ANWAR=MELAHIRKAN MASYARAKAT MADANI MENIPU(3M)

on Monday, September 29

1. Buat kajian kenapa YB Theresa,YB Tian Chua, kilang2 susu di China melakukan penipuan, adakah ia sebahagian cara hidup mereka?. Malangnya ada pemimpin di kalangan bangsa kita juga sudah terikut-ikut dengan menipu rakyat konon 16 September akan jadi PM,akan ada kerajaan baru, semua 32 atau 30 atau 45 MP BN akan menyeberang ke PR? nampaknya PKR akan membudayakan Masyarakat Madani Menipu(3M).

2. Mereka kaji kelemahan & kekurangan orang Melayu. Kalau ikut buku orientalists seperti Gammnans, RO Winsterd, mereka menyatakan orang melayu memang suka hidup senang tapi kurang aktiviti ekonomi. Allan Bloom, seorang pensyarah Yahudi di Amerika, sudah meramalkan 10 tahun lalu, melalui bukunya,' The Crisis Mind of Amerika' bahawa Anwar bakal menjadi PM. Memanglah mereka sudah lama mengintai Malaysia melalui Anwar, Anwar sendiri menyatakan Projek 916 ini sudah di usahakan sejak 10 tahun dahulu. NAMUN, Anwar lupa Allah berkuasa, bukan Anwar!

3. Oleh itu Cina gunakan kesempatan hingga mengekploitasi. Sedihnya orang Melayu lupa daratan terutama para pemimpin di semua peringkat, dalam semua parti politik, di semua sektor, - lupa hidup ikut cara Islam. Parti Islam Semalaya(PAS) sudah juga mengurangkan identiti Islamiknya, terutama apabila Anwar membawa masuk orang-orangnya untuk meliberalkan PAS. Apatah lagi dengan kekuatan kewangan Kemunculan Erdogan sekarang.

4 Kuasa menjadi lebih penting dari ukhwah Islamiah sekarang. Kita pun berpecah. Memang kafir akan ganyang kita sebab kita lupa akan Allah. Itu sunnahtullah. Kalau terus menerus gagal melawan nafsu Allah akan gantikan dengan ummat yang lain, inilah sedang berlaku dengan negara kita.

5. Pada Tahun 1938, orang Cina meliputi 450,000 orang, orang Melayu 350,000 orang, dan orang India 250,000 orang. Orang bukan Melayu lebih Majoriti daripada orang Melayu, inilah kejayaan penjajah British apabila berjaya mengimport ramai imigran ketika itu.

6. Hari ini. jika Sabah&Sarawak tiada dalam Malaysia, apakah agaknya akan terjadi? Nasib baiklah Petisyen PAS tahun 1963 Menolak kemasukan Sabah& Sarawak kedalam Malaysia tidak berjaya.

RAHSIA PERTEMUAN DI RUMAH MANTAN MENTERI KEWANGAN

on Saturday, September 27

1. SIAPAKAH boleh meneka apakah yang dibualkan oleh Mantan Menteri Kewangan dengan Anwar Ibrahim semasa bertemu di Kota Bharu tidak lama dahulu. Siapakah boleh meneka apakah tujuan kehadiran Tuanku di rumah Mantan Menteri Kewangan baru-baru ini yang turut disertai Mantan PM? Dan siapakah boleh meneka apakah perbincangan antara Pak Lah dengan Najib dua hari lalu? Sebelum itu apakah pula isi pertemuan di antara Kepimpinan Tinggi PAS dengan PM tidak lama dulu? Siapa pula boleh mengagak apakah pula isi pertemuan di antara Datuk Raymond Tan, Datuk Liew Yun Fah dan TPM baru-baru ini?

2. Persoalan-persoalan di atas merupakan tanda aras kepada masa depan UMNO, BN, PKR, PAS, DAP dan Pakatan Rakyat. Pertemuan-pertemuan itu juga menjadi survival politik kepada PM, TPM, Penasihat PKR, Pengerusi DAP, dan Presiden PAS.

3. Jika diperhatikan trend seminggu dua ini, penulis melihat Parti yang paling rugi ialah PAS, penglibatan PAS dalam Projek Anwar 916 menjadikan PAS hilang identiti dan porak-peranda. Kepimpinan mereka terbahagi dua antara Kepimpinan Ulama VS Kumpulan Erdogan. Hanya baru-baru ini PAS mula menjarakkan dirinya daripada Anwar dan PKR setelah menyedari tipu muslihat Anwar dan DAP. Sebab itu di Kedah lebih dikenali sebagai Kerajaan Negeri PAS Kedah, bukan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

4. Walaupun penulis bukan ahli PAS, namun penulis menghormati kerajaan PAS di Kelantan dan di Kedah. Kedua-dua kerajaan ini adalah kerajaan Melayu dan Kerajaan Islam. Kedua-dua kerajaan ini tidak akan runtuh jika mereka berjaya berkhidmat dengan baik, tetapi kedua-dua kerajaan ini boleh runtuh jika UMNO/BN menjadi pembangkang yang lebih baik. Ini pernah berlaku di Terengganu tahun 2004 dan di Kelantan UMNO/BN hanya tewas 2 kerusi sahaja.

5. Sebenarnya jika PAS boleh berdiri dengan identiti Islamnya sendiri, PAS akan lebih dihormati dan lebih kuat. Berbanding jika terheret dengan projek Anwar dan DAP. Oleh kerana PAS telah terpalit dengan DAP dan PKR, sebab itulah PAS terpaksa tutup mulut dalam Kes Zina dalam kerajaan PKR Perak. PAS juga tidak mampu bersuara dalam kes YB Zulkifli menentang Bar Council.

6. Kepimpinan DAP terutama Lim Kit Siang dan Karpal Singh juga sudah mula mengundurkan tekanan dan suara mereka kepada Perdana Menteri. Mereka sudah mula kurang menyerang kerajaan pusat. Hanya Anwar sekarang keseorangan, sebab itulah sebelum ini penulis mendedahkan jambatan rahsia Anwar dengan UMNO sedang diatur. Anwar cuba mengambil bahagian dalam peralihan kuasa dalam UMNO , anda terkejut?

7. Peristiwa rumah YB Teresa Kok dilempar bom minyak tanah itu merupakan Bibit-BIbit orang Melayu sudah mula tidak tahan kesabaran mereka. Teresa masih lagi menyalahkan media yang mensensasikan isu mengenai dirinya, tetapi Teresa tidak pernah fikir perasaan umat Islam dan orang Melayu apabila Mempermain-mainkan Tulisan Jawi, suara Azan, Estate Babi di kawasan Melayu dan sebagainya. Perbuatan Teresa tidak berbeza dengan perbuatan Harold McMicheal tahun 1946 dahulu yang buta budaya orang Melayu.

8. YB Teresa harus faham dalam bulan Ramadan ini umat Islam dan orang Melayu masih boleh menahan sabar. Namun, jika Teresa masih lagi menyombongkan dirinya di Tanah Melayu ini, dia harus menanggung sendiri apa jua bahana kemarahan umat Islam dan bangsa Melayu.

ANWAR BUAT U TURN = MAAF DAP & PAS

on

1. PERKEMBANGAN dalam UMNO yang memutuskan Peralihan Kuasa akan dipercepatkan, Perdana Menteri akan membuat pengumuman rasmi pada 9 Oktober 2008. Penulis tidak bimbang di dalam kem UMNO dan BN kerana penulis melihat proses itu akan berjalan dengan lancar, dan UMNO dan BN sudah menemui rentak pemulihan dan kekuatannya semula.Semasa mesyuarat MT UMNO, penulis berada di sana dan melihat trend itu.

2. Apa yang penulis ingin sampaikan di sini ialah berlakunya panggilan telefon, rujuk-merujuk dan mengatur pertemuan di antara Anwar dengan kumpulan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-menteri senior yang juga mempunyai hubungan lama dengan Anwar semasa Anwar menjadi TPM. Anwar menggunakan semua itu untuk mendekatkan dirinya dengan kem UMNO dan BN.

3. Anwar dikatakan sudah mengangkat bendera Putih. Pertelagahan dalam PKR antara Anwar dengan Tian Chua, Anwar dengan YB Zulkifli, dan Anwar dengan YB-YB PKR di Perak menyebabkan Anwar mengalih perhatian kepada cara berlembut dengan UMNO dan BN. Sudah tiada lagi cerita PM In Waiting, malah Washington Post minggu lalu melaporkan Anwar bersedia untuk memulakan perbincangan dengan pihak kerajaan.

4. Siapakah yang jadi mangsa? Sudah pasti SAPP sudah mula berkubur, dikuburkan dan ditinggalkan oleh Anwar? Yong Teck Lee kempunan menjadi TPM di bawah janji Anwar.Penubuhan parti baru dalam proses , 2 hari lalu penulis bersama-sama dengan Datuk Liew Yun Fah mantan Menteri Belia dan Sukan Sabah yang datang ke KL untuk merundingkan penubuhan parti baru bersama-sama dengan Datuk Raymond Tan.

5. Dan yang paling akan terkejut berok tidak lama lagi ialah DAP dan PAS. Penulis telah meramalkan bulan lalu bahawa Anwar tidak akan kesah untuk meninggalkan DAP dan PAS untuk mencapai cita-citanya. Ramalan awal penulis = http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/08/dap-pas-akan-tertipu.html

6. Persoalannya, adakah UMNO dan BN akan menerima Anwar? Dan apakah pula akan jadi dengan PR, DAP dan PAS ? Tahniah kepada Tuan Guru HJ. Hadi, Hj. Mustapha Ali, Dato Harun Taib dan kumpulan Ulama lama PAS kerana sudah melihat perkara ini sejak awal lagi.

ANWAR TERGAMAM BILA WARTAWAN KATA PENIPU

on Friday, September 26

1. SEPATUTNYA EXCO Teresa Kok letak jawatan kerana mana mungkin seorang Exco Menipu dan membohongi rakyat. Maknanya Kerajaan Negeri Selangor tidak ada Kredebiliti dan harga diri. Namun, kita faham keadaan ini berlaku kerana MB Selangor tidak ada Kekuatan untuk menegur apatah lagi Memecat Exconya yang menipu dan berbohong.

2. Begitu juga Anwar tidak ada kekuatan untuk mengambil tindakan disiplin kepada Tian Chua. Mereka boleh kenakan Tindakan Disiplin ke atas YB Zulkifli sahaja kerana mempertahankan kesucian agama Islam, macam mana nak jadi Perdana Menteri kalau hal-hal begini tidak boleh berlaku adil?

3. Dalam satu sidang akhbar 3 hari lalu, apabila wartawan bertanya kepada Anwar kenapa beliau suka menipu, Anwar tergamam dan terkejut! Anwar menjawab biasalah dia digelar macam-macam, kemudian seperti biasa Anwar menggoreng cerita sampai masak dan basi.

4. Di Jakarta , journalist memberi mesej kepada penulis mereka bosan cerita Anwar pasal rampasan. Beberapa journalist dan wartawan dari Indonesia sudah malas terbang ke Kuala Lumpur walaupun dijemput PKR kerana mereka serik ditipu dan asyik berita yang serupa sahaja.

5. Di Kuala Lumpur, Anwar pula mula merendahkan egonya apabila mengakui Tian Chua memang berbohong dan Pak Lah memang benar. Kenapa selepas kegagalan Projek 916,919, 920 dan 923 Anwar sudah mula mengangkat bendera Putih?

6. Semalam penulis berbuka puasa dengan orang-orang Istana Negara,mereka ketawa sahaja bila Anwar dan PKR asyik kaitkan Tuanku Raja kita untuk merampas kuasa. Macamlah Tuanku hendak dilibatkan dengan kerja gila dan tak bermoral merampas kuasa. Kalau Anwar dan PR Tulis Surat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan AGong, sebenarnya rakyat jelata pun boleh juga Tulis Surat kepada Tuanku Sultan untuk menolak Rampasan KUasa secara Tipu dan tidak menghormati pilihan Rakyat.

Penulis harap selepas ini, orang-orang Kampung seluruh negara juga tulislah surat kepada Tuanku Raja kita menolak Rampasan kuasa yang sedang diusahakan Anwar dan PKR, walaupun sekarang semakin lemah dan malap usaha mereka.

7. Anwar dan PKR fikir mereka sahaja Berhak tulis surat kepada Tuanku Raja kita, sebenarnya kita rakyat biasa pun Berhak tulis surat yang sama kepada Tuanku Sultan, tak kisah apa taraf kita yang penting kira Rakyat Malaysia, kerana Tuanku Raja adalah penaung kepada kita semua.

PRESIDEN PKR = TIAN CHUA LAWAN ANWAR IBRAHIM

on Thursday, September 25

1. SELEPAS pengakuan Teresa Kok pasal makanan macam anjing di Kem Kamunting, Teresa sempat pula main-main sebut pasal Kucing pula! Jika anda prihatin, sebenarnya apa maksud Teresa sebut Kucing pula.Dari segi bahasa politik, itu maksudnya hina orang Melayu dan umat Islam tu...sebab Kucing binatang yang selalu berada dalam rumah orang Melayu dan umat Islam. Kita saja yang tak peka!

2. Kemudian Tian Chua yang bijak berlakon sanggup mati di hadapan Bulldozer setiap kali demonstrasi, oleh kerana sangat-sangat terdesak, sangat-sangat takut rakyat tahu tembelang mereka, sanggup berbohong kononnya ada " orang tengah ' sudah "deal" dengan Perdana Menteri untuk urusan peralihan kuasa kepada Anwar Ibrahim. Pak Lah kata ia Berita paling Gila . Kemudian, barulah Anwar menukar ' tune ' kempennya yang gagal itu dengan berkata Pak Lah benar, Tian Chua yang bohong. Wah...Anwar pun sudah tunjuk Tian Chua Pembohong dan Penipu. Rakyat nak percaya lagikah PKR ne?. Kalau budaya Melayu, orang yang menipu macam ne, yang disahkan menipu oleh Anwar, Tian Chua ne tak ada muka lagi nak pergi tunjuk muka kat Parlimen. Baik berhenti saja jadi YB, memalukan sahaja.

3. Apakah pembohongan satu budaya mereka? Di negara China, oleh kerana nak untung sangat berlipat-lipat ganda, mereka sanggup menipu pengguna susu dengan mencemarkannya dengan kimia Melamine.53, 000 bayi keracunan dan banyak lagi kes belum diumumkan. Mereka lakukan semata-mata untuk menaikan nisbah kandungan protien secara palsu. Nampaknya mereka sanggup membunuh untuk mengejar keuntungan!

4. Apakah sebabnya mereka marah dan mengkritik habis-habisan PDRM, BPR, dan Audit Negara . Apakah mereka takut terdedah segala korupsi mereka. Lihat sahaja kes workshop di Terengganu yang mengenakan tuntutan palsu yang begitu tinggi. Kalau kita semua peka dan perasan, sebenarnya ada pihak yang sengaja menuding jari dengan pandai-pandai mengalih perhatian dengan mengecam orang Melayu dan kerajaan Melayu sebagai korup dan sebagainya.

5. Jika dilihat rakan-rakan Cina kita di seluruh negara, bukanlah semua mereka seperti yang di atas, melainkan mereka-mereka yang diatas itu dan yang sewaktu dengannya. Malangnya sehingga ke hari ini, Ulama-ulama PAS diam-diam je pasal Hadiah Seks diklasifikasikan sebagai Sedekah oleh orang PKR ne. Aduhai, janganlah pula ulama PAS keluarkan fatwa bersetuju pula!

Mereka membela diri sendiri konon ia komplot BPR...aduhai, membela diri biarlah bertempat. Dah tahu Zina itu Dosa Besar, Dah Tahu Zina itu Haram mencium bau syurga jika taubat nasuha tidak diterima Allah SWT,Dah tahu penzina itu hukumannya berat, kenapalah nak dekati, kenapa tak tegas kata tak mahu, kenapa tak tegas halau gadis-gadis China itu, bukankah ada Handphone call sahaja 999, bagitahu pihak berkuasa ada rasuah seks. Nawaitu ?

Apapun kita berdoa kita dijauhkan dari perkara ini. Tak ada kesimpulan di sini, kena tanya DS Anwar Ibrahim dan ulama-ulama PKR apakah tindakan mereka selanjutnya. Kalau YB Zulkifli kena menghadap Lembaga Disiplin bukan pasal habuan Seks, kes mereka kena tanya Presiden dan Penasihat PKR .

SEKS DENGAN GADIS CHINA : KENAPA YB TERESA TAK LAPOR KE NEGARA CHINA

on

1. IPOH 23 Sept. – Seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah baru-baru ini mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Fairul Azrim Ismail, 30, bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan seorang individu yang dikenali sebagai Mohamad Imran Abdullah.

Fairul Azrim mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Ahli PKR itu membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada pegawai Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) di Kompleks Islam Perak di sini hari ini.

2. KOMEN MUFTI :

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria meminta individu Islam jangan berperilaku seperti orang bodoh dengan menyamakan habuan seks seperti sedekah.

Tegas beliau, kenyataan seumpama itu biasanya dikeluarkan oleh orang yang jahil tentang hukum agama apatah lagi jika diungkapkan mereka yang terlibat dalam politik.

Dalam aspek ini, beliau mengingatkan bahawa sedekah merupakan barang yang halal kepunyaan seseorang untuk diberikan kepada orang yang memerlukan.

"Seks itu zina dan kita tidak boleh menyamakan benda yang haram dengan yang halal.

"Jangan sampai terlalu bodoh membuat kenyataan seperti itu. Cukup bodohlah kalau hendak mempertahankan diri kita (dengan cara itu). Seseorang ahli politik yang berfikiran seperti itu tidak layak menjadi seorang pemimpin," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan yang menyamakan habuan seks dengan sedekah setelah mendakwa dirinya diperangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Zul membuat kenyataan itu selepas mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) untuk meminta jabatan agama itu menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya kerana didakwa terlibat dalam skandal seks membabitkan wanita dari China.

Harussani berkata, menyamakan sesuatu yang haram tidak boleh dijadikan alasan semata-mata untuk melepaskan diri daripada tuduhan pihak tertentu.

"Soal diperangkap atau apa sekalipun yang haram tetap haram. Zina itu haram dan berdosa sesiapa berkata sebegitu (menyamakan imbuhan seks dengan sedekah)," katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Zul satu penghinaan kepada amalan sedekah yang mulia.

"Saya sangat dukacita dia boleh menyamakan antara yang halal dan haram. Perkara yang jahat dan baik merupakan satu perbandingan yang begitu bercanggah dengan syariat Islam," katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Dr. Roslan Mohd. Noor berkata, individu yang mengeluarkan kenyataan sedemikian mungkin tidak mempunyai latar belakang Islam sepenuhnya sehingga sanggup berkata sebegitu.

"Dalam hal ini, dia tidak sepatutnya menggunakan contoh sedekah bagi mempertahankan kesalahan dirinya.

"Sedekah satu amalan mulia dalam Islam berbanding rasuah atau zina yang sepatutnya dia menghindarinya," katanya.

REFLELSKI=

1. Dahulu YB Teresa Kok busy body bawa lap top ke Parlimen konon Gadis Cina China kena bogel dalam lokap, sehingga hubungan diploMatik negara dengan China terjejas. Alkisahnya ia bukan pun gadis Cina China! Tak nak minta maaf ke YB Teresa kepada kerajaan, negara, orang Melayu dan umat Islam ? Semalam dah Mengaku BUat Silap pasal makanan anjing, yang ini tak mengaku juga ke?

2. Sekarang ini, Gadis Cina China jadi habuan SEKS untuk orang-orang PKR? Tak nak bawa lap top ke YB Teresa ke Parlimen? Tunjukkan kepada rakyat Cina di China bahawa orang mereka jadi habuan Seks untuk orang Melayu di Malaysia?

3. Apa pula komen YB In Waiting PM DS Anwar Ibrahim kepada anak buahnya ne? Nak buang ke nak simpan pelaku seks ne dalam PKR dan kerajaan PR? Nak bawa ke Lembaga Disiplin PKR ke macam YB Zulkiifli? YB Zulkiifli perjuangkan Islam kena menghadap Lembaga Disiplin yang dapat Habuan Seks tak nak bawa ker? Doble Standard?

4. Kita tunggu Komen Ketua Pemuda PAS yang suka Glamour tu, kalau pasal minyak, protes Bersih, bukan main lagi jadi Hero kat TV, kalau Bab YB Zulifli kena hentam kat Parlimen oleh YB DAP dan YB Non Muslim PKR, dia diam je kat belakang YB Zulkifli. Diam tak berkata-kata. Bab Habuan Seks ne tak kan diam je Ketua Pemuda PAS kita ne?

ANWAR SEMAKIN MEROSOT

on

KEPUTUSAN KAJI SELIDIK SEHINGGA 25 SEPTEMBER 2008

Anwar, PM Malaysia ke-6?

Selection Votes

Tidak, angan-angan mat Jenin 51% ( 85 UNDI )

Ya,harapan baru Malaysia 22% ( 37 UNDI )

Ragu-ragu, banyak skandal peribadi 27% ( 46 UNDI )

168 votes total
pollcode.com free polls

Kesimpulannya=

1. BN yang memerintah kerajaan pusat dan negeri-negeri hendaklah terus berkhidmat dengan sebaik-baiknya.

2. PR dan Kerajaan PAS d Kedah dan Kelantan hendaklah juga menunaikan janji-janji pilihanraya mereka.

3. Kepimpinan negara berpeluang meneruskan kerja-keja yang belum selesai sehingga peralihan kuasa pada Jun, 2010.

4. Datuk Seri Anwar Ibrahim dan MP PKR PAS DAP hendaklah tidak mengganggu kerajaan yang telah dipilih oleh Rakyat secara Demokrasi. Berhentilah mengejar MP BN, sekarang dah bulan September, masa untuk bekerja membangunkan negara. Jadilah Ketua Pembangkang yang berkualiti.

RAJA PETRA KAMARUDIN & NURAINA SAMAD & REV DR. EU HONG SENG

on Wednesday, September 24

1. Chinese Reverad makes a statement =

Rev Dr Eu Hong Seng of NECF wrote a letter in the Star today. His piece headlined " Lets pray for nation in these uncertain times.

" Although purportedly caliming himself and he NECF a political, Rev Eu went on to explain about Article 48 ( 6 ) of the Constitution.

After explaining the hurdle posed by the article, he went on to justify the rationale for an MP to cross over to another party.

My Comment:

This may be subtle. Malay Readers seldom read English Daily and therefore may not take note.

It's significant that tho he's Christian clergy, he is Chinese too. He calims being neutral but makes it clear he is NOT - simply by writing that letter

We must pray Malaysian readers are clever enuf to notice that.

We dont want our country to be like Amboyna.


3. Nuraina Samad dalam blognya melahirkan rasa simpati terhadap Raja Petra Kamarudin kerana dihantar ke Kamunting.

Blogger itu mempersoalkan aspek kemanusiaan dalam melakukan tindakan ke aas RPK dalam bulan Ramadan.

Bagaimanapun, Nuraiana tidak tidak pula mempersoalkan tindakan RPK memburukkan Islam pada awal Ramadan. Kenapa?

LAPORAN MALAYSIAKINI BOHONG & TIPU

on

LAPORAN MALAYSIAKINI BERTARIKH 22 SEPTEMBER 2008
Gempar, bos SAPP ingin ditahan BPR
Sep 22, 08 8:16pm.

".....Dakwaan bekas timbalan presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Raymond Tan bahawa perdana menteri pernah campur tangan dalam siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) disifatkan sebagai “pendedahan yang menggemparkan”.

Tan, yang meninggalkan SAPP selepas ia keluar daripada BN minggu lepas, membongkarkan perkara itu bagi menghalang presidennya Datuk Yong Teck Lee ditahan badan itu selepas cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Jun lalu.

Ketua penerangan baru SAPP Chong Pit Fah berkata, dakwaan Tan itu menunjukkan keputusan BPR boleh dipengaruhi oleh perdana menteri...."

1. PERTEMUAN di antara Datuk Raymond Tan bersama dengan Perdana Menteri di Kuala Lumpur pada bulan Jun, 2008 dihadiri penulis beserta dengan SU Akhbar Datuk Raymond dan seorang lagi pembesar negeri. Penulis berasa bertanggungjawab untuk memperbetulkan Laporan MalaysiaKini itu, kerana penulis hadir dan mendengar perbincangan tersebut.

2. Dalam pertemuan itu, Datuk Raymond Tan mengemukakan isu siasatan BPR dan Mahkamah di Kota Kinabalu yang menyiasat salahlaku rasuah Datuk Yong Teck Lee. Yong Teck Lee barangkali meminta Datuk Raymond Tan menyampaikan kepada Perdana Menteri supaya janganlah kes itu dibuat dalam keadaan sekarang ( ketika itu ) kerana ia menyusahkan Datuk Yong Teck Lee.

3. Apa yang penulis dengar ialah, Perdana Menteri kata beliau tidak Campurtangan dalam Siasatan BPR dan Mahkamah untuk menyiasat kes-kes rasuah. Perdana Menteri berkata, terserah kepada pihak Mahkamah dan BPR melaksanakan kerja mereka. Perdana Menteri juga menasihatkan Datuk Raymond Tan dan SAPP supaya menjalankan tanggungjawab kepada rakyat sebagaimana telah diamanahkan.

4. Begitu juga isu Datuk Chua Soon Bui. Perdana Menteri menyatakan Datuk Chua Soon Bui ada bertemu dengan beliau sebelum ini berkenaan isu desakan Yong Teck Lee mendesak dibuat usul undi tidak percaya kepada PM .Datuk Chua Soon Bui mengikrarkan kepada Perdana Menteri yang dia tidak akan bersetuju dengan undi tidak percaya itu, dan akan kekal dalam BN.

5. Semalam seorang lagi pengasas SAPP, Dr. Tan keluar SAPP kerana tidak bersetuju tindakan Datuk Yong Teck Lee keluar BN. Dengan keadaan sekarang, perhatikan bagaimana Anwar telah meninggalkan dan mengabaikan Yong Teck Lee terkantung-kantung di Sabah dengan keputuan itu. Ternyata Anwar bukan pemimpin yang baik, apabila ada madu diguna, apabila madu dah habis dia buang, itulah nasib Yong Teck Lee dan SAPP sekarang.
6. Tulisan asal penulis semasa pertemuan PM dengan Datuk Raymond Tan..
http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/06/perbincangan-dengan-pak-lah.html

7. Apakah rakyat mahu senasib dengan SAPP dan Yong Teck Lee di bawah Janji-Janji Manis Anwar?

HAK MELAYU = ISLAM VS HAK ASASI MANUSIA

on Monday, September 22

1. JIKA kita bercakap mengenai hak kita di negara ini, atau jika kita bercakap mengenai hak sebagai umat Islam, maka dengan mudahnya kita akan dilabel sebagai racist ataupun mencabul Hak Asasi Manusia. Inilah yang berlaku kepada YB Zulkifli Nordin apabila dia mempersoal Bar Council, dan ini jugalah yang berlaku kepada Dato Ahmad Ismail dan Datuk Hishamudin apabila bercakap tentang sejarah dan keris. Bolehkah Sejarah & Keris dipisahkan dari bangsa Melayu? Sedangkan Lee Kuan Yew mengaku dalam Bibliografinya yang dia berasal dari keturunan Guanzhong di selatan China!

2. Mereka konon mendabik dada menghormati Hak Asasi Manusia dan Mendesak Hak Saksama dengan umat Islam Melayu. Bagaimanapun, jika kita lihat hampir semua mereka mengambil pekerja Wanita Islam Indonesia sebagai pembantu rumah dan menganiaya pula mereka. Kita membaca setiap masa dalam akhbar banyak kes-kes kezaliman majikan mereka memaksa pebantu-pembantunya memegang/memasak khinzir tanpa Memperdulikan Hak Asasi mereka sebagai Muslim. Banyak kes jenayah seksaan terdedah di mahkmah.

3. Lumrahnya pembantu rumah Islam Indonesia diarah bekerja tanpa henti...biliknya diberi selorong dengan lantai antara barang dalam setor, malah mereka tak dihormati ketika tidur atau ketika cuba mengerjakan solat, diganggu sentiasa, bekerja dari sebelum subuh hingga ke lewat malam.

4. Apakah mereka Ikhlas memperjuangkan Hak Asasi Manusia? Benarkah mereka ini Ikhlas hendak menegakkan Keadilan? Mungkinkah mereka itu sengaja menyiksa pembantu-pembantu rumah Islam Indonesia sebagai membalas dendam kepada Melayu.

KALAULAH orang-orang seperti Teresa Kok, Tian Chua, Sivarasah, Ronnie Liu, Karpal Singh Manusia yang Berperikemanusiaan KENAPA tidak mengaturkan bantuan secara sistematik kepada mangsa-mangsa kezaliman pembantu Islam Indonesia yang jadi mangsa tanpa tempat mengadu?

5. Adakah mereka benar-benar Ikhlas atau mereka memang tiada niat berlaku adil malah hanya memutarbelitkan demi tamak haloba & dengki semata-mata. Benarlah Al-Quran menyatakan dengan jelas, jangan sekali-kali percaya akan mereka... Perhatikan kes Teresa Kok dan makanan macam anjing di Kamunting...Dia hina siapa sebenarnya tu? Dia tujukan kepada siapa sebenarnya tu?

6. Sekarang ini, perhatikanlah... Melayu dalam UMNO, Melayu PAS, Melayu dalam PKR semua berebut-rebut nak jadi champion isu-isu yang didesak oleh mereka. Soal makanan macam anjinglah, soal suara azan lah, soal tulisan jawilah, soal ladang khinzirlah semua Melayu dalam UMNO/PAS/PKR berebut-berebut nak jadi juara.

Mereka terlupa satu hal...bagimana pula anjing-anjing yang menyalak 3 4 kali setiap hari setiap malam sehingga mengganggu tidur dan kesihatan umat Islam di sebelah rumah! Agak-agaknya beranikah Ketua Pemuda PAS yang suka Glamour tu memperjuangkan mendesak agar dikawal kalau tidak diharamkan, pemeliharaan anjing di kawasan perumahan demi Hak Asasi Kita juga sebagai Muslim? Beranikah da bersuara di Parlimen?

7. JIka semuanya tidak boleh, maka ingatlah perjanjian semasa nak merdeka dulu...Siapa Raja? Siapa Tuan? Siapa Memberi? Siapa diberi? JIka masih hendak perjuangkan Hak Asasi Manusia, apakah agaknya Hak Asasi orang Melayu Islam di Singapura sekarang ini? Adakah mereka mendapat Hak Asasi mereka sebagai mana dinikmati Hak Asasi oleh bukan Melayu di Malaysia? .

HATI-HATI AMERIKA MEREKA SEDANG DATANG

on

1. ESOK 23 September 2008 merupakan Detik Pemisah sama ada Anwar akan jadi Perdana Menteri Malaysia. Mereka melakukannya dengan segala kudrat, all out,usul undi tidak percaya dah buat, mengejar MP BN dah buat, nak buat Sidang Tergempar Parlimen dah buat tapi tak jadi, nak jumpa DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dah buat, pujuk rayu merasuah MP BN dah lama buat, pendek kata semua dah buat api masih lagi Allah SWT tidak mengizinkan Anwar jadi PM.

2. Agak-agaknya apa lagi yang akan Anwar akan usahakan?

3. Penulis ingin ingatkan pula ancaman Amerika Syarikat? Apakah Anwar akan menekan Butang Kecemasan dengan meminta bantuan Amerika secara rasmi? Apakah rakan-rakannya di Washington Paul Wolfowitz, William Cohen, J. Biden, M. Albright, Condoliza , dll Yahudi Amerika di sana akan juga turun padang untuk menjayakan misi PM?

4. Amerika bukanlah pertama kali campurtangan dalam politik Malaysia, penulis ingin ingatkan semula campurtangan Amerika pada awal tahun 1960. Ketika berlaku pertentangan antara Lee Kuan Yew dengan Tunku Abdul Rahman, Lee Kuan Yew telah melaporkan kepada Duta Amerika perihal kerisauannya dengan dasar-dasar Tunku. Duta Amerika telah menghantar laporan ke Washington akan kebimbangan Lee Kuan Yew itu. ( Cerita lanjut sila baca Memoirs Singapore : By Lee Kuan Yew )

5. JIka Anwar bertegas untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih oleh Rakyat dengan cara Rampasan Kuasa, apakah elemen Amerika tidak akan campurtangan. Penulis percaya jika ini dilakukan Amerika akan menerima kerajaan rampasan kuasa itu. Ada banyak rahsia di sebalik tabir yang rakyat Malaysia tidak diberitahu kenapa Amerika begitu nak sangat Anwar menjadi PM. Amerika sudah melakukannya di Indonesia ketika Paul Wolfowitz menjadi Duta Indonesia, Amerika melantik Chalabi di Iraq, Hamid Karzai di Afghanistan ( bekas pekerja ExxoMobil di Amerika ), dan banyak lagi. Di Malaysia mereka mencuba Anwar Ibrahim.

6. Anwar berkeyakinan dapat membeli MP BN Sabah terutamanya , kerana Anwar mempunyai pengalaman menjatuhkan Kerajaan PBS dahulu ( 1994/1995 ). Namun, malang bagi Anwar, suasana sekarang tidak seperti dahulu. Hari ini manusia semakin menghargai dirinya, integritinya, maruahnya dan nama baiknya. Sebab itu YB Eric Majimbun dan YB Chua Soon Bui mantan MP SAP, walaupuntelah keluar BN tetapi tidak akan menyertai Pakatan Rakyat. Walaupun mereka bukan Muslim, tetapi Integriti mereka nampaknya lebih baik daripada Anwar!

7. Jika kita melihat isu-isu terkini selepas 16 September 2008 = jawapannya Anwar Sudah Tidak Relevan lagi. Penulis pasti, selepas 23 September 2008 - politik Anwar di Malaysia bakal menjunam menuruni hari-hari yang akan berlalu. Hanya satu sahaja yang akan menjadi Mimpi Ngeri kepada DAP dan PAS...;kemungkinan Anwar membubarkan PKR dan menyertai BN semula. Ini tidak mustahil kerana Anwar mahu menjadi PM, kalau dulu Anwar sangat mengutuk PAS dan DAP, la ne menyokong pula PAS dan DAP. Kalau selama 10 tahun ini Anwar mengutuk BN, tidak mustahil Anwar akan Jilat balik semula. Itulah moral politik Anwar, dia sudah biasa melakukannya...

ANWAR OR YONG TECK LEE = SIAPA TIPU SIAPA

on Sunday, September 21

1. PENULIS berbincang lama dengan YB-YB Sabah mengenai isu SAPP. Kesimpulan yang perlu dicari ialah siapa tipu siapa? siapa tertipu?

2. Sehingga ke saat ini semua MP BN dan ADUN BN tidak lagi mahu bersama-sama SAPP. Mereka sekarang lebih suka duduk sebagai YB Bebas sementara menanti Parti Baru yang akan menyertai semula BN. Jelas, Yong Teck Lee telah berundur ke belakang, SAPP telah berkubur, ternyata percaturan dengan Anwar satu kesilapan besar.

3. Rumus di Kota Kinabalu menyebut, keputusan SAPP sebenarnya telah menyelamatkan Yog Teck Lee daripada buruan dan tekanan Anwar. Yong Teck Lee masih berhutang dengan Anwar terutama hubungan Ketua Menteri - Menteri Kewangan pertengahan 1990-an dahulu. Dengan keputusan Yong Teck Lee mengeluarkan SAPP daripada BN, bermakna Yong Teck Lee Tidak Lagi berhutang dengan Anwar. Anwar tidak ada apa-apa lagi nak kejar Yong Teck Lee!

4. Anwar tidak boleh lagi menuntut apa-apa kepada Yong Teck Lee, kerana Yong Teck Lee sudahpun Berkorban Masa Depan politiknya dengan keluar daripada BN. Sekarang, Anwar dan PKRnya bukan lagi mengejar Yong Teck Lee, tetapi mengejar MP-MP SAPP yang sekarang MP Bebas. Nah, siapa tipu siapa? Anwar tipu Yong Teck Lee Atau Yong Teck Lee tipu Anwar? Nampaknya mereka sekarang ' Win Win Situation'.

5. Parti Baru sedang diusahakan, penulis percaya parti baru ini tiada halangan menyertai BN. Tidak ada siapa mahu mengambil risiko menyertai Pakatan Rakyat yang penuh dengan Ilusi, Fantasi, Pembohongan, Tipu-Helah, Kekasaran dan Tidak Berperaturan . Sebab itulah MP SAPP dan ADUN SAPP lebih suka menyertai Bebas berbanding untuk tetap dalam SAPP. Kasihan Yong Teck Lee terpaksa berkorban untuk Anwar.

6. Pengajarannya, rakyat sudah melihat untuk bergantung harap kepada Individu adalah tidak meguntungkan kepada rakyat, bergantung kepada Individu seperti Yong Teck Lee atau Anwar, hanya membebankan rakyat semata-mata. Bergantung kepada Kerajaan sudah tentu banyak kebaikannya kerana Kerajaan mempunyai kemampuan untuk menyelesaikan masalah rakyat. Individu tidak akan mampu, perhatikan Sejarah Tun Mustapha, apabila Allahyarham Tun Mustapha sudah kekurangan sumber kewangan parti USNO lama kelamaan Tidak Mampu lagi bergerak. Ini berulang lagi kepada Anwar dan Yong Teck Lee.

7. Siapa boleh jawab, siapa tertipu Anwar atau Yong Teck Lee. Bersambng selepas Taraweh.

PAKATAN RAKYAT= 112, BN=109, BEBAS=1

on Saturday, September 20

1. FANTASI Anwar dan PKR ialah pada 23 Septeber 2008, mereka akan menghantar 32 senarai MP BN kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Inilah percubaan terakhir Anwar untuk mengelak kes liwatnya yang akan disebut semula pada 24 September 2008.

2. Anwar dikatakan menyenaraikan sekurang-kurangnya 32 MP BN, walaupun MP BN itu tidak mengiakannya. Anwar menggunakan kapasiti sebagai Mantan Timbalan Perdana Menteri dan atas kapasiti wujudnya hubungan lama dengan MP-MP BN tersebut untuk meyakinkan DAP, PAS dan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Anwar menggunakan Formula 81 + 32 = 112, manakala Datuk Ibrahim tidak dimamsukkan kerana Datuk Ibrahim memang musuh politik Anwar sejak sekian lama. Datuk Ibrahim Ali pegang banyak rahsia Anwar.

2. Harapan Anwar ialah jika percubaannya pada 23 September 2008 berjaya, Kes Liwatnya akan dapat diselamatkan. Jika tidak lagi berjaya, maka karier, maruah dan masa depan politiknya akan beransur-ansur hancur. Sehingga ke hari ini , Anwar malu untuk terbang ke Eropah, Amerika dan Dubai temapt-tempat pertemuan dengan teman-teman Yahudinya gara-gara Kegagalan 16 September.

3. Sumber dari dalam PKR memberitahu penulis, Anwar lebih relah ditahan ISA jika Gagal lagi pada 23 September. Bagi Anwar kata sumber itu, lebih baik dia diISAkan , kerana ia boleh menjadi penyelamat kepada dirinya daripada rasa Kemaluan dan tuntutan-tuntutan janjinya kepada negara-negara barat. JIka dia diISAkan, itu menjadi sebab kepadanya untuk memberi alasan kegagalan projek ' in waiting Prime Minister'.

4. JIka Anwar diISAkan, ia juga menjadi sebab besar untuk mengheret penyokongnya dan rakyat Malaysia untuk terus bersimpati dengan Anwar. Sebab itu Anwar mengacah-acah Perdana Menteri supaya mengISAkan dirinya, malangnya PM tidak termakan psikologi lapuk Anwar.

5. Juruselam Post dan Washington POst minggu ini melaporkan kegagalan Anwar menunaikan janjinya menjadi Prime Minister Malaysia. Mereka sudah mula memperkatakan baik buruknya Anwar, untung ruginya Amerika melibatkan diri dalam kes ini. Pada hemat penulis, inilah perkara yang sangat ditakuti Anwar di Amerika dan Barat, iaitu hilanagnya kepercayaan Amerika & Barat kepada Anwar.

6. Di Kem PAS, Azizi Abdullah, MSO, dan beberapa penulis Pro-PAS sudah mula mempersoalkan penglibatan PAS dalam projek 916 yang dikatakan merugikan parti itu. Mereka mahu kepimpinan PAS kembali kepada tujuan asal iaitu menubuhkan Negara Islam.

7. Di Sabah beberapa bahagian SAPP mula dibubarkan, sekali lagi Anwar berjaya menghancurkan SAPP selepas menghancurkan Parti Sosialis Rakyat Malaysia. Penuis yakin, dalam tempoh beberapa tahun akan datang PAS juga akan terkecil jika terus berada di dalam PR, terutama selepas ketiadaan TGHH, TGNA dan beberapa tokoh ulama lama PAS. Jika PAS dikuasai oleh Geng Ergoban, maka bermulalah kehancuran PAS kerana Geng Ergoban mengutamakan Kuasa bukan mengutamakan pembentukan Negara Islam. Siapa boleh nafikan Husam lebih kaya berbanding PAS Kelantan!

LEE KUAN YEW KETAWAKAN SIAPA?

on

1. Teresa Kok sudah dibebaskan dari Univeriti Kedua, ISA, Kamunting. Diharap tiada lagi sesiapa yang berani memainkan sentimen kaum, agama dan hak istimewa orang Melayu yang terpulihara dalam Perlembagaan. Masing-masing kaum mempunyai hak yang telah diberikan dalam Perlembagaan , semasa perjanjian Kontrak Sosial rundingan merdeka dahulu.

2. Penulis menghubungi YB SAPP di Sabah, rupa-rupanya tiada seorang YB (MP & ADUN ) yang bersetuju dengan Yong Teck Lee. Rupanya hanya dia seorang ahaja yang membuat keputusan Keluar BN, semata-mata untuk membantu Menutup Malu Anwar yang Gagal dalam Projek 16 September 2008.

3. Parti baru akan ditubuhkan tidak lama lagi, dan YB SAPP dijangka akan menyertai semula parti baru itu dan menyertai semula BN. Ini satu lagi tamparan kepada Anwar dan Yong Teck Lee. Penulis telah berpesan kepada Datuk Raymond Tan ( Timbalan Ketua Menteri & Bekas Timbalan Presiden SAPP ) supaya memikirkan masa depan masyarakat Cina dan Bumiputera yang menyokong parti mereka. Raymond Tan semasa sama-sama penulis bertemu PM memang seorang pemimpin baru yang berwawasan, tidak pentingkan diri sendiri macam Yong Teck Lee.

4. Hari ini sudah 5 hari berlalu 16 September. Di mana-mana kita pergi; Surau, Masjid, Tandas,Gedung Beli-Belah, stesen Bas, pekerja kilang Myanmar, Indonesia, sekolah, universiti, airport, semuanya kata bosan cerita Anwar. Semua kata hari-hari yang berlalu akan meninggalkan ilusi dan fantasi Anwar jauh ke belakang.


5. Penulis menerima mesej daripada Pelajar Perubatan di Dublin, katanya; mengapa rakyat Malaysia begitu senang diperbodoh-bodohkan oleh Anwar. Lee Kuan Yew pun ketawakan kita.


6. Hari semakin hari Anwar semakin tidak Releven, semakin tidak dipedulikan, dan rakyat semakin muak. Statistik terkini :

Anwar, PM Malaysia ke-6?

Selection Votes

Tidak, angan-angan mat Jenin 50% 65
Ya,harapan baru Malaysia 20% 26
Ragu-ragu, banyak skandal peribadi 30% 39

130 votes total

Kesimpulan = 104 ( 80%) rakyat Malaysia melihat Anwar sudah tidak Relevan, hanya 26 ( 20% ) masih bersama ilusi dan fantasi Anwar. Nampaknya trend rakyat semakin hari semakin menolak Anwar.

23 SEPTEMBER = SIAPA AKAN JADI GILA

on Friday, September 19

1. 24 SEPTEMBER 2008 - adalah sebutan semula kes liwat Anwar di Mahkamah. Dan Anwar terkejar-kejar untuk membuat apa jua kaedah untuk merampas kuasa. Tidak berjaya 916, Anwar mencuba untuk bertemu Perdana Menteri, namun kebijaksanaan Pak Lah tidak perlu jumpa Anwar kerana Surat Anwar Rupa-Rupanya tiada berkenaan peralihan kuasa, hanya berkenaan masalah-masalah negara dan cadangan-cadangannya. Begitulah bijaknya Anwar cuba untuk menguasai minda rakyat yang teripu setiap hari.

2. Kemudian Anwar membawa mencadangkan supaya dibuat persidangan tergempar Parlimen untuk membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Dua bulan dahulu sudah dibuat di Parlimen tetapi ahli-ahli PAS pun menolak usul itu, malah Speaker Parlimen tidak membenarkan usul itu.

3. Bila PM kata tak perlu ada pertemuan dengan Anwar, Anwar membuat spekulasi kepada dirinya sendiri, bahawa mungkin dia akan ditahan ISA, dia minta dia tidak ditahan ISA. Dalam jawapan, PM berkata dia tidak pernah sebut pun untuk menahan sesiapa dalam ISA, batangkali orang yang bercakap itu rasa dirinya membuat kesalahan sebab itu dia menghukum dirinya sendiri, sebelum benar-benar ditangkap.

4. Sebelum itu, Anwar bercadang untuk ke Istana membawa senarai nama MP BN yang henda melompat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Penulis menghubungi rakan di Istana, ternyata ia hanya mainan Anwar untuk menjaga hati dan sokongan pengikutnya. Tidak ada apa-apa program tukar kuasa di istana negara, semua program berjadual diteruskan seperti biasa.

5. Semalam di TV, Profesor Fadhil daripada Ahli Lembaga Kaunseling menyatakan ada banyak sebab sesorang jadi gila. Antaranya bila tak dapat seseorang gadis yang diminati, dia akan salahkan semua orang sehingga wujud simptom-simtom gila, bercakap sendiri, tiak mendngar kata-kata orang, menganggap dirinya sahaja benar, sama juga kata Prof Fadhil, orang yang gila kuasa, bila tak dapat kuasa akan meroyan, bercakap sendiri, bertindak yang gila-gila sehingga jadi gila. Nak tanya Prof Fadhil, siapa akan jadi gila?

6. Hari ini, Presiden PAS mengingatkan ahli-ahli PAS jangan terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru sehingga sangup mengetepikan ideologi parti PAS untuk menubuhkan Negara Islam. Pengamatan penulis, ini ingatan kepada Anwar, PKR dan DAP,,

7. Kita tengok Pendirian Anwar dalam Kes YB Zulkifli VS Bar Council. YB Zulkifli mempertahankan kesucian agama Islam. Bar Council mempertahankan Hak Asasi Manusia termasuklah orang nak murtad tak bleh halang dsbnya. KIta tengok Hukuman yang akan diberikan oleh Lembaga Disiplin PKR ke atas YB Zulkifli. Kita tunggu dan lihat Anwar akan sokong Islam atau Sokong Bar Council.

ORG CINA PALING KENA TIPU OLEH ANWAR

on Thursday, September 18

ORANG CINA PALING KENA TIPU OLEH ANWAR

1. JIKA Anwar boleh tubuhkan kerajaan ( sekarang dah tak boleh da, dah tak relevan ), selepas itu dia akan bubar Parlimen ( sebagaimana kata R Sivarasa ), atas alasan nak dapat mandat baru. Dan dengan bantuan pihak-pihak luar yang Unlimited Funds, banyak duit & yang pakar dalam Operasi-Operasi Hitam, dia kemudiannya menang.

2. Namun, apabila dah jadi PM, adakah dia akan beri kuasa kepada DAP, SAPP atau PAS atau kepada muka-muka seperti Tian Chua, Sivarasa dan sebagainya? Adakah Anwar akan tunaikan Janjinya nak lantik Timbalan Perdana Menteri dari Sabah?, TPM berbangsa Cina?, TPM berbangsa India? TPM dari Sarawak?

3. Bukankah Anwar masih ada penyokong-penyokong Tegarnya seperti Husam Musa, Hassan Ali, Ust Ghani Samsudin, Ust Ahmad Awang, Ust Badrul Amin, Dr. Sidek Baba, Dr. Siddiq Fadhil, Osman Bakar – adakah Anwar akan lupakan semua itu? Atau adakah Anwar akan beri mereka tempat dalam usaha mendapatkan sokongan Melayu?

4. Lebih penting adakah DAP dan Sebahagian Besar Masyarakat Cina yang kini Menaruh Harapan kepada DAP akan Kecewa Besar dan itu akan membuka jalan kepada PERBALAHAN KAUM yang lebih besar daripada 13 Mei apabila Masyarakat Cina baru Tersedar mereka Tertipu.

5. Maka barangkali itulah Anwar kini menjadi Ancaman Kepada Keselamatan Negara, selain daripada penipuannya di luar negara kononnya tiada pelabur asing ( FDI) masuk ke Malaysia dan pelbagai penipuan lagi. Nampaknya Anwar sangat suka menipu rakyat Malaysia dan pelabur asing!

6. Rasa-rasanya apabila Orang Cina dah sedar mereka Tertipu oleh Penipu paling Hebat dalam dunia, apakah agaknya orang Cina akan buat? Adakah mereka akan merujuk semula kepada kerajaan untuk survival ekonomi mereka?

YB PKR KELUAR PAKATAN RAKYAT...

on Wednesday, September 17

17 September 2008

Assalamua’laikum to all.

Pagi tadi saya dipanggil J’kuasa Disiplin PKR untuk ‘facts finding mission’ sebagai langkah awal kepada prosiding disiplin terhadap saya.. Saya dimaklumkan JKD akan merujuk perkara ini kepada Biro Politik setelah selesai ‘fact finding missionnya’. Biro Politik akan menentukan tindakan selanjutnya.

JKD tadi terdiri dari 3 ahli panel iaitu Tuan Syed Hussin Ali (Timb. Pres), Tuan Din Marican dan YB Hee.

Saya diminta memberi penjelasan tentang penglibatan saya dalam Himpunan Aman Umat Islam membantah forum anti Islam anjuran Bar Council pada 7 Sya’ban lepas.

Saya nyatakan dengan jelas bahawa saya mewakili pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI) dan bukannya PKR semasa mengetuai himpunan aman tersebut.

Juga saya nyatakan bahawa saya bukannya anti dialog. Malahan saya telah terlibat dengan beberapa dialog termasuk dengan Bar Council, Majlis Perunding Agama Hindu Kristian Budha & Sikh, Suhakam, kumpulan-kumpulan Kristian, malahan saya pernah berdialog dengan Paderi Kristian Melayu.


Namun pada pandangan saya Bar Council adalah jelas golongan anti-Islam dengan rentetan penglibatan mereka daripada kes mendalangi Kumpulan Artikel 11, IFC, melibatkan diri secara partisan kepada kes-kes murtad dan lain-lain lagi.


Panel JKD menyatakan tindakan saya mungkin terlalu agresif. Saya nyatakan bahawa Islam bukan sahaja memerlukan watak lemah lembut saperti Abu Bakr, tetapi juga watak keras dan tegas spt ‘Umar ibnu Khattab. Tambahan Bar Council bukan jenis yang memahami bahasa diplomasi, maka ia perlu difahamkan dgn bahasa lain.

Saya akui mungkin saya ada terkasar bahasa dengan seorang hadirin iaitu peguam Latheefa Koya semasa di luar bangunan. Namun saya nyatakan itu adalah kerana tindakan beliau yang jelas provokatif terhadap Himpunan aman pagi itu. Namun kalau itu adalah satu kesalahan, saya nyatakan saya bersedia memohon maaf.


Namun saya nyatakan dengan tegas bahawa saya tidak akan meminta maaf atas tindakan saya mengetuai Himpunan Aman membantah tindakan Bar Council mengadakan forum anti-Islam tersebut. Malahan saya nyatakan bahawa kalau Bar Council bercadang untuk mengulangi keangkuhan sikap anti-Islam mereka ini, sudah pasti mereka akan dapati saya akan akan berada disana untuk mempertahan dan membela Islam. I’ll be their worst nightmare if they continue with their arrogance and anti-Islam attitude.


Saya nyatakan bahawa nothing can stand between me and Islam. Saya mungkin bukan Muslim yang terbaik, namun saya bersedia melakukan yang terbaik untuk Islam.


Malahan saya menyatakan dengan jelas bahawa selain menjaga kebajikan rakyat dan pengundi saya di Kulim Bandar Bharu, misi utama saya sebagai Ahli Parlimen adalah untuk berusaha untuk memartabatkan dan menobatkan Islam, syariat dan institusinya melalui constitutional reform, sebagaimana yang dicadang dan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam beberapa keputusan sebelum daripada ini.

Ahli panel ada menyebut kemungkinan prinsip dan pendirian saya ini akan bercanggah dengan pendirian PKR.

Saya mengulangi pendirian dan prinsip saya bahawa ‘for me, Islam come first, the rest are second’.

Well, prosiding berjalan dengan baik dan suasana yang very friendly. Cuma masing-masing ada pendirian dan prinsip yang perlu dipertahankan. Diakhir prosiding, saya ucapkan terima kasih kepada ahli panel. The ball is now in their hand to make the necessary recommendations to the Political bureau of PKR.

In the meantime, saya akan berlepas untuk mengerjakan umrah 18 Ramadhan/ 18 Sep ini.


I have to do a very serious thinking as to my future role as MP. Saya sangat conscious bahawa saya akan bertanggungjawab di hadapan ALLAH kelak untuk setiap tindakan dan pendirian saya khususnya dalam hal ehwal Islam. Saya berdoa moga ALLAH memberikan saya petunjuk dan hidayahNya bagi saya membuat keputusan yang benar disisiNya dan untuk mencartakan perjuangan saya dimasa akan datang.

Adios..

Zulkifli Noordin

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

916 = HUKUMAN RAKYAT MANDATORI

on

1. 17/09/2008 - Bermulalah Hari pertama Anwar Ibrahim sudah tidak relevan dalam Politik Malaysia. http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/08/anwar-sudah-tidak-relevan.html

- Hari-hari seterusnya adalah Hari-hari Anwar semakin lama semakin Tidak Relevan.

- Juga bermulalah Pakatan Rakyat semakin longgar dan jatuh moral. PAS dijangka parti pertama yang akan keluar Pakatan Rakyat ( berita seterusnya dapatkan dengan Hj Mustapa Ali, Pesuruhjaya PAS Terengganu , yang mewakili Kepimpinan Ulama dalam PAS )

- Masa untuk PAS berkata YA atau Tidak kepada Pakatan Rakyat. Kalau Ikut Husam and the Ergoban nya dia nak bersama PR, ikut Kepimpinan Ulama nak bermuzakarah.


2. Keputusan Rakyat =

Anwar, PM Malaysia ke-6?

Tidak, angan-angan mat Jenin= 43%

Ya,harapan baru Malaysia= 22%

Ragu-ragu, banyak skandal peribadi=34%

JUMLAH PENGUNDI = 99 votes total ( SETAKAT 17/9/2008 )

3. Kesimpulannya=

a. Anwar silalah hormat keputusan Rakyat yang memberi 140

b. Jalankan Amanah dan Tanggungjawab sebagai Ketua Pembangkang Terhebat Di Dunia.

c. Berikan Idea2 untuk membangunkan Agama, Bangsa & Negara.

d. Berhentilah Porak-Perandakan Negara seperti berhentilah mengejar, memujuk, cuba merasuah, memberi janji jawatan dan lain-lain kepada MP BN. Bukankah itu tidak bermoral, jangan pandai tuduh orang lain tak bermoral kalau diri sendiri melakukannya.

e. Jagalah negeri-negeri Pakatan Rakyat, jangan dok sibuk jaga negeri-negeri BN dan kerajaan Persekutuan.

f. Bermuhasabalah, buatlah refleksi, belajarlah menerima kenyataan 140 lebih besar daripada 81.

g. Cubalah PRU 13, InsyaAllah kalau Tuhan mengizinkan, tiada siapa boleh Menghalang, kalau Allah dah takdirkan siapa-siapa jadi PM jadilah dia.

h. Yang lain-lain fikirlah sendiri. Pembaca boleh beri idea untuk Malaysia yang aman dan damai bersama-sama kaum-kaum yang lain Melayu Cina dan India. Kita kembali seperti dulu, aman dan damai.

GARA-GARA ANWAR = PAS BERPECAH

on

Husam Tidak Ada Adab Berjamaah
* Komen ini dihantar oleh seseorang yang menggelarkan dirinya ilovetgnatghh. Saya letakkan disini untuk tatapan pembaca.
(izinkanlah tulisan ini diletak di muka depan blog anda. Ia membantu demi cinta pada Islam)
Dalam seribu pimpinan utama pas, saya salah seorang daripadanya. Saya tulis bukan suka - suka atau suka pada blog ini. Saya bukan berani, maka saya tumpang blog jenis ini. Saya hanya ada maklumat, tapi saya tak mampu berbuat apa - apa sebab saya takut saya dituduh jahat. Ambil maklumat saya dan simpan sebagai maklumat yang pembaca akan memahaminya nanti. Tak perlu percaya lagi, sebab saudara kena berusaha sendiri cari bukti. Saya tunjukkan jalan..Saya cinta Islam dan saya cinta pas.

1. Husam banyak masalah di kelantan. walaupun dia disukai ramai bawahan kerana kebolehannya, dia tidak disukai pimpinan pas kelantan. dia jenis tak jaga adab jamaah dan parti. Orang pas mesti tahu bahwa jaga jamaah terlalu penting demi perpaduan.TMB kelantan yang wara tu tak suka sangat2 pada husam. begitu nik amar, takiyudin, mohamad iraqi, nasrudin daud, dato halim, dato omar dan lain2. Pembaca boleh kata mereka dengki, tapi cuba fikirlah, takkan semua dengki pada husam. Takkan ketua ulama pusat pun ada dengki. Mudah, tanya mereka sendiri lah.. nik abduh dikenal anti husam di sana, tapi tak lah macam antihusamblogspot ni yang agak provokasi juga kadang2.Hanya tgna yang masih sayang husam. sebab, tak ada siapa nak sebut buruk husam padanya. kalau ada pun, tgna payah percaya sebab husam banyak bantu beliau sampai tak nampak buruk lakunya dalam pas kelantan.Husam selepas pilihanraya 12 tidak lagi berkuasa besar sebab barisan calon dan exco baru bukan caturannya.ramai tahu dan ketawa saja dgn kerenah husam.tgna tak ambil pandangannya. dia kecewa perancangan politikya gagal besar. Keinginannya menjadi mb nampak semakin sukar.

2.kini husam buat masalah di pusat pula lepas tunjuk perangai di kelantan sana. isu sama. dia bukan jenis jaga adab jamaah. dia boleh tinggal tghh dan buat apa dia suka macam dia tinggal tmb kelantan dan campur urusan exco2 lain.husam hanya sayang tgna.tak percaya tanya dialah.tapi, dia cukup panas pada tgna bila tgna tak ambil pilihannya dalam dan lps pilihanraya dulu. biasalah, sayang duniawi lebih berbanding alkhirat.antara kelebihan husam ialah dia lantik dirinya jadi bendahari pas kelantan tak rasmi. dato anuar tan kata pas kelantan tak ada duit banyak. tapi semua orang tahu husam banyak duit berjuta juta.ini salah dalam jamaah islam. tgna aziz tak ambil tahu perihal wang.husam guna kekerangan ini untuk jadi raja duit. ingat, semua tahu dia jaga hatta ramli,bendahari pusat,sebab itu hatta terikut ikut budaya husam. sayang ya,dr pun kena kalah pada husam kerana duit..

3. krisis sekarang adalah kerana tghh tak macam tgna yang tak nampak bahaya husam.tghh nampak kelibt husam yang dah buat buruk di pas pusat. husam gagal tipu dan perguna tghh. mungkin tghh dah ada maklumat tentang husam yang buat perangai dklantan.Husam tak hormat ulama. dia terlalu perasan lebih tahu politik, bahkan hukum siasah syariyah.4.krisis hari ini berkait muqabalah bukanlah baru. ini hanyalah cerita kemuncak kecamuk dipusat.betul, tghh tidak dihormati oleh husam n puaknya lagi. semua ni bawaan budaya husam dikelantan. syed azman pun dah jadi tolol ta hormt pada tghh lagi.hatta,mahfuz dan khalid dah mula terikut2 budaya karut ini. dr zul orang cerdik jim pun nampak tunjuk muka hero juga. jangan mujahid dan saari sungib buat perangai mereka nih. kenalilah husam pada pandangan ulama. ulama bila ramai, mereka jarang silap tekaan.alhamdulillah, tghh faham dan tak percaya husamdan idea2 gilanya untuk tentukan masa depan pas.husam cucuk tgna denagn idea runtuhkan BN cara dsai. tghh lebih faham demi islam bhw anwar perlu dikawal.tidakkah semua setuju anwar itu politikal animal? salahkah tghh letak syarat demi islam lebih terjamin?perhatikan solan saya dengan betul;

1. Bila tgna aziz jarang ke pusat krn faktor kesihatan, boleh kah dia dapat gambaran sebenar lebih baik dr tghh yang sentiasa pengerusi mesyuarat pusat?

2. Salahkah tanggapan bahawa husamlah yag cucuk tgna denagn maklumat bohong dan palsu. satu, orang kelantan percaya begitu.dua, tgna dah tunjuk benci pada org yang dibenci husam. hari ini, dato pa kena hentam teruk. semua terkejut.semua terkejut.semua terkejut ia datang dr mulut tok guru (jk benar anuar bakri ambil dr lidah tok guru dan salinnya dalan tulisan biasnya itu.anuar mmg dikenali org kuat husam mcm kickdepelala). Bolehkah anda bayangkan tgna macam anggap dato pa mcm dah kena cucuk umno? inilah mainan husam dan puaknya yang cuba renggangkan hubungan tgna dengan orang yang antinya.orang pusat tahu dato pa ni mmg kenal sangat husam.dia lama dlm pas lebih dr tgna walaupun tgna lebih tua. Jasa dato pa siapa boleh tolak?jgn terkejut, jk tgna hentam tghh pula. hanya keberanian boleh menyedarkan tgna dr cucukan husam. siapa pimpinan pas yang berani ketuk tgna sikit agar dia sedar kesilapannya. Siapa tak sayang tgna. semua sedih dan jika berterusan, mungkin ramai menangis tgna dan tghh bertembung. yang tak sedih adalah munafik, setuju?Ingat, perbalahan adalah isu strategi.biasa saja seorang tok guru,tghh ke atau tgna boleh silap caturan.. tp bila tgna hentam sama sendiri, nampak sangat dia dipukau husam dengan maklumat tak betul. Kerana strategi, tgna aziz hentam dato pa. Sedihkan?

3.Jk kita mahu dap faham islam, tidakkah kita juga kena faham dap pun mahu kita faham dan ikut cara mereka? Jika kita nampak umno itu munafik bahaya, tidakkah kita diajar juga kafir juga bahaya? dap lebih lantang anti islamnya berbanding mca dulu. mengapa tiba2 kita mcm yakin dap tak bahaya?Salahkah tghh sebagai presiden minta kita hati2 dlm menentukan strategi PR? Kita mahu islam dlm kerajaan baru dibuka jalan. Dap mahu jln cara mereka dibuka. dsai ditengah2.anda yakin dsai akan dengar pas sdg dalam PKR, non muslim selantang dap mengelilingi dsai? anda yakin dsai tak tipu sdg dia politikal animal? dsai kan puji salman rushdi? ada dia tarik balik?dsaikan setuju ifc? ada dia tarik balik? dsai lebih baik dr paklah, ya. tapi, dsai lebih sayang islam dr tghh, tidak!

4. mengapa husam canggah tghh dlm harakah yang minta jumlah ahli parlimen islam mesti majoriti sbgai pengimbang dan pembantu jk dsai terseleweng dlm kerajaan baru? Yakinkah husam pada yang tak pasti lagi bhw ahli umno akan lompat scra automatik lps tubuh kerajaan baru? tghh minta barang pasti untuk islam sdg husam hanya meneka dan meletak islam dlm sebut harga dan tender terbuka? Siapa lbh menjaga islam? otak ulama atau otak husam?

5. Pulau pinang hr ini adalah singapura kita dulu. Ia adalah ngeri cina dlm hukum politik. gerakan,mca umno tahu tiada lagi harapan untuk ambil alih. bahkan gerakan pun tak kisah. Ingat, pelabur cina taiwan boleh hidupkan penang walaupun diasak pusat. penang bukan kelantan yang tiada rakan luar negara.

6. guan eng baik. dia mahu tunjuk adil itu tak mesti dengan islam. dia mahu tunjuk bhw tanpa islam pun dia boleh jadi mcm omar abdul aziz. dia baik dan mahu ahli pas terima dap dan cita2 tetap negara sekularnya. kita bertembung dengan dap dlm mencacak senario politik baru dimlaysia. non muslim guna anwar sesevbenarnya. Adakah PAs yakin boleh guna dsai dengan mudah?

7. masa muqabalah dulu, husam kata tim presiden, dato pa gila kuasa untuk join bn. Tp semua meleset sbb confirm oleh syura bhw join BN adalah NO! Muqabalah hanya saluran dakwah. Penuh nas dan hujah.Sekarang husam n geng jajat negeri sebut jwtan pas sebagai menteri itu ini dlm kerajaan PR. Siapa gila kuasa??? Siapa presiden PAS? TGHH atau husam? Kan betul, husam mana ada hormat org? mana tahu adab jamaah? Semua di pusat tahu betapa husam bincang dsai tanpa restu tghh n syura. dia tunjuk pandai di pusat mcm dia buat di kelantan sampai meluat habis pimpinan kelantan?

salahudin pemuda jenis betul bentul.nik abduh sekali panas sekali sejuk..Saya mahu sudahkan di sini. pembaca boleh menilai bahawa krisis sedang berlaku. Hanya kefahaman dan kemampuan menghukum akan menyelanmatkan pas. Saya hanya ingin berpesan sebagai seorang muslim. tgna dan tghh akan mati tak lama lagi. yang tinggal tak mati adalah pas. pas untuk dipimpin org macam tghh atau mcm husam di masa depan? JANGAN TINGGALKAN LEGASI GILA UNTUK ANAK ANAK DI HARI DEPAN. BERSAMA SELAMATKAN PAS

> Semalam. penulis mencari-cari penyokong kuat PKR dalam surau yg ajak penulis mi um 2 hari lepas. Nampaknya tiada barangkali ada hal. Tiba-tiba terjumpa ayahandanya, lalu penulis bertanya, mana Ahmad pak cik, penulis terkezut bila ayahnya berkata...." dia tak pi taraweh malam ne, ada kat rumah, kecewa dan malu,..." kenapa pakcik, katanya lagi "...Anwar tipu dia kata jadi PM hari ini, janjinya tol hapus, minyak free, makanan ruji free, sekarang frust menonggeng ...".

> Di rumah berSMS dengan dua tiga MP BN dari Sabah, kata mereka, "...rakyat jangan terpedayalah dengan dia, itu wayang dia saja tu "

> Dan penyokong kuat PAS di kampung juga hantar sms, "...PAS tertipu dengan kata-kata indah Anwar, paling sedih Anwar sebabkan kami pecah-belah ..".

LIM KIT SIANG LEBIH SABAR DRPD ANWAR

on Tuesday, September 16

Anwar=Keadaan ekonomi yang merudum jatuh dengan kadar pengangguran dan inflasi yang tinggi telah menyebabkan rasa tidak puas hati rakyat yang meluap-luap. Hubungan antara kaum menjadi tegang, diburukkan lagi dengan propaganda oleh media yang dikawal oleh kerajaan. Pentadbiran sekarang gagal untuk menawarkan jawapan buat negara kita keluar dari kedudukan sukar ini.
Rakyat= Merudum jatuh bermaksud orang tidak boleh membeli barang, makan minum tiada, tiada pakaian, suasana akan menjadi seperti di Jakarta kelmarin apabila seorang Haratawan membahagi2 wang zakat lebih kurang RM15.00 kepada orang miskin di Jakarta, mereka berrebut-rebut sehingga mati terpijak, di Malaysia tidak lagi,hubungan tegang bermula selepas Anwar membentuk PR yang mempersoalkan hak-hak bangsa Melayu dengan mewar-warkan Ketuanan Rakyat. Jika tidak disentuh hak mana-mana kaum sudah pasti semua akan hidup aman damai, apabila Anwar membawa slogan kesamarataan mutlak , ia sudah mengheret perasaan orang Melayu dan umat Islam, jadi siapakah yang memulakannya. Jika orang Cina India Melayu menghormati hak masing-masing dalam perlembagaan aman damai kita semua, jangan sahaja kita ambil hak orang lain nak bagi orang lain, tu jadi orang akan marah. Itu yang dilakukan oleh Anwar sekarang.

Anwar=Pakatan Rakyat yakin dapat menyelamatkan Malaysia dari masalah ekonomi dan politik berbaur perkauman. Kami akan melaksanakannya secara bertanggungajwab, menuruti prinsip undang-undang dan tidak akan sama sekali menjejaskan keselamatan dan kestabilan negara dan rakyat negara ini.
Rakyat= Soalnya siapa yang memulakan politik berbaur perkauman. Apakah tanggungjawab yang boleh dijanjikan oleh Anwar apabila undang-undang pun dilanggar, peraturan pun ditolak ketepi, pegawai kerajaan pun dikata anjing kerajaan, apa makna keselamatan dan kestabilan di mata Anwar jika asyik berdemonstrasi yang kesannya menghuru-harakan negara, memberi imej buruk, soalnya Anwar tidak mahu mengaku kalah, Dapat 81 kerusi dikata menang, orang lain dapat 140 dikata kalah, Kalau tanya budak tadika, agak-agaknya budak tu jawab siapa yang bebal?

Anwar=Pakatan Rakyat kini memiliki majoriti yang selesa untuk membentuk sebuah kerajaan baru yang stabil. Kerajaan baru yang mencerminkan masyarakat Malaysia yang majmuk.
Rakyat= Majoriti yang selesa? Agaknya Anwar ni dah tertutup minda dan hatinya kerana tidak mampu membezakan antara 81 dan 140. Selama ini rakyat yang ada tidak hidup dalam masyarakat majmuk kah? Selama ini aman dan damai, hanya apabila ada manusia yang gila kuasa bermaharajalela memenuhi nafsunya lah yang menyebabkan negara jadi huru-hara. Sebelum ini, apabila Anwar tidak aktif politik kerana berguru di University Georgetown dan John Hopkins, Malaysia aman dan damai sahaja.

Anwar=Jesteru itu kami ingin duduk semeja dengan Perdana Menteri Abdullah Badawi untuk melaksanakan peralihan kuasa secara bertanggungjawab, lancar dan aman. Hasrat ini telah kami sampaikan kepada Perdana Menteri melalui surat yang dikirimkan jam 2.30 petang semalam.
Rakyat= Perhatikan Anwar Ibrahim tidak ada nilai tawadduk, tiada nilai kesabaran, tiada nilai harga diri, tiada nilai menerima qada & qadar Allah, selalu nak mengatasi kuasa Allah, selalu nak tunjuk kepada Allah keegoan dan kesombongannya, jika benar-benar berhati Besar tunggulah PRU13, barulah gentlemen. Bercakap soal tanggungjawab, tetapi tanggunggjawab kepada 81 laksanakanlah mengapa bercakap pasal 140?

Anwar=Dengan mandat ini kami bertekad untuk melaksanakan peralihan kuasa yang aman. Kami tidak ingin berulangnya peristiwa yang berlaku sewaktu mengambil alih kuasa di negeri Perak dan Selangor, di mana dokumen milik kerajaan negeri di lupuskan oleh pentadbiran terdahulu.
Rakyat= Apakah signifikannya nak jumpa PM nak alih kuasa. Anwar di dalam PR, Abdullah di dalam BN. Tak Malukah? Tak ada harga dirikah? Tak ada maruahkah? Hormatilah kuasa rakyat dan sistem demokrasi, bukankah rakyat sudah memeberi kuasa mereka kepada 140, dan 81, tak kan tidak faham.

Anwar=Kami mengingatkan kepada elemen radikal di dalam Barisan Nasional agar tidak menyalahgunakan kuasa serta menahan para penyokong Pakatan Rakyat. Penyiasatan yang dibuat secara tergesa-gesa oleh BPR terhadap Dato Seri Yong Teck Lee selepas mengumumkan akan membuat undi tidak percaya terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan di antara taktik yang kita tolak. Penggunaan ISA terhadap Ahli Parlimen Teresa Kok merupakan contoh untuk menghalang perubahan dengan tidak mengikut lunas-lunas perundangan.
Rakyat= Siapa parti yang ada elemen radikal, yang memukul jurugambar, yang membakar dan merosakkan bangunan, yang menghalang bas, yang membuat ugutan, mengeluarkan kata-kata kesat dan halangan kasar. Yang memaksa MP BN, mengejar, mencuri mandat, menipu rakyat, ini semua bukan elemen radikal kah?

Anwar=Agar Barisan Nasional tidak menghalang ahli parlimennya dari bertindak menurut suara hati mereka, hak yang dijamin undang-undang serta keputusan yang mereka buat tanpa paksaan;
Rakyat= Apa kata PR tidak menghalang ahli Parlimennya dan ADUN nya di Perak dan Kedah untuk menyeberang ke BN kerana hak mereka untuk berhijrah ke BN akibat bosan dengan politik adu-domba dan janji manis Anwar kepada rakyat, menyebabkan mereka mencari parti yang rajin bekerja bukan rajin bercakap. Jangan pula buat laporan BPR konon MP dan ADUN PR kena rasuah, angaplah itu hak mereka nak pindah ke BN!

Anwar=Kami menyeru masyarakat di semua lapisan agar memahami hasrat kami semata-mata untuk kebaikan negara ini. Saya juga ingin mengingatkan media massa jangan lagi berada di dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kami berbohong. Kita sekarang berada dalam era baru maka saya menyeru media massa meninggalkan tabiat lama dan mengambil iltizam untuk meningkatkan professionalisme kewartawanan
Rakyat= Hasrat kerajaan BN tidak membawa kebaikan kepada negara ker? Media PR juga janganlah berada dalam penafian dengan meneruskan propaganda bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat sekarang tiada membuat apa-apa kerja dan kebajikan. Buanglah tabiat lama kononnya semua yang dibuat kerajaan salah, semua yang dibuat oleh Anwar benar belaka..

Kesimpulannya= Hormatilah Hak Rakyat yang telah memberi 140 kepada BN membentuk Kerajaan Persekutuan. Terimalah Hakikat Rakyat juga telah memberi 81 kepada PR. Penulis sangat tidak setuju jika mana-mana pihak mahu menjatuhkan Kerajaan dengan cara yang tidak Demokratik. Kerana pada masa akan datang ia akan berulang kerana ada orang yang sudah memulakannya. Kenapa tidak boleh tunggu PRU13 ?


Contohilah Kesabaran Lim Kit Siang dan DAP menunggu hampir 40 tahun akhirnya mereka berjaya menguasai Penang, Perak & Selangor. Kita tidak boleh jatuhkan kerajaan itu dengan Cara Paksa kerana itulah pilihan rakyat, sebagaimana rakyat di Kedah dan Kelantan memilih PAS sebagai kerajaan negeri mereka. Kenapa Anwar tiada nilai kesabaran sebagaiamana Lim Kit Siang?

Bagi penulis, Kalau PRU13 PAS menguasai 150 kerusi , kita kena terimalah Presiden PAS sebagai Perdana Menteri Malaysia. Inilah Demokrasi.

ANWAR UGUT PM = RUNDING ATAU APA?

on

1. AKHIRNYA, rakyat Malaysia menang. Anwar Ibrahim kalah dan tewas dengan permainan ciptaannya sendiri. Allah SWT sudah berfirman " manusia hanya bisa merancang Allah juga yang menentukannya", kita boleh berdakwah namun hanya Allah SWT yang memberi hidayah dan membuka hati seseorang, jangan jadi macam Anwar dia sendiri menentukan dirinya jadi PM pada 16 September 2008! Allah SWT sangat Murka kepada orang yang Takbur dan Sombong.

2. Namun manusia kalau sombong dan ego tetap juga keras hatinya, semalam dalam ucapannya yang Hanya dihadiri 10,000 orang ( sasaran 30,000 ) , beliau berkata dengan nada marah dan benci, memberi ugutan kepada Perdana Menteri Malaysia, katanya "...''Saya memberi masa dua minggu kepada Abdullah untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran ini atau tidak.''Kita ingin adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bertujuan berbincang untuk peralihan kuasa secara aman dan tenteram selain membebaskan tahanan politik,''

3. Yang teramat malang ialah PAS kini berpecah dua dan bercelaru angkara Anwar, kata MSO seorang penulis ahli PAS yang berpengaruh, katanya, "...Dalam perhatian saya mengenai isu sokongan kepada Anwar ini Nik Aziz menggunakan sepenuhnya baju dan jubahnya sebagai Mursyidul Am Pas untuk menyokong bekas TPM itu. Pandangan Majlis Syura pun dilanggarnya! Perangai ini sungguh aneh. Beliau seakan lebihkan kepada Anwar daripada menjaga perasaan dan kepentingan pemimpin Pas sendiri. Nik Aziz harus sedar dan jangan mudah nyanyuk bahawa Pas itu adalah hak jemaah dan bukan kepunyaannya. Sehebat mana ilmunya dan sebesar mana pengaruhnya ia tetap dipayungi oleh Pas.."

4. Kumpulan PAS yang menyokong Anwar diketuai oleh Ketua Erdogan PAS, "...Mereka yang bersetuju dengan projek 16 September ini atau tepatnya terpesona dengan Anwar ialah Husam Musa, Naib Presiden Pas, (beliau boleh dianggap sebagai ketua), Kamaruddin Jaaffar, Setiausaha Agung, Zulkifly Ahmad, Pengarah Strategi Pas, Mohd Hatta Ramli, Bendahari Agung Pas, Mahfuz Omar, Ketua Penerangan Pas, Syed Azman Syed Mohamad AJK Pas, Abdul Khalid Samad, ahli Parlimen Shah Alam. Mereka ini dibantu oleh Dr Mariah Mahmood dan Dr Lo' Lo' Ghazali keduanya AJK Pas Pusat...

5. Kumpulan "Kepimpinan Ulama" yang tidak bersetuju dengan Anwar tetapi bersetuju bersatu dengan Perdana Menteri Malaysia ialah, :...Manakala pihak yang tidak setuju dan tidak yakin dengan projek berkenaan ialah Abdul Hadi Awang, Presiden Pas, Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden, Mustafa Ali, Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas. Mereka ini dibantu oleh Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am Pas, Harun Taib bersama beberapa tokoh veteran Pas Terengganu, Kedah, Kelantan, Johor dan lain-lain..

6. Tak kanlah Husam Musa Lebih Baik daripada Kumpulan Ulama. Husam hanya punya dua pilihan keluar PAS sertai PKR atau utamakan Presiden PAS daripada berusaha jadikan Anwar PMtidak sah. Sangat malang apabila Husam berusaha memperbodohkan Tuan Guru Nik Aziz. Kata MSO...Pada hemat saya, puak yang menyokong Anwar atau yakin dengan projek peralihan kuasa 16 September (esok) itu mereka sedar hakikat kekosongan angan-angan itu. Tetapi kenapa mereka sokong ialah kerana motif lain. Saya tidak kira Husam Musa (arkitek baru Pas) buta dan jahil mengenai hal ini. Beliau tentu sekali nampak dan bermain politik untuk kepentingan partinya dan juga dirinya di sebalik menyokong projek itu...

7. Kesimpulannya, katanya lagi.."Jangan terkejut kalau pada pemilihan pucuk pimpinan Pas tahun depan Husam akan mencabar Abdul Hadi Awang untuk jawatan presiden!..

7b. Penulis tidak terkejut dengan analisa MSO itu, dengan bantuan Anwar dan Lim Kit Siang tiada mustahil Husam akan menjatuhkan Hj Hadi, kerana Hj Hadi dikatakan penghalang utama Anwar jadi PM ( Mat Jenin ). Bukankah sekarang ini pun Husam sedang bekerjasama dengan Anwar dan Lim Kit Siang!

NIK AZIZ MARAH MUSTAPHA ALI

on Monday, September 15

1. PENULIS telah huraikan dalam post bulan lepashttp://jentayuabaka.blogspot.com/2008/08/dappr-berjaya-lemahkan-parti-islam.html bahawa DAP & PKR telah berjaya lemahkan Parti Islam Malaysia ( PAS ). Bibit-bibit perpecahan yang membawa kepada kehancuran telah berlaku. Perhatikan posting dalam TKO ( 14 September 2008 ) =

RAKYAT TERENGGANU SALAH PILIH PESURUHJAYA

1. Saya telah membaca dengan teliti pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu yang kali ini lebih gemar menggunakan nama beliau sebagai pengamal dan penganalisis politik daripada bertindak sebagai seorang Pesuruhjaya PAS Negeri. Walaupun sewaktu beliau berdiri sebagai penganalisis politik dalam mana-mana waktu sekalipun, pada saya, beliau tetaplah Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu. Baik dalam keadaan berdiri, duduk, atau berbaring, Mustafa bin Ali adalah seorang Pesuruhjaya PAS.

2. Dengan demikian, mahu tidak mahu pandangan beliau itu tetap mencerminkan pandangan PAS Terengganu. Lebih mendukacitakan lagi ialah apabila pandangan beliau ini bersifat anti keputusan Muktamar. Sekaligus, ia menentang arus Syura yang memutuskan untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dan tidak sebaliknya seperti yang sedang dilakukan oleh Mustafa Ali. Dalam respons dan setiap ayat yang digunakan, saya tidak nampak sikap Mustafa yang boleh mengukuhkan Pakatan Rakyat seperti yang diputuskanoleh Muktamar secara “standing ovation”.

3. Sepatutnya tugas pemimpin termasuk Pesuruhjaya ialah mendukung dan mengukuhkan keputusan Muktamar. Sifat rajin mengeluarkan kenyataan walaupun tidak disuruh adalah sesuatu yang aneh dan menghairankan. Lebih-lebih lagilah ia mencanggahi keputusan Muktamar. Sepatutnya ceramah atau temuramah bersifat lanjutan kepada keputusan Muktamar.

4. Saya membuat perbandingan antara kenyataan Mustafa di muka surat 1 dan 3 Utusan Malaysia, 11 September 2008 dengan kenyataan Dato’ Johari Baharom, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri sendiri termasuk kenyataan PM sendiri dalam Berita Harian pada hari yang sama. Mesejnya sama iaitu tidak ada apa yang akan berlaku pada 16 September 2008 iaitu “tidak mungkin ada undi tidak percaya kerana Parlimen tidak bersidang.” Sentimen Mustafa yang “terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak 30 orang yang akan melompat parti” betul-betul serupa dengan nada Presiden Umno. Betul-betul serupa.

5. Lidah Mustafa boleh dikatakan sudah menjadi lidah Umno. Kita kena faham bahawa lidah ini adalah jurubahasa kepada hati. Jika begitu keadaannya apa yang ada dalam hati, maka lebih baik terang-terang sokong Umno. Hujah untuk “meredakan keresahan rakyat” yang digunakan oleh Mustafa tidak tepat. Apa yang tepat ialah kita kena tanya rakyat resah kerana apa? Jawabnya, rakyat resah kerana pimpinan di bawah Umno selama ini telah menimbulkan seribu satu macam keresahan. Usaha Pakatan Rakyat yang sama-sama sedang didukung oleh PAS, PKR dan DAP ini adalah usaha untuk memulihkan keresahan rakyat. Pemulihan dan keyakinan akan berlaku apabila Pakatan Rakyat menguasai di peringkat Pusat. “Cross over” kepada Pakatan Rakyat yang menuju ke arah peralihan kuasa sama ada 16, 17, 18, 19 atau 20 September 2008 hendaklah menjadi agenda setiap orang : agenda setiap Pesuruhjaya PAS Negeri termasuklah Mustafa bin Ali. Inilah semangat Muktamar yang telah kita sama-sama putuskan secara sebulat suara. “Standing ovation” itu adalah sebulat suaralah tu. Keputusan Muktamar ini, bukan kerja main-main.

6. Apa tujuan kita adakan kursus, seminar, ceramah, tamrin, usrah, doa, sembahyang hajat, munajat, pagi, petang, siang dan malam kalau tidak kerana untuk menumbangkan sebuah pemerintahan yang tidak cenderung kepada Islam. Jika Umno hendakkan Islam, sudah lama dia laksanakan Islam.

7. Saya tidak fahamlah bila Mustafa menyebut bahawa dia bercakap secara bebas dan pendirian beliau bertaraf peribadi; bukan atas kapasiti seorang pemimpin PAS. Pada saya, beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu. Dalam Islam, seseorang itu hanya boleh mempunyai satu sahsiah saja. Sesiapa yang cuba bermain-main dengan dua atau lebih rupa sahsiah, tidak layak menjadi pemimpin gerakan Islam. Sebab itu, Islam selalu menekankan soal tauhid, yakni penyatuan segala perkara di atas satu dan menuju kepada satu. Dalam PAS, tidak ada dua wajah sahsiah. Jika ada juga, maka ia sesuai untuk mewakili Umno.

8. Jika Dr. Mahathir pernah berkata bahawa ia tersalah pilih Perdana Menteri maka dalam konteks ini boleh jadilah Terengganu sudah tersalah pilih seorang Pesuruhjaya. Dalam akhir ayat Mustafa Ali, ada juga saya terbaca beliau menyifatkan isu ini timbul disebabkan keghairahan satu pihak untuk mengambil alih kerajaan. Di sini, saya cukup tidak fahamlah. Seolah-olah pada Mustafa, adalah satu kesalahan apabila kita ghairah nak gantikan kerajaan secara demokrasi. Sejak bila pula Mustafa jadi begini? Kita kena faham bahawa isu menghuruharakan ini timbul kerana sejak 50 tahun Umno memimpin negara, rakyat tidak dipimpin dengan jelas dan betul dari segi Islam atau demokrasi. Keadilan tidak diberi kepada orang-orang Melayu, Cina, India, Siam atau Kadazan. Ini yang kita ghairah untuk menggantikan kerajaan. Kita bawa Islam kerana Islam itu adil. Islam itu untuk keamanan dan kesejahteraan seluruh kaum yang bermastautin di Malaysia. Apabila nampak bahawa Kerajaan BN/Umno sudah panik dan resah sehingga terpaksa melarikan 50 Wakil Rakyat, maka pada saya, ini adalah petanda kejayaan. Tak tahu lah pula saya kenapa Mustafa Ali terpaksa bersusah payah untuk menjelaskan situasi sebenar demi meredakan. Meredakan hati siapa? Hati pemimpin Umno?

9. Dalam keadaan beginilah hati saya cepat-cepat teringat tentang HARAKAH. Saya tak dapat bayangkan bagaimana HARAKAH boleh memainkan peranan sebagai lidah rasmi parti dan organ parti, apabila orang nombor satu yang merupakan Pesuruhjaya PAS Terengganu ini telah mengambil sikap membelakangi keputusan Muktamar. Saya percaya, ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi pojok, cerita, berita dan analisis yang dibuat. Dengan dibenarkan penerbitan dua kali seminggu maka lebih cepat lagilah ia boleh merosakkan imej HARAKAH. Pada logiknya, pembaca HARAKAH akan berkurangan. Saya fikir suatu keputusan perlu dibuat mengenai perkara ini.

10. Saya sebenarnya masih mahu mengambil sikap bertangguh dari terlalu cepat mengemukakan respons. Dengan begitu, saya akan cuba ikuti lagi apa rentak yang akan dibawa oleh pemimpin seperti Mustafa Ali. Saya percaya, mungkin ada satu atau dua orang lagi yang bersama dengan beliau. Selaku orang tua dalam parti, saya telah mengikuti orang penting dan orang yang tidak penting keluar masuk ke dalam parti. Bahkan Allahyarham Dato’ Haji Asri Muda sekalipun pernah meninggalkan Parti PAS. Pada waktu itu beliau adalah di kerusi Presiden. Beliau akhirnya masuk Umno dan semua orang tahu bagaimana beliau mengakhiri karier politiknya.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 11 Ramadhan 1429 11 September 2008. sumber=http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/2008/09/rakyat-terengganu-salah-pilih.html

ANWAR FOBIA NAMA MAHATHIR

on

1. Semalam selepas Taraweh, singgah sebentar di rumah penyokong kuat PKR atas jemputan mempromosikan syraikat jualan langsungnya . Sambil minum kami berborak kisah 16 September. Penulis bertanya jadikan esok? Dia kata esok akan jadi, kalau tak jadi mereka akan tunda ke satu tarikh yang sewaktu dengannya. Macam-macamlah cerita yang diluahkannya, penulis mendengar dan membuat kesimpulan ahli-ahli PKR sebenarnya telah diperbodoh-bodohkan oleh kepimpinan mereka.

2. Antara yang diceritakannya bahawa MP BN sudah menulis surat kepada DYMM SPB Yang Dipertuan Agong untuk menukar kerajaan esok. Yang lain-lainnya cerita konon Ramlang Porongi dipaksa menjadi saksi sumpah , kalau Anwar liwat suka sama suka janganlah dakwa, kebebasan individu dia katanya. Hak Asasi dong!

3. Kemudian penulis bertanya kenapa Anwar tidak boleh menunggu PRU13 secara sah dan mengikut demokrasi berparlimen. Yang menariknya dia memberitahu, inilah masa yang paling sesuai kerana selepas Pemilihan UMNO sejarah menunjukkan UMNO kembali kuat. Dan yang lebih menarik ceritanya, mereka Fobia dengan dengan kemasukan Tun Dr. Mahathir. Penulis terkejut, rupanya Anwar Fobia dengar nama Tun Dr. Mahathir!

4. Kemudian dia bertanya kenapa penulis tidak menyokong Anwar Ibrahim. Penulis kata mudah sahaja, Anwar hanya dapat 81 kerusi belum cukup untuk menjadi Perdana Menteri. Dalam sistem Demokrasi berparlimen, sesiapa yang menang majoriti dialah yang akan membentuk kerajaan. Sekarang penulis mempertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat. Jika esok PAS menang majoriti 150 kerusi dalam parlimen, kita akan sokong kerajaan yang dibentuk oleh PAS jadi Perdana Menteri, sebab dia menang. Barulah ada maruah, harga diri dan gentlemen. Dia terdiam.

5. Kemudian penulis bertanya lagi, kalau esok tak jadi? Kalau tak jadi kami malu katanya. Dan kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada Anwar akan jatuh, itu yang paling mereka takuti sekarang. Kemudian dia bertanya lagi, adakah Anwar akan masuk BN? Penulis kata tidak tahu. Dia bertanya lagi benarkah PAS ada jumpa Perdana Menteri, penulis kata ya sebagaimana dilaporkan oleh media. Dia terdiam lagi.

6. Dengan masa kurang 24 Jam lagi, esok akan menentukan siapakah lebih berkuasa? Anwarkah yang telah Menentukan dirinya jadi PM esok atau Allah SWT yang berkuasa ke atas sekalian makhlukNYA di muka bumi ini? Ia satu sejarah kerana belum pernah ada Muslim yang bertindak melebihi Ketentuan, Qada & Qadar Ilahi. Belum ada Muslim yang berani mendahului Tuhannya, melainkan Anwar Ibrahim.

7. Bagi penulis, Anwar perlu belajar Matematik untuk membezakan Nombor Besar dan Nombor Kecil. Dalam pemikiran Anwar sekarang Nombor Besar=81, Nombor Kecil=140. Harap ada guru Matematik boleh betulkan kesilapan ini. Kita bimbang esok-esok ada rakyat naik Kapal Terbang AirAsia nak bayar RM81.00 perjalanan KL-Penang walaupun harga ditetapkan KL-Penang ialah RM140.0.

THE FINAL COUNTDOWN

on Saturday, September 13

BABAK 1

Maka berdegar-degarlah sang arjuna berceritera, terpegunlah sekalian makhluk di atas dan di bawah dunia, hulubalang nabi Sulaiman pun terkejut, kata sang arjuna ini...

”...Wahai sekalian makhluk di bumi dan di atas bumi dan di bawah bumi, saya ingi memberi jaminan pada 16 September 2008 kita akan bentuk kerajaan baru, saya sangat yakin, tiada siapa bisa menghalang lagi, gerakan ini sudah jelas dan nyata, saya akan jadi penghulu segala menteri, Tidak ada lagi di atas saya, sayalah saya, saya akan jadi Raja, Raja segalag Raja, tetap, tidak berganjak hari itu , saya boleh memberitahu anda sudah ada dalam tangan saya 32 manusia yang sudah saya putarin, mereka sudah mengakuin, mereka sudah berjanji, mereka akan menyokong saya sebagai Penghulu segala Penghulu, Raja segala Raja, Perdana segala Perdana, adakah kamu tidak percaya...”

Terkejutlah sekalaian alam betapa takburnya seorang makhluk Tuhan ini, betapa jeleknya manusia sombong ini, menetapkan sendiri qada dan qadarnya, dia berlagak Tuhan menentukan sendiri nasibnya, dia sendiri berkata Kun Fa Yakun..jadilah aku Penghulu segala menteri, Kun Fa Ya Kun jadilah 32 manusia itu menjadi kebodoh-bodohan mengikut saja kata-kataku, Kun Fa Ya Kun aku yang jadikan semuanya, diriku bahawa pada 16 september 2008 saya adalah saya, saya yakin, Kun Fa Ya Kun saya akan jadi Perdana Menteri, tiada siapa boleh menghalang saya...

BABAK 2

Berkejar-kejarlah 5 Penyamun Tarbus ke negara kecil China, mencari 32 manusia, mencari 49 manusia,

BABAK 3

OOOOOOOOOOOOOOOOooooooooooooOOOOOOOOOOOOooooooooooboom zooom bang bung bum bush bum bam bim buuuuuuuuuuum kilat sabung menyabung, taufan datang taufan datang taufan sinlaku dewa makriniza datang zzzzzzzzzzzuuuuuuuummmmmmmmmmmmm zizzzzzzzzzzzziiiiiiiiiiiiiiiizzzzzzzz

BABAK 4

Terkandaslah 5 Penyamun Tarbus di tanah kecil China, tidak sempat berjumpa manusia-manusia emas itu

BABAK 5

Sesungguhnya manusia hanya merancang , Allah SWT jua yang menentukannya
Janganlah Bongkak kepada Allah SWT
Janganlah Mendahului Qada & Qadar Ilahi
Manusia akhir zaman sombong dan takbur...

TAMAT

MEREKA LUPAKAH = "SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN"

on

1. Sejak Oktober 2003, Perdana Menteri Malaysia Tidak Pernah campurtangan urusan Mahkamah, malah pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga bukan campurtangan Perdana Menteri. DSAI dibebaskan kerana kesilapan teknikal. PM membawa pemikiran Modal Insan, Keterbukaan, Towering Personality, Penambahbaikan, Islam Hadhari, Integriti, dan beberapa pendekatan yang toleran sehinggakan apabila BN menang besar PRU11 (2004), Dr. Tan Seng Giaw dilantik sebagai Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC) sehingga sekarang.

2. Selepas Pakatan Rakyat menang 81 Kerusi mereka menganggap 81 lebih besar daripada 140. Mereka fikir 140 tidak boleh jadi PM, 81 boleh jadi PM. Mereka kata 140 tidak demokratik, mereka kata81 demokratik. Maka berusahalah mereka memujuk+ merasuah + membeli+ memaksa+ merayu+ meminta-minta+ terhegeh-hegeh+mengekori MP BN walaupun sampai ke Taiwan untuk tujuan Menjatuhkan Suara 140, dan menaikkan 81.

3. Bukankah PM sudah memberi amaran...."SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN GANGGUAN INI DITERUSKAN* SAYA TIDAK AKAN MEMBENARKAN MANDAT RAKYAT DIRAMPAS DARIPADA PARTI BARISAN NASIONAL YANG TELAH MENANG MAJORITI PILIHANRAYA UMUM SECARA SAH DAN MENGIKUT LUNAS DEMOKRASI*

4. Ahli Exco Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok; pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng.Mereka ditahan mengikut Seksyen 73 (1) akta berkenaan.

Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan sehingga 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahanan itu perlu dilanjutkan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan penahanan ketiga-tiga mereka.Menurut Ismail, penahanan di bawah ISA itu dibuat “untuk membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut dan bagi membendung sebarang tindakan yang boleh memecahbelahkan perpaduan kaum dan persengketaan agama.”

5. Difahamkan, beberapa orang lagi akan ditahan di bawah akta yang sama dalam masa terdekat. Soalnya siapa lagi ?

6. Mereka yang nak jatuhkan kerajaan 140 dan menggantikan dengan 81? Kumpulan ini yang menafikan sistem demokrasi, tidak menghormati keputusan Rakyat, pengusaha restoran 16 September, kumpulan yang mempersoalkan kesucian agama Islam ( contohnya Forum membincangkan Masuk Islam )...pernah dengar orang Islam mempersendakan agama lain ( sebab Islam menyeru umatnya hormati agama lain ), mereka yang mempersoalkan Kedudukan Hak Istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan, mereka yang mempersoalkan Kedaulatan Raja-Raja Melayu dalam Perlembagaan, mereka yang mempertikaikan Kedudukan Bahasa Melayu dalam Perlembagaan, mereka kena terima hakikat Perdana Menteri sudah terlalu bersabar, tetapi apabila semua itu berterusan dan keamanan negara tergugat undang-undang ISA terpaksa dilaksanakan.

Di Singapura, wartawan Asian Wall Street Journal juga ditahan Serta-Merta hanya kerana mempersoalkan dasar-dasar kerajaan. Singapura tidak mengambil masa yang lama untuk menggunakan peruntukan Undang-Undang ISA.


7. Tahniah kepada pihak Polis DiRaja Malaysia kerana bertindak tegas terhadap mereka yang bercita-cita memporak-perandakan negara. Ia satu pengajaran dan pendidikan kepada orang yang keras kepala, sombong bodoh, terlebih pandai bahawa dalam Matematik kita selalu ajar anak-anak kita angka 140 lebih besar daripada angka 81. Jika tidak faham-faham juga ajar mereka Matematik ini di Kamunting!

7b. Rombongan PKR ke Taiwan yang tidak tahu Matematik ( tak tahu membezakan Nombor Besar dan Nombor Kecil ) barangkali sesuai diajar di Kamunting!

SIAPA PEMIMPIN UTAMA PAS JUMPA PM ?

on Friday, September 12

1. Selepas Raja Petra ditahan di bawah ISA, apakah agaknya komen penyokong PKR, DAP, BAR Council, dan NGOs asing?

2. Yang jelas Perdana Menteri Malaysia sudah menunjukkan kepada pengkritiknya bahawa dia bukanlah bersikap lembut terhadap ancaman keamanan kepada negara. Penulis percaya Perdana Menteri sudah tidak mahu bertolak ansur kepada sesiapa sahaja yang hendak menafikan 140 kerusi.

3. Penulis menerima mesej daripada seorang orang lama politik Malaysia, katanya "...Rakyat diperdaya dengan isu 16 September. Tetapi isu sebenarnya ialah DAP & PKR nampaknya hanya fokus kepada kesalahan UMNO & pegawai Melayu sahaja? Namun, bapa ayam, gangster,sindiket edar dadah, sindiket bawa perempuan asing dijadikan pelacur, geng curi kereta mewah, taukeh judi ( besar atau kecil ),...banyak lagilah, itu semua Melayu kah? Kenapa DAP & PKR tidak berminat hapuskan semua itu di Selangor, Perak, Penang yang kini mereka kuasai?..." Penulis balas akan sampaikan mesej itu dalam blog penulis.

4. Katanya lagi, "...Agak-agaknya kalau Lim Kit Siang, Karpal Singh, Anwar Ibrahim memerintah, agaknya bersihlah Malaysia ini daripada masalah-masalah di atas?..."

5. Dia menyambung. "...Di mana letaknya Maruah Kerajaan Malaysia kalau Kerajaan Malaysia yang dibentuk hasil daripada yang dibeli? Bukan daripada proses demokrasi berparlimen?..."

6. Kenapa Anwar lari ke Kedutaan Sekular Turki bukan di Kedutaan Islam Iran?

7a. Memanglah kerajaan yang ada jauh dari kesempurnaan, kerana kesempurnaan itu hanya ada pada Allah SWT. Tapi kerajaan sekarang kerajaan siapa? Kerajaan yang Terasnya Melayu bukan? Tukar kerajaan dan ambil Melayu lain serupa juga Melayu juga, adakah semua masalah di atas boleh diatasi?

7b. Siapa Pemimpin utama PAS dalam perjalanan ke Mesyuarat Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur tetapi singgah jumpa Perdana Menteri Malaysia ? Mereka tidak pergi ke mesyuarat Pakatan Rakyat tetapi bermesyuarat dengan Perdana Menteri Malaysia! Agendanya rahsia!

PILIHANRAYA UMUM AWAL

on

1. Ketua Penerangan PKR, Tian Chua memberitahu Bernama semalam, beliau dan dua orang lagi iaitu Saifuddin Nasution dan Fuziah Salleh disahkan akan menyertai lawatan ke Taiwan .
"Dua orang lagi akan mengesahkannya kemudian. Ada orang yang mengaturkannya. Kami akan balik sebelum 16 September," katanya ketika dihubungi.Keputusan untuk terbang ke Taiwan dicapai pada mesyuarat biro politik PKR hari ini yang dipengerusikan sendiri Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Soalnya mereka tak ada maruah ker? tak tahu malukah? Kalau anak dara orang tak mahu berkahwin dengan kita tak kan nak paksa? tak kan nak culik? tak kan nak rogol? Kata berjuang prinsip kebenaran, ketelusan, demokrasi rakyat, demokrasi tulen, kata yang kalah tetap kalah yang menang tetap menang?

2. Kenyataan Pakatan Rakyat mendakwa terdapat segelintir elit pemerintah Barisan Nasional yang diketuai Umno, bercita-cita untuk mencipta huru hara agar dapat membantut perubahan, melumpuhkan demokrasi dan merampas hak-hak rakyat Malaysia yang dilindungi Perlembagaan Persekutuan - Soalnya siapa yang nak rampas hak rakyat? Anwar yang terhegeh-hegeh memujuk merayu memaksa menipu merasuah memutarbelit untuk mendapatkan 32 MP BN itu disebut sebagai apa? Bukan Merampas Hak Rakyat ker?

3. Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim merancang untuk mengadakan pilihanraya umum awal jika ia mengambil alih kuasa untuk mengikis kebimbangan ianya tidak demokratik dan tidak beretika. Memanglah tak demokratiik dan tidak beretika kalau mencuri merampas memaksa merasuah MP BN supaya lompat kepada PR. Kalau dah tahu tak demokratik dan tidak beretika duduk diam je lah dengan 81 kerusi, buat kerja baik-baik. Tunggu PRU13 kalau PR menang, perintahlah negara ini. Bijak sungguh R.Sivarasa berhujah, namun pelaksanaannya tidak. Baik masuk kelas pemulihan Tahun 6, guru-guru boleh fahamkan maksud demokrasi dan beretika. Nama je peguam, tapi tak tahu bezakan angka 81 vs 140? Tak tahu makna demokrasi dan beretika? Maybe paper demokrasi dulu kat Universiti dia gagal ne?

4. Dengan situasi terkini di dalam kem Pakatan Rakyat ( PKR sahaja kelam-kabut, PAS rileks sahaja, DAP tunggu & lihat ), kita semua percaya mereka sangat-sangat terdesak? Kalau 49 MP BN itu berada di Little Rock, USA mereka pun akan kejar, kalau MP BN berada di Andalusia Anwar akan arahkan Tian Chua kejar juga, kalau MP BN berada di rumah Hj Mustapha Ali di Terengganu lagi mereka kejar, pendek kata di mana saja Anwar akan arahkan kejar sampai dapat. Perbuatan ini sangat memalukan, terdesak, seolah-olah ada yang ditakuti dalam diri Anwar jika 16 September tidak berlaku. Macam penagih dadah, kalau tak dapat wang untuk beli dadah sanggup anak bini atau ibu bapa dibunuh asal dapat wang beli dadah. Begitulah gambarannya perlakuan mereka ini, sanggup kejar MP BN asal dapat jumpa mereka.

5. Persoalan kepada semua itu ialah kenapa terhegeh-hegeh? Kenapa tak boleh tunggu PRU13? Kenapa kemaruk sangat? Adakah sesiapa di luar negara paksa mereka? Adakah mereka dikejar Along@ceti? Adakah mereka ada berjanji dengan sesiapa? Apabila Dato Tajol Rosli kata beberapa YB Pakatan Rakyat akan menyeberang ke BN di Perak, Majlis Council marah dan berapi-api kata tak demokratik dan DAP pula buat laporan BPR? Perbuatan anwar dan PKR sekarang ne tak nak tegur ker wahai Bar Council dan tak nak buat report BPR ker wahai DAP? Rakyat melihat dua cerita yang sama tetapi tindakan yang berbeza ( double-standard ) .

6. Kesimpulannya penulis percaya semua penagih dadah perlu dimasukkan ke pusat serenti dan pusat-pusat rawatan akhlak untuk menjadikan mereka insan yang berguna, bermaruah, berintegriti, dan dihormati. Apabila mereka keluar nanti mereka tahu makna demokratik dan beretika, kerana tenaga pengajar dalam pusat serenti akan mengajar mereka maksud demokratik dan beretika.

7. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah rakyat perlu terus bekerja membangunkan negara, Kerajaan BN di peringkat pusat dan negeri hendaklah berlumba-lumba memperbaiki taraf hidup rakyat, kerajaan PR di 5 negeri mereka juga sudah pasti berlumba-lumba untuk membukti janji-janji pilihanraya mereka ditunaikan sebelum PRU13, jika tidak makkal sakhti menanti 5 tahun lagi, Ketua Pembangkang pula faham-fahamlah tugas di dalam parlimen jalankanlah sebagaimana janji yang dilafazkan semasa angkat sumpah, rakyat di luar menanti dan memerhatikan kerajaan manakah yang akan membela nasib mereka?

IBRAHIM ALI MASUK BN = 916 HARAPAN KOSONG

on Thursday, September 11

Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Mustafa Ali berkata , perubahan sesebuah kerajaan tidak boleh dilakukan melainkan jika ada satu undi tidak percaya terhadap kerajaan atau Perdana Menteri dibawa ke Parlimen.

“Ada dua cara sahaja untuk membuat perubahan kerajaan iaitu sama ada Perdana Menteri letak jawatan yang saya percaya tidak mungkin berlaku atau mesti ada satu undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Parlimen,”

Beliau memberitahu, disebabkan pada 16 September Parlimen tidak bersidang, maka undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri tidak boleh dibawa sekalipun terdapat bilangan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membolehkan sesiapa yang mengusahakan perubahan itu mahu menubuhkan kerajaan baru.

Dari sudut politik pula katanya, tidak pernah berlaku Ahli Parlimen kerajaan lompat parti untuk menyertai pembangkang, sebaliknya semua wakil rakyat yang berbuat demikian sebelum ini adalah dari parti pembangkang untuk menyertai parti pemerintah.

“Terbaru kejadian lompat parti melibatkan Parti Bersatu Sabah (PBS) pada 1984, tetapi PBS ketika itu pembangkang dan menyertai parti pemerintah Barisan Nasional (BN) dan mengikut sumber parti itu, orang yang bertanggungjawab terhadap perkara itu ialah Anwar.

“Saya akui Anwar ada pengalaman dalam hal ini tetapi waktu itu beliau berada dalam kerajaan sebagai Timbalan Perdana Menteri. “Sebab itu hendak dapatkan tidak kurang 30 orang wakil rakyat supaya lompat parti adalah tidak mudah,” ujarnya.

Menurut beliau, jika diandaikan 30 daripada 140 wakil rakyat BN yang ada sekarang lompat parti dan berlaku undi tidak percaya, ia akan menjadikan Ahli Parlimen BN 110 orang dan pembangkang sebanyak 112 orang termasuk Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan, Datuk Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket Pas.

“Kalau Ibrahim melompat ke BN, ini akan menjadikan kedudukan seri 111-111, masih tidak ke mana-manalah, mesti cari bilangan yang lebih daripada itu (30 orang).
“Saya terus terang tidak yakin adanya bilangan sebanyak itu (lompat parti). Secara teknikalnya (kerajaan baru) tidak boleh jalan pada 16 September ini,” ujarnya.

Mengenai teori mengatakan perubahan kerajaan boleh dilakukan hanya dengan mengumpul tandatangan Ahli Parlimen yang mencukupi dan dibawa menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk pelantikan Perdana Menteri baru jelasnya, ia tidak boleh dilakukan selagi Perdana Menteri sedia ada tidak dipecat.

Ketika ditanya mengapa sekarang beliau tampil memperkatakan isu ini jelas Mustafa, beliau terpanggil untuk menjelaskan situasi sebenar berikutan keresahan rakyat yang semakin memuncak selain tidak mahu mereka diberi harapan kosong.

Selain itu, katanya, setahu beliau PKR juga tidak pernah merujuk secara rasmi mengenai cadangan pembentukan kerajaan baru dengan Pas, menyebabkan pemimpin parti itu turut tidak membincangkan isu itu dalam mana-mana mesyuarat.

“Saya kata (perubahan) tidak akan berlaku. Bila tiba 16 September ini boleh tengok saya betul atau dia (Anwar) betul,” ujarnya.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan