SRJK (C) vs SK

on Tuesday, December 9

1. PENGALAMAN penulis mengajar murid-murid Cina semasa di Kota Kinabalu, Labuan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur menunjukkan ada perbezaan besar apabila mengajar murid-murid Cina yang asal sekolah rendah SRJK (C) dengan murid Cina dari SK.

2. Memang diakui majoriti murid2 Cina tidak suka atau kalau boleh tidak mahu mengambil subjek Sejarah SPM. Jika Sejarah merupakan subjek pilihan, penulis yakin mereka tidak akan memilih subjek Sejarah.

3. Barangkali Sejarah negara Malaysia yang asasnya dipenuhi dengan nama-nama Pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Panglima Bukit Gantang, nama-nama Sultan an sebagainya amat sukar bagi mereka menerimanya, atau satu proses jangka panjang supaya generasi mereka tidak mahu tahu.

4. DAP terutamanya sebagai parti yang memperjuangkan Malaysian Malaysia yang samarata, ( seperti buah semangka dibelah 3 kena sama besar sama adil ), sepatutnya sebelum bercakap mengenai Malaysian Malaysia hendaklah meyakinkan bangsa mereka bahawa memang Sejarah Malaysia itu asasnya Melayu dan Islam, dan apabila bercakap soal kesamarataan maka asasnya itu Melayu & Islam juga.

5. Penulis membaca buku YB Lim Kit Siang ( The Crisis Identity of Malaysia ), dan terbukti Lim Kit Siang tidak melaksanakan apa yang ditulisnya selepas memerintah Penang dan Selangor sedikit Perak. Dia baru tahu betapa sukarnya melaksanakan idea-ideanya itu setelah memerintah.

6. Namun, kajian dan pemerhatian penulis di dalam kelas, murid2 Cina yang berasal dari Sekolah Kebangsaan nampaknya tiada masalah mempelajari Sejarah. Ada diantara mereka boleh mendapat 80%-95% markah penuh.

7. Ini membuktikan Sekolah Kebangsaan boleh menyatupadukan semua kaum. Masalahnya mengapa susah sangat nak tukar SRJK kepada SK! Seperti kata Profesor Khoo Kay Kim minggu lepas, jika benar-benar nak bersatu mulakan dari Sekolah rendah dengan hanya ada satu sahaja Sekolah Kebangsaan! Sanggupkah DAP/Gerakan/MCA/MIC...

8. Penulis menyatakan kepada Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat ( PPP ), R. Elan Govan yang juga sahabat lama penulis supaya hightlightkan dalam perjuangan Pemuda PPP ke arah perpaduan. Dan Perpaduan itu jatidiri, teras dan asasnya mesti Melayu & Islam, hendaklah difahami bukan MeMelayukan atau MengIslamkan orang bukan Melayu secara paksa.

9. Dahulu di Tawau, Sabah ada SRJK Bombalai (Melayu) dan ada SRJK Bombalai (Inggeris). Pada pertengahan 1980-an tidak silap, kedua-dua sekolah tersebut ditukar menjadi hanya satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bombalai. Maka mengapakah di peringkat Nasional, perkara ini sukar dilakukan.

7. Di Singapura hanya ada satu sahaja Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kekal bahasa Kebangsaan Singapura ( pada nama sajalah ). Tetapi di Singapura tidak ada SRJK ... Mengapa di Malaysia sukar? Siapakah batu penghalang ?

5 Komen:

sumandak bayu said...

Salam Bro,

Sumandak hasil daripada pelajar di bawah Sekolah Kebangsaan baik di sekolah dan menengah memang banyak perbezaannya...

Di Sabah, budaya pelajar memang berlainan sikit dengan Semenanjung mungkin budaya yang dah kami amalkan kot... semua pelajar boleh berkongsi pendapat dan ilmu.

Dari segi belajar memang kami tak kira Bumiputra Islam, BUkan Islam, Cina dan lain-lain (termasuk lah kalo ada orang India)dapat bersatu dan tak ada masalah dari segi nak belajar subjek sejarah atau Bahasa Malaysia.

Tetapi ada sedikit kecacatan apabila terdapat 1 atau 2 guru yang cuba 'membasuh' pemikiran pelajar ke arah penentangan ke atas dasar kerajaan sedia ada....

Bila keadaan ini berlaku dan tidak ada pula usaha untuk tanganinya Sekolah Kebangsaan tak akan dapat dilaksanakan dengan baik juga... JAdi kita fikirkan cara untuk tangani isu tersebut...

Ulasan ni berdasarkan pengalaman Sumandak sendiri...

Sedingin Salju said...

Ha, itulah saya sebagai orang cina, beri menyatakan penghalang utama ialah Dap. orang cina ni, mereka tidak digalakkan belajar. Mereka hanya malu jika gagal matematik. Saya tak malu gagal matematik. Saya punya matematik, masa tingkatan satu, ujian penggal 1 hanya 25 markah kemudian, sampailah tingkatan lima, dapat 0. Cumanya, SRP tu, terpaksalah bagi dapat P8 untuk naik tingkatan 4. Dajai sungguh.

Sebab itu saya berpendapat, kerajaan harus menwajibkan matapelajaran sejarah Malaysia. matapelajaran ini, mesti wajib lulus dalam peperiksaan penting seperti PMR, UPSR, SPM dan STPM.

endstands@gmail.com said...

kita disini belum bersedia kearah perubahan secara total didalam sistem pendidikan kita.kita dah selesa dan terbiasa dengan apa yang ada sekarang.tak mustahil sekolah satu aliran boleh diwujudkan di Malaysia tapi sebelum itu semua kaum kena bersetuju dengan idea itu dan betul-betul kena berfikiran terbuka dan prejudis.

dah terbukti dinegara lain yang walaupun sekolah satu aliran tanpa mengikut kaum namun jatidiri dan semangat bangga akan kaun masing-masing tetap ada.identiti bangsa itu tetap ada lagi.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Setelah 51 tahun memerintah:-
1. Kita yang gagal mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar disemua aliran sekolah.

2. Kita yang gagal mewajibkan pendidikan sejarah diperingkat awal.

Seperti yang dinyatakan oleh bakal PM kita, SRJK tetap tidak akan dihapuskan sebagaimana saranan saudara Mukhriz.

Tidak perlu di keluh kesahkan lagi,kita tentu lebih memahami, tidak kira kita dipihak mana, kepentingan politik mengatasi kepentingan bangsa..

Sedih bagaimana air tidak mendidih
Buah di Taman habis di kaut orang mendatang..(teringat sajak yang dipelajari masa di tingkatan 5)

Salah kita juga kerana membiarkan perkara ini berlaku selama lebih 50 tahun..mujur kehadirian semula DSAI telah menyedarkan kita kembali...

Kita fikirlah sendiri...

Anonymous said...

Hahaha lawaknye komen ko ahmad zolfi.. 'mujur kehadiran semula dsai' hahaha ...die hadir utk mendoktrinkn org2 yg unconcious mcm ko..Anwar Si Pengkhianat Bangsa!

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan