LEE KUAN YEW MENANGIS

on Thursday, July 31

1. KENAPA DAP melalui DAP Selangor marah-marah kepada PAS kerana tak diberitahu pasal Muqabalah/Muzakarah UMNOPAS?

2. Soalnya, semasa buat Papan Tanda Tulisan Mandarin ada runding dengan PAS ke? Semasa buat Petisyen kurangkan Volume Azan di Selangor ada runding dengan PAS ke? Semasa buat Konsert Jilat kenapa pulaukan PAS? Kertas kerja nak besarkan Gereja di Selangor sama besar dengan Masjid ada bagitahu PAS ke? Semasa umumkan Estate Khinzir terbesar di Selangor ada panggil Dr. Hassan Ali ke? Semasa Jual Arak secara Terbuka di Penang tak ingat PAS ke? Bantahan PAS guna iklan ARAK di Selangor kenapa tak dengar?

3. Soalnya,Perpaduan Islam lebih penting daripada DAP, Perpaduan Melayu lebih Penting daripada DAP. Kalau DAP boleh memalukan Sultan Perak ( Raja kita ), tidak mustahil Haji Hadi dan ulama-ulama PAS pun dia ketepikan. Perhatikan YB DAP di Johor, nasib baik Raja Johor halau keluar dari dewan. Bagaimana YB-YB DAP di Penang yang tak pakai baju Istiadat, baju yang merupakan salahsatu lambang bangsa Melayu? Kalau mereka boleh kata...LANGKAH MAYAT SAYA JIKA MAHU TUBUH NEGARA ISLAM...buat apa PAS berada dalam Pakatan Rakyat. Selama-lamanya PAS tak akan dapat dirikan negara ISlam selagi berada bersama-sama dengan DAP.!

4. Ingatlah penipuan mereka...pada tahun 1965, Lee Kuan Yew menangis teresak-esak di depan TV bila Tunku keluarkan Singapura daripada MAlayasia...esoknya, bulan seterusnya, tahun-tahun seterusnya Lee KUan Yew dan Singapura langsung tak pandang Malaysia. Hari ini dah dapat Pulau Batu PUteh, sekarang nak tuntut pula EEZ. Mereka tak akan puashati.

5. Anwar 1970 dengan Anwar 2008 sudah jauh berbeza. Lihatlah sendiri. Dulu berdemonstrasi bantah Iklan bukan Bahasa Melayu di Kuala Lumpur, hari ini DAP buat Tulisan Mandarin di Penang , Anwar make do no je...dah kaya raya, DAP buat Petisyen kurangkan Volume Azan di Selangor, Anwar diam je... Anwar hari ini Berjuang nak jadi PM bukan nak tolong kita rakyat miskin.Dulu Anwar pejuang Melayu hari ini nak hapuskan DEB ( Tanpa DEB jangan mimpi kita orang Melayu boleh hidup senang!), Apa-apa yang Anwar buat hari ini Semuanya untuk Kepentingan Dirinya, Keluarganya dan Kroni-kroninya...bayangkanlah Anak + Bini + Dia juga nak jadi Ahli Parlimen. Dulu tuduh Tun M Kronisme, ne Nak Cakap Apa Pula? Mana dia ada Jawapan, sebab dia tahu dia salah.

6. Bloggers yang ProAnwar seperti Malaysia Today melukiskan Hj Hadi sebagai Penjenayah dan Syaitan. Pernah kita dengar Anwar marah Malaysia Today kenapa lukis gambar Hj Hadi macam Syaitan. Kickdefella yang ProHusam pula gambarkan Nasharuddin Mat Isa ( Timbalan Presiden PAS) lagi teruk... Husam memanglah tak setuju Muzakarah/Muqabalah sebab takut jawatan dia hilang, Husam pun dah dibawa melancong ke Dubai bersama-sama Anwar,

7. DI ATAS semua fakta di atas, marilah kita menyokong Muzakarah/Muqabalah ini demi Perpaduan umat Islam/Melayu di Malaysia.

PERDANA MENTERI PENANG

on

1. PADA tahun 1964/1965, Lee Kuan Yew sebagai Ketua Menteri Singapura telah BERLAGAK sebagai PM dengan mengenepikan Tunku Abd. Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Tunku telah menyatakan, Malaysia hanya ada satu Perdana Menteri, tetapi Lee Kuan Yew berkeras untuk mewakili Singapura, Diplomat-Diplomatnya dihantar ke mana-mana Persidangan dunia termasuk PBB walaupun Malaysia sudah ada Diplomat yang ditugaskan. Lee KUan Yew membuat Jamuan Negara kepada duta-duta secara bersendirian walaupun sepatutnya kerajaan Persekutuan yang melakukannya. Lee Kuan Yew memang kurang ajar kepada PM Malaysia ( bacalah Bibliografi ; Memoir Lee Kuan Yew ) , dia menceritakan perkara-perkara yang buruk pasal Tunku Abd. Rahman. Bolehkah Tunku menjawabnya sedangkan Tunku sudah tiada?

2. Kemudian untuk Kes Sabah/Sarawak, Lee Kuan Yew mengugut Tunku supaya memberikan Lebih Banyak Peruntukan dalam Rancangan Malaysia Pertama, walaupun Tunku menyatakan Sabah/Sarawak juga hendaklah diberi Peruntukan yang sama. Oleh kerana desakan-desakan dan ugutan-ugutan Lee Kuan Yew, maka Sabah/Sarawak ketika itu kurang mendapat Peruntukan, maka tidak hairanlah Sabah/Sarawak kurang maju sedikit berbanding Semenanjung. HARI INI, Ketua Menteri Penang Membuat Perkara yang sama apabila Menuntut Ganti Rugi RM4.7 Billion daripada Kerajaan Pusat Hanya kerana Pembatalan Projek yang terpaksa dibatalkan kerana keadaan ekonomi.

3. Kalau begitu, apa kata kita Menuntut Ganti Rugi RM7.4 Billion kerana kita Berasa Terhina dengan tindakan Kerajaan Penang yang Menghina Kedaulatan Bahasa Melayu di Penang. Papan Tanda semua nak diCinakan atau DiDAPkan. Bahasa Melayu adalah Jiwa Bangsa Melayu. Adakah anda tidak terasa Terhina? DAP kena buka balik Perlembagaan, Bahasa Melayu hendaklah ditulis dengan Tulisan Rumi, dan juga Tulisan Jawi.

4. DAP bercakap Malaysian Malaysia macam Lee Kuan Yew dulu, tapi bila bertutur guna bahasa Mandarin, kata nak Malaysian Malaysia...Sekolah sekolah Mandarin, kata nak Malaysian Malaysia, Akhbar akhbar Mandarin kata nak Malaysian Malaysia...Maknanya mereka bukan nak wujudkan Malaysian Malaysia..mereka nak jadi Perdana Menteri Penang macam sekarang dah dapat Perdana Menteri Singapura.

5. Walaupun ICJ memberi Kemenangan Pulau Batu Puteh kepada Singapura, tetapi 10 Tahun akan datang keputusan itu boleh dikaji semula.Saya diberitahu oleh Persatuan Sejarah Malaysia, Johor ada banyak Surat-Surat Perjanjian Lama dalam Perpustakaan Istana Besar Johor yang belum dibuka lagi, dan pasukan kita hendaklah menyelongkar semua ini untuk mendapatkan Surat Perjanjian antara Raja Johor dengan British bahawa Mereka hanaya Menyewa Pulau Batu Puteh daripada Raja Johor, Kita mesti berusaha mendapatkannya semula macam China mendapatkan semula Macau, Hong Kong dan sekarang Taiwan. Walaupun Lee Kuan Yew ubah sejarah negara Singapura dengan ayat...Singapura dibuka oleh Stamford Raffles bla bla bla... tetapi Satu Dunia tahu Singapura itu sendiri adalah asal-usulnya dari Raja Johor ( Raja Melayu ).Jika mereka menuntut pula EEZ di Pulau Batu Puteh, maknanya mereka tekan kita di Selatan, dan di utara pun kita ditekan oleh warisan PAP (DAP). Mana perginya suara GPMS/GAPENA/PENA/Silat Gayung/Selendang Merah/ dan lain-lain.Semua Tidur!

6. DAP kena faham tanahair ini ada dasarnya, ada sejarahnya, ada tradisinya, ada terasnya.

7. Maka itu, Melayu dan Islam itu lebih Penting banding UMNOPAS. Atas nama bangsa Melayu dan Agama Islam, UMNOPAS boleh bersatu...atas nama UMNO hanya orang UMNO sahaja boleh bersatu, atas nama PAS hanya orang PAS sahaja boleh bersatu, atas nama UMNOPAS hanya orang UMNOPAS saja boleh bersatu...Tetapi atas nama MelayuIslam semua orang Melayu dan Semua umat Islam boleh bersatu!

BONUS 6 BULAN

on Wednesday, July 30

1. JIKA Trend Harga Minyak akan turun secara Konsisten di seluruh dunia ( USD124 hari ini ), maka kemampuan Kerajaan meluluskan permohonan Ceupecs memohon Bonus dalam Belanjawan bulan depan ( Ogos ) akan tercapai. Saya percaya jika Ceupecs Bijaksana dalam perbincangannya dengan kerajaan , permohonan itu akan berjaya. Jika Bank Rakyat boleh memberi 6 Bulan Bonus tahun 2007 kenapa Kerajaan tidak boleh memberikannya. Maybe 6 bulan Bonus dibayar sebanyak 12 Bulan. Kiraan Matematik jika RM1000 sebulan X 6 Bulan= RM6000 Bahagi 12 Bulan= RM500 Sebulan. Kalau Bahagi 18 Bulan ( 1 1/2 Tahun kerajaan akan Ringan memberi hanya dalam= RM333.33 Sebulan)

JIKA saya Presiden Ceupecs saya akan Kemukakan kepada Pak Lah.

2. Kedua, Elaun Cola Patut juga diberi kepada Kakitangan Sabah/Sarawak yang berkerja di Semenanjung atau Kakitangan Semenanjung yang bekerja di Sabah/Sarawak. Jangan Pertikai EW kerana Elaun EW adalah Hadiah Kerajaan Negeri. Jika ada Kakitangan Semenanjung nak dapat EW Silakan bekerja di Sabah/Sarawak, Tiada Hal. Tidak Perlu saya Ceritakan Masalah orang Merantau ne..tanya Ahli Keluarga yang bekerja di Sabah/Sarawak atau orang Sabah/Sarawak bekerja di Semenanjung.

JIKA saya Presiden Ceupecs saya akan Kemukakan kepada Pak Lah.

3. EPW di Malaysia yang tertinggi ialah di Labuan (RM800/RM900) dan Kota Kinabalu(RM700/800). Sedangkan EPW di Johor Bahru ( Paris Malaysia ), dan KL hanya RM400 dan RM600. Bagi Perantau EPW ini perlu dikaji semula. Skim Baru perlu dicadangkan, dibincangkan dan diluluskan.

JIKA saya Presiden Ceupecs saya akan Kemukakan kepada Pak Lah. Saya melihat Presiden Ceupecs Kita Rajin Bekrja, Sudah banyak Memberi Bantuan kepada Pekerja tetapi PR kurang...Pendekatan kurang...Elemen Diplomasi kurang...Presiden Ceupecs tidak boleh sendiri berjuang, kita kena bantu, maka marilah kita memberi sokongan untuk sebuah Kerajaan yang menyayangi Rakyatnya.

PUSRAWI VS KONVENSYEN GENEVA

on Tuesday, July 29

1. PERTAMA, bukan pasal kes Saiful-Anwar. Ini pasal Hak Peribadi/Privacy/Keselamatan/Rahsia Patient TIDAK SELAMAT.

2. Orang ramai Pasti Mempersoalkan Bagaimana Data Rahsia Patient boleh dikeluarkan dengan begitu senang dan dibaca oleh semua orang. Saiful jika benar ada membuat pemeriksaan kesihatan di Pusrawi, berhak Menyaman Pusrawi!

3. Kerajaan Patut Pertimbang untuk ambil Tindakan Tegas kepada Pusrawi sebab ini melibatkan Soal Integriti.

4. PUSRAWI ternyata Tiada Integriti dan Perlu Ditutup Jika Benar Report itu telah dikeluarkan daripada Unit Rekod, Pusrawi Tanpa Prosedur, Maka Semua Patient yang berubat di Pusrawi pun Terdedah kepada Rekod Perubatan mereka dibaca oleh orang lain.

5. Bayangkan, anda sakit dan nak kahwin dengan seseorang, tiba-tiba Rekod Perubatan anda Ketahuan...Dia membatalkan Perkahwinan itu kerana Rekod Perubatan itu...

6. BPR juga kena periksa, bagaimana Rekod ini boleh Keluar dari Unit Rekod Pusrawi.

7. Adakah Kementerian Kesihatan dan MMA berdiam diri saja? Adakah Doktor-Doktor di Pusrawi Tak Diajar Konvensyen Geneva , jika benar perkara ini berlaku!

KABINET BARU SEPTEMBER 2008

on

1. 1998- Tun Dr Mahathir dituduh mengamalkan Kronisme kerana anaknya memegang jawatan Bendahari Pemuda UMNO. Akhirnya Datuk Mokhzani letak jawatan.

2. 2008- Anak + Bini + Bapa = Semua nak Jadi Ahli Parlimen. Tiada Dalam Sejarah Dunia 3 orang Sekaligus Anak-Beranak Jadi Ahli Parlimen. Ne Nak panggil Apa pula?
Sanggupkah Letak Jawatan Macam anak Tun Dr. Mahathir dulu.

3. September, 2008 - Kalaulah 30 MP BN Lompat, maka hari itu Anwar kata Wan Azizah isterinya akan jadi PM. Anwar jadi apa pula? Nurul Ezzah Menteri Wanitakah? Saudara Kandung Anwar dilantik pula di KDEB Selangor. Nasib baiklah Rakyat Menentang, kalau tidak kaya-rayalah Keluarga Anwar yang sudah sememangnya Kaya-Raya.

4. Namun Allah SWT Maha Mengetahui= Maka Terbukalah Hati Hj Hadi, Nik Aziz, Datuk Harun Taib, Datuk Mustapha Ali, Nasharudin M Isa, Hj Mohd Sabu, Dr Hassan Ali untuk menguatkan orang Melayu/Umat Islam untuk bersatu dalam UMNOPAS.

5. Kenapa Allah SWT Tidak Mempermudahkan Anwar jadi PM? sebagaimana Pak Lah... Dari segi Agama tentu ada dalilnya ( minta Ustaz beri tazkirah )

6. Karpal Singh suruh Langkah Mayatnya dulu kalau nak Dirikan Negara Islam . Kenapa Anwar diam saja. Datuk Azizan MB Kedah dah jawab akhbar hari ini. Anwar tak pernah pun jawab-jawab Cabaran Karpal ini...

7. Teringat Ucapan Anwar menolak penubuhan negara Islam di Malaysia ( video=anwaribrahimdotcom ).

ANWAR SAMAN NASHARUDIN?

on Monday, July 28

1. Tiada guna PAS berada dalam Pakatan bersama-sama dengan Karpal Singh & Lim Kit Siang. Prinsip PAS tidak pernah dihormati terutama dalam isu-isu agama Islam, Arak adalah Haram tetapi Pakatan membenarkan iklan Arak (Kempen Arak ) dalam Perlawanan Bola Sepak. Mereka tahu pemain dan peminat Bola ne ramai Melayu/Islam...apa kena mengena Arak dikempenkan kepada Pemain/Peminat Melayu/Islam. Termasuklah Konsert Jilat, Isu Surau di Kelana Jaya, Masjid di Shah Aalam, Kandang Khinzir Selangor, semuanya menidakkan peranan PAS.

2. Karpal mempersoal kenapa Hadi membuat rundingan dengan UMNO selepas PRU12 tanpa Pengetahuan mereka. Karpal tahu kah Hukum Islam, Rukun Iman, Rukun Islam, Dosa Pahala, Haram Halal...kalau tak tahu buat nak Rujuk dengan dia. Soal Perpaduan Umat Islam adalah Soal Umat Islam...Ini urusan Pak Lah dan Haji Hadi sebagai Pemimpin Besar Islam di Malaysia. Karpal Pemimpin Islam kah nak dirujuk-rujuk?

3. Pertemuan UMNOPAS bukan Pertemuan Racist...Orang Cina ada Dong Zhong, India ada Hindraf, Melayu ada apa...kalau bukan UMNOPAS apa lagi?

4. Kenapa kalau Melayu bercakap mereka kata Racist? baiklah kalau tak mahu Racist apa kata Kita Wujudkan Perpaduan Malaysia...Semuanya Malaysia. Kita Hapuskan Sekolah Cina, Akhbar Cina, Perayaan Cina, Nama-nama Cina ( Tukar macam Indonesia SusisuSanti, Budi Utomo )...Sanggupkan DAP perjuangkan semua ini? Jika tak sanggup jangan nak tipu orang Melayu kata nak wujudkan Malaysian Malaysia konon tetapi dalam hati Nak Wujudkan Chinese Malaysia ( macam Singapore )...Apakah semua orang Melayu dalam UMNO & PAS bodoh belaka...

5. Boleh atau Tidak DAP arahkan semua masyarakat Cina di Malaysia hanya bertutur dalam Bahasa Malayasia sahaja...Kan Nak perjuangkan Malaysian Malaysia...So, Kita bercakap Malaysia sahajalah...Kalau Tak Boleh, janganlah nak tekan Pak Lah atau orang Melayu pasal Malaysian Malaysia...Buta Sejarahkah?

6. Pertemuan UMNOPAS sudah berlaku sejak 1986 ( Dr. Mahathir-Yusuf Rawa ) tetapi Anwar telah merosakkannya ( Allahyarham Yusuf Rawa berkata Anwar menggunakan Muzakarah untuk Kepentingan politik Peribadinya) . Kali ini, melalui Organ Blog , Hj Hadi dihina sedemikian rupa, Haji Hadi digambarkan seperti Penjenayah dan Rodovan Karadjic.

7A. Kalau Nasharudin Mat Isa kata orang Melayu sudah mula percaya kes liwat Anwar, kenapa pula Karpal nak marah? Ini negara Demokrasi, bukankah DAP selalu melaun-laungkan kita mahu demokrasi, transparance, terbuka, bebas...so, itu pendapat Nasharudin biarlah, maybe Nasharudin ada Bukti, kalau tidak Minta saja Anwar Saman Nasharudin! bukankah Anwar Raja Saman, semua orang dah disamannya...Anwar boleh Saman Ezam juga , saya pun hairan Ezam telah mendedahkan benda-benda yang Mengejutkan tetapi Anwar tidak juga saman Ezam? Kenapa?

7B. Siapa Penaja PAS 57 Tahun Dulu? Selain Pengerusi Penaja Penubuhan Hj. Ahmad Fuad Hassan...Salahsatu AJK Penaja PAS ialah Haji Ahmad Badawi Abdullah, ayahanda Pak Lah sekarang. Jika 57 tahun dahulu ayahanda Pak Lah mengasaskan PAS....tiada Mustahil sekarang ini anaknya pula Menyatukan semula orang Melayu/Islam dalam parti UMNOPAS.

MT HINA HJ HADI

on Sunday, July 27

1. AMAT Mengejutkan Malaysia Today yang dikelolakan Raja Petra telah Menghina-Dina Datuk Seri Haji Hadi Awang.

2. Dia menggambarkan Datuk Seri Hj. Hadi Awang sebagai Penjenayah.

3. Dia Menggambarkan Datuk Seri Hj. Hadi Awang macam Rodovan Karadjic Penyembelih Serbia.

4. Raja Petra sama ada melalui Malaysia Today atau Malaysiakini Tidak Pernah Kritik Anwar ( Anwar maksum di matanya ),Hanya memuji-memuja Anwar, baginya Pak Lah, Dr. Mahathir, Syed Hamid Albar, Najib, dan hari ini Datuk Seri Hj Hadi Awang telah Dihina. Kenapa Mereka mula Menghina Hj. Hadi Awang?

5. Semua ini menunjukkan Anwar ( melalui Malaysia Today ) tidak mahu Melayu dan Umat Islam Bersatu. Inilah Pemikiran Yahudi Amerika ( Deklarasi Yahudi Ke-7= Jangan Biarkan Umat Islam Bersatu ).

6. Artikel Asal sila Klik http://w2.malaysia-today.net/content/view/10344/84/

HAJI HADI TIMBALAN PERDANA MENTERI

on Saturday, July 26

1. DATUK Seri Hj. Hadi Awang , Presiden PAS dalam komen terkininya berkata UMNO telah membuka jalan di bawah Kepimpinan Pak Lah untuk bertemu dan bermuzakarah.Sementara UMNO meneruskan Komitmennya ke arah Muqabalah dengan fokus utama kepada isu Perpaduan Melayu & Kepentingan Islam.

2. Saya percaya telah berlaku Perkara-perkara yang Menggusarkan kepada PAS di dalam Pakatan Rakyat, jika tidak amat Mustahil Presiden, Timbalan Presiden, Nik Aziz, Majlis Syura , Kecuali Dato Kamaruddin Jaafar ( ORang Anwar dalam PAS ) dan Husam ( pemikiran Liberal dalam PAS/ satu University dengan Datuk Ahmad Shabery Ceek ). Mesti ada Isu-isu Besar berlaku dalam PR selain daaripada Konsert Jilat, Tajaan ARAK, Penjualan Arak secara Terbuka di Ekspo Penang, dsbnya. Mesti ada isu yang lebih Besar di luar pengetahuan...Saya dengar dari Perak Ustaz Hj. Ahmad Awang ( Pesuruhjaya PAS Perak mesti tahu sebabnya ).

3. Allahyarham Datu Bandira Datu Alang ( mantan Pesuruhjaya PAS Sabah ), Pemimpin Besar Iranun Sabah...adalah contoh Pemimpin PAS yang intelek, terbuka, dan mudah mesra. Saya terkenang ketika sama-sama membuat Perkampungan Sasterawan 1990 dahulu. AlFatihah kepada Allahyarham Datu Bandira, mudah-mudahan Allah memberi Kerahmatan kepada roh Allahyarham.

4. Jika Muqabalah ini berjaya, ada kemungkinan Datuk Seri Hj. Hadi Awang akan menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pak Lah dalam ulasannya semalam ( 24/7/2008 ) menyatakan tidak mustahil jika selepas ini ada Muzakarah Politik antara PAS-UMNO.Jika ada 2 TPM tiada masalah kerana kita pernah ada 2 TPM dahulu iaitu Tun Razak dan Tun Dr. Ismail.

5. Jika Datuk Seri Hj. Hadi Awang menjadi TPM, saya percaya Islam Hadhari(UMNO) atau Hadhariah Islamiah(PAS) akan dapat dijayakan. Jika dalam Majlis Ujian Tilawah Al WQuran peringkat Kebangsaan di Kedah Pak Lah dan MB Kedah Ustaz Azizan sudah menunjukkan Keserasian, saya percaya di peringkat Pusat tiada masalah Haji Hadi Awang jadi TPM. Saya yakin UMNO tak kisah jika untuk Perpaduan Melayu & Kepentingan Islam. Sebelum inipun Datuk Khir Toyo sudah pernah mengusulkan Datuk Dr. Hassan Ali jadi MB Selangor dan 4 Exco dari PAS, UMNO sendiri tidak minta apa-apa jawatan dalam Rundingan itu. Jika semua ini boleh diatur, tiada masalah Haji Hadi jadi TPM.

6. Jika YB-YB Kalah Gerakan/MCA boleh menyertai Kerajaan DAP di Penang dan Selangor, kenapa pula Haji Hadi Awang YB Dipilih Rakyat tidak boleh jadi TPM. Dalam politik semua boleh berlaku.Jika SAPP boleh nak menjatuhkan Perdana Menteri Melayu/Islam apakah Salahnya jika Haji Hadi Awang Menyokong PM Melayu/Islam!Tak Kanlah Datuk Seri Hj Hadi Awang nak membiarkan DAP jadi PM?

7. Maka itu,DAP jangan sekali-kali menduga Akal Melayu, kerana dalamnya di dasar laut, DAP jangan menduga Hati Budi Melayu kerana akal budinya di bawah dasar laut, maka DAP jangan menduga Politik Melayu kerana Kebijakannya di balik dasar laut,...Bukankah sebelum ini pernah Ku Katakan negara ini lihatlah Dasarnya, Lihatlah Tradisinya, Lihatlah Terasnya, Lihatlah Sejarahnya...Adakah Kamu Tidak Belajar Sejarah?

Semoga Allah SWT Memberi Petunjuk Jalan Yang Lurus Kepada Pak Lah dan Datuk Seri Hj. Hadi Awang.

OBAMA SOKONG ANWAR

on Friday, July 25

1. JIKA Camdesus, William Cohen, Condolize Rize, Madeline Albright, J. Biden dan segala sahabat-sahabat Anwar di University John Hopkins,Georgetown University, menyokong Anwar bukanlah menghairankan. Semua tokoh Yahudi itu memang rapat dengan Anwar, jika tidak tak kanlah Akhbar Israeli meramalkan Anwar jadi PM bulan Mei 2008 ( Ditunda 16 September 2008 ).

2. Yang menghairankan ialah kenapa Ulama-ulama sekarang jarang-jarang dan susah nak sokong Anwar. Sheikh Tahir Jabir Alwani tu bukan Ulama, dia bekerja di Amerika, di Amerika pakai Tie dan kot, Tahir Jabir ne kawan baik Anwar dalam pertubuhan IIIT ( 1981 ). Tahir Jabir ne bekerja rapat dengan Universiti Kristian Terbesar Amerika iaitu Washington Teoligical Consortium ( WTC ).Mereka inilah pendokong utama IFC yang membawa Slogan Islam Sama Taraf dengan Agama Lain. Sebab itulah PAS kurang melayan PKR ne, sebab itulah Ulama-Ulama PAS berdiam diri saja pasal isu Liwat, kurang mereka berkata-kata, kurang sokongan,Mohd Sabu sendiri pernah berkata Agenda IFC ne Agenda Amerika , IFC ne disokong oleh Anwar di Malaysia.

3. Apabila UMNO-PAS akan berMuqabalah...sudah tentu antara sebabnya ada Kepincangan & Keraguan dari pihak PAS kepada PKR. PAS ragu-ragu kepada PKR. PAS ragu-ragu kepada Anwar ( kecuali SU Agung PAS- sebab SU Agung PAS bekas Pengarah IKD, think-thank Anwar.

4. Makna nya PAS telah dirosakkan Prinsipnya dari dalam. Siapa bawa Artis Seksi Maya Karin ke Kelantan? Siapa di belakangnya? Lihatlah betapa PAS diperbodohkan semasa Konsert Jilat, Perlawanan Bola Tajaan ARak, ..Ulama-ulama PAS sudah mula berfikir , lagi lama bersama PKR, lagi Rosak PAS..sebab itu Muqabalah dan Muzakarah dipersetujui oleh Datuk Hj Hadi Awang dan Majlis Syura, dipersetujui oleh Pak Lah dan MT UMNO.

5. Kalau Obama sokong Anwar bukanlah menghairankan, Kalau McCain sokong Anwar tak lah hairan , Kalau Joseph Estrada sokng Anwar tak lah hairan... Cuma hairan kenapa Ulama kurang sokong Anwar.

TERKINI=BENARKAH PKR BUBAR?

on

1. Kawan-kawan kat Kg. kirim SMS, benarkah PKR nak dibubar? Saya kata ada kemungkinan kerana betapa kuatnya Parti Negara dulu ( 1960),betapa habatnya parti IMP dulu (1950an), betapa hebatnya Parti Sosialis ( Dr. Hussien Ali ), betapa hebatnya parti BERJAYA ( Sabah ), dan betapa kuatnya Semangat 46 dan Angkatan Perpaduan Ummah (1990 ) akhirnya satu demi satu tumbang tanpa nisan.

2. Kedua, hanya tinggal 46 Hari lagi 16 September 2008, yang hanya akan menyeberang PKR adalah Ahli-Ahli Pencen tak ada jawatan macam Datuk Fauzi Abd. Rahman ( Kuantan ) dan teman-temannya. Mantan YB bukan YB sebenar. MP PAS Shah Alam, YB Khalid Samad adik kepada YB Shahrir Samad (UMNO) kata kenapa perlu rujuk Anwar kalau nak bermuzakarah dengan UMNO, dia jumpa SAPP tak bagitau kita juga.

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim, menghadapi Kesukaran untuk bertanding Pilihanraya Kecil. Di mana? Bila? Nak ganti siapa? Kes Peribadi dengan Saiful belum selesai!

4. Ezam ( mantan Ketua AMK PKR ) hari demi hari, malam demi malam membongkar rahsia-rahsia Bahayanya Anwar kalau jadi PM. Kita semua pelik kenapa Anwar, Wan Azizah, Nurul Ezzah atau Tidak Ada Satu Orang Pun orang PKR yang Berani Menjawab Isu-isu yang Ezam bangkitkan. Semua diam. Semua tak da respon. Kenapa & mengapa? Kalau Pm bercakap, Kalau TPM bercakap, Kalau Menteri2 berkata-kata dengan segera kena bantai oleh Anwar/Azizah/Nurul Ezzah/ DLL PKR tetapi apabila Ezam berkata-kata ...Semua Diam Membisu...Hairan bin Ajaib?

5. Kenapa Ezam bersumpah demi Allah & Rasulnya....? aku tidak akan membenarkan Anwar menjadi PM?

6. Teringat kata-kata Tuan Hj Mat Sabu..." aku berdoa kepada Allah SWT, janganlah Anwar jadi PM! ...bahaya...apa maksud Mat Sabu?

7. Dengan semua keadaan ini, mampukah PKR bertahan?

9 SOALAN

on Thursday, July 24

1. Kenapa Lim Kit Siang persoal usaha PM untuk Perpaduan Melayu melalui UMNO-PAS?

2. Kenapa Lim Kit Siang menekan-nekankan soal Perpaduan Malaysia ?

3. Kenapa DAP tidak mengutamakan bahasa Malaysia? Kata nak Malaysia Malaysia.

4. Kenapa Jason Lee mencadangkan ditukar SJK ? Hanya ada satu Sekolah Kebangsaan iaitu Sekolah Malaysia? Tetapi mahukah DAP menghapuskan Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan?

5. Mahukah Lim Kit Siang mencadangkan dalam Parlimen agar dihapuskan Surat-Surat Khabar Berbahasa Ibunda supaya hanya bahasa Malaysia sahaja digunakan seperti di Indonesia? Cina Indonesia Tidak Ada Akhbar, Tidak Ada Sekolah Jenis, Tidak Ada Perayaan Cina?

6. Kenapa Karpal Singh persoal PAS berbicara dengan UMNO? Bolehkah Khalid Samad (PAS)diputuskan pertalian sauudaranya dengan Shahrir Samad ( UMNO ) ? Adakah nak putuskan Persaudaraan Islam antara PM dengan Presiden PAS?

7. Kenapa Karpal Singh kurang sekali menggunakan bahasa Malaysia ( bahasa Nasional/bahasa Kebangsaan ) dalam apa-apa majlis?

8. Kenapa DAP membenarkan penggunaan bahasa Mandarin dalam Papan Tanda di Pulau Pinang? Kenapa tak menggunakan bahasa Malaysia sahaja? Bahasa Mandarin tu bahasa Malaysia kah? Teras bahasa Kebangsaan bahasa Mandarin kah?

9. Kalau di negara China, orang-orang Melayu macam Shamsiah Fakeh dan lain-lain lagi bolehkah minta supaya ditulis bahasa Melayu di Papan Tanda di Negara China? Bolehkah dibenarkan dibuat Sekolah Melayu atau Surat Khabar Melayu di negara China?

Jika semua tidak boleh...DAP, PKR, Lim Kit Siang, Karpal Singh harus memikirkan semula Konsep Malaysian Malaysia itu. Harus mengambil kira Teras nya... Keadilan dan Kesamarataan itu ya silakan, namun jangan dilupa ada tradisinya negara ini, ada sejarahnya negara ini, dan ada terasnya negara ini...

ANWAR IBRAHIM & PERJUANGAN BAHASA MELAYU

on Wednesday, July 23


Bahasa Melayu Difahami Semua Kaum. Satu Bahasa Rasmi Satu Negara.

Saya teringat demonstrasi DS Anwar Ibrahim pada awal tahun 1970-an di Kuala Lumpur dahulu, antaranya beliau membantah Kerajaan kerana iklan-iklan Bahasa Melayu di Kuala Lumpur ketika itu sangat kurang berbanding iklan berbahasa Mandarin dan bahasa Inggeris. Itulah semangat Nasionalis Anwar ketika itu.

Jika kita ke negeri Pulau Pinang sekarang, papan-papan tanda di tempat awam sudah mula menyelitkan dan menggunakan tulisan Mandarin dengan cara lebih megah, menunjuk-nunjuk dan lebih terbuka. 

Begitu juga di beberapa bandar di Selangor. Jika kita memandu kereta menuju ke Kg. Melayu Subang kita akan terpandang papan tanda 3 bahasa iaitu tulisan rumi Melayu, tulisan Mandarin dan tulisan Tamil. Di mana DS Anwar dalam isu mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagaimana tahun 1970an dahulu? Kenapa DS Anwar tidak berdemonstrasi mempertahan bahasa kebangsaan sepertimana beliau lakukan pada tahun 1970an dulu? Mengapakah DS Anwar sudah berubah?

Apakah kedudukan bahasa Melayu dalam Perlembagaan negara kita? Secara ringkas, "Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan Malaysia (Malaysia 1970: 222) memperuntukkan: Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukkan dengan undang-undang Parlimen".

Oleh itu, jika hari ini mereka mudah memperlekeh bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara kita, bagaimana agaknya nasib bahasa kebangsaan ini 30 tahun akan datang?

Bayangkan seluruh papan tanda di tempat awam di Pulau Pinang dan Selangor memberi keutamaan kepada tulisan lain berbanding bahasa kebangsaan?. Apakah bentuk kenegaraan kita ini jika ianya tidak dikawal?

Peminggiran Bahasa Melayu merupakan proses secara perlahan-lahan mengenepikan teras utama kenegaraan Malaysia itu sendiri. 

Siapakah teras bangsa Malaysia dalam konsep kenegaraan Malaysia, sudah tentulah orang Melayu. Perbandingan mudahnya ialah, teras utama kenegaraan di China ialah orang Cina, teras utama kenegaraan di negara India ialah orang India, teras utama kenegaraan di negara Britain/United Kingdom ialah orang Inggeris dan teras utama kenegaraan di Malaysia sudah tentulah orang Melayu dan agama Islam.

Namun inilah perjuangan lalai DS Anwar yang sudah lupa implikasi politikingnya. Dengan menguar-uarkan moto Kesamarataan, nasib bahasa Melayu boleh tergadai dan terhapus di bumi sendiri. 

Pemikiran bahawa jika bahasa Melayu boleh ditulis di papan-papan tanda, begitulah juga bahasa-bahasa lain hendaklah diberi tempat yang sama. Kita menghormati pengamal bahasa ibunda masing-masing, tetapi dalam konteks kenegaraan biarlah kita memiliki a sense of belonging. Biarlah semua orang menggunakan bahasa Melayu kerana semua orang faham bahasa Melayu dan tidak semua orang faham bahasa yang lain.

Jika kita memandang remeh hal ini, lama-kelamaan akan lenyaplah bahasa Melayu itu sebagaimana lenyapnya bahasa Sanskrit. Ini adalah proses yang perlahan tetapi berterusan.

Oleh itu, saya suka mengesyorkan supaya Pemuda UMNO, DBP, GPMS, PENA, GAPENA dan semua pihak yang cintakan negara ini supaya mengadakan seminar, simposium dan forum untuk mempertahankan keistimewaan dan kedaulatan bahasa Melayu di tanah air kita ini. Kalau bukan kita siapa lagi? 

Kita tidak perlu membuat demonstrasi sebagaimana cara DS Anwar melakukannya pada tahun 1970-an duhulu. Adalah lebih baik kita melakukannya dengan cara yang lebih berhemah, berdaulat dan bijaksana.

Selamatkanlah bahasa Melayu kerana bahasa Melayu adalah lambang kedaulatan negara kita tidak kira anda berketurunan Cina, India, Eropah, Arab dan sebagainya. Perpaduan lebih mudah direalisasikan jika kita menggunakan bahasa Melayu yang difahami oleh semua orang.

Artikel asal : 23 Julai 2008
Diperbaiki : 30 Disember 2013.

PAKATAN RAKYAT LELONG PRINSIP PAS

on Tuesday, July 22

1. Untuk membina kekuatan Umat Islam dan Bangsa Melayu, Perpaduan adalah kunci utamanya. Hanya melalui ajaran Islam sahaja umat Islam boleh bersatu. Politik hanyalah satu wadah/platform perjuangan. Titik Pertemuan sudah bermulaapabila kedua-dua kepimpinan tertinggi UMNO & PAS telah bertemu, dilaporkan sebanyak 3 kali, tidak termasuk pertemuan Dr. M KHir Toyo dengan Datuk Hassan Ali yang khabarnya dibuat beberapa kali. Sudah tentu juga berlaku panggilan telefon yang berkali-kali antara pemimpin-pemimpin UMNO & PAS, ia sudah pasti.

2. Nik Aziz & Husam jelas menolak. Haji Hadi Awang, Nasharudin, Dr. Hassan Ali, Datuk Mustapha Ali, Majlis Syura, dan Lujnah yang lain bersetuju. Lujna Pemuda di bawah Hj. Salehudin Ayub juga bersetuju, malah menyatakan beliau sudah lama mencadangkan muzakarah ini.

3. Di pihak DAP, Karpal Singh marah-marah kerana tidak dimaklumkan muzakarah ini. Karpal Singh mewakili pihak yang tidak bersetuju dan tidak suka bangsa Melayu bersatu dan tidak suka Umat Islam bersatu. Jika orang melayu dan umat Islam bersatu, Karpal Singh sangat susah hati. Apakah kita umat Islam & Bangsa Melayu nak berpihak kepada Karpal Singh ini (...ingat kata-katanya; langkah mayat saya dahulu kalau nak tubuh negara Islam ).

4. Husam sudah tentu memahami pemikiran dan worldview budaya Cina, sama ada Cina Singapura atau Cina Malaysia,apakah Husam tidak mengalami proses penyesuaian... Husam bekas pelajar UM yang sezaman dengan Datuk Ahmad shabery Ceek pada awal 1980-an dulu, seorang yang ambitious untuk menjadi MB Kelantan.Jika muzakarah berjaya, Husam bimbang kedudukan dan impiannya tergugat.

5. Saya percaya Pak Lah dan Hj Hadi Awang yang pernah bersama-sama suatu ketika dulu boleh bertaut, bertaut kerana agama Islam dan bangsa Melayu.

6. Bersama Pakatan Rakyat...PRINSIP PAS Tergadai....Terpaksa mengizinkan Konsert PROTES ( Konsert bercampur aktiviti separuh bogel/lucah ), Terpaksa Mengizinkan ARAK dalam Perlawanan Bola Sepak di Selangor, Terpaksa Mengizinkan Konsert di Selangor,dan pelbagai isu lagi yang Bertentangan dengan Prinsip Mereka. Saya yakin akan banyak lagi Dasar-dasar Pakatan Rakyat yang akan diumumkan nanti yang Bertentangan dengan Prinsip PAS terpaksa direlakan dengan pahit dan terpaksa...

7. MP PAS Shah Alam ( YB Khalid Samad ),adik kepada Dato Shahrir Samad Menteri Perdagangan & Hal Ehwal Pengguna sudah tentu mempunyai banyak perbicangan yang tidak didedahkan kepada DAP & PKR. Kata YB KHalid Samad....Kenapa kita nak hebahkan kepada PKR pertemuan kita dengan UMNO, Anwar jumpa SAPP pun tak bagitau kita..."END.

HJ HADI SAHKAN PERTEMUAN

on Monday, July 21




KENYATAAN RASMI PRESIDEN PAS

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB perdana menteri yang juga selaku presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB perdana menteri berlaku sejurus selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu yang melibatkan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, ketua pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan timbalan presiden PAS dan YAB perdana menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

Presiden PAS
20 Julai 2008

Komentar:

1. Husam ( Naib YDP PAS ) sepatutnya berlaku bijak dalam menangani isu ini dengan melihat secara positif sebagaimana Presiden PAS dan Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Md Isa, serta MP Shah Alam Abd. Khalid Samad ( Adik Menteri Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna/ Dato Shahrir Samad ). Husam kelihatan marah apabila tidak dijemput, tetapi sebagai Naib Presiden seharusnya sudah mengetahui melalui Majlis Syura yang sebulat suara telah bersetuju. Apakah Husam suka perpecahan? Apakah Husam mementingkan kedudukannya? Apakah Islam tidak menyeru kepada Perpaduan & Perdamaian? Husam patut belajar daripada Dato Hj. Hadi Awang, orang lama dalam Politik PAS dan negara kita.

PERTEMUAN PAK LAH - HJ. HADI AWANG

on

1. SEPERTI yang saya duga dalam tulisan sebelum ini (bertajuk Muzakarah UMNO-PAS ), akhirnya Pak Lah mengumumkan bahawa sudah 3 kali pertemuan dibuat dengan kepimpinan tertinggi PAS. Husam Musa & Nik Aziz ( MB Kelantan ) kurang bersetuju jika intipati pertemuan itu berkaitan dasar-dasar parti, sebaliknya bersetuju jika pertemuan itu antara kedua-dua pemimpin Melayu/Islam itu.

2. Jika Muzakarah ini berjaya, tidak mustahil UMNO-PAS akan bercantum semula sebagai gabungan politik sepertimana zaman Tun Razak/Dato Asri dahulu. Jika Ustaz Nakhaei
( mantan Naib YDP PAS ), Dato Asri dll boleh masuk UMNO/sertai BN, bukanlah mustahil Hj Hadi Awang boleh bekerjasama dengan UMNO. Jika PPP sedang berusaha bergabung dengan Gerakan, tiada mustahil UMNO-PAS pula bergabung.

3. Isu sekarang ialah apakah jalan menguatkan umat Islam & bangsa Melayu sekarang. Salah satu jalananya ialah penyatuan dua buah parti bangsa Melayu/Islam ini. PKR tidak mungkin kerana PKR parti berbilang kaum India/Cina/Melayu/Dan Lain-lain Kaum. Maka PKR tidak sesuai di bawah berunding atas isu Melayu/Islam.

4. Kedaulatan bangsa Melayu/Islam di atas Tanah Melayu ini hanya akan berjaya jika kita bersatu. Maka seruan kita ialah bersatulah bangsa Melayu.

JIKA KITA BIJAK...

on Sunday, July 20

1. Hari ini sangat meletihkan, terpaksa menelan 2 biji Panadol. Pagi hingga petang berForum dengan Tajuk ; Ketuanan Melayu VS Hak Asasi Manusia. 400 orang seluruh negara menghadiri Forum tersebut yang dipanelkan oleh Tan Sri A Aziz A Rahman ( mantan Pengerusi MAS), Dato Hj. Mohd. Noor Abdullah ( mantan Hakim Mahkamah Tinggi ), Profesor Zainal Kling ( Kerusi Tun Ghaffar Baba, UPSI ), dan Dato Malik Munip. Kesimpulannya mudah sahaja...kita perlu mempertahankan, mengekalkan, 'highlightkan', meneguhkan hak-hak ketuanan Melayu yang sememangnya ada dalam Perlembagaan Negara...apa yang malang ialah ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa Hak-Hak Bangsa Melayu sebagai Tuan di Tanah Melayu ini ( Malaysia )sudah ada sejak dulu lagi contohnya agama Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu,Hak Istimewa seperti tanah, biasiswa,dll semuanya hak orang Melayu yang tidak perlu dirundingkan dengan mereka yang bukan Melayu.

2. Orang Bukan Melayu telah diberikan hak kerakyatan ( menurut YB Ibrahim Ali - Oasis Astro 20.7.08, 2 Juta Kerakyatan diberikan begitu saja kepada Bukan Melayu ketika nak merdeka ), seorang peserta Forum di TV itu pula bertanya ke mana pelancong2 dari negara China menghilang selepas tamat Visa mereka dan tidak balik semula ke negara asal mereka China. Saya berpendapat Pihak Imigresen pula menjawab isu ini? Ia satu kebimbangan yang tidak baik kepada Ketuanan Melayu pada masa akan datang? Harus diingat di negeri-negeri Penang/ Perak/ Selangor/ Negeri Sembilan/ Melaka/ Johor/Sabah/Sarawak/ WP KL peratus penduduk Bukan Melayu ialah 49%,50%, 51% DAN DI kl/sELANGOR mELAYU HANYA 30% DAN 45%...

3. Sebelah malamnya Pertemuan Tertutup dengan Pak Lah oleh Sahabat Mantap. Pak Lah menyuarakan suara hatinya kepada bangsa melayu generasi baru supaya membangunkan diri mereka menjadi terhebat terutamanya dari segi ekonomi.Jangan DEB dipersoalkan kerana DEB banyak membantu orang Melayu....Penjajah British membawa berjuta-juta orang Cina dan India ke Tanah Melayu dan meletakkan mereka di bandar-bandar besar, memberikan mereka kemudahan pendidikan moden sedangkan orang Melayu dibiarkan dengan sekolah kampung yang serba serbi kurang, perbandaran moden, kemudahan jalan raya, pelabuhan kedai-kedai dan pelbagai pemodenan....Kemudian Apakah kita nak bersetuju begitu saja supaya Kekayaan Negara ini dibahagi Samarata, Dihapuskan Keistimewaan kepada orang Melayu...Sudah tentu Tidak, kerana bangsa Melayu yang sudah lama Diketepikan dan disisihkan baru pula Merdeka 50 tahun nak disamaratakan dengan bangsa Lain yang lain...

4. Maka itu, Perjuangan PKR yang memperjuangkan Keadilan dan Kesamarataan tidak oleh diterima oleh bangsa Melayu. Kata mereka....Jika Masjid boleh Sekian Luas Kenapa Gereja dan Kuil tidak boleh seluas dan Selebar Masjid?..inilah Konsep Demokrasi mereka, jika di Amerika Demokrasi tidak menghalang Rakyatnya melakukan apa saja termasuk mewujudkan kawasan Tanpa Pakaian atas alasan demokrasi dan Hak Asasi Manusia, apakah Konsep ini boleh diamalkan di Malaysia ( Tanah Melayu )...Bangsa kita ada Tradisi yang perlu dipelihara, dan demokrasi di tanah kita ini hendaklah melihat kepada tradisi bangsa Melayu dan agama Islam yang dianutinya itu...END.My Idea

BICARA ILMUWAN

on Friday, July 18

1. PERTEMUAN dengan Profesor Zainal Kling di UPSI dua hari lalu sangat bermakna kerana sejak kecil lagi saya sudah memang membaca karya dan ucapan Profesor Zainal Kling.Kami berbicara tentang pelbagai aspek budaya bangsa Melayu, masa depan bangsa Melayu, dan seterusnya tentang Ketuanan Melayu. Beliau lebih suka menggunakan konsep Kedaulatan Melayu kerana bangsa Melayu mempunyai sejarah yang agung dan cukup berdaulat sejak beribu-ribu tahun lagi.

2. Sambil kami dibawa melihat Pameran Fakulti Seni Lukis di Bangunan Suluh Budiman, kami berbicara tokoh-tokoh guru yang pernah menuntut di UPSI dahulunya dikenali MPSI, sebelumnya pula dikenali SITC. Kami melihat nama Allahyarham Tun Ghaffar Baba sebagai Ketua Penuntut pada tahun 1949. Senarai nama-nama pelajar sejak tahun 1920 dari Singapura & Brunei dipampang di dinding bangunan. Saya memuji hasil karya seni siswa UPSI yang dipamerkan...sungguh berseni dan estetik. Kali terakhir saya melawat UPSI ( masa itu masih lagi MPSI tahun 1995) ketika saya belajar di MPTI, Johor Bahru mengadakan lawatan ke MPSI sebagai Pemimpin Guru ketika itu.

3. Prof. Zainal Kling menjawat jawatan sebagai Pemegang Kerusi Tun Ghaffar Baba di UPSI dengan tumpuan mengkaji sumbangan, sejarah, pemikiran, Tun Ghaffar sejak awal taun 1920an, sehingggalah beliau terlibat sebagai Pejuang Kemerdekaan di belakang Tunku Abd. Rahman tahun 1956, mantan Ketua Menteri Melaka, antara Pengasas MARA, Pengasas UITM, mantan Timbalan Perdana Menteri. Sebagai Pemimpin yang berjasa, selayaknya Allahyarham Tun Ghaffar Baba diberi Penghormatan di UPSI juga sebagai mengenang pendidikannya di SITC tahun 1920an dulu.

4. Saya juga terhutang budi dengan Allahyarham Tun Ghaffar Baba, kerana semasa beliau bekerja keras membawa UMNO masuk ke Sabah pada awal tahun 1990, Allahyarham Tun Ghaffar Baba telah mengusahakan saya untuk menjadi Guru Sandaran di SM Abaka. Ketika itu , saya baru tamat Tingkatan 6 di SMK Kuhara, tidak dapat melanjutkan pelajaran ke UKM kerana kesusahan wang ( ketika itu kami 3 adik-beradik serentak ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Semenanjung ). Tun Ghaffar , melalui Datuk Yusuf Noor ( sekarang Pengerusi Felda ) telah mendengar permintaan ayah saya ketika itu ayah saya dilantik oleh Tun Dr. Mahathir Mohammad sebagai AJK Penaja UMNO Sabah Bahagian Tawau. Ku sedekahkan Surah Al-Fatihah kepada Allahyarham Tun Ghaffar Baba semoga dicucuri Rahmat roh dan jasadnya, dan diampuni dosa-dosanya oleh ALLAH SWT.END

HAK MELAYU & HAK BUKAN MELAYU

on Thursday, July 17

1. Hari ini amat meletihkan, hari terakhir di Dewan Rakyat digunakan oleh banyak YB untuk mengemukakan isu-isu kepentingan rakyat. Saya sempat berbicara dengan Datuk Joseph Pairin Kitingan Presiden PBS, Datuk VK Liew Timbalan Menteri Perdagangan, bersama-sama Saudara Jabdin Juhat ,S/U Kanan Timbalan Menteri Pengangkutan, dan juga mengikuti Sidang Akhbar Datuk Nasharudin Mat Isa (Timbalan Presiden PAS), Dr Hatta Ramlie orang Kuat Perhimpunan Protes yang menimbulkan Kontroversi Penyanyi Melondehkan Seluar dan lagu 'Jilat'., juga ada Dato' Jaafar (S/U Agung PAS mantan Bos IKD think-thank Anwar) hanya memberikan 2 atau 3 soalan sahaja,YB PAS Shah Alam saudara kepada YB UMNO Dato Shahrir Samad ( Adik YB PAS Abang YB UMNO ).

2. Pertikaman Lidah antara YB Tajudin ( Pasir Salak ) dengan YB ( Ipoh Barat ) berkenaan Biasiswa JPA menghangatkan suasana Dewan. YB-YB DAP mempersoalkan pemberian Biasiswa kepada 55% Melayu dan 45% Bukan Melayu. Namun jawapan Menteri Datuk Mohd. Nazri Aziz sangat bijak, apabila membuka semula kitab Perlembagaan Negara supaya Hak-Hak orang Melayu jangan dipersoalkan. Dalam Perlembagaan Hak Orang Melayu hanya Raja-Raja Melayu dan Menteri-Menteri Melayu sahaja yang boleh putuskan/bincangkan/kurangkan/lebihkan bukan diputuskan di Parlimen. YB-YB Melayu mempersoalkan nisbah penduduk Melayu 65% kenapa biasiswa JPA hanya memperuntukkan 55%sahaja kepada Melayu? YB Batu Gajah (DAP) pula mahu perincian yang teliti tentang berapa jumlah Bukan melayu dapat, apa bidang, apa syarat, kenapa tak dapat, kenapa ada yang dapat. YB-YB Sabah seperti Ranau, Silam, Kota Belud juga meminta JPA memberi peruntukkan juga kepada bumiputera Sabah/sarawak yang masih jauh ketinggalan.

3. Semalam saya berbicara lama dengan bekas hakim, Dato Mohd. Noor, katanya Melayu itu meliputi Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu & Agama Islam. Tiga Perkara ini bangsa lain tak boleh sentuh/ tak boleh bincang/ tak boleh persoal kerana tanah ini tanah orang Melayu. Katanya, semasa perundingan Merdeka dengan Kerajaan British, Raja-Raja melayu memberi Kata Dua kepada Kerajaan British supaya 3 Perkara itu Tidak Boleh Dikompromi. Dalam Rundingan itu orang bukan Melayu diwakili MCA & MIC, Melayu diwakili oleh UMNO...mereka hanya mewakili parti perikatan...Pada tahun itu, adakah mereka boleh kata..ayya Raja , saya mau kasi lu turun ah....maknanya hari ini pun mereka jangan sekali-kali Menyentuh/Menyoal/Menyinggung/Menulis yang Menghasut/yang Menghina Raja-raja kita...mereka siapa nak Mempersoal Hak Raja Kita?

4. Maknanya, kita semua ( Cina/India/Melayu ) perlu MEMAHAMI asas-asas penubuhan negara ini, asas-asas Rundingan nenek moyang mereka dulu,asal-usul sejarah mereka bahawa Tanah Melayu ini adalah Hak Orang Melayu...Kerajaan di Perak atau di Selangor atau di Penang hanya satu elemen, satu entiti di bawah ( lebih rendah )tarafnya daripada Kedaualatan Raaja-Raja Melayu kita, maka kita Orang melayu juga memiliki Kedaulatan ke atas tanah ini.

5. Namun, orang Melayu memang sifatnya suka mengalah, suka memaafkan, suka bertolak-ansur...Contohnya dalam Perlembagaan, disebut bahawa sekolah-sekolah hendaklah disebut sebagai Sekolah Melayu ( bukan Sekolah Kebangsaan....)...Kaum Lain ( Cinda dan INdia ) boleh menubuhkan seklah masing-masing tetapi biayanya bukan daripada Kerajaan. Mereka boleh buat sekolah tetapi peruntukan sendiri, usaha sendiri. Namun, kerana orang Melayu suka bertolak ansur ( tak kisah ) maka Kerajaan yang dikuasai Melayu memberi juga BERBILLION-BILLION Peruntukan kepada sekolah-sekolah Bukan Melayu walaupun Perlebagaan kata usaha wang sendiri. Inilah Malaysia yang dipimpin oleh Pemimppin Melayu yang berjiwa Besar...tetapi apakah balsan mereka?

6. Di Indonesia...Tidak Ada sekolah Cina/ Tidak Ada Akhbar Cina/ Tidak Ada Perayaan Cina/ Tidak Ada Tulisan Cina...orang Cina Indonesia mesti Menukar Identiti Mereka menjadi Indonesia...Berbahasa Indonesia/Bersekolah Indonesia/Tulisan Melayu/Akhbar Indonesia...Di Filipina pun sama walaupun ada orang Cina tetapi Tidak ada Sekolah Cina, di Thailand pun banyak orang Cina tetapi Tidak Ada Sekolah Cina....DAN DI SINGAPURA 75% Cina, PM Cina, Menteri2 Cina ( Tiada Meneteri Melayu tapi Ada Meneteri India ),...Juga Tidak Ada SJK...

7. DAP pula melaung-laungkan dan Memperjuangkan MALAYSIAN MALAYSIA YAKNI KESAMARATAAN...( Contohnya di selangor kalau Luas Masjid sekian luas, maka gereja dan Kuil pun mestilah juga seluas kawasan Masjid...sebab Kesamarataan/Keadilan...) TETAPI KALAU BEGITU, APA KATA DIHAPUSKAN SEMUA SEKOLAH SJK, DITUKAR KEPADA SEK KEBANGSAAN MALAYSIA ( bukankah konsepnya Kesamarataan ) Mahaukah Mereka? Apa pula implikasinya Kalau DILARANG MENGGUNAKAN BAHASA MANDARIN.BAHASA TAMIL DITULAR KEPADA BAHASA MALAYSIA....sebab konsep perjuangan mereka kan Malaysian Malaysia...maksudnya semua mesti Nasional, semua Mesti Malaysia....sanggupkah mereka...Saya Jamin 1000000% mereka tidak akan bersetuju... SEBABNYA...mereka sebenarnya mahu menguasai negara ini sahaja. Apabila sudah berjaya jadilah Malaysia macam Singapura....nasib Melayu terbiar...tiada Menteri Melayu, Tiada Panglima Melayu...Sebab bukankah Malaysian Malaysia ini diperjuangkan oleh Lee Kuan Yew (PAP) , bila dihalau dari Malaysia oleh Tunku disambung perjuangan ini oleh bekas wartawan Singapura Lim Kit Siang...dan hari ini mereka berjaya memerintah Penang...Di Perak 6 Exco DAP, PAS 1, PKR 1...maknanya dalam Mesyuarat Exco mesti Suara Majoriti...siapakah Majoriti...maka tidak hairanlah mereka nak bagi hak tanah 999 Tahun kepada mereka...

Baca Tulisan JOHN LEE ( pelajar Cina Malaysia yang tidak setuju kewujudan Sekolah Jenis Kebangsaan...)[ The Malaysian Insider ;Khamis/ 10 Julai 2008 )

6. Maka itu , kita menyokong MCA dan MIC kerana mereka faham sejarah dan mereka terlibat Rundingan Merdeka dahulu, MCA dan MIC memahami Hak Orang Melayu, UMNO pula memahami Hak Bukan Melayu...END.My Idea

KERJASAMA UMNO-PAS

on Monday, July 14

1. Demi Perpaduan Melayu dan umat Islam di Malaysia, UMNO bersedia untuk bekerjasama dengan PAS. Demikian kata YAB Pak Lah sebagai menyahut seruan orang-orang Melayu dan umat Islam sejak keputusan pilihanraya baru-baru ini. Begitu juga ucapan Tuan Guru Hj Hadi Awang, Presiden PAS bahawa tidak ada sebab mengapa PAS tidak boleh bekerjasama dengan UMNO demi kepentingan agama Islam dan umat Islam.

2. Jika penyatuan ini berlaku, maka ia mengulangi Penyatuan yang pernah dibuat oleh Allahyarham Tun Razak dengan Dato' Asri Muda ( Presiden PAS) pada tahun 1970-an dulu.

3. Sebenarnya bukanlah perkara asing penyatuan ini, kerana di peringkat bawah sudah pun wujud perpaduan. Contohnya ada dalam keluarga si abang ahli PAS tetapi si Adik ahli UMNO, ada kawan dalam pejabat sebelah ahli PAS sebelah lagi ahli UMNO, ada Pensyarah ahli UMNO kakaknya ahli PAS, ada si bapa penyokong TV1 si anak penyokong TV3, ada kawan sekelas bapanya Penegerusi PIBG ahli UMNO bapanya pula ahli PAS.

4. Di Kampung Sungai Imam, bapa saya walaupun Ketua Cawangan UMNO tetapi memberi juga bantuan mendapatkan kemudahan jalan raya bertar, tiang lampu elektrik kepada Madrasah PAS, saya sendiri menjadi Penjamin kepada Ketua PAS di tempat saya sewaktu dia hendak kahwin untuk meminjam di Bank Rakyat, pendek kata perpaduan Islam tidak mengenal warna, rumah, parti dan sebagainya.

5. Saya yakin titik pertemuan untuk perpaduan Melayu dan umat Islam akan membawa negara ini lebih berjaya.END

AMARAN EZAM KEPADA ANWAR!

on Saturday, July 12

1. "Kalau keluar dari mulut Anwar, keluar dari mulut Wan Azizah (Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) kata saya adalah sebahagian daripada konspirasi, dalam tempoh 24 jam saya akan bersumpah dengan secara Islam sebenar-benarnya untuk lawan Anwar," katanya di dalam satu ceramah mengenai isu-isu semasa anjuran Umno bahagian Shah Alam dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan "Alam Free Speech" di Seksyen 19 malam tadi.

2. Menurut laporan Bernama, Mohamad Ezam yang juga bekas setiausaha politik Anwar berkata beliau akan membongkar segala apa yang beliau tahu mengenai pemimpin PKR itu walaupun ia akan mengaibkan anak-anak dan keluarga Anwar.

3. Katanya, beliau tidak berniat untuk mendedahkan apa yang diketahuinya tentang Anwar tetapi jika maruahnya terus dicabar kononnya beliau dibawa masuk ke dalam Umno dan di beri habuan berjuta-juta ringgit, beliau terpaksa bertindak.

4. Mohamad Ezam berkata beliau telah berjumpa dengan dua ulama muktabar untuk mendapatkan pandangan mereka dan diberitahu adalah wajib bagi beliau untuk mempertahankan maruahnya.

5. Beliau juga berkata, ahli-ahli Umno juga perlu bangkit dan berjuang mempertahankan parti dan pemimpin-pemimpinnya yang kini diasak oleh Anwar.

6 Mohamad Ezam berkata dakwaan Anwar terdapat konspirasi politik ke atasnya setelah pembantu khas beliau Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23 membuat laporan polis bahawa Anwar telah meliwatnya bulan lalu, sepatutnya berkisar sebagai masalah peribadi Anwar dan pemuda itu sahaja.

***Berita lanjut dalam Malaysiakini.com.

PAS AKAN KELUAR PAKATAN RAKYAT?

on

1.Politik negara seminggu ini nampaknya dah jadi 360% terbalik. Jika bulan April Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI)war-warkan akan jadi PM pada Mei, malah akhbar2 di Washington & Israel, malah akhbar Neewsweek,BBC,CNN,Al-Jazeera, dll media turut memperkatakan DSAI akan jadi PM menjelang Mei kerana YB BN akan melompat parti ke Pakatan Rakyat (PR).Jun berlalu dengan ugutan SAPP tetapi dinafikan Datuk Dr. Chua Soon Bui, YB Tawau. Saya sendiri bersama-sama Datuk Raymond Tan ( Timbalan Presiden SAPP) datang berjumpa Pak Lah dan Datuk Raymond memberitahu Pak Lah tidak akan ada YB SAPP melompat parti, ia hanya tindakan politik personal Datuk Yong Teck Lee.

2. Kemudian, dalam reaksi terkini Presiden PAS, Tuan Hj. Hadi Awang menyatakan dengan tegas bahawa tidak ada sesiapa Ketua dalam PR. Hj. Hadi Awang menyatakan bukan PKR & DAP saja boleh berjumpa YB lain untuk buat 'deal',...kata Hadi lagi, PAS pun boleh buat 'deal' dengan UMNO atas dasar Islam.

3. Datuk Seri Tajol pula menyatakan menjelang 31 Ogos 2008 , kerajaan negeri Perak akan tumbang. Ezam juga menyatakan negeri yang pertama tumbang ialah Perak. Bekas calon PAS Melaka pula menyatakan, beliau akan keluar PAS jika PAS membenarkan orang bukan Islam menjadi ahli PAS.

4. Apabila Pak Lah mengumumkan Peralihan Kuasa kepada DS Najib pada Jun, 2008 kelihatannya arus perpaduan Melayu semakin rapat semula. Sebenarnya saya sudah tahu cerita Peralihan Kuasa ini beberapa jam sebelum Pak Lah mengumumkannya, saya hanya percaya selepas mendengar di radio kereta semasa balik ke rumah dari mesyuarat khas di Jalan Bellamy, Istana Negara.

5. Saya tidak hairan kenapa PAS khususnya pemimpin2 tertinggi mereka sudah tidak lagi bersama2 dengan pemimpin2 PKR dalam banyak acara penting...kerana PAS sudah sedar , PKR dan DAP hanya mempergunakan mereka sahaja. PAS umpama penumpang dalam PR. Dengan nada tegas, Hj Hadi menyatakan...jangan fikir PAS bodoh...malah Hj Hadi mempersoal kenapa nak sangat memperbesar2kan isu Altantunya. Bagi saya, Hj. Hadi sudah melalui proses kematangan dalam politik, sudah pernah menjadi MB, dan sudah tahu apa yang akan berlaku jika hidup dalam pakatan yang longgar dan tidak dihormati lagi.Jadi tidak hairanlah jika Hj Hadi marah kepada Anwar dan Lim Kit Siang.

6. Sebagai rakyat, mari kita bersihkan hati, bersatu dan berpadu, mari kita memajukan diri kita, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara kita. Mari kita bersatu tatkala orang lain juga sedang bersatu...

Surat Saiful di Friendster

on Friday, July 11

SURAT SAIFUL

on

1.Ramai minta saya komen kes Anwar-Saiful. Oleh kerana Anwar bercita-cita menjadi PM maka seluruh rakyat Malaysia mempunyai sebab untuk mengetahui kebenarannya. Saiful telah membuat laporan Polis, Polis sedang menyiasat, Anwar sudah membuat laporan di JAWI, Saiful pula sudah tulis surat kepada rakyat Malaysia, Saiful nak bersumpah, Anwar belum bersedia, ...bagi saya ini adalah kes mereka berdua, kalau orang biasa macam kes Bacho liwat Ali, jadi mahkamah akan mengadili kes ini seadil-adilnya. Bagi kita rakyat biasa, mari teruskan hidup membangunkan diri, masyarakat, bangsa, agama, dan negara kita. Look forward, not looking back, think positive not negative thinking, be patient, be a good citizen.

2. Baca Surat Saiful dalam banyak Friendster Saiful Bahri sendiri.

SIAPA TUAN TANAH ?

on Wednesday, July 9

1. Kalau mengikut sejarah,Singapura atau nama asalnya Temasek itu dimiliki secara total oleh Kesultanan Melayu Johor. Walaupun Stamford Raffles datang ke Singapura pada tahun 1819,dia hanya diberi kebenaran menjalankan urusan-urusan perdagangan syarikat British. Apabila Perjanjian Anglo-Belanda (1824) ditandatangani, kedua-dua Penjajah ini membahagikan nusantara Melayu ini kepada dua- Di atas utara Singapura diberi kepada British, di selatan Temasik diberi kepada Belanda. Maka jadilah hari ini dikenali sebagai negara Indonesia dan negara Malaysia, walaupun kedua-dua bangsa yang duduk dalam negara ini serumpun iaitu rumpun Melayu.

2. Apabila Tanah Melayu merdeka (1957), Singapura ditadbir oleh Ketua Menteri Lee Kuan Yew. Agen-agen Sosialist dan Komunis sudah menyusup masuk ke Singapura sejak awal tahun 1900 lagi dengan melebarnya sayap Parti Koumintang dari China ke Singapura dan Tanah Melayu. Apabila Tanah Melayu diisyhtihar darurat (1948) kerana ancaman Komunis, Singapura hampir-hampir dikuasai dan diperintah Parti Sosialist ( Pro-Komunis).Lee Kuan Yew meminta bantuan Tunku Abdul Rahman supaya UMNO membantu, dengan bantuan Tunku, Lee Kuan Yew dan PAP dapat mengatasi cabaran Komunis di Singapura. Apabila Tunku berucap mengenai penggabungan Sabah/Sarawak/Brunei/Singapura/Tanah Melayu Lee Kuan Yew terus bersetuju kerana ia boleh menguatkan kedudukannya dan juga Melebarkan sayap PAP di Tanah Melayu.

Semasa Singapura di dalam Malaysia, Lee Kuan Yew bertindak sebagai Perdana Menteri di mana-mana persidangan di seluruh dunia. Tunku tentulah marah, mana boleh ada 2 PM dalam satu negara. Tindakan-tindakan Lee Kuan Yew menyebabkan Tunku mengambil keputusan menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Lee Kuan Yew berusaha bertemu Tunku untuk mengelak pemisahan ini, namun tidak berjaya, akhirnya Lee Kuan Yew menangis di depan kaca TV...

3. Maka musnahlah harapan Lee Kuan Yew untuk melebarkan sayap PAP ke Tanah Melayu. Namun Lee Kuan Yew ada Plan B. Dia menubuhkan DAP dan menghantar Lim Kit Siang seorang wartawan NST untuk memimpin DAP. Konsep DAP ialah " Malaysia Malaysia", maksudnya semua kaum adalah sama rata.Hari ini selepas 45 tahun, DAP berjaya menguasai Penang, Perak dan selangor. YB Theresa Kok pangggang 5 Babi tanda berjaya menguasai 5 negeri ( Lihat Blog Asal Theresa Kok sebelum diedit).

4. Tiga hari lalu saya bercakap panjang lebar dengan Tuan Hj. Kamdi Kamil ( SU Persatuan Sejarah Malaysia, Johor ).Kami bercerita panjang lebar, lebih 10 tahun tidak berjumpa, bekas pensyarah saya di Johor Bahru (1995). Beliau menyatakan kebimbangan orang Melayu akan kehilangan Pulau Pisang dan pulau-pulau kecil yang lain jika kita tidak sedar. Beliau menyatakan masih banyak dokumen-dokumen lama yang belum diselongkar di Istana Besar Johor? Keputusan Pulau Batu Puteh masih boleh dikaji semula selepas 10 tahun , maksudnya 2018. Maknanya kita perlu berusaha Selongkar Istana Besar Johor itu untuk mendapatkan sepucuk surat dari kerajaan British yang isi kandungannya tentang Permohonan mereka kepada Raja Johor untuk hanya mengendalikan rumah api di situ.

5. Pulau Batu Puteh macam Hong Kong dengan tanah besar China. Orang-orang China berjaya mendapatkan semula Hong Kong dan Macau...apakah orang-orang Melayu tidak ingin mencontohi orang-orang China di tanah besar China. Walaupun Singapura sudah merdeka dengan sendirinya, namun sejarah tetap sejarah, tiada siapa boleh mengubah sejarah walaupun buku-buku teks sejarah di Singapura memulakan buku sejarah mereka dengan kata-kata...."Singapura dibuka olrh Stamford Raffles..."Adakah mereka buta sejarah?


6. Macam Pulau Hawai..walaupun Hawai sebahagian daripada wilayah Amerika, tetapi Hawai tetap milik orang Asli Hawai..Macam orang Timor Timur, walaupun 15 tahun dalam Indonesia, tetapi negara itu tetap milik bangsa Timor. dan mereka sudahpun berjaya memperolehinya semula.Maknanya...Singapura dan Pulau Batu Puteh asal-usulnya dari Melayu...tak kanlah Singapura berasal dari Peking! Tak kanlah Singapura berasal dari Britain!tak kanlah Macau berasal dari Lisbon! Tak Kanlah Hong Kong berasal dari London!


7. Walaupun kini orang Melayu Singapura tidak ada jadi Menteri tetapi Singapura itu asalnya Temasik, Temasik itu asalnya Melayu. Walaupun MB Selangor orang Melayu tetapi Theresa Kok yang umumkan rm100 Juta ladang Babi, Xavier yang umumkan pembinaan gereja terbesar dan terluas, walaupun Mohd Nizar MB Perak tetapi Majoriti Exco adalah DAP...nak buat keputusan dasar kerajaan Perak, mesti dalam mesyuarat, dalam mesyuarat mesti dapat sokongan majoriti, kalau M Nizar sahaja seorang PAS apalah yang boleh dia buat melainkan mengiayakan sahaja...sebab itulah mereka luluskan pemberian geran tanah 999 tahun kepada rakyat Perak, tetapi berapa peratuskah Melayu?

8. Kesimpulannya,semasa pilihanraya PRU13 nanti bersatulah semula, contohi orang Cina bersatu semuanya dalam DAP..saya teringat kempen pilihanraya baru-baru ini, satu kain rentang di lebuhraya LDP..." Undi MCA Maksudnya Undi Melayu "...Sebab itulah MCA/Gerakan kalah teruk...

9. Orang Melayu sudah hilang Singapura dan Pulau Batu Puteh, sekarang adalah masa untuk mempertahankan bangsa kita/ tanah air kita/ agama kita/ dan survival anak cucu kita...

10. Kerana mereka sudah mula menghakiskannya...

PAS KECEWA , NIK AZIZ MARAH

on

SHAH ALAM 8 Julai – Pas Selangor menyifatkan Perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun di Kelana Jaya, Ahad lalu, sebagai tidak relevan dan gagal mencapai matlamatnya.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Mohamed Ali berkata, perhimpunan itu gagal selepas tindakan penganjur mengundang kumpulan muzik underground sehingga mencetuskan insiden aksi penyanyinya melondehkan seluar pada persembahannya.

Katanya, pihak penganjur seharusnya peka dengan budaya serta agama kerana tindakan penyanyi kumpulan Carburetor Dung, Alak jelas bertentangan dengan budaya dan agama yang diamalkan di negara ini.

Menurut beliau, insiden berkenaan juga dilihat tidak menjurus kepada matlamat sebenar perhimpunan itu diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak yang dikatakan membebankan rakyat ketika ini.

‘‘Saya tidak nampak apa relevannya pihak penganjur mengundang kumpulan itu mengadakan persembahan sedemikian kerana ia jelas tidak sesuai dengan tujuan sebenar perhimpunan itu. Malah, ia juga dilihat seolah-olah satu pertunjukan hiburan.

‘‘Saya difahamkan juga, ketika perhimpunan itu, kira-kira 700 orang Unit Badan Amal Pas turut menarik diri sebagai urus setia dan saya tak salahkan mereka.

‘‘Tetapi saya fikir, jika itu (persembahan) merupakan tarikan orang ramai hadir ke perhimpunan tersebut, saya anggap ia tidak mencapai sasaran dan tidak berjaya,’’ jelas beliau yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, di sini hari ini.

NIK AZIZ KECEWA PROTES MINYAK OLEH PKR

KOTA BHARU 8 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kecewa dengan perjalanan perhimpunan Protes Sejuta Rakyat-Protes Sampai Turun kelmarin yang bertukar menjadi majlis ‘seronok-seronok’.

Menurut Nik Abdul Aziz, beliau tidak terfikir program yang digerakkan oleh pakatan pembangkang bagi membantah kenaikan harga minyak turut diselitkan dengan persembahan muzik liar dan melampau itu.

“Saya kecewa betul, saya tak terfikir benda tu boleh berlaku, macam mana saya pun tak faham,” katanya yang juga Menteri Besar Kelantan kepada pemberita selepas sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersetuju dengan tindakan ahli Pas termasuk unit amalnya yang dikatakan bertindak keluar dari stadium kerana tidak menyenangi apa yang berlaku.

“Saya memang setuju, buat apa kita turut orang, turun dari rumah kita nak protes, tiba-tiba sampai di sana, orang lain buat cara bukan nak protes, tapi nak seronok-seronok, tak boleh,” katanya.

SAIFUL CABAR ANWAR

on Tuesday, July 8

Saiful cabar Anwar di Friendster
07-07-2008 07:49:31 PM
Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Tunang Saiful Bukhari Azlan, Janna Mohd Zaki menganggapnya sebagai hero walau apapun cemuhan yang dilemparkan terhadap Saiful. Janna meluahkan isi hatinya ini di dalam nota terbaru di blognya sempena hari lahir Saiful yang ke 23 semalam, 6 Julai.

Saiful Bukhari merupakan bekas pembantu peribadi Dato Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa dirinya telah diliwat oleh bekas majikannya itu.

Dalam posting terbarunya dalam blog, 'A Step in My Pink Mary Janes', Janna berkata walaupun dia tidak dapat menunaikan segala hasrat menyambut hari lahir Saiful seperti yang dirancang setelah berhempas pulas membuat segala persiapan, dia tidak terkilan.

"Di mata saya, Saiful adalah hero. Pada mereka yang menghujani kami dengan sumpahan dan kata-kata hinaan, saya ucapkan Alhamdulillah. Saya menggunakan kesempatan ini untuk mendekatkan diri pada Allah.

"Kami tidak ada kuasa untuk membuat orang berhenti bercakap perkara yang memedihkan tentang kami. Saya percaya pada Saiful dan saya tahu, kebenaran itu akan datang jua satu hari nanti," jelas Janna dalam blognya yang bertarikh semalam.

Di bawah posting terbaru yang bertajuk "Happy Birthday" itu juga, Janna turut membuat pautan dengan laman profile milik tunangnya itu menerusi laman web popular Friendster di url http://profiles.friendster.com/saifulbukhari.

Di halaman pautan tersebut, tertera ayat yang menggambarkan seolah-olah Saiful mencabar Anwar iaitu: "Wahai Anwar munafik! Aku cabar kau bermubahalah! Tetapkan tempat dan waktu! Aku akan datang! Yang hak pasti berdiri.Yang bathil pasti jatuh!Aku tak takut mati. ALLAHHUAKBAR!"

Mufti Perlis jawab isu kemuka empat orang saksi kes liwat

PERHIMPUNAN BERSAMA PM

on Monday, July 7

Pagi ini saya bertolak awal ke Putrajaya, kerana 8.30am ada perhimpunan rasmi bersama dengan YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi. walapun bertolak 6.50am tetapi sampai di Putrajaya 7.50am. Tiga Tol dilalui setiap hari, maknanya rm9.80 sehari X 22 hari= lebih kurang RM200.00. Minyak RM100 X 4minggu= RM400.00, Itulah kos pengangkutan setiap hari, tetapi perjuangan untuk negara perlu diberi keutamaan,inilah negara kita, maka kita mesti berkorban,tidak mengapa rugi sedikit demi untuk kejayaan negara kita, seterusnya untuk kesenangan anak cucu kita pada masa hadapan.

Pak Lah berpesan supaya kita fokus kepada pekerjaan, walaupun menghadapi cabaran besar dengan kenaikan harga runcit minyak, tetapi kerajaan tidak akan membiarkan rakyat menanggung sendiri beban itu. Pak Lah berjanji Kerajaan akan meneruskan program-program bantuan kepada rakyat dalam bentuk yang lain, seperti rebate cukai jalan, pengecualian cukaipendapatan, pinjaman dipermudahkan, bantuan biasiswa,

KETUANAN MELAYU

on Saturday, July 5

1. Jika di Indonesia orang-orang Cina semuanya mesti menukar nama mereka kepada Melayu Indonesia seperti Alan Budikusuma, Hartono, Susi Susanti. Di Indonesia tidak ada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Tidak ada Surat Khabar Cina, Tidak ada TV Cina, Tidak ada juga yang India, Tidak boleh juga ada yang Eropah, semuanya mesti menjadi Melayu Indonesia. Sebab itu orang Cina Indonesia sangat fasih bahasa Melayunya, sebab itu tidak ada orang Cina Indonesia yang tidak boleh bercakap Melayu Indonesia.

2. Di Filipina, Thailand, Burma, Brunei juga tidak ada akhbar Cina, Sekolah Cina, semuanya mesti mengikut Ketuanan negara-negara itu. Malah Di Sigapura yang 70% penduduknya orang Cina TIDAK ADA SRJK (Cina) atau SRJK (Tamil). Hanya ada sekolah Inggeris sahaja.

3. Kenapa di Malaysia orang Cina, Orang India ada sekolah masing-masing, akhbar mmasing-masing, bahasa masing-masing. Sebabnya ialah sewaktu nak merdeka dulu 1950-an, pemimpin-pemimpin Cina, Melayu, India dia Tanah Melayu telah berjanji dalam Sosial Kontrak tentang hak masing-masing. Antaranya orang Cina dan India dipelihara hak mereka untuk beragama, menggunakan bahasa masing-masing, sekolah masing-masing tetapi mereka Tidak Boleh mempersoalkan Hak Istimewa dan Hak Ketuanan Bangsa Melayu seperti Raja-raja Melayu, Agama Islam dan sebahainya....

4. Namun, hari ini orang0orang Bukan Melayu dalam DAP dan PKR telah menuntut Kesamarataan...apakah pendapat anda?

KENAPA HARGA MINYAK NAIK

on Thursday, July 3

1. Bank2 Perdagangan di Amerika seperti Goldman Sachs dan Morgan Stanley telah membuat ramalan sejak awal tahun ini bahawa dunia bakal menerima kenaikan harga minyak sehingga USD200 per barrel! Dalam keluaran Newsweek(Mei,2008 ) mereka meramalkan lagi harga minyak akan naik mencecah USD250 per barrel menjelang 2009. Pada hari ini negara-negara seperti Perancis, Israel, Nepal, India, malah Brunei juga menerima kesannya. Negara Brunei mula mengehadkan pembelian minyak kepada kereta2 dari Malaysia dan Indonesia.

2. Pada tahun 2000, harga satu tong minyak di dunia adalah USD30 sahaja. Semasa Anwar menjadi Menteri Kabinet 1997 sebelum dipecat harga satu tong minyak adalah USD19 sahaja. Bandingkan harga sekarang mencecah USD141 satu tong. Ramai rakyat tidak tahu harga Satu Liter minyak hari ini sebenarnya RM3.50 tetapi selepas kerajaan memberi Subsidi harga Satu Liter hanya RM2.70. Ada kawan-kawan salam PAS menghantar SMS kepada saya kenapa harga minyak di Kuwait, Arab Saudi, Iran, Venezuela, Algeria murah berbanding Malaysia...Daripada fakta ( The Economist/Mei ) negara-negara tersebut mengeluarkan 10Juta tong sehari, Iran sahaja 5Juta tong Sehari, Venezuela dan Algeria 2.5 Juta tong sehari...tetapi Malaysia pula hanya 700,000 Tong Sehari. Kedua, tempoh masa minyak mereka boleh dikeluarkan masih lama, contohnya Saudi 60 tahun, Venezuela 30 tahun, Iran pun berpuluh-puluh tahun tetapi Malaysia dijangka habis minyak pada tahun 2015 yang mana ketika itu Petronas sudah mula mengimport minyak. Rakyat kita 27 Juta dan bertambah ramai, sedangkan negara-negara tadi pula hanya sedikit juta sahaja ( dapatkan maklumat dari EPU/Goldman Sachs/Morgan Stanley)

3. Dengan statistik di atas( nak banyak dapatkan daripada EPU/ The Newsweek/Goldman Sach/Economist )..maka Kerajaan kita mengambil contoh Kerajaan Indonesia dengan Menyusun semula Subsidi Minyak dengan memberikan kepada yang memerlukan sahaja. Makna kalau seseorang itu pakai kereta 3000cc maknanya dia memang kayalah dan layaklah beli minyak tanpa subsidi.Bagi kita yang berpendapatan rendah , maka yang perlu kita buat ialah Susun Bajet Harian Kita. Maknanya Kradit HP kurang2kan, Makan di Restoran kureng2kan, Makan Angin batal2kan, Tukar Sportreem tangguhkan, Jika dulu beli beras Jati/Wangi 40 Kilo sekarang cuba Ubah Beli sahaja 20Kilo Jati/Wangi yang 20Kilo lagi belilah Beras biasa then campurkanlah/ pokoknya Ubah Cara Berbelanja kita...

4. Kita jangan jadi seperti Indonesia, dulu mereka Pengeluar Minyak utama dan menjadi Ahli OPEC...hari ini mereka sudah menjadi pengimport minyak, Mereka pun dah dihalau jadi Ahli OPEC...PERTAMINA pun dah Bankrap dan nak ditutup. Sebabnya mudah, mereka tidak ada pengurusan seperti Petronas yang masih memikirkan nasib masa depan anak cucu kita, Walaupun Petronas sudah tidak lagi mencarigali minyak di pesisiran pantai kita kerana juga kurang minyak, tetapi Petronas sudah mencari minyak di seluruh dunia ( 33 negara ), dan banyak industri hiliran supaya Petronas terus mampu membantu rakyat Malaysia pada masa akan datang. PERTAMINA hanya mengeluarkan dan menyedut minyak dari Pelantar2 yang sama sejak bertahun-tahun sehingga habis...tiada usaha mencari gali minyak di tempat-tempat lain, tidak berusaha mempelbagaikan pendapatannya seperti PETRONAS, maka itu kita tidak mahu PETRONAS mengalami nasib seperti PERTAMINA.

END.

YB BIJAK RAKYAT UNTUNG

on Tuesday, July 1

Semalam saya di Parlimen memerhatikan perdebatan MP Puchong dengan YDP Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia. Secara jujur, saya percaya jika MP Puchong menumpukan soalannya kepada isu yang dibangkitkannya kepada Menteri, dia tidak akan dikeluarkan dari Dewan selama 2 hari. Di luar Dewan, dia merungut buang masa hadiri sesi dewan, bagi saya jika seseorang MP itu bijak dan berhemah semasa berdebat di Dewan Rakyat sebagaimana Dr. Tan Seng Giaw ( DAP/Kepong ), Ibrahim Ali ( BEBAS/Pasir Mas), Razali Ismail ( UMNO/Muar ), dsbnya saya percaya itu lebih membawa manfaat kepada rakyat di kawasannya. Dengan adanya perdebatan yang bijak, maka Menteri boleh terus menjawab dan pegawai-pegawai kerajaan yang membuat laporan di belakang, akan lebih fokus menulis laporan.

Datuk Ghapur Salleh, Datuk Chua Soon Bui,Datuk Anifah Aman, Datuk Pairin Kitingan, adalah antara YB-YB Sabah yang berjuang memohon peruntukan kepada kawasan masing-masing. Keberanian Datuk Ghapur di dalam dewan bolehlah dipuji, namun saya berharap Datuk Ghapur akan lebih bijaksana dan matang dalam sesi soalan, tidak perlu rasanya meninggikan suara, cukup bentangkan masalah rakyat Sabah dengan matang, profesional, dan ada nilai tinggi. Saya sendiri memberikan 3 isu kepada Datuk Ghapur untuk beliau kemukakan dalam dewan. Isu-isu itu ialah 1. Masalah Pembangunan Sekolah Luar Bandar, 2) Masalah KP, dan 3) Masalah Bolasepak negara yang merudum.

Saya percaya kesempatan menjadi YB, mesti digunakan sebaiknya oleh wakil-wakil rakyat kita. Jika tidak, pengundi-pengundi akan rugi kerana nasib mereka tidak diperjuangkan.

Jika anda rakyat yang bijak, berani dam benar, beranikan diri jumpa YB-YB di kawasan anda, Minta peruntukan, tulis surat, nyatakan masalah rakyat di kawasan anda, kadang YB tidak tahu, buat paper work, hantar ke semua Jabatan2 Kerajaan yang berkaitan, Minta sokongan YB, minggu depan susul lagi, hantar sms, telefon, sama ada YB angkat atau tidak angkat cuba lagi, memang itu kerja YB, insyaallah dengan cara ini akan berjaya. Namun, bagilah masa pula..sebab YB-YB ini pun mengharapkan peruntukan daripada Kerajaan,

Lainlah kalau Datuk Liew Yun Fah, mantan ( Menteri Belia Sabah )YB Merotai, walaupun pukul 2 pagi dia akan bangun kalau ada pesakit di hospital atau ada kematian, Datuk Liew ini semua permohonan rakyat akan dipenuhinya, kalau lambat peruntukan kerajaan, dia akan dahulukan wangnya dahulu. Sayang dia tidak dicalonkan dalam PRU-12 baru-baru ini.

Ringkasnya, YB-YB mesti rajin dan bijak mencari peruntukan pembangunan di kawasannya. Saya sudah melihat, kerajaan mempunyai kemampuan untuk membangunkan kawasan di mana-mana sahaja.Tidak perlu membuat sidang akhbar, atau kain rentang , demonstrasi dsbnya untuk meminta pembangunan. Ia hanya membuang masa, malah mengorbankan masa depan rakyat, lain lah kalau negara kita dijajah semula oleh Amerika, maka hendaklah kita bangun menentang. Tetapi yang perlu kita cari sekarang ialah pembangunan ( termasuklah pembangunan minda dan rohani ). Contohi Sarawak membangunkan negeri mereka, mereka mengamalkan politik pembangunan, bukan politik mengumpul kekayaan yang keterlaluan sehingga lupa kepada rakyat marhaen. Kalau ada YB yang kaya seperti Datuk Liew Yun Fah bagus juga, sebab Datuk Liew mudah membantu rakyat tanpa perlu menunggu peruntukan kerajaan.

Terkenang Dato Onn Jaafar naik basikal mengelilingi kampung menyeru kepada perpaduan, Terkenang Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terbang ke London merunding kemerdekaan negara hasil wang derma rakyat, Terkenang Tun Razak membuka tanah-tanah baru kepada rakyat, Terkenang Tun Hussien Onn bersederhana, Terkenang Tun Mahathir duduk semeja dengan Tuan Guru Nik Aziz, Terkenang Pak Lah mengiringi Allahyarham Dato Fadhil Nor Presiden PAS dalam kereta jenazah, Terkenang Mahatma Ghandi berpuasa menentang penjajahan, Terkenang Maharaja China menghantar puterinya Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan Raja Melaka...semuanya pemimpin besar, berhati besar, berjiwa besar...maka kita juga harus berjiwa besar kepada negara ini.END

Salam hormat.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan