2. Begitu juga pertemuan Dr. Mahathir dengan TG Nik Aziz menjelang persaraannya pada tahun 2003? Apakah benar ada hadiah istimewa diberikan?Persefahaman pemimpin-pemimpin tertinggi seperti ini tidak dihightlightkan sehingga pendokong kedua-dua parti di peringkat grassroote bercakaran.
3. Begitu juga pertemuan Ulama-Ulama PAS dengan Pemimpin Tertinggi UMNO selepas PRU12 untuk menghalang kemaraan DAP. Ia masih dirahsiakan butir-butirnya? Apa perjanjiannya? Kedua-dua phak masih merahsiakannya. Penulis percaya Dato Mustapha Ali Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Dato Dr. Khir Toyo boleh menjelaskannya!
4. Penulis sedang mengatur pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir dalam masa terdekat untuk merungkaikan beberapa peristiwa yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat, tetapi amat penting didedahkan. Pertemuan ini juga akan membncangkan buku baru penulis.
5. Dalam surat jawapan Tun Dr. Mahathir kepada penulis tidak lama dulu, Tun menasihatkan penulis supaya bersabar, tidak putus asa dan yakin dalam perjuangan.
6. Harapan penulis ialah, apabila DS Najib mengambilalih kepimpinan negara, beliau dapat menyatukan orang Melayu sebagaimana ayahandanya.
5 Komen:
tuan, ada yg perlu di hebah kan dan ada yang perlu di rahsia kan,,,,,, jadi rahsia tetap rahsia,, fikir fikir kan lahh
Ok, yang mana perlu didedah, dedahlah supaya rakyat tidak tertanya-tanya.
Sdr. pun tahu pergaduhan orang politik di peringkat atasan tidak sama dengan percakaran di bawah.
Walau pun siapa yang akan jadi PM, semua melayu mengharapkan penyatuan. Tetapi adakah harapan yang berat ini mampu dipikul oleh bahu yang dibebani?
Kalau orang Arab Jahiliah telah di satukan oleh agama Islam, kenapa Melayu di dunia moden tidak?
itulah yg sebaiknya..perkara yg rakyat tak tahu kena diberi tahu..supaya negara aman dan damai.
Salam,
Macam mana caranya saya nak dapatkan buku sedara tentang melayu sabah? Saya agak berminat dengan buku tersebut.
Post a Comment