MELAYU RAYA

on Friday, December 12

1. PADA tahun 1945, Presiden Soekarno membuat kesilapan yang amat besar apabila mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa memasukkan Tanah Melayu walaupun Soekarno telah berjanji kepada pemimpin-pemimpin Tanah Melayu ketika itu untuk sama-sama menubuhkan Melayu Raya.

2. Kita tidak boleh salahkan mereka, barangkali ada sebab-sebab koordinasi, keselamatan, dan lain-lain faktor maklumlah zaman perang.

3. Chua Soi Lek, Lim Kit Siang, Ketua Wanita Gerakan dan beberapa lagi mentafsirkan Melayu di Malaysia sebagai pendatang. Mari kita jelaskan siapakah Melayu kepada mereka...

4. Apakah mereka lupa Indonesia/Malaysia/Brunei/Selatan Filipina/Selatan Thai/Singapura/Kemboja semua ini adalah Gugusan WilayahMelayu yang semuanya ada Raja.

5. Sebelum penjajah datang memecah-mecahkan Gugusan Wilayah Melayu ini kepada Malaysia/indonesia/Brunei/Thailand/Filipina/Kembija semuanya pun dikenali sebagai Gugusan Tanah Melayu.

6. Maknanya, Orang Bajau, Jawa, Bentan, Minang, Padang, Bugis, Siam, Patani, Riau, Suluk, Iranun dan sebagainya (maaf tak tertulis disini) semuanya adalah Melayu sebelum datangnya Penjajah Bebas bergerak ke seluruh Gugusan Wilayah Melayu tadi tanpa sempadan dan tanpa Pasport.

7. Jadi apakah MAKSUD TERSIRAT di sebalik kata-kata Chua Soi lek, Lim Kit Siang dan mereka sewaktu dengannyaitu bila mengatakan Melayu juga pendatang!

8. Maka Penulis ingin mencadangkan supaya orang-orang Melayu ini yang beragama Islam, fasih berbahasa Melayu, berbudaya Melayu hendaklah dipermudahkan menjadi rakyat Malaysia setelah mereka membuat permohonan dan cukup syarat-syaratnya.

9. Jika Kesatuan Eropah(EU) boleh menyatukan rakyat Eropah mengapa Melayu di Gugusan Wilayah Melayu ini tidak dapat disatukan menjadi MELAYU RAYA!

10. Budayawan negara A.Samad Ahmad dalam bukunya menulis Melayu itu ada 3 darah utama iaitu DKK (Darah keturunan Keling), DKA ( Darah Keturunan Arab) dan DKM (Darah Keturunan Melayu)... Tidak ada DKC ( Darah Keturunan Cina).

11. Penulis yakin melalui konsep MELAYU RAYA ini, maka orang-orang Melayu di Indonesia,Malaysia , Singapura, Thailand, Filipina boleh disatukan tanpa dihalang oleh undang-undang Imigran ciptaan Barat. Barulah kita boleh mempertahankan agama, tanahair dan bangsa kita untuk Anak Cucu-Cicit kita pada Masa Hadapan. Anda Bagaimana?

Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri

9 Komen:

Sedingin Salju said...

Suatu artikal yang paling bagus. Tahniah.

ANTISURIND said...

FORUM KAT WWW.TRANUNGKITE.NET TAK MAU MEMBICARAKAN BLOG SURIND YG MENGHINA AGAMA ISLAM..BILA ADA THREAD ATAU POST BERKAITAN SURIND YG MENGHINA ISLAM SEMUA DIPADAM..DORANGNI KAT TRANUNGKITE TERUTAMA MOD DIA ORG ISLAM KE? SIBUK PERJUANGKAN ISLAM PAS TAPI BILA ISLAM DIHINA PAKAT SOKONG SAMA-SAMA SEBAB YG MENGHINA TU BOLELAH DIKATAKAN PRO PEMBANGKANG JUGAK..AMBIL KESEMPATAN ATAS SOKONGAN DSAI KE ATAS FORUM MEMELUK ISLAM KETERBEBASAN MEMBICARAKAN ISLAM DI NEGARA INI..

lintahbertulang said...

Melayu bermaruah dan harus dibela. Bukan hanya dibiar maruah dihina dan diperlekehkan begitu sahaja. Kita bukan pendatang.

Mankanan said...

Setuju dengan penulis. Kadang-kadang hairan juga, macam mana negara kita yang aman damai sebelum ini, jadi berantakan disebabkan oleh isu-isu perkauman yang cuba dibangkitkan oleh sesetengah pihak? Padahal sebelum ni tak ada masalah. Adakah Anwar yang menjadi punca kepada kebangkitan isu perkauman ini?...

izzati said...

satu impian murni.. tapi seakan tiada harapan untuk realisasi. terlalu banyak perbezaan antara negara dalam rumpun Melayu kini.

mountdweller said...

Salam sdr.

Saya amat setuju dengan gagasan saudara tapi halangan utama ialah kegilaan kuasa. Saya pasti sang penguasa yang sekarang berkuasa tidak akan merelakan ini terjadi kecuali satu malapetaka yang memusnahkan semua penguasa dan mungkin akan timbul satu kuasa baru yang inginkan penyatuan sebagaimana yang tuan paparkan.

izzat aziz said...

saya melayu dan saya rasa tidak perlulah gugusan melayu ke pertubuhan melayu. klau nak betul2 bela nasib kita kena berlandaskan agama.. mengapa orang islam tak bergabung? mengapa masih utamakan bangsa sedangkan ramai orang yang beragama islam ditindas.

bangsa atau kaum cuma local, kita perlukan sesuatu global. sedang umat islam di palestin ditindas, kita di sini duk sibuk berbalah tentang bangsa..

apa akibat bila duk main bangsa?
kita jadi pecah, setuju dengan antisurind, pas dah jadi takut untuk menentang orang dalam pakatan rakyat.. walaupun diorang buat salah.. kerana tiada satu gugusan bersatu yang berlandaskan islam bukan bangsa.. kerana tidak semua melayu adalah islam, tetapi semua bangsa ada islam..

ayuh tegakan islam, bukannya tegakan melayu.

MutiaraBah said...

Idea yang bagus dan berani. Boleh saja dicapai jika dengan kesungguhan tetapi tentunya tidak dengan sekelip mata. Mungkin hasilnya bukan untuk generasi sekarang namun pemulanya adalah kita. Kalau tidak digerakkan pada masa kini, maka ia tidak akan kemana-mana hari esok.

ustaz ayub bin hj muhiddin said...

"melayu raya" sy bersepandapat dgn tuan sedingin salju..artikel yang amat baik...syabas.malaysia amat memerlukan penulis2 yang keratif seperti sdra jentayu>

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan