KETUA MENTERI SABAH

on Sunday, December 14

1. Kali terakhir Penulis ke Pulau Pangkor pada tahun 2003. Ketika mewakili Labuan di Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan. Terbaru, minggu lepas penulis berkunjung semula.

2. Sungguh banyak pembaharuan, jeti kayu bertukar konkrit, feri kayu terbuka bertukar feri moden dan banyak lagilah.

3. Sepanjang perjalanan 3 jam dari KL, penulis menikmati 2 perkara sebelum Jun 2008,. Ketika itu kereta hanya menggunakan satu lorong kerana lebuhraya PLUS dinaiktaraf dan harga minyak naik mencecah RM2.78 seliter.

4. Kali ini, penulis menikmati 3 lorong yang lebar dan luas, serta harga minyak RM1.90 seliter. Jika sebelumnya minyak penuh Innova berharga RM120.00 kini hanya RM70.00 sahaja.

5. Dalam perjalan penulis terfikir, mengapakah tidak ada cadangan supaya dibina Lebuhraya 6 lorong di Sabah bukannya 2 lorong. Jika perlu diswastakan seperti di Semenanjung Malaysia tidak mengapalah kerana di Sarawak juga sudah ada Tol tetapi rakyatnya menikmati Lebuhraya yang lebih baik.

6. Semakin kita maju, dimana-manapun harga kemajuan semakin tinggi. Jika ada pihak menjanjikan bermacam-macam janji yang molek-molek macam MB Guhtrie di Selangor, ia adalah mustahil. Sedangkan sewa Rumah Rakyat Miskin daripada RM120.00 dipaksanaikkan kepada RM240.00.

7. Maka itu, penulis ingin membuka idea kepada YB-YB di Sabah supaya mencadangkan kepada Kerajaan supaya dibina Lebuhraya 6 lorong di Sabah. Jika terpaksa membayar Tol, ia boleh dipakejkan kepada tahap mampu bayar rakyat.

8. Jika penulis jadi Ketua Menteri Sabah, perkara pertama penulis usahakan ialah membina Lebuhraya 6 lorong di Sabah, supaya kita juga di Sabah akan mendapat kemudahan yang serupa dengan di Semenanjung Tanah Melayu.

2 Komen:

ustazSAID said...

Salam,
Rasanya Sabah blum sampai ke pkt 6 lorong, yg perlu cuma jln2 diratakan semula spy x spy naik kereta kuda. Cth highway? Bft-KK. an pasti jln d luar bandar yg masih becak, harap d'ambil phatian drpd bina highway 6 lorong! Tk

TEKSI said...

kepada yb2 di sabah,ada benarnya pendapat penulis..keadaan di sabah jauh ketinggalan..bina lorang yg banyak utk keselesaan pengguna jalan raya.cuba lihat waktu puncak.atau ketika musim perayaan..jangan hanya ketika musim pilihan raya,,baru la sibuk nak bt janji..

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan