DESAS-DESUS ANWAR MENYEBERANG KE BN

on Friday, October 31

1. KETUA PEMBANGKANG yang mendapat elaun hampir sama dengan gaji jawatan Perdana Menteri gagal membawa isu-isu rakyat yang penting sebaliknya, sesi Parlimen yang akan tamat tidak lama lagi hanya dipenuhi dengan tuduhan-tuduhan Anwar kepada Menteri-menteri dan Kerajaan secara umum berkaitan rasuah, salah guna kuasa, ketidakadilan, yang sebenarnya berlaku juga semasa Anwar menjadi TPM dan Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.

2. Cadangan MP Sri Gading supaya membawa kes rasuah menteri-menteri dan kerajaan BN kemuka pengadilan ( pihak Polis & BPR ) tidak disambut oleh Anwar, sebaliknya Anwar terus meluahkan geramnya yang selama 10 tahun tidak berada di dalam Parlimen. Di Parlimen, Anwar seperti harimau lapar yang meluahkan A to Z semua yang terbuku di hatinya, satu pun tuduhan yang dibuatnya tiadak ada dibuat Laporan Polis dan Rasuah. Hanya meluahkan geram di dalam Parlimen sahaja.

3. Anwar sudah tidak lagi memperkatakan tentang Kronisme dan Nepotisme kerana dia sendiri sekarang sedang melakukan Nepotisme dan Kronisme dalam parti PKR dan kerajaan PKR. Bagi Anwar, orang lain kronis dan nepotis, bagi dia tidak.

4. Anwar berusaha melarikan isu kegagalan projek 916-nya, Anwar masih tidak menjelaskan kepada Parlimen jumlah wang yang diperuntukkan dalam projek 916, sebaliknya Anwar membawa isu di pihak kerajaan BN dan MP BN. Apabila Datuk Lajim menunjuk ke arahnya, masa dia jadi Menteri dahulu tidak rasuahkah? Semua barisan pembangkan duduk terdiam tidak berkata-kata!

5. Anwar tidak pun menjelaskan sama ada di luar atau di dalam parlimen keputusan Lembaga Disiplin PKR terhadap Kes YB Zulkifli. Ternyata Anwar yang lebih-lebih lagi Flip-Flop. Penulis yakin dan percaya, mereka tidak akan berani mengambil tindakan terhadap YB Zulkifli, baik semasa ucapan YB Zulkifli yang menyindir Anwar dan pembangkang di Parlimen atau semasa di luar Parlimen. Sebab itu penulis percaya YB Zulkifli lebih baik daripada Anwar, Anwar sudah hilang Kredibeliti.

6. Dengan keadaan sekarang yang tidak memihak kepada Anwar dan PKR, penulis dimaklmkan talian hayat sedang dipasang oleh Anwar merentasi kawan2 rapatnya dalam BN. Pendek kata, rumos Anwar menyertai BN semakin jelas. Siapa dalam PKR boleh nafikan Anwar sedang membuat talian hayat kepada BN!

DR M KHIR TOYO WAJAR TARIK DIRI ?

on Wednesday, October 29

1. DR. M. KHIR TOYO telah menjadi MB dengan ehsan/sokongan Tun Dr. Mahathir walaupun UMNO Selangor ketika itu mempunyai calon-calon yang lebih senior. Ketika itu,semua orang pun terkejut kenapa DMKT yang dipilih oleh TDM.

2. Pada pandangan penulis, DMKT hendaklah memahami konsep Budi Baik Dikenang Juga, kerana orang Melayu dan UMNO tidak lekang dengan budi ini. Dari sudut Sejarah, apabila TDM ditarik masuk oleh Tun Razak dengan bantuan Dato Harun Idris, sebenarnya TDM mengenang jasa Tun Razak dengan melatih dan menyediakan asas kepimpinan kepada DS Najib untuk menjadi PM kelak.

3. Begitu juga jalan cerita DS Hishamudin, untuk mengenang jasa Tun Hussien Onn melantik TDM sebagai TPM dan akhirnya menjadi PM, TDM telah melatih dan melantik DS Hishamudin sebagai Naib Ketua Pemuda, Ketua Pemuda, Menteri yang akhirnya penulis kira berpeluang juga menjadi PM. JIka tidak, barangkali Tun Hussien akan memilih Tengku Razaliegh, Tun Ghaffar Baba atau Tun Musa Hitam yang lebih senior ketika itu.

4. Mengapa TDM memilih Pak Lah sebagai penggantinya pada Oktober 2003, bukannya DS Najib? Perkara ini telahpun dijelaskan oleh TDM bahawa Pak Lah adalah senior dan lebih berpengalaman dalam parti dan kerajaan ketika itu, maka DS Najib perlu menunggu selepas Pak Lah.

5. Maka itu, wajarkah DMKT menarik diri? Penulis berpendapat, jika DMKT mengenang jasa dan bukti TDM yang melantiknya dalam parti dan kerajaan dengan pelbagai jawatan tinggi sehingga kini menjadi kuat ( boleh berdiri sendiri ), maka DMKT hendaklah berfikir untuk memberi peluang kepada YB Mukhriz sebagai Ketua Pemuda.

6. Penulis bukan anti DMKT, tetapi penulis melihat DMKT tidak akan rugi apa2pun jika menarik diri, malahan akan beruntung dari jangka panjang untuk survival politiknya. Bagi penulis, penamat rel DMKT ialah apabila BN tumbang di Selangor, antara lainnya kesilapan DMKT yang paling besar dalam poltik dan kepada UMNO ialah apabila DMKT memberi hadiah "penyapu". Penyapu sebenarnya lambang sial, rugi,jelek, buruk, kotor, jatuh, dan sebagainya.

7. Antara YB MUkhriz dan YB Khairy, penulis melihat dua-dua ada kekuatan. Cuma PRU 12 memberi gambaran bahawa pengundi atas pagar tidak memberi 'mood' yang baik kepada YB Khairy. Jika YB Khairy menang Ketua Pemuda, apakah BN/UMNO boleh menang PRU-13 dengan keadaan rakyat sudah dimampatkan dengan pelbagai cerita berkenaan YB Khairy. YB Khairy juga minggu lepas telah menyatgakan dalam temuramah dengan The Sun, bahawa UMNO/BN masih diterima oleh rakyat cuma sesetengah pemimpinnya tidak diterima oleh rakyat, termasuklah dirinya, itu kata YB Khairy. Maknanya YB Khairy sedar dirinya juga ditolak sebahagian rakyat.

8. Maka, jika kita melihat trend pencalonan Ketua Pemuda, penulis berpendapat trend dan mood rakyat ialah Majoritinya kepada YB Mukhriz. Pemimpin-pemimpin UMNO kata nak dengar suara rakyat, suara grassroote maka sudah diberi petunjuk dalam pencalonan, mengapa kita tidak mahu berkorban.

9. Bagi penulis, YB Khairy tidak akan rugi apa2 pun jika bekerjasama dengan YB Mukhriz, sebab beliau sudah menang Ketua Pemuda Bahagian Rembau, malah menjawat jawatan MP Rembau. Malah, penulis yakin jika YB Khairy bekerjasama degan YB Mukhriz, rating dirinya akan naik, respectable rakyat kepadanya akan bertambah, ini penting untuknya sebagai orang politik. Jika terus menjadi liabiliti kepada parti , maka nansib PRU13 bagaimana?

RAHSIA KETUA PEMUDA PAS KECUT DI PARLIMEN

on Sunday, October 26


1. KEPUTUSAN BN membatalkan Petisyen Pilihanraya di Parlimen Kulim/Bandar Baharu menjadikan YB Zulkifli semakin yakin dan kuat kedudukannya bersuara atas kesyumulan dan kesucian Islam di Parlimen.

2. Kata YB Zulkifli " Dalam bercakap soal Islam Tiada sesiapapun (maksudnya baik Anwar, Azmin, Dll) dalam parti saya boleh melarang kerana ia adalah hak saya".

3. Menurut YB Zulkifli " itu terserah kepada Allah menentukannya", jika Lembaga Disiplin PKR nak ambil tindakan! tetapi bagi penulis, dengan Anwar yang tindakannya banyak flip-flop, Lembaga Disiplin PKR ada Kredibiliti kah? Beranikah? Lembaga Disiplin PKR takut sebab keputusan pun tiada sehingga ke saat ini.

4. Penulis beberapa kali mengkritik MP Pas yang duduk membatu macam tikus terutama Ketua Pemuda Pas yang sangat takut bercakap pasal Islam dalam parlimen.

5. Rupa-rupanya YB Zulkifli ada jawapannya "...Mereka dalam Pakatan Rakyat harus patuh dengan tuntutan mereka. Sebab itu berlaku di mana MP PAS yang seharusnya menyokong saya bertindak sebaliknya. Ertinya tidak boleh soal Islam atau negara Islam...".

6. Nasihat YB Zulkifli kepada pemimpin PAS (termasuklah Ketua Pemuda PAS yang suka bercakap isu2 Glamour/Keduniaan saja ), kata YB Zulkifli, "...Buat apa hendak kita berkuasa kalau kita kehilangan agama kita...". Bagi kita semua sepatutnya yang lantang bercakap pasal Kesucianagama Islam ini MP Pas lah terutama Ketua Pemudanya. Adakah Ketua Pemuda PAS dah terjangkit dengan Team Erdogan?

7. Penulis sedih bila teringat sahabat penulis Ahli Pas, yang mengasaskan Pas kawasan, yang melatih kader-kader PAS, yang memperkukuhkan kewangan PAS kawasannya, sekarang ini dipecat konon salahguna kuasa. Kasihan dia, bertahun-tahun tidak ditegur Pemimpin2 Pas kawasan walhal penulis masih ingat ketika bersama-sama sebilik dengannya, penulis mendengar ceramah Hj Hadi tidak berhenti-henti dalam radio biliknya. Hari ini dia dilupakan dan dibuang begitu sahaja.

SINGAPURA PENYEBAB SABAH MUNDUR

on Saturday, October 25

1. PENULIS dapati beberapa laman seperti 'ForumSabah', 'anwaribrahimdotcom', TKO dll telah mengambil artikel-artikel penulis untuk dijadikan forum dan perbincangan. Penulis tidak menghalang kerana dalam usaha kita membentuk ' nation building' , perbincangan dan pertukaran2 idea di antara pro-kerajaan dan pro-pembangkang adalah sesuatu yang sihat.

2. Kepada pembaca ForumSabah, penulis dapati rata-rata yang melawat laman itu adalah yg pro-pembangkang. Di Sabah, kita telah merasai kerajaan2 negeri di bawah parti USNO,BERJAYA,PBS,CAMPURAN PBS-USNO, dan sekarang BN. Pendek kata, kerajaan BN yang memerintah negeri Sabah sejak awal 1990-an adalah yang paling banyak membawa pembangunan di negeri kita.

3. Sekolah kayu bertukar konkrit, jalan gravel bertukar 'aspal', pekan bertukar bandar, airport lama bertukar baru,malah kerajaan negeri Sabah sekarang sudah mempunyai simpanan wang yang banyak, tidak perlu lagi meminjam dengan Kerajaan Pusat untuk beri Bonus dan buat projek negeri.Semua bangsa sudah pernah menjadi Ketua Menteri, pelajar miskin boleh keluar negara tanpa mengira status, dan di Putrajaya sahaja di mana2 Kementerian sudah ramai Pegawai2 dari Sabah duduk sebagai pembuat dasar.

4.Kemajuan dan pembangunan sedang berjalan di Sabah, soal negeri Sabah lambat membangun itu banyak faktornya. Dari sudut Sejarah, salahsatunya penulis salah kan Lee KuanYew / Singapura (LKY) semasa kes menyertai Malaysia.

5.Daripada kajian penulis, semasa Rancangan Malaysia Pertama, LKY telah mendesak Tunku Abd Rahman supaya Peruntukan Pembangunan untuk negeri Sabah/Sarawak diberikan kepada Singapura. Wujud istilah ketika itu ' Borneo Plan'. Tunku menentang ,tetapi jelas akhirnya Singapura telah mengambil peruntukan pembangunan itu. ( Sila baca buku 'Tunku :Looking Back', LKY;Singapore Memories' dan buku Memori Tun Fuad Stephen ). Maka negeri Sabah yg luas dan bergunung-ganang itu mengambil masa untuk dimajukan.

6. Datuk Pairin Kitingan dahulu menyangka apabila dia berpaling tadah kepada Pembangkang pada tahun 1990, dia akan dapat lebih baik untuk rakyat Sabah. Malangnya Datuk Pairin diberi janji kosong sahaja ,malah akhirnya Tengku Razaliegh pula menyertai UMNO. Bolehkah anda percaya Anwar akan beri Yong Teck Lee jawatan TPM?

7.Apabila Datuk Pairin mengunjungi Tun Mahathir di Putrajaya, Datuk Pairin berkata dia hampir menitiskan airmata kerana tidak menyangka Tun M memaafkan dia malah melupakan kisah lama, malah menghantar Datuk Pairin sehigga di luar pintu pejabat PM. Sebab itulah Datuk Pairin sekarang sangat setia kepada BN kerana, dia telah melalui pelbagai peristiwa dan dia tahu antara intan dan kaca. Sebab itu semasa Anwar gila nak jadi PM pada 16/9/2008, Datuk Pairin dan PBS langsung tidak bagi muka.

8.Penulis pun berkesempatan bertemu Datuk Pairin di Parlimen, kami berbincang di lobi parlimen mengenai pembangunan negeri Sabah,bersama2 dengan Datuk V K Liew, dan juga Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pengangkutan. Kami berpendapat, apa yg perlu dibawa ke negeri Sabah sekarang ialah Kestabilan Politik & Peruntukan yang lebih besar ( Tetapi tahukah anda Peruntukan dalam RMK9 lebih besar berbanding Tuntutan SAPP 20% royalti minyak! ) Rujuk Buku RMK 9.

Malah semasa mengiringi Datuk Raymond Tan, Timbalan KM Sabah bertemu dengan Pak Lah, penulis melihat komitmen kedua2 mereka untuk bekerja kuat memajukan lagi negeri Sabah dan mengekalkan kestabilan politik.

9. Cukup setakat ini dulu, penulis berharap pembaca ForumSabah yang pro-pembangkang dapat memahami peranan kita yang lebih besar, yakni membentuk negara bangsa yang kuat,bersatu,aman dan damai.

YB ZULKIFLI LEBIH BAIK DARIPADA ANWAR

on Friday, October 24

1. DS Anwar Ibrahim patut berasa malu dengan kehebatan YB Zulkifli yang mempertahankan kesucian agama Islam daripada terus diperkecilkan oleh puak-puak DAP dan MP NonMuslim PKR dalam Parlimen. YB Zulkifli yang tidak dilantik pun oleh Anwar dalam Kes liwatnya baru-baru ini melantik Majoriti Peguam NonMuslim. Kenapa? Adakah Anwar tidak mempercayai Peguam Muslim hatta YB Zulkifli?

2. Anwar langsung tidak mempertahankan Islam apabila YB Teresa Kok mengeluarkan macam-macam ayat dan perkataan yang menyindir, menyakiti malah membuat umat Islam terasa terhina dengan perbuatannya. Isu azan, tulisan Jawi,Forum Memeluk Islam,makanan macam anjing, semuanya melibatkan emosi dan harga diri umat Islam.Anwar tidak pun mempertahankan kesucian agama Islam sebagaimana yang dilakukan oleh YB Zulkifli.

3. Jelas, pendirian Anwar ialah biarlah umat Islam dan orang Melayu marah kerana Anwar tahu Peratus orang Melayu marah kepadanya sudah mencecah 70%-80%. Untuk itu, Anwar mengambil jalan mengambil hati Bukan Islam dalam DAP dan PKR. Dengan tamatnya Drama 916, Anwar tahu sokongan orang Melayu semakin menjunam, itulah Klimaks segala pembohongan Anwar dalam abad ini.

4. Namun begitu, jika YB Zulkifli ikhlas dalam ucapannya, alhamdulillah. Nak harap Ketua Pemuda PAS yang suka Glamour tu bercakap pasal mempertahankan Islam dalam Parlimen, mohon maaflah. Penulis saksikan sejak 10 tahun lalu dalam Parlimen, Ketua Pemuda PAS sekarang lebih suka bercakap pasal harga barang naik, harga minyak naik,Bersih, Demonstrasi itu., Demonstrasi sana, kalau pasal Islam kena hina oleh DAP dia diam membatu kelu berkata-kata. Inilah mentaliti YB PAS abad sekarang. Nak jumpa pemimpin PAS bersemangat Ibrahim Libya , tak adalah sekarang. Semua nak kejar jawatan nak jadi TPM dan MB macam ketua kumpulan Erdogan .( PM mereka harapkan Anwar pula, bukan Hj. Hadi Awang ).

5. Lembaga Disiplin PKR sudah lama menghitung Kesalahan dan Keberanian YB Zulkifli dalam Isu Forum Memeluk Islam. Sehingga ke saat ini, dan penulis yakin sehingga bila-bila pun tidak akan ada Keputusan akan dikeluarkan oleh Lembaga Disiplin PKR. Kecualilah mereka berani. YB Zulkifli pun dah cakap kalau DAP memperjuangkan Islam, dia tidak kisah meninggalkan PKR dan masuk DAP.

6. Jika YB Zulkifli tidak dapat menyertai UMNO atas alasan Ideologi perjuangan, penulis percaya YB Zulkifli seharusya menyertai PAS. Dalam PAS, ada pemimpinnya yang Berbaju PAS tapi berhati PKR macam Husam and the geng. Dalam PKR ada juga berbaju PKR tapi berhati Islam ( bukan berhati PAS ) macam YB Zulkifli.

7. Kesimpulannya, kalau sebelum ini penulis menulis artikel " Tak Kanlah Anwar Lebih Baik daripada Haji Hadi" , kini bertambah pula " YB Zulkifli Lebih Baik Daripada Anwar". Maka apalah yang boleh lagi diharapkan daripada Anwar ini.

TETAPI ANWAR MASIH KATA MALAYSIA TEROK

on Thursday, October 23

1. Bencana krisis kewangan di USA telah merebak ke negara lain sedikit demi sedikit, jika ia tidak berjaya dipulih, sedikit lagi setiap kita akan merasai pedihnya. Semalam di China, seramai hampir 50,000 orang diberhentikan kerja, di Amerika seramai 12,000 pekerja General Motors diberhenikan kerja, di Malaysia tidak berlaku, malah peluang pekerjaan masih banyak.


2. BAIL OUT : DI AMERIKA & UK
Bailout USD 700 billion yang diperuntukkan oleh kerajaan US untuk menyelamatkan beberapa buah bank dan institusi kewangan di USA.

Krisis kelihatan semakin merebak di US dan kini mula merebak ke United Kingdom dan beberapa buah negara lain, termasuk China.

Manakala situasi di USA semakin menjunam apabila sebuah bank konvesnional riba bernama Washington Mutual yang asetnya bernilai USD307 bilion terpaksa ‘gulung tikar', ia dijual kepada syarikat gergasi JP Morgan dengan harga USD 1.9 bilion sahaja. Pada 9 Oktober 08) diwartakan Saham di Amerika jatuh lagi ke tahap yang benar-benar teruk.

Di UK pula, HBOS iaitu salah sebuah institusi kewangan riba yang terbesar turut jatuh terlungkup. Mereka dibeli oleh Lloyds TSB.
Jatuh itu maksudnya, sama ada dibeli oleh bank lain ataupun dibeli oleh kerajaan melalui proses bailout. Itulah yang dinamakan ‘nationalization'.

Perdana Meneri Gordon Brown mengumumkan peruntukan £50bn (USD 88bn) untuk memilik negara sebahagian daripada kepentingan ekuiti dalam lapan bank utama negara itu, yang antaranya ialah HBOS, Lloyds TSB, Standard Chartered, Abbey dan Nationwide Building Society.

Kerajaan UK juga, melalui Bank Of England dalam skim yang dinamakan "special liquidity scheme", menawarkan pinjaman jangka pendek sebanyak £200bn (USD 350bn) khas untuk memberi pinjaman kepada mana-mana bank yang memerlukan kecairan (tunai) segera untuk menyelesaikan masalah Mortgage Backed Securities (MBS) yang bermasalah terutamanya seperti Royal Bank of Scotland.

Kerajaan UK juga menyediakan jaminan untuk setiap pinjaman jangka pendek dan sederhana untuk tempoh 3 tahun. Jaminan ini dianggarkan akan menelan kos sebanyak £250 billion.

Semua tiga cara kerajaan UK ini menjadikan jumlah bailout dari UK bernilai £ 500 billion.!

Institusi kewangan lain di UK yang bakal dijadikan milik kerajaan adalah Bradford & Bingley (B&B). Kerajaan akan mengambil kawalan ke atas beban pinjaman institusi berkenaan yang bernilai sebanyak £50 billion, manakala bahagian simpanan dan cawangannya yang bernilai £20 billion pula akan dibeli oleh sebuah syarikat Sepanyol

Di Malaysia, Menteri Kewangan yang juga TPM , DS Najib menyatakan walaupun pekerja asing mengirim wang setakat ini RM9 Billion tetapi , kedudukan kewangan negara masih kukuh dan rakyat tidak perlu bimbang. Malah CIMB dan Maybank bersedia untuk membeli pula Bank luar negara di Indonesia dan Vietnam.

Esok ( Jumaat ) Datuk Shahrir Samad akan mengumumkan penurunan Harga barang.

Tetapi Anwar masih kata Ekonomi Malaysia tidak diurus dengan baik! MP BN kena tanya DS Anwar kenapa KM Penang, Lim Guan Eng mendesak Kerajaan Pusat meneruskan projek2 yang dahulunya DAP kata membazirlah, buang duit rakyatlah...kini bila dah memerintah menagih pula Pak Lah supaya meneruskan projek2 itu..mereka ini ada muka kah?

Kedua, penulis baru balik dari Penang, nampaknya kerajaan negeri memang tidak mampu untuk memberikan kontraktor projek membersihkan parit pun...sehingga berlaku banjir kilat, maka terpaksalah para kontraktor menghantar resume syari8kat mereka kepada Kerajaan Pusat di Putrajaya.

Tetapi Anwar masih kata RMK9 tu Bahan Sejarah? atau Anwar itu Bahan Sejarah?

TAJUK= MINDA BUSH & MINDA SUN TZU

on Wednesday, October 22

1. Semasa bapa Presiden Goerge Bush menjadi Presiden (1992), Geogre Bush adalah seorang Palyboy yang tidak pernah ambil tahu pun tentang politik.

2. Namun, Bush berubah sikap dan mindanya drpd playboy, org yg tidak berani, tidak peduli hingga menjadi org yang ganas untuk kehendak Negara dan Bangsanya selepas Peristiwa 911. Bush jadi Presiden semasa berumur 50 tahun pada Januari 2001, apabila wartawan bertanya Bush sendiri tidak tahu nama Presiden India!, semasa awal2 menjadi Presiden Bush hanya bercakap tentang pengurangan cukai dan membantu OKU. Pelabur Peter King dari New York kata jika Bush datang mesyuarat dia tidak tahu apa-apapun mengenai ekonomi malah Bush dikatakan hanya membawa resume paling tipis.

3. Selepas 911 Bush terbangun dan tersedar...Bush berubah secara drastik utk mempertahan negaranya dari terrorist Muslim , tiba2 dalam kapal Bush berkata kpd penasihat2nya...we are at war...penasihat2nya terkejut.

Bush pun masuk ke Iraq,Pakistan,Afghanistan, dan melabelkan negara2 yg tidak mengikutinya sebagai Paksi Kejahatan, dan termasuklah dengan Malaysia disenaraikan juga.

4. Bush menggunakan 7 tools untuk meminda sikapnya daripada sederhana kepada ganas.( akan dihuraikan kelak)

5. Di negara China, 2500 tahun dahulu, Sun Tzu menyatakan kepada Maharaja China, orang2 China kalau nak kuat mesti Bersatu dengan cara:
a. Jangan berperang sesama sendiri dalam negeri sendiri
b. Satukan umat, kukuhkan setiakawan

Orang2 Cina baik di mana2 di London,New York,KL,Jakarta,Manila,Bangkok, baik dalam DAP/MCA/SAPP/LDP/SUPP/GERAKAN sebenarnya semua orang Cina bersatu. Ini sudah berlaku sejak dulu lagi.

6.Walaupun mereka berbeza parti nampak DAP dgn MCA/GERAKAN macam bergaduh tapi sebenarnya tidak. Bukti terdekat,apabila UMNO mengkritik Ketua Wanita GERAKAN dalam isu orang Melayu berasal dari Sumatera, MCA pula mendesak Pemuda UMNO dalam isu biasiswa JPA oleh Khairy.

7.Begitu juga apabila Hj Hadi sudah hendak bersatu dengan UMNO suatu ketika dahulu, DAP melenting dan mengata2 PAS dan Hj Hadi, dan mendesak PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat.

Kita orang Melayu macam mana? Apakah orang Melayu dalam UMNO/PAS/PKR tidak menyedari hal ini, penulis hanya membuka minda.

TAJUK= RAHSIA DAP 13 MEI 1969

on Tuesday, October 21

1. PADA tahun 1979,Lee Kuan Yew bercakap kepada NST, Herald dan lain-lain suratkhabar bahawa Singapura sama seperti Israel. Kalau Israel dikelilingi oleh Arab Muslim, Singapura dikelilingi oleh Malay Muslim. Maka tidak hairanlah sejak 1950an lagi Lee Kuan Yew sering mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi United Kingdom di KL, dan mengadu juga kepada wakil Duta Amerika Syariket di Singapura tentang ketakutannya kepada org2 Melayu.

2. Sebab itu, pada tahun 1965,apabila Tunku mengeluarkan Singapura dari Malaysia, Lee Kuan Yew cepat2 menubuhkan DAP dan menghantar wartawan Lim Kit Siang untuk mengetuai DAP di Tanah Melayu.. Maka itu, PAP adalah DAP, DAP adalah PAP, matlamat mereka ialah menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.

3. Orang2 Melayu terutama generasi muda Melayu tidak sedar, beberapa hari sebelum 13 MEI 1969, DAP telah menghantar ahli2nya mengelilingi bandar KL dan mengapi-apikan orang Melayu dengan kata2 " MELAYU BODOH,MELAYU BALIK KAMPUNG, MELAYU TANAM JAGUNG,'. Dalam buku Tunku Abd Rahman juga ada menyebut peritiwa ini.
Mereka membuat provokasi sedemikian kerana mereka(DAP) sudah hampir memerintah Selangor.

4. Malah penulis juga diberitahu oleh saksi primier di tempat kejadian, orang2 DAP yang berarak dengan bendera DAP telah membuka seluar mereka dan menayangkan kemaluan mereka kepada gadis2 Melayu!

5. Malangnya ada pula puak2 pimpinan Melayu seperti DS Anwar Ibrahim, MB Khalid Ibrahim, Husam Erdogan teams, dan kawan2 yang sewaktu dengannya boleh tunduk dengan permintaan2 DAP untuk merampas hak2 orang Melayu yang sedikit itu. MB Selangor yang baru pulang dari Mesyuarat Raja2 Melayu di Terengganu pun boleh lagi memperolok2kan resolusi Raja2 Melayu.

6. Mengapakah agaknya Melayu PKR yang diketuai oleh Org Melayu ne bercakap lidah DAP? Mereka minta UITM dibuka kepada Bukan Melayu dan banyak lagi.Tidak membantah DAP mempertikaikan bahasa Melayu, azan, lagu Negaraku, Raja2 Melayu, kesamarataan,keadilan semuanya dalam konteks DAP. Malangnya pemimpin2 PKR tidak membantah !

7. Hari ini Anwar memanggil MP BN dalam Parlimen dengan gantinama diri ' Sahabat', masa rehat Anwar makan bersama2 MP BN di lobi Parlimen, umrah bersama2 MP BN, dalam kereta SMS dengan MP BN, di hotel makan dengan MP BN, kalaulah kalau esok Anwar masuk semula dalam BN ,agaknya apakah pendirian DAP & PAS? Siapa tertipu, siapa menipu, siapa kena tipu?

ANWAR & CAPITAL FLIGHT

on Monday, October 20

1.SEMALAM penulis bersama beberapa rombongan pemimpin negeri Sabah berhari raya di rumah DS Najib Tun Razak, di rumah terbukanya di Pekan. Hampir 4 jam perjalanan ke Pekan, dan baliknya pula mengambil masa 5 jam kerana penulis tersesat jalan nak balik ke KL, berpusing sejam antara Kuantan - Pekan.

Pada pandangan penulis, DS Najib seorang yang sederhana kerana rumah separuh kayu-separuh konkritnya itu retak dan pecah-pecah belaka,jika nak banding rumah DS Anwar Ibrahim di Segambut, atau rumah Azmin Ali, rumah MB Selangor, penulis rasa rumah DS Najib jauh lebih sederhana.

Penulis bercerita dengan pembantu rumah DS Najib akan rutinnya, pembantunya menceritakan DS Najib akan bangun seawal 5.30pagi, selepas solat Subuh,beliau akan bersenam sama ada di dalam rumah atau di luar rumah, katanya untuk mengekalkan kecergasan.

Begitu juga rumah Pak Lah, lebih-lebih lagi sederhana., rumah tahun 1960-an yang dibaiki sahaja. Jika nak dibanding rumah pemimpin2 PKR , rumah Pak Lah sangatlah sederhana.


2.Baru-baru ini, DS Anwar yang kaya raya itu, menyangka akan dapat menjatuhkan Kredebiliti ekonomi negara di sebuah Forum di Hong KOong. Fakta yang Anwar kemukakan ternyata Salah, kerana pengaliran FDI dari Malaysia sebenarnya bukan boleh diertikan sebagai ' Capital Flight'. Ianya adalah pengaliran keluar Dana oleh syarikat-syarikat Transnasional Malaysia secara Terancang.

3.Ini membuktikan aliran keluar ( 82% atau A$10 Billion ) dan masuk sebenarnya Positif dengan pengaliran keluar mengatasi pengaliran masuk.

4. Oleh itu, jika Anwar ingin menyerang Kerajaan, Anwar sepatutnya Mengingatkan dirinya bahawa dia penyebab Ketidaktentuan politik yang menyumbang kepada pengurangan pelaburan dari luar.

5. Nampaknya Anwar masih taksub dengan teori YahudiAmerika Adam Smith? ataukah Anwar sudah berubah selepas bekerjasama dengan Kumpulan Soros,Kumpulan Cohen, Kumpulan Dubai dan Kumpulan Darul Ehsan.

ANWAR BERBAJU PKR BERHATI DAP

on Friday, October 17

1. Tindakan tidak bertanggung-jawab Wee Meng memparodikan Melayu dan Islam dalam 'Negarakuku'nya dianggap cetusan karya seni, sama seperti pemikiran Anwar yang menganggap karya Salman Rushdie dalam novelnya bertajuk ' The Satanic Verses' sebagai karya seni berfikiran tinggi.

2. Wee Meng Chee mempertahankan karyanya sebagai hasil kreativitinya, walaupun dia menghina suara azan macam ayam berkokok dan tune lari. Anwar juga tidak kesah mengagungkan Salman Rushdie dan Tidak Mengagungkan Rasulullah Saw , sebagaimana juga ditulis oleh Faisal Tehrani tajuk Rasulullah Dihina.

3. Tetapi apabila Chamil Wariya menulis cerpen yang sinis, mereka mengecam dan melabelkan sebagai menghasut sentimen perkauman dan propaganda politik.

4. Persoalannya, sejak bila propaganda politik (jika benar) dikategorikan sebagai jenayah hingga boleh dibuat laporan polis?

5. Nampaknya di Malaysia sekarang, bila bercakap mempertahankan kesucian agama Islam dikira menghasut, bila bercakap pasal bangsa Melayu dikata perkauman, bila bercakap pasal keselamatan negara disebut tiada Hak Asasi Manusia.

6. Penulis perhatikan Anwar memang Melayu berhati DAP, bayangkan semasa di Parlimen, apabila MP Melayu bercakap pasal keselamatan negara, Sivarasah pula yang duduk berselang dengan Anwar bangun bercakap pasal Human Reights dan Hak Asasi Manusia. Bayangkan Anwar boleh berdiam diri dan tidakpun menentang ataupun sekurang2nya memperbetulkan konsep Hak Asasi Manusia dalam konteks Islam dan dalam Konteks negarabangsa kita!

Apabila Dr Puad Zarkazi membawa cerita khalifah Umar membuang seorang pemuda ke daerah lain, demi keselamatan majoriti masyarakat umum, barulah Anwar berhenti berdebat pasal ISA & Human Reight.

PERGOLAKAN DALAM PKR

on Thursday, October 16

1.Perkembangan terkini dalam undian bebas menunjukkan 83% rakyat Malaysia tidak lagi yakin dengan DS Anwar, PM Malaysia ke-6. Hanya 17% penyokongnya yang masih setia dengan permainan poltik Anwar.

Selection Votes
Tidak, angan-angan mat Jenin 61% ( 163 Undi )
Ya,harapan baru Malaysia 17% ( 46 Undi )
Ragu-ragu, banyak skandal peribadi 22% ( 60 Undi )
Jumalah Pengundi = 269

2. Dalam Blog AzminAli pada 29 September 2008, jam 1:20 pagi=

Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabagsa dan Ahli Parlimen Gombak. Saya sudah bosan.

Posting ini telah diubah pada pukul 2.05 seperti berikut=
Saya dengan ini mengumumkan bahawa saya, Mohamed Azmin Bin Ali, melepaskan semua jawatan saya di dalam Parti KeAdilan Rakyat berkuat kuasa hari ini, Isnin 29hb Sep 2008. Saya masih memegang jawatan ADUN Bukit Antarabangsa dan Ahli Parlimen Gombak. PC akan menyusul.

Perkataan saya sudah bosan diganti dengan perkataan PC akan menyusul.

Jam 3.31 pagi - ( posting baru/penafian )=
Saya ingin memaklumkan disini bahawa berita tentang perletakkan jawatan saya sebagai Naib Presiden PKR yang telah digembar-gemburkan adalah palsu dan merupakan satu cubaan untuk mengsabotaj diri saya dan Parti Keadilan Rakyat. Saya masih lagi sebagai Naib Presiden PKR dan ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa. Harap Maklum.
Azmin Ali.


3. Di Sabah, berlaku pergaduhan di antara kepimpinan PKR negeri apabila masing-masing mahu menjadi Calon PKR di kerusi Parlimen Pensiangan sekiranya Mahkamah menolak rayuan Tan Sri Joseph Kurup. Penulis dimaklumkan Calon PKR yang dibatalkan pencalonannya akan memikirkan kedudukannya dalam PKR jika tempatnya diambil alih oleh Datuk Jefferey Kitingan.

Di Sabah, umum mengetahui Datuk Jeffery Kitingan ( Naib Pengerusi PKR Negeri ) dengan Datuk Ansari Abdullah ( Pengerusi PKR Negeri )tidak sebulu. Begitu juga isu kenapa Anwar tidak melantik Dr. BadrulAmin sebagai Pengerusi PKR Negeri Sabah menunjukkan Anwar tidak berminat untuk mengembangkan syiar Islam di Sabah. Begitu juga persoalan timbul di Kota Kinabalu, mengapa Ketua Wanita PKR, Christine menjadi senyap sunyi selepas PRU12. Mengapa dia tidak meneruskan petisyennya di Sandakan menimbulkan persoalan. Di antara 4 nama ini, dua di antaranya menunggu masa untuk menyeberang kepada BN, mereka dikatakan menunggu buan Mac, 2009.

4. YB PKR Kulim/Bandar Baharu dikatakan sudah mendapat ilham untuk bercakap, dengan berlakunya pembatalan petisyen BN ke atas beliau, sejarah baru akan bermula tidak lama lagi, di mana YB PKR Kulim dikatakan akan memaklumkan kepada Parlimen untuk menempatkannya di belakang sebaris dengan kumpulan Datuk Ibrahim Ali, Datuk Chua Soon Bui, Eric Mojimbun, dan terbaru YB Zulkifli.

Banyak insiden yang luar biasa telah timbul selepas Anwar dibebaskan terutama sikap Anwar yang tidak membela agama Islam, tidak mengambil YB Zulkifli sebagai peguambelanya, tidak melantik Dr. BadrulAmin sebagai Pengerusi ataupun Timbalan Pengerusi PKR Sabah, membiarkan Lembaga Disiplin PKR membicarakan YB Zulkifli yang membela kesucian agama Islam, Anwar yang membela Hindraf,Anwar yang memihak terlebih-lebih kepada DAP & YahudiAmerika, semuanya telah membuka mata hati YB Zulkifli untuk meninggalkan PKR.

5. Sebagaimana penulis katakan sebelum ini, rakyat Malaysia perlu mencari pemimpin baru kerana Anwar sudah tidak relevan lagi.Perwatakannya di Parlimen bukan lagi sebagai seorang negarawan tetapi lebih kepada ciri-ciri meruntuhkannegara.Anwar membawa Doktrin = Semua orang adalah salah, hanya Anwar sahaja benar. Semua parti adalah salah , hanya PKR sahaja betul, Semua Bajet kerajaan adalah Rugi, hanya Bajet Anwar saja Untung, pemikiran dan Doktrin ini sama dengan Doktrin YahudiAmerika iaitu = Semua negara yang tidak mengikut kata Amerika adalah Penaja Keganasan.

Penulis telah terangkan Ogos lalu dalam artikel = http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/08/anwar-sudah-tidak-relevan.html

ANWAR BERCAKAP PASAL BIBLE DI PARLIMEN

on Tuesday, October 14

1. Hari ke-2 di Parlimen, Anwar sekali-sekala merujuk teks ucapannya, kadang membaca saja catatannya, kadang-kadang nada Anwar bergetar-getar, terketar-ketar, wajahnya menjadi bengis seperti hendak makan orang, tetapi bahasanya menyindir MP BN supaya bercakap cara sopan & beradab, bukan biadap ( penulis rasa Anwar mengata dirinya sendiri ).

2. Anwar memberi contoh Nabi Allah Yusuf yang dikurniakan 7 tahun subur dengan hasil pertanian kemudian Anwar menyamakan kisah nabi Joseph dalam Bible 7 tahun yang senang dan 7 tahun yang sukar. Adakah Islam serupa dengan Kristian? Anwar memberi Intrepetasi Islam sama saja dengan Bible. Kata Anwar lagi perbelanjaan negara harus merujuk kisah ini. Apabila YB Non Muslim PKR kata semua agama sama saja,..Anwar diam tidak membantah.

3. Anwar menuduh kerajaan masih melaksanakan dasar kontrak untuk keluarga dan kenalan, tidak telus tidak melalui tender. Namun apabila Dr Puad Zarkashi bertanya apa yg dia lakukan semasa menjadi TPM dengan memberi kontrak2 kepada kroninya seperti Syarikat Abrar,MRCP dll Anwar diam tidak menjawab!

4. YB Bintulu persoal siapa Menteri Pendidikan tahun 1980an kerana semasa itu orang Cina sgt susah dapat peruntukan membina sekolah Cina walaupun diminta beberapa kali. Semasa jadi Menteri Kewangan juga sgt susah memohon projek untuk pembangunan di Sarawak, tetapi hari ini menjadi Ketua Pembangkang Kerajaan semuanya salah belaka. Anwar terduduk diam menundukkan mukanya apabila MP Bintulu membalas hujah-hujah Anwar.

5. Kemudian MP Bintulu menempelak lagi Anwar kerana Anwar hari ini mengambil contoh konon perbelanjaan mengurus Taiwan lebih rendah berbanding Malaysia,MP Bintulu bertanya kenapa dulu sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, Anwar tidak iktiraf pun lulusan Taiwan, tapi hari ini Anwar suruh pula contohi Taiwan/China konon sgt canggih.

Wajah Anwar kemerah-merahan!

6. Anwar menghujah konon Malaysia ini negara bertamadun dan ISA perlu dihapuskan tetapi,apabila Dr Puad Zarkashi mengingatkan satu forum mengenai ISA yg dihadiri oleh Ustaz Hadi Awang, ketika itu Anwar menyatakan ISA mesti dipertahankan kerana ISA penting untuk keselamatan negara. Anwar membela Teresa yg ditahan 7 8 hari di Kamunting, tetapi tidak membela Datuk Ibrahim Ali yg ditahan ISA dahulu, malah Anwar menentang penghapusan ISA.

7. Penulis dapati Anwar memang tidak boleh berhujah dengan konkrit,bahasa Anwar penuh dengan bunga2. Anwar bijak bercakap pasal rasuah, ketirisan, kronisma, salahguna kuasa, suruhanjaya itu suruhanjaya ini...malangnya Anwar tidak menghuraikan intipati semua itu.Yang Anwar huraikan ialah kerajaan rasuah, kerajaan tiris,kerajaan kroni, kerajaan salahguna kuasa...Anwar tak huraikan siapa dia? Bila? Dimana? Berapa jumlah?Siapa penerima siapa pemberi? Anwar hanya cakap Menteri pemberi kroni keluarga penerima!( Anwar seolah-olah bercakap pasal dirinya sendiri semasa menjadi TPM merangkap Menteri Kewangan suatu ketika dahulu ).

Sebab itulah penulis tidak hairan kenapa sebelah petangnya dewan hampir tak cukup korum, bisik punya bisik rupanya MP PR pun bosan dengan celoteh Anwar? Siapa MP PR itu adalah Rahsia penulis! YB Zulkifli pun tiada di tempat duduknya sejak sebelum Ramadan lagi.

Tajuk= RAHSIA PETISYEN BN -YB ZULKIFLI KULIM

on

1. PENULIS berada di parlimen sepanjang hari, namun perlu dihigtlightkan di sini bahawa keputusan BN membatalkan petisyen Kulim/Bandar Baharu penuh dengan muslihat. Jika petisyen diteruskan sudah pasti pilihanraya kecil akan diadakan kerana jelas YB Zulkifli telah melanggar peraturan pilihanraya.

2. Apakah ada deal? Umum tahu hubungan YB Zulkifli dengan PKR dan Anwar sudah tidak mesra, Lembaga Disiplin PKR masih menimbang2 jawapan sama ada untuk memecat atau menggantung YB Zulkifli yang melibatkan diri menentang Forum Memeluk Islam oleh Bar Council.

3. Sikap Anwar yang memihak kepada Non-Malay PKR tetapi tidak kepada YB Zulkifli amat melukakan umat Islam.

4. Sebelum ini, penulis telah nyatakan akan berlaku beberapa YB PKR terutamanya yang akan meninggalkan parti itu terutama di Selangor, Kedah, Perak & di peringkat Parlimen. Adakah salah satunya YB Zulkifli? Inikah Rahsia pembatalan petisyen Kulim? Apakah YB Zulkifli sudah dapat Ilham semasa umrah di tanah suci untuk bekerjasama dgn BN, sebagaimana TG Hadi Awang mendapat ilham selepas Solat Hajat untuk bermuzakarah dengan UMNO?

5. Di Parlimen, DS Anwar sebagai Ketua Pembangkang mengambil masa hampir 5 Jam melepas geram selepas 11 tahun. Anwar Tidak pun bercakap perihal Rampasan kuasanya di dalam dewan, hanya di luar dewan Anwar memberi tarikh baru 8/12/2008, walaupun minggu lalu Anwar bercakap di rumah terbukanya tiada tarikh baru. Jelas sekali, Anwar seorang yang tidak berpendirian, putar-belit, dan caca-merba.

6. Penulis dapati YB PKR malas membuat rujukan. Penulis ambil contoh soalan tambahan YB PKR Machang ( Saifudin Nasution ), Fakta2 dalam soalan yang dia ucapkan dalam Dewan sama saja dengan Fakta2 yang dia tanya dalam sidang parlimen 2 bulan yg lalu.Dia masih membandingkn MAS vs AIRASIA, TNB vs YTL sama saja dgn apa yg dia ucap dahulu.

7. Kalau semalam Anwar kata Bajet 2009 sudah menjadi Bahan Sejarah, Bagaimana pula dengan YB PKR yang malas membuat rujukan terkini tetapi masih memberi angka2 lapok?

8. YB Tumpat,Dato Kamarudin Jaafar (SU Agung PAS) memuji-memuja bos lamanya Anwar sbg Ketua Pembangkang, dia tidak pula menyanjung Presiden PAS, sebab itu penulis dapati YB Nasharudin (PAS/Timbalan Presiden PAS) yg duduk sebelahnya Mengerut dahi dan berwajah masam bila Kamarudin mengagung2kan nama Anwar bukan TG Hadi Awang. Barangkali inilah yg dikatakan oleh ahli-ahli PAS sebagai Ahli PAS Berbaju PKR.

Kejayaan Anwar di dalam PAS ialah menginstitusikan team Erdogan yang antaranya diwakili Kamarudin Jaafar ( bekas Pengarah IKD/ dan Husam yang bercita2 menjadi TPM di bawah Anwar.

MUKHRIZ BAKAL PM KE- 8

on Monday, October 13

1. ARUS perubahan politik dalam parti-parti Komponen BN kini sudah berjalan dengan lancar. Seperti kata Dato Dr. Rais Yatim, arus perubahan ahli UMNO di peringkat akar umbi sudah tidak boleh ditahan lagi. Mukhriz sudah melepasi kouta pemilihan dan dijangka jumlah pencalonan beliau akan terus meningkat. Penulis telah memberi beberapa Idea kepada Mukhriz supaya bersabar, berdoa kepada Allah SWT,mengutamakan parti dan negara, serta tidak lupa kepada sejarah bangsa dan negara. Mukhriz seorang pemimpin yang senang berbincang dan mendengar pandangan .

2. Di KL semalam, DS Anwar Ibrahim sudah tidak mahu lagi bercakap mengenai rampasan kuasa. Beliau sudah menyatakan ia terpulang kepada kehendak rakyat. Seperti yang penulis katakan dalam artikel yang lepas, apabila Sidang Parlimen bermula, Anwar akan berubah nada dan tekanan suaranya akan menjadi perlahan. Anwar tidak akan berani berperang dalam Parlimen kerana beliau tahu jika dia memulakan , ia akan kena kepadanya semula. Sebab itulah, Anwar kini mengambil sikap berdiam diri.

3. Penulis meramalkan , Mukhriz akan menjadi PM yang ke-8 selepas era Tan Sri Muhyidin Yassin. Slogan Berani Berubah yang dilancarkannya telah menunjukkan hasil apabila para perwakilan bahagian memilih Mukhriz (40) meninggalkan Khairy dan Dr. Khir. Beza antara Dr Mahathir dengan Mukhriz ialah Tunku memecat Dr. Mahathir, sebaliknya Mukhriz yang menulis surat mendesak Pak Lah meletak jawatan tidak dipecat. Parti Gerakan meletakkan Pak Lah sebagai Bapa Demokrasi Malaysia.

4. Pembangkang pula kini, telah tidak lagi mengkritik Pak Lah, sebaliknya mereka sudah memulakan serangan peribadi ke atas Najib. Penulis juga meramalkan, apabila Najib menjadi PM pada Mac 2009, PKR akan menyertai BN.Bagi mereka yang dekat dengan politik Anwar dan Najib, perkara ini tidak mustahil, hanya sanya tidak dapat dijayakan semasa era Pak Lah. Penulis sudah memberi signal kepada PAS, bahawa Anwar tidak akan bertahan lama dalam PR.

5. Formula Najib sangat mudah, sama seperti formula ayahnya Tun Razak yang berjaya menyatukan PAS dalam BN. Tun Razak juga yang berjaya menarik masuk Dr. Mahathir (1974 )sehinggakan Dr. Mahathir menjadi Menteri Pelajaran, Menteri Perdagangan, TPM dan PM.

6. Mukhriz akan menjadi sama hebat atau lebih kuat daripada Dato Harun Idris. Ini kerana Mukhriz sudah menyatakan dia tidak mahu menjadi Menteri semasa menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO. Ini sudah dikira baik kepada UMNO dan kerajaan kerana sebagai Ketua Pemuda yang tiada jawatan Menteri, Mukhriz boleh mengkritik kelemahan-kelemahan dalam Kerajaan dengan bebas dan tidak terikat. Mukhriz juga akan mudah mempertahankan Ketuanan Melayu dan agama Islam kelak. Dahulu Lee Kuan Yew menuduh Dr. Mahathir sebagai Ultra-Malay, namun selepas Dr Mahathir menjadi PM, Dr. Mahathir banyak menolong orang Cina, akhirnya Lee Kuan Yew dalam Bibliografinya berkata....saya telah salah sangka kepada Dr. Mahathir...

7. Daripada perbicaraan penulis dengan YB Dato Mukhriz , penulis percaya 10-20 tahun akan datang Mukhriz boleh duduk di kerusi PM. Najib menjadi Ketua Pemuda (awal 1990-an ) , hampir 20 tahun baru Najib diberi kepercayaan untuk menduduki kerusi PM.

Penulis juga berhubung dengan YB Khairy Jamaludin, dan penulis akan komen pada artikel yang lain.

( artikel ini ditulis memenuhi permintaan pembaca JasaRK yang mahu penulis berhenti menulis mengenai Anwar, sebaliknya berbicara pasa pemuda UMNO. Hanya kepaa Allah SWT penulis mohon hidayah )

ANWAR KATA EKONOMI MALAYSIA PALING BURUK

on Sunday, October 12


1. Sepanjang PRU12 dan Kempen 916,Anwar menuduh tiada kemasukan FDI ke Malaysia, malah menuduh ekonomi Malaysia lebih buruk daripada Vietnam.

2. Kelmarin, CIMB mengesahkan pembelian BankThai RM577.4 juta. Minggu lalu Maybank mengesahkan pembelian salah sebuah bank terbesar di Indonesia dari sayap pelaburan Temasik. Tetapi Anwar masih kata ekonomi Malaysia tidak terurus dengan baik.

3. Hari ini Amerika mengalami Kebankrapan paling buruk dalam sejarah. Bank-bank perdagangan terpaksa menerima bantuan USD700 Billion itupun setelah menerima sokongan Dewan Senat selepas Kongres menolak permintaan tersebut. Di Britain kerajaan terpaksa menyuntik 400Billion Pound Sterling untuk menghidupkan ekonomi mereka.

4. Di Malaysia, Menteri Perdagangan berkata harga minyak akan turun lagi sehingga mencecah RM1.92 se Liter apabila harga minyak setong mencecah di bawah paras US80 setong. Tetapi Anwar masih lagi berkata Ekonomi Malaysia paling buruk di Asia. Anwar kata dia malu dengan ekonomi Malaysia.

5. Laporan Asian Economy berpusat di Hong Kong menyenaraikan Bank Rakyat antara 10 Institusi Kewangan paling untung di Asia, tetapi Anwar masih kata Ekonomi Malaysia paling rendah di Asia Tenggara, malah melabelkan ekonomi Malaysia setaraf negara-negara seperti Tobago, Timor Leste, Habsyah, dan Kenya.

6. Di sebalik semua tuduhan itu, Anwar masih belum menjelaskan kepada rakyat apakah tujuan Tian Chua bertemu dengan penyangak matawang George Soros tidak berapa lama dahulu? Anwar belum menjawab berapakah sumbangan yang mereka terima daripada Soros? Anwar juga tidak menjawab isu cek yang diterima oleh Khalid Jaafar yang mewakili PKR? Semua wang-wang tersebut ke mana sekarang?

7. Akhirnya, di ketika rakyat yang mengundi PR dalam PRU12 dulu menunggu-nunggu janji-janji PR, rakyat Selangor belum diberi jaminan apakah akan masih menikmati air percuma 20meter padu pada Januari 2009? itulah Anwar yang berkata ekonomi Malaysia paling buruk di Asia.

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT BAKAL RUNTUH

on Friday, October 10

1. PERKEMBANGAN di dalam UMNO telah menjejaskan sokongan MP-MP Pakatan Rakayat dan di 3 buah negeri PR iaitu Selangor, Kedah dan Perak. Beberapa MP PR dijangka akan menyertai DS Najib Tun Tazak terutama MP PKR yang pernah bekerja dengan DS Najib semasa mereka di dalam BN dahulu. Penulis diberitahu Penasihat PKR telah memanggil mesuarat khas untuk menghalang YB-YB PKR meyertai kerajaan di bawah pimpinan DS Najib.

2. Di Selangor, mereka yang bersedia untuk menyertai BN dikatakan terdiri daripada YB Melayu dan YB Bukan Melayu daripada parti PKR. Terdapat kekecewaan di kalangan YB Bukan Melayu terhadap cara kerajaan negeri memusnahkan kuil di Ampang. Jika dahulu, Dr. Khir Toyo dilanyak kerana kerajaan negeri meruntuhkan kuil , kali ini MB Selangor pula tidak dapat menghalang kuil diruntuhkan oleh kerajaan PR.

3. Di Perak dan Kedah, beberapa YB PKR yang sudah bersedia menyeberang kepada Bn pada Ogos lepas kini sudah bersedia untuk menyertai BN. Mereka dikatakan sudah melihat permainan politik Anwar sehinggakan Azmin Alim pun hendak meletak jawatan dalam semua jawatan PKR, termasuk kes YB Zulkifli yang dianiaya double standard. 5 YB PAS/PKR di Kedah, dan 4 YB PKR di Perak dikatakan terlibat dalam isu ini.

4. Untuk menyakinkan penyokongnya, Anwar dikatakan berusaha untuk membawa undi tidak percaya ke atas Perdana Menteri di parlimen Isnin ini, namun kem PAS dikatakan sekurang-kuragnya 15 MP PAS tidak akan menyokong usul itu ( dikatakan MP yang menyokong Kepimpinan Ulama ). MP PAS yang berpihak kepada Kumpulan Erdogan di bawah Husam akan terus memberi sokongan kepada Anwar.

5. Di Sabah, SAPP dikatakan berhajat untuk memohon menyertai semula BN di bawah DS Najib. Penulis berharap perkara ini tidak berlaku kerana SAPP bukan parti yang besar ( keahlian hanya sekitar 30,000 orang ), lagipun ia hanya bersikap pengacau yang tidak setia. Semua YB SAPP masih memberi sokongan kepada kerajaan BN walaupun SAPP sudah keluar dari BN. Yang hanya menjadi mangsa Anwar dalam permainan ini ialah Yong Teck Lee.

6. Dengan perkembangan ini, penulis yakin setelah semua Pemilihan parti dibuat dalam parti MCA, MIC, UMNO dan komponen yang lain, kerajaan BN akan kembali pulih dan mendapat sokongan rakyat. Rasionalnya, PAS , PKR, DAP memiliki penyokong masing-masing, rakyat yang tidak mempunyai parti yang mengundi atas dasar isu, sudah pasti akan memikirkan semula keadaan semasa politik negara.

7. Bagi kita rakyat biasa, marilah kita memberi sumbangan idea untuk memajukan negara kita, merapatkan semula perpaduan, membuat aduan dengan betul, tidak perlu mengganggu rumah terbuka orang lain, zaman sekarang bukan zaman menjerit-jerit, itu zaman Anwar yang dia belajar dalam kursus IIIT, NED, dll pertubuhan pro-Amerika. Teresa saman Utusan Melayu RM30 Juta, apa kata sesiapa umat Islam dan orang Melayu yang rasa Terhina dengan perbuatan Teresa Kok dalam isu Babi, Tulisan Jawi, Makanan Anjing, Azan dsbnya mengambil tindakan yang sama ke atasnya. Dia nak tunjuk Hero konon dia benar orang lain salah, apa kata orang Islam dan Melayu juga tunjuk Hero! Dia fikir umat Islam dan orang Melayu tidak Terasa dan Tidak Tersinggung dengan kata-katanya yang menghina bangsa Melayu dan umat Islam .

YB JEFF OOI TERKEJUT DI ABU DHABI

on Thursday, October 9

YB JEFF OOI TERKEJUT BABI DIHIDANG DI ABU DHABI

1. YB Jeff Ooi yang berada di Abu Dhabi membayangkan seolah-olah Malaysia perlu mencontohi Negara itu dalam pelbagai aspek selari dengan Misi Liberalisme Islam. Dia terkejut besar apabila mendapati Sebuah hotel di sana menghidangkan masakan Babi di meja Buffet.

2. Dia berkata “… lantaran saya dikejutkan daripada lamunan justeru pengaruh Islam politik di Negara sendiri…”

3. Apakah pemimpin PR itu begitu cetek pemikiran hingga negara Arab seperti Abu Dhabi disangkakannya ” strandard” untuk dicontohi negara-negara Islam?

4. Mungkin YB Jeff Ooi akan lebih terkejut kalau pergi Mesir kerana akan bertemu dengan Orang Arab berjanggut beragama Kristian minum Arak.

5. Mungkin YB Jeff Ooi lebih-lebih terkejut apabila membaca artikel bekas Paderi Sabah yang berkursus di Vatican , apabila tamat kursus jadi Paderi mereka mengangkat sumpah menggunakan kitab suci Al-Quran. Baca pengakuan bekas Ketua Paderi Sabah :

”... Sebenarnya semua ulamak Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam. Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran dan Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang paderi untuk menjaga sakristi perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjaga kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas, kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari." Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya. Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan kitab yang diturunkan kepada Nabi Isa a.s. Saya mengambil kitab itu dan menyembunyikannya.
Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron. Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakukannya, menurut mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar.

Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran. Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan lihat isi kandungannya. Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitab tersebut.

Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan Injil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang.

Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu. Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St Mary, Sabah....”
(temuramah ekslusif oleh Jamilah Aini Mohd. Rafiei bersama Ustaz Tajuddin Othman Abdullah (Reverend Thomas Laiden), bekas Paderi Besar Gereja-Gereja Seluruh Sabah.)


6. Oleh itu, kita menyeru kepada YB Jeff Ooi dan teman-teman yang sewaktu dengannya, jika kurang tahu ajaran agama Islam yang sebenar janganlah cuba memberi tafsiran sesuka hati. Janganlah memberi andaian yang Negatif terhadap agama Islam di Malaysia. Janganlah memberi tafsiran yang buruk terhadap umat Islam di Malaysia. Janganlah melihat seeokar Babi dihidangkan di Abu Dhabi , maka negara Islam Malaysia dimomokkan.

7. Kenapa mereka suka pergi ke Abu Dhabi dan Dubai ? Anwar, Husam, Khalid Ibrahim, Guan Eng semuanya ke Dubai? Amerika bercakap pasal Islam Liberal, Anwar juga bercakap pasal Islam Liberal, Wolfowitz bercakap pasal Islam Ala-Amerika, sekarang Jeff Ooi pula bercakap pasal Liberalisme Islam? Inilah sebenarya wajah sebenar mereka yang nak merampas kuasa di Malaysia.

ANWAR ORANG PERTAMA AKAN KUTUK HINDRAF

on Wednesday, October 8

1. Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, beliau percaya sekiranya Hindraf melakukan perkara yang serupa ketika Anwar masih menjadi Timbalan Perdana Menteri, nasib pertubuhan itu pastinya berbeza.

Katanya, malah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sendiri mungkin akan menjadi orang pertama yang mengecam Hindraf di atas perbuatan pada sambutan hari raya yang lalu.

''Kalau Anwar masih Timbalan Perdana Menteri, dia orang pertama akan mengutuk Hindraf, tetapi kerana hari ini pertubuhan haram itu merupakan penyokong utama kepada Anwar, maka pertubuhan itu dipertahankan.

2. REPUTASI ANWAR MENJUNAM=
Anwar, PM Malaysia ke-6?

Selection Votes
Tidak, angan-angan mat Jenin = 56% 126
Ya,harapan baru Malaysia = 20% 44
Ragu-ragu, banyak skandal peribadi = 24% 54

224 votes total
pollcode.com free polls

Minggu hadapan Parlimen akan bersidang, dan perkara yang paling ditakuti Anwar ialah berdepan dengan MP BN dalam Parlimen, yang mana apabila Anwar bercakap MP-MP BN akan bertanya semula Dasar-Dasar Anwar semasa berkuasa dahulu! Sudah pasti akan lebih banyak pembongkaran yang tidak pernah didedahkan akan terdedah . Kontrak-kontrak secara Terus yang diberikan oleh Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan kepada Kroni-kroninya, Kelulusan Anwar membenarkan Ringgit Malaysia di bawah keluar ke luar negara semasa Krisis Ekonomi 1997, berapa Billion? Abrar? IKD? dan pelbagai lagi. Anwar punya 2 pilihan di dalam Dewan Parlimen, sama ada Berhenti Menuduh Kerajaan atau Berdiam Diri?

3. Penulis punya pandangan, suara Anwar dalam Dewan akan menjadi lembut, berhati-hati, takut-takut, mencari-cari bahasa selamat dan kontrol. Anwar dalam Dewan pasti sangat Berbeza dengan Anwar di hadapan Hindraf, DAP, PAS dan PKR! Ini sudah terbukti semasa hari pertama Anwar di Dewan tempohari apabila mengulas perbahasan rang undang-undang DNA dengan ayat-ayat yang berlapik, berhati-hati, dan kontrol.

4. Emel dari Washington yang diterima penulis menyatakan , pasukan pelobi Yahudi dalam kem Obama dan kem Mccain menolak kawan-kawan Anwar dalam pasukan pelobi Yahudi mereka. Nama-nama seperti Paul Wolfowitz, Cohen, Condoliza Rice, Albright, dan lain-lain dikatakan tidak lagi relevan dimasukkan dalam pentadbiran Amerika abad ke-22. Mereka kini berhadapan Kemuflisan Amerika VS Kebangkitan China/India. Minggu lepas Roket China ke angkasa, Minggu Hadapan Roket India pula ke angkasa, semuanya berlaku tanpa Amerika!.Malahan Washinton Post menolak nama Anwar sebagai sahabat Amerika di Asia selepas kegagalan Projek 916. Mereka mempersoalkan berapakah Kos Projek 916?

5. Siapa boleh teka Kos Projek 916? MP Kota Belud sudah beri petanda...beberapa Keturunannya tidak akan mati kelaparan jika dia menerima projek 916 itu. Tatkala Anwar berdendang irama nak jadi PM, kroni-kroninya hidup mewah di bawah Banglo berjuta-juta ringgit termasuklah dia, Azmin ( dulu berlakon pakai kereta buruk depan penyokongnya), MB Selangor ( yang kata menyusahkan jumpa Rakyat ), dan lain-lain lagi, perhatikanlah kehidupan Mewah mereka...tatkala Janji-Janji Manis PRU-12 mereka belum pun dilaksanakan . Selepas Bulan Disember, akan ada lagikah Air Percuma 20 meter padu di Selangor? Orang Syabas boleh beri maklumat hal perjanjian air percuma 20 meter padu itu.

6. Kepada umat Islam, tidak lama lagi sambutan Hari Deepavali masyarakat India beragama Hindu. Ingatlah ajaran agama Islam, jangan rosakkan sambutan perayaan agama mereka, hormatilah perayaan agama mereka. Jangan berdemonstrasi dan menjerit-jerit kalau bertamu. Janganlah membalas dendam kepada Hindraf yang berlaku baik di rumah terbuka Perdana Menteri Malaysia ,Ini bukan Sindiran, ini Nasehat. Orang Arab Kafirin dan orang Arab Muslim kalau berperang sangatlah kejam, tapi kalau musuh datang bertamu sangatlah dilayan first class.

PATUNG ANWAR = AZMIN LETAK JAWATAN

on Tuesday, October 7



2. PEMBANGKANG berbelah bahagi pasal patung Anwar di Batu Caves, mereka kata haram di sisi Islam, ada juga kata ia hanya Aca Manusia ( unsur Komunis dan Sosialis ). Ada juga yang beri komen Tun Dr. Mahathir yang banyak berjasa kepada negara pun tidak ada patung. Apapun Kita tunggu komen PAS terutama Ketua Pemudanya yang suka Glamour? Kalaudulu, semasa nak bina patung Helang di Langkawi, PAS hentam kerajaan habis-habisan, maka ramailah sedang menanti-nanti komen PAS. Kos binaan sekitar RM5,000.00 jika diberi bantuan kepada yang memerlukan di Permatan auh sudah tentu lebih bermakna pada musim perayaan ini.


3. Azmin Ali dikatakan merajuk dan marah-marah, dan sangat malu dengan projek 916 yang gagal. Seluruh warga PKR dari tukang bancu kopi, AMT, YB-YB PKR, terutama geng-geng penyamun tarbus yang terbang ke Taiwan tempoh hari diberitahukan berasa sangat-sangat malu yang amat sangat dengan permainan Anwar terhadap mereka. Dan apabila mereka mengetahui wujudnya usaha-usaha Anwar hendak menyeberang kepada BN melalui teman-teman lamanya dalam BN, maka makin berkecamuk dan marahlah Azmin Ali sehinga mahu meletak jawatan dalam semua jawatannya dalam PKR. Siapa boleh teka, siapa pemimpin BN yang bersama-sama Anwar mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekkah?

4. Anwar mengetahui untuk menjadi PM, dia perlu melalui BN. Soalnya bagaimana cara dia nak masuk BN? Bagaimana cara dia nak tinggalkan Pakatan Rakyat. Bagaimana cara dia nak tinggalkan Karpal Singh, Lim Kit Siang, Husam Musa, TG Nik Aziz agar tiada siapa di antara mereka marah macam zmin Ali marah-marah.

5. Minggu ini atau minggu hadapan, sebuah parti baru akan dilancarkan di Sabah bagi menggantikan SAPP. Semasa penulis singgah di Kota Kinabalu, rata-rata rakan penulis di kem SAPP berasa sangat-sangat menyesal terikut-ikut dengan permainan Anwar. Kini SAPP dan Yong Teck Lee sedang menuruni trek kehancuran. Itulah Anwar, mematikan untuk menghidupkan diriya.

6. Kini, apakah pula keputusan Lembaga Disiplin PKR terhadap isu YB Zulkifli Nordin? Mereka hendak mengambil tindakan terhadap YB Zulkifli, bagaimana pula isu YB Tian Chua yang menipu rakyat kononnya ada deal dengan PM, sehingga Anwar memberi amaran hanya Anwar sahaja boleh bercakap. Kini....Azmin, Tian Chua,Dr Syed Husin Ali, MB Selangor sudah kehilangan kata-kata, semakin hari berlalu semakin tiada suara mereka. Ingatlah hanya Anwar sahaja boleh bercakap!

BESUT = NAJIB PRESIDEN & MUHYIDIN TIMBALAN PRESIDEN

on Wednesday, October 1

1. Bahagian Besut bercadang mencadangkan DS Najib Tun Razak sebagai Presiden dan TS Muhyidin Yassin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Situasi ini menunjukkan proses pealihan kuasa semakin dipercepat... bersambung flight dah nak terbang.

2. SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATHIN. YANG BAIK ITU DARI ALLAH SWT, YANG LEMAH ITU DARI SAYA KEKURANGAN SEBAGAI HAMBA YANG KERDIL.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan