan beberapa pemimpin bukan Melayu lain cuba untuk jadi "hero" bagi kaum mereka kerana mahukan sokongan.mereka membuatkan seolah-olah "ketuanan Melayu" sebagai satu benda yang "jijik".bila masa pulak kaum bukan Melayu jadi hamba kepada orang Melayu?tengok lah dengan mata sendiri siapa yang jadi boss dalam banyak syarikat di Malaysia?.boss bukan Melayu lebih ramai dari yang melayu.

tapi orang Melayu dan bumiputera perlu "keluar dari kotak" dan jangan jadi pemalas.nak bercakap soal politik dan kesamaan dan bersuara apabila bangsa dan agama dicabar tapi seorang mat rempit pun tak guna juga.

hati kecil berkata... said...

"At the PKR Congress recently, the leaders of PKR says that they want to restore the Immunity of the Royal Family. I think it has got something to do with winning the heart and mines of the Royal Family in pursuit of power and position. It has nothing to do on what is the best interest of the people. Politicians on both sides of the fence always say something that is popular at an appropriate time. This is their greatest survival skill. I shall not dwell too much into this issue since I have done so in my previous article.

Anwar also mentions that he wants to bring back BM as the medium of instruction in the teaching of Maths/Science. Again he is talking about something that is politically popular but not necessary right for the nation. For a lot things said and done by Anwar, I think this is the probably the worst thing that he has ever said in the recent times. Anwar must start talking about what is right for Malaysia and not what is correct to win votes all the time."

-diambil dari sini.

Sedingin Salju said...

Memang boleh kembalikan kekebalan raja tapi bukan 100%. Ada sesetengah bahagian itu boleh dikembalikan.

bekas anak murid said...

lawa diseign baru, why buang pesanan ringkas, elok nak hubungi,buatlah semula

Anonymous said...

nak kembalikan kekebalan ni kena specific sket la. kalau kebal sampai boleh bunuh org awam yg tak berdosa. aku rasa tak boleh la.

tapi kalau kembalikan perkenan pada bill yg dah jadi undang2 dari parliman m'sia kena dpt perkenan tuanku agong. Yg ni aku perkenan la. maknakata semua undang2 yg telah dibahaskan dan diluluskan oleh parlimen m'sia mesti dpt perkenan agong utk dikuatkuasa. bukan mcm skrg yg automatik jadi undang2 without approval from paramount ruler.

tapi kalau anwar brahim al klentongi kata nak kembalikan immuniti raja2 dan keluarga. tu npk sesgnt nak klentong. cuba nak pancing supaya raja2 be on his side.

sedarla sikit your partnet in crime DAP nak hapuskan hak2 org melayu.

Zul - UPM

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan