KONTRAK SOSIAL PAS-DAP

on Wednesday, November 26

1. BERMULA EPISOD 1998, PAS berubah hari demi hari dari sebuah parti yang dihormati kerana perjuangannya hendak menegakkan negara Islam, Membangun Bersama Islam, tetapi pada abad ini PAS semakin hanyut dan lalai dibawa arus Keduniaan.

2. Apabila DAP/PKR cadangkan tukar Negara Islam kepada Negara Kebajikan...PAS mengangguk-angguk ikut saja, tiada siapa pun berani bersuara.

3. Apabila DAP/PKR kata buka ladang Babi...maka berebut-rebutlah Exco PAS Selangor menyokong dan MB Kedah Menyokong demi menjaga hati DAP/PKR. Dulu mengata Badawi Malaysia gembala Babi, hari ini MB Kedah gembala apa pula? Khinzir...

4. Dahulu PAS amat menentang Konsert-Konsert kerana bercampur maksiat dsbnya, hari ini lihatlah di Selangor apabila DAP/PKR bawa konsert bercampur maksiat atau hampir-hampir bogel PAS hanya mampu berdiam diri, membatu, atau paling jauhpun termenung!

5. Dahulu ada Ibrahim Libya yang begitu berani mati kerana mempertahankan Islam, hari ini YB-YB PAS semua tunduk membisu terkunci kata-kata.

Tak percaya? Sila tengok bagaimana YB Zulkifli mempertahankan kesucian agama Islam di Parlimen diserang oleh MP DAP/NonMuslim PKR...Ketua Pemuda PAS yg duduk bersebelahannya Diam Membatu Membisu Seribu Bahasa...inilah Mentaliti PAS abad ini..Takut! Kalau pasal dunia, harta, minyak,naik pangkat, dia beranilah bercakap pasal Islam terkedu-kedu...

6. Penulis ulangi , mana YB PAS yang berani bercakap pasal Negara Islam dan Hukum Hudud dalam Parlimen dan Negara Islam? Ini adalah Kontrak Sosial PAS = DAP = PKR iaitu Tidak Boleh bercakap pasal Hukum Hudud & Negara Islam.

7. Maka bolehlah ditukar jenama PAS itu menjadi PARTI AGAMA-AGAMA SEMALAYSIA (PAS ), bukannya Parti Islam Semalaysia ( PIS ).

PAS SUDAH TIDAK RELEVAN PERJUANG ISLAM

on Tuesday, November 25

1. INGATHKAH kita betapa dahulu, tidak berapa lama dahulu, mereka kata Badawi di Arab bela Unta,Badawi kat Malaysia bela Babi...Ingatkah kita lagi?

2. La ne...Allah SWT nak tunjuk kot, sapa pulak nak bela Babi di Negeri Jelapang Padi...Semoga kita sedar jika Allah SWT nak tunjuk sikap munafik orang-orang PAS itu , cakap tak serupa bikin, inilah agakya Allah SWT buktikan siapa mengata siapa kena. Wallahuallam...

3. Hari ini PAS TIDAK BOLEH LAGI MENGAKU SEBAGAI PARTI YANG ISLAMIK, PARTI YANG NAK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM, ATAU PARTI YANG NAK MENEGAKKAN HUKUM ISLAM di Bumi Malaysia.

4. Pada hari ini SIAPA dalam PAS BERANI BERCAKAP DALAM PARLIMEN ATAU DEWAN UNDANGAN NEGERI , nak tubuhkan Negara Islam? Siapa dalam PAS berani bercakap nak buat Hukum Hudud dalam Parlimen?

Nak harap Ketua Pemuda PAS yang gila glamour tu ( baru-baru ini merelakan dirinya ditahan polis ( kempen ati-ISA) sebab nak tunjuk pada ahli PAS dia ada buat kerja. Bkan dia menentang pun, hanya berlenggang kangkung je pun. Esok masuklah berita Harakah Ketua Pemuda PAS kena tahan berjalan kaki depan pihak polis je pun... Saja nak tunjuk ada buat kerja, kalau tak, tak ada isulah Ketua Pemuda PAS ne...

Cuba minta dia bentagkan CITA-CITA NEGARA ISLAM dan PELAKSANAAN HUKUM HUDUD di Parlimen...Ada berani? Kata pejuang Islam? Pejuang Islamkah atau Pejuang nak Glamour?

Lihatlah betapa jauhnya Beza YB Zulkifli dengan Ketua Pemuda PAS yang mengaku Parti Islam ini...

5. Hari ini PAS ada Ahli Bukan Muslim dan mereka sudah menuntut supaya kumpulan mereka diiktiraf sebaris dengan Pemuda, Muslimah, Dewan Ulama PAS. Maknanya mereka juga mahu mejadi Pembuat Dasar parti! Inilah Agenda Yahudi Timur yang PAS tak nampak.

6. Hari ini PAS dalam Pakatan Rakyat seperti Diikat tangannya, Disumbat Mulutnya, hanya boleh mengangguk-angguk sahaja apa yang DAP dan PKR putuskan. Sedihnya, dalam PAS sendiri ada Geng Husam Erdogan yang selalu bersetuju dengan DAP dan PKR.

7. Perhatikanlah, bagaimana mereka berjaya mendesak perletkakan jawatan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor, semua akibat desakan DAP dan PKR Selangor yang lebih kuat berbanding Datuk Hassan Ali yang takt nak tegur MB Guthrie dan Kumpulan Teresa Kok/Ronnie Liu dalam Kerajaan Selangor. Paling jauh pun tindakan berani Datuk Hassan Ali ialah menyendirikan dirinya jauh-jauh dari MBGuthrie. itulah kemampuan PAS sekarang ini.

Diberitahu oleh rakan penulis di Kota Bharu, Tuan Guru Nik Aziz bukan lagi Penasihat PAS...

7b. Kesimpulannya mudah , PAS SUDAH TIDAK RELEVAN SEBAGAI PARTI ISLAM...

AKHBAR CINA-DAP

on Monday, November 24

1. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN telah menyatakan dengan jelas bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan. Hanya bahasa Melayu sahaja boleh digunakan dalam urusan Rasmi seperti nama papan tanda. Namun , KM Penang sedikitpun tidak tersentuh akan hal ini, maka sebenarnya itulah yang sedang diusahakannya sekarang iaitu menghapuskan satu demi satu identiti Melayu.

2. Targetnya sudah tentu ialah 10 dan 20 tahun akan datang, di mana ketika itu Penang sudah mampu menyisihkan bahasa Melayu, bangsa Melayu, identiti Islam orang-orang Melayu. PAP hanya memerlukan tidak sampai 10 tahun untuk melakukan semua itu di Singapura.

3. DAP hanya memerlukan 300 Hari sahaja untuk mengubah bahasa Melayu menjadi bahasa Murahan di Penang.

4. DAP hanya memerlukan tidak sampai sebulan untuk mengumumkan menghapuskan DEB dan membuka tender terbuka secara samarata.

5. DAP tidak pandang pun adat istiadat orang Melayu ketika masuk ke Dewan Undangan Negeri Johor, Selangor, dan Perak pada hari Raja-Raja Melayu hadir ke dalam Dewan.

6. Nampaknya orang Melayu mula sedar apabila sudah banyak NGO bangkit dari tidur. Walaupun lewat, namun suara mereka akan menyelamatkan Tanah Melayu ini daripada diDAPkan atau diSingapurakan.

7. Kepada Pejuang2 Melayu, PEWARIS, Graduan Melayu Muda, Profesional Melayu, GAPENA, Kongres Masa Depan Melayu, Datuk Ibrahim Ali, Barisan Bertindak Melayu, bangunlah dan sedarkan orang-orang Melayu akan padahnya agenda DAP.

Carilah penterjemah orang Melayu yang fasih berbahasa Mandarin, dan bacalah akhbar-akhbar dan media DAP, nescaya kamu tahu siapa DAP!

SHAHRIZAT BAKAL KETUA WANITA

on Friday, November 21

1. AKHIRNYA pandangan penulis bahawa Shahrizat sepatutnya bertanding Ketua Wanita telah disahut oleh beliau.http://jentayuabaka.blogspot.com/2008/11/shahrizat-sepatutnya-lawan-rafidah.html

2. Positifnya ialah ahli dan rakyat akan melihat suburnya Demokrasi dalam UMNO bukannya seperti DAP di mana Lim Kit Siang and the son and the family yang run parti itu bersama-sama dengan Karpal Singh and the son.

3. Begitu juga dengan PKR, DS Anwar Ibrahim and the son and wife yang run parti itu. Dalam PKR jangan haraplah orang lain ganti DS Anwar sebagai Pemimpin Defacto dan DS Dr. Wan Azizah sebagai Presiden.

4. Jika Shahrizat menang , dia orang kedua selepas Dr Siti Zaharah menewarkan The Iron Lady Malaysia. Jika tewas, maka perjalanan politiknya akan sukar kecuali Rafidah berjiwa macam Pak Lah, walaupun Shahrizat tewas di Lembah Pantai, Pak Lah tetap melantik Shahrizat sebagai Penasihat Hal-Ehwal Wanita Kementerian.

5. Yang senang hati di sini ialah Datuk Kamilia, menang tanpa bertanding. Penulis yakin, rakyat menyimpan hasrat yang besar kepadanya untuk membuat perubahan.

Masalah di mata penyokong PAS ialah jika wanita itu tidak menutup aurat maka ditolak mentah. Penulis pun bersetuju kerana Hukum agama Islam memang Mewajibkan menutup aurat. Namun, hanya Allah SWT memberi hidayahNYA. Kita berusaha sahaja.

Di sudut lain, jika ahli PAS itu bertudung pun tapi perangai macam bla bla bla susah juga kan... mengumpat, mengata, memfitnah...ne kerja sebahagian wanita PAS ne..tak percaya, cuba duduk dengar dalam kumpulan mereka. Bila berucap..Alhamdulillah, Subhanallah, Astagfirullah...lepas tu...faham-faham sendirilah..

Apapun ini kritikan sahaja, itu hak mereka dengan Allah SWT. Cuma, ialah perkara ini macam tidak merge...ciri-ciri Islam PAS banyak di luaran sahaja. Dr Wan Azizah sendiri memakai sarung tangan bila bersalam dengan Pak Lah...dengan orang lain tak pula. DS Anwar Ibrahim semasa ABIM haram menyentuh bukan Muhrim..la ne...sapa-sapa pun boleh hatta Teresa Kok pun tak apa. Menghalalkan cara.

5. Ramalan penulis ialah, Shahrizat akan menang. Sebabnya rakyat mahukan perubahan. Jika UMNO tak berubah terutama dari segi Kepimpinannya, dalam PRU13 rakyat di atas pagar akan bertanya semula...tak da ubah pun, sama je.. Inilah isunya, bukan soal Rafidah tidak baik. Soalnya rakyat mahu melihat UMNO berubah.

6. Ahli UMNO kena ingat, kalau mengharapkan ahli UMNO sahaja undi UMNO, UMNO dah lama tersungkur. Yang banyak membantu UMNO ialah rakyat yang di atas pagar ini. Dalam PRU12 mereka menyeberang ke Pakatan Rakyat kerana diberikan 1001 macam janji manis. Itu saja rahsia kemenangan PR...Janji Manis.

RAFFLES = THE MALAY NATION

on Thursday, November 20

MELAYU BERSIFAT TERBUKA

Hari ini masih banyak orang (termasuk orang Melayu-Islam) yang lebih takut kepada orang yang berkuasa daripada Allah, lalu mereka memuja orang itu.

1. Setiap bangsa mempunyai budaya dan tamadun. Yang penting tentang budaya ini bukanlah semata-mata adat resam atau amalan ritualnya, tetapi sistem nilai, minda, dan pandangan hidup bangsa yang dicerminkan melalui budaya itu.

2. Salah satu ciri penting budaya Melayu yang dapat dikaji berdasarkan sistem pemikiran Melayu ialah sifat keterbukaannya. Budaya Melayu melakukan pelbagai interaksi sosial dengan budaya yang datang dari luar Kepulauan Melayu. Namun, orang Melayu secara kolektif dapat menghadapi cabaran dan menyelesaikan masalah hidup bangsanya sepanjang zaman.

3. Proses ini berlaku melalui pertembungan budaya Melayu dengan empat tamadun luar yang besar, iaitu tamadun dari India, Arab-Islam, China, dan Eropah. Sepanjang pertembungan itu, bangsa Melayu melakukan transformasi besar dalam tamadun mereka dari zaman animisme sehingga ke mercu tamadun yang tertinggi apabila orang Melayu menerima agama Islam dan mulai meninggalkan segala macam kepercayaan khurafat.

4. Apabila Islam mulai berkembang di rantau ini, orang Melayu tidak mengubah identiti mereka menjadi "orang Melayu-Arab-Islam", tetapi tetap mengekalkan dua akar tunjang Melayu iaitu bahasa Melayu dan budaya Melayu.

5. Dalam budaya Melayu-Islam lahir dua prinsip keadilan sejagat yang merentas segala peraturan buatan manusia. Dua prinsip keadilan Melayu-Islam ini diungkapkan melalui dua pepatah yang luar biasa iaitu "Biar mati anak jangan mati adat" dan "Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah". Siapakah pada hari ini yang berani menolak prinsip sejagat di balik dua pepatah Melayu ini?

6. Adat yang dimaksudkan dalam pepatah ini ialah "hukum" atau undang-undang, misalnya undang-undang jenayah, undang-undang mencegah maksiat, rasuah, penipuan, dan lain-lain lagi; bukannya adat resam, misalnya adat bersanding, adat memotong jambul, dan lain-lain lagi. Yang penting, menurut "fatwa" Melayu-Islam ialah adat itu tidak bercanggah dengan syariat atau melanggar hukum tauhid.

7. Dalam cara mentadbir urusan rakyat, model pemerintahan Melayu berdasarkan prinsip permuafakatan dan kerjasama antara raja (pemerintah) dengan orang bawahannya. Hal ini dinyatakan melalui kiasan "raja itu seumpama api, manakala perdana menteri dan para pegawainya seumpama kayu; api tidak menyala jika tiada kayu".

8. Berkaitan hubungan antara raja dengan rakyat, modelnya dinyatakan melalui kiasan "raja seumpama pohon, rakyat seumpama akar. Pohon tidak mampu berdiri tanpa akar". Maksudnya jelas - raja atau kerajaan bergantung pada rakyat. Kuat rakyat, kuatlah raja atau kerajaan. Lemah rakyat, lemahlah kerajaan.


9. Masyarakat Melayu tidak mempunyai sistem kasta. Apabila Islam berkembang dalam masyarakat Melayu sistem kelas sosial mulai terhapus. Islam mengembangkan idea tentang kebebasan manusia dan hak manusia yang sama rata di sisi Allah.

10. Dalam Islam, rakyat bukan hamba kepada kerajaan, tetapi tonggak (atau akar) kepada kerajaan. Jika rakyat diperhamba oleh pemimpin, disekat kebebasannya, ditutup mulutnya daripada bersuara untuk menegur kelemahan pemimpin, maka rakyat menjadi lemah atau akhirnya rakyat yang tidak tahan akan bangun memberontak.

11. Alam Melayu ini sudah menghadapi cabaran globalisasi selama lebih kurang 400 tahun sejak Portugis menawan negeri Melayu-Islam Melaka pada 1511. Tetapi dalam tempoh lebih 400 tahun proses globalisasi itu berlaku di alam Melayu, bangsa Melayu atau the Malay Nation kata Raffles, tidak musnah. Agama Islam kekal sebagai agama yang dominan di alam Melayu; bahasa Melayu berjaya menjadi bahasa ilmu, bahasa kesusasteraan tinggi, bahasa kerajaan, dan bahasa diplomasi di seluruh alam Melayu ini; institusi raja Melayu kekal selepas Inggeris meninggalkan Tanah Melayu.

12. Itulah kekuatan yang sudah ada pada bangsa Melayu-Islam, kekuatan yang dibina melalui sejarah yang agak panjang, selama sekurang-kurangnya 700 tahun sejaktertubuhnya kerajaan Melayu-Islam yang awal, iaitu kerajaan Samudera-Pasai awal abad ke-13. Kekuatan itulah yang mesti dikembalikan atau dihidupkan semula untuk menghadapi cabaran hari ini di Malaysia - cabaran yang dalam banyak hal tidak jauh bezanya daripada cabaran yang dihadapi oleh bangsa Melayu sejak 1511.

13. Masalah yang sedang dihadapi oleh bangsa Melayu sekarang terutama oleh kepemimpinan Melayu ialah masalah kehilangan perspektif tamadun Melayu-Islam dalam menghadapi cabaran memerintah negara yang rakyatnya kini terdiri daripada pelbagai kaum etnik, budaya, agama dan bahasa. Pemimpin sekarang tidak menyelesaikan masalah rakyat menurut cara Melayu-Islam. Kita tidak mematuhi prinsip keadilan "Biar mati anak jangan mati adat" atau prinsip "Raja adil raja disembah raja zalim raja disanggah".

14. Selain itu, hubungan antara kaum semakin tidak mesra dan tidak tenang bukan kerana bersifat perkauman tetapi disebabkan masalah ketidakcekapan bangsa Melayu-Islam menguruskan masalah itu. Allah berfirman bahawa Dia menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak-puak supaya mereka dapat mengenali satu sama lain. Tetapi kita tidak menggunakan perintah ini sebagai model untuk menangani isu kepelbagaian etnik di negara ini. Segala sistem kebangsaan yang baik untuk perpaduan kebangsaan dirosakkan di peringkat pelaksanaannya, sehingga berlaku perpecahan semangat nasional dalam kalangan rakyat Malaysia.

15. Kita jangan menyangka bahawa zaman jahiliah sudah tidak ada lagi dalam zaman yang dikatakan zaman moden ini. Hari ini masih banyak orang : (termasuk orang Melayu-Islam) yang lebih takut kepada orang yang berkuasa daripada Allah, lalu mereka memuja orang itu. Kebanyakan orang sekarang bercakap tentang kebebasan tetapi mereka tidak sedar bahawa sebenarnya mereka tidak bebas secara hakiki.

16. Manusia hanya bebas di sisi Allah. Jika mereka memuja ideologi, memuja kerajaan, parti politik, atau pemimpin mereka, itu bukan kebebasan. Mereka tidak mampu melakukan kebaikan dan pembaharuan dalam pemerintahan jika mereka tidak berani mengubah sistem yang buruk kerana takut kepada orang yang berkuasa.

17. Jika orang Melayu-Islam yang memerintah negara ini mengamalkan cara pemerintahan yang baik, cekap, tegas, dan adil kepada semua rakyat, tidak rasuah, tidak lembik, tidak terlalu banyak beretorik dan berpolitik, tidak timbul pelbagai masalah seperti sekarang. Orang bukan Melayu pasti menerima dan menghormati dan menyanjung pemimpin Melayu yang sebegini.

18. Begitu juga jika orang bukan Melayu menjadi ketua yang baik, bersih, cekap, dan adil kepada semua kaum, orang Melayu-Islam pasti menerima dan menghormati ketua itu, tanpa mengira kaum dan agama.
( Karya asal bertajuk ” Apabila Melayu Hilang Punca ”oleh Ybhg. Dato’ Hassan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan. Beliau juga mantan Wakil Tetap Malaysia ke UNESCO dan mantan Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka )

TANPA ANWAR PUN ...

on Wednesday, November 19

1. DS Najib Tun Razak yang akan mengambilalih jawatan Perdana Menteri pada Mac 2009 membuktikan kepada rakyat yang berdiri di atas pagar bahawa tanpa Anwar pun kerajaan boleh turunkan harga minyak lebih tinggi daripada congakan Anwar ( 50 sen sahaja ).

2. Tanpa Anwar, kerajaan membuktikan tiada masalah untuk mempakejkan semula dan menurunkan bayaran tol di lebuh raya Malaysia. Ini sebagai permulaan, penulis pun berharap kerajaan berunding semula dengan syarikat konsesi tol supaya "adjust' lagi cara dan masa penurunan tol tersebut, supaya ' win-win situation' boleh dinikmati oleh rakyat dan syarikat konsesi.

3. Tanpa Anwar pun, kerajaan BN masih boleh memberikan pinjaman untuk rakyat memulakan bisnes mereka walaupun Bank telah blacklist. Dato Noh Omar yang memegang MARA telah memberi jaminan, pinjaman boleh diberikan kerana sebab2 mereka muflis dan blacklist mesti ada sebab2nya yang munasabah, barangkali disebabkan keadaan ekonomi, barangkali pembekal dan harga barang meningkat mendadak,barngkali kurang pengalaman, kena tipu, dsbnya, maka kerajaan memberi peuang kedua.

Bukanlah macam Kerajaan Kebajikan DS Anwar di Selangor, Sewa rumah orang Miskin dinaikkan daripada RM120 kepada RM240...

Apa kata DS Anwar berucap macam isu harga minyak tu...." kalau saya jadi PM , esok saya akan turuuuuuuuuuuuuunnnnkan sewa rumah orang miskin "....la ne naik pula?

4. Tanpa Anwar, penulis tidak hairan jika esok harga minyak turun lagi kepada RM1.62 seliter sebagaimana kata pakar ekonomi yang memberikan harga yang paling ideal buat masa ini. Berbanding Anwar, adakah Anwar berani berjanji menurunkan harga minyak ke paras RM0.60 seliter seperti di Venezuela. Penulis sangsi, sedangkan sewa rumah orang miskin pun dinaikkan!

5. Maka, rakyat sudah lihat bagaimana DS Anwar, MB Guthrie dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya begitu berkelam-kabut mengumpul itu dan ini sebelum mereka tersungkur pada PRU13.

6. Apa cerita isu penipuan tanah dan hutan yang diterokai oleh exco/kerajaan MB Guthrie yang dihigtlightkan oleh TV3 tu...berani kah mereka bawa TV3 ke mahkamah?
Penulis tersenyum apabila bertemu pegawai kerajaan negeri MB Guthrie tu..katanya kepada stafnya...tu lah, undilah lagi PKR, sekarang tengoklah pembohongan dan penipuan mereka...

Bagi penulis , kita serahkan kepada rakyat jelata menjatuhkan hukuman mandatori pada PRU 13 nanti.

Di Kedah, pemimpin UMNO Kedah kena berbuat sesuatu kerana khabarnya MB Kedah, Ustaz Azizan sangat baik kepada orang-orang UMNO ! MB Kedah tak kesah pun kalau DAP nak keluar Pakatan Rakyat.

PAK LAH/NAJIB PRAKTIKAL vs ANWAR/KIT SIANG RETORIK

on Tuesday, November 18

1. BEBERAPA pelan tindakan ekonomi yang dilancarkan oleh DS Najib Tun Razak mengingatkan kita kepada pelan pembangunan yang telah dibuat oleh allahyarham Tun Razak.

Jika berkesempatan, ada satu novel yang ditulis oleh Zaharah Nawawi 20 tahun dahulu ( tidak ingat tajuk )sangat sesuai dibaca untuk melihat bagaimana peneroka membuka tanah-tanah Felda di bawah pelan pembangunan ekonomi ketika itu.

2. Penulis berpendapat, DS Najib sudah pasti akan berjaya membuat jasa yang lebih besar daripada itu kerana kedudukan ekonomi negara yag baik sekarang membolehkan perancangan dan pembangunan dapat dilaksanakan dengan jayanya. Berbeza dengan DS Anwar yang banyak retorik dan kata-kata yang megah-megah tetapi kurang pelaksanaan dan janji-janji kosong sahaja.

Seperti kata MSO dan lain-lainnya, Anwar sepatutnya menumpukan 5 Negeri yang dikuasainya sekarang, melupakan mimpi indah menjawat Perdana Menteri, sebaliknya buktikan dahulu janji-janji pilihanraya di 5 negeri itu.

Bukti terbaru bagaimana Kerajaan Kebajikan yang diketuai oleh Menteri Besar Guthrie menaikkan sewa rumah rakyat miskin daripada RM120 kepada RM240. Contoh-contoh lain boleh dilihat bagaimana janji-janji pilihanraya tinggal janji sahaja ( Rujuk Janji Pilihanraya PKR ).

3. Keperluan rakyat sekarang bukan nak menjadikan DS Anwar PM, keperluan rakyat sekarang ialah bagaimana mereka boleh survive dengan kepadatan penduduk yang semakin besar ini. Hari ini harga minyak diturunkan lagi, tidak perlu pun menunggu DS Anwar menjadi PM ( Anwar dalam debat hanya menjanjikan penurunan 5o sen sahaja ) sedangkan kerajaan sekarang sudahpun menurunkan hampir RM1.00, dan dijangka akan turun lagi dalam masa terdekat.

Maknanya Anwar berucap menggunakan agak-agak sahaja, main teka-teka angka sahaja, semata-mata untuk mengambil hati rakyat.

4. Berbeza dengan tindakan Pak Lah dan DS Najib, yang melakukannya berdasarkan kajian, kiraan, dan keputusan memastikan rakyat dan negara akan menikmati hidup ang lebih sempurna dalam semua bidang.

5. Berbeza Anwar, dia menjanjikan penurunan 50 sen tetapi tidak melihat kepada kesan kepada sektor lain. Pendek kata, tiada kajian mendalam, hanya berdasarkan emosi dan retorik sahaja. Dalam permainan pilitik, bercakap cara retorik memang disukai rakyat.

6. Tidaklah menghairankan kalau Anwar berjanji setiap rakyat akan diberi RM1,000 setiap bulan, tetapi lihatlah Janji seperti itu di Selangor. Mereka janji nak bagi wang kepada ibu tunggal, pelajar dan bla bla janji lagi setiap bulan....tetapi apa rakyat Selangor dapat= Sewa rumah miskin dinaikkan daripada RM120 kepada RM240. Inilah minda DS Anwar, MB Guthrie dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya.

7. Maka PRU13 masih nak undi mereka lagi kah?

WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

on Monday, November 17

1. Kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, penulis sampaikan Wasiat Raja-Raja Melayu dibuat pada 31 Ogos 1957. Barangkali DS Anwar Ibrahim dah lupa akannya, juga menyebabkan orang-orang Melayu dalam PR lupa akannya, maka inilah penulis sampaikan supaya kita sama-sama beringat akan tanah ini Tanah Melayu.

2. KAMI WASIATKAN KEPADA ZURIAT KETURUNAN KAMI 7 PERKARA YANG MANA JIKA KAMU BERSATU-PADU DAN BERPEGANG TEGUH KEPADANYA SELAMA ITULAH KAMU AKAN SELAMAT SEJAHTERA:-

2.1 Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung: PERSEKUTUAN TANAH MELAYU

2.2 Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan, selain gunung-ganang , tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50% selebihnya kamu rebutlah bersama kaum-kaum lain!.

2.3 Bagi menjaga kamu dan melindungi anak-anak kamu harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

2.4 Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

2.5 Kami tetapkan ISLAM ialah agama rasmi Persekutuan.

2.6 Kami tetapkan juga bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU (BUKAN BAHASA MALAYSIA).

2.7 Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU & KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN.

3. Semoga dengan sedikit ingatan di atas, orang-orang Melayu perlu menolak terus perjuangan Anwar untuk mengubah negara ini menjadi Malaysia Baru, Republik Malaysia, Ketuanan Rakyat, Menghapuskan DEB, memperjuangkan Kesamarataan, dan pelbagai dasar Anwar yang menyokong ke arah menghapuskan survival bangsa Melayu di negara ini.

4. Anwar perlu ingat negara ini ada sejarah dan tradisinya. Benar kita demokrasi, tetapi demokrasi kita ada sejarahnya, ada tradisinya, ada Islamnya, kalau Demokrasi Ala-Barat ya memang bebas-sebebasnya...nak berbogel depan jalan raya pun tak apa macam di sesetengah kawasan di Amerika macam di Little Rock atas nama Demokrasi, kebebasan dan hak asasi manusia.

LEE KUAN YEW DINASIHATI JANGAN PERCAYA MELAYU

on Thursday, November 13

1. KENYATAAN Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Bukan Melayu pun boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia bukanlah perkara mengejutkan. Secara teknikalnya, Tun Dr. Ling Liong Sik sudah pernah menjadi Pengerusi BN semasa UMNO diharamkan pada tahun 1988 dahulu.

2. Dalam Mesyuarat MT BN ketika itu, Dr Mahathir bertuah kerana dibenarkan oleh Tun Dr Ling Liong Sik untuk masuk mesyuarat, selepas Dr Mahathir menunggu beberapa lama .

3. Pada awal tahun 1960, Tunku Abd Rahman hendak melantik Tun Tan Siew Sin sebagai Timbalan Perdana Menteri tetapi dihalang oleh Lee Kuan Yew ( PAP ). Lee Kuan Yew tidak mahu ada pencabar di kalangan kaumnya, malah Lee Kuan Yew membuat kenyataan yang pelik apabila menuduh pemimpin-pemimpin MCA rapat dengan ideologi Komunis.

4. Lee Kuan Yew tidak mengakui dirinya Komunis walaupun mengaku berasal dari selatan China, malah Lee Kuan Yew berjumpa Tito di Eropah dan mengatakan dirinya benci Komunis dan dirinya adalah nasional tulen.

5. Penulis tidak percaya orang Melayu akan menjadi PM di Singapura walau apapun keadaannya. Lee Kuan Yew telah menanamkan ideologi kepada para penggantinya bahawa orang Melayu jangan diberi peluang mentadbir Singapura walau dalam apa bidang ( tentera, polis, Menteri dll ). Inilah nasihat yang diberikan kepada Lee KUan Yew oleh penasihatnya yang berasal dari Belanda pada awal tahun 1960 dahulu!

6. Maka, bagaimana kita nak bentuk negara Malaysia yang bersatu? jika DAP yang begitu berpengaruh ke atas Anwar sekarang tidak memberikan Nilai pun kepada Istilah Melayu, Raja-Raja, agama Islam dan bahasa Melayu.

7. Suara DAP = Suara PAP = Suara Lee Kuan Yew = Suara Lim Kit Siang = Suara Anwar = Suara Husam Erdogan = semuanya bersatu untuk melenyapkan ketuanan bangsa Melayu yang beragama Islam. JIka ditulis seperti ini, mereka akan kata ini tulisan rasis...soalnya Sila buka suratkhabar Cina sekarang...apakah mereka tidak rasis?

Bagi penulis, untuk mengelak perlakuan rasis oleh semua kaum, kita kena kembali kepada Perlembagaan negara kita dan Wasiat Raja-Raja Melayu pada tahun 1957!

SHAHRIZAT SEPATUTNYA LAWAN RAFIDAH

on Wednesday, November 12

1. Tan Sri Rafidah Aziz merupakan Ketua Wanita paling lama,sudah menikmati pelbagai jawatan dalam kerajaan,soalnya Rafidah sudah menetapkan Jun 2009 sebagai tarikh peralihan kuasanya. Sudah tentu ada sebab Rafidah meletakkan Jun 2009, bukan Mac 2009.

2. Penulis melihat langkah Shahrizat mendesak peralihan kuasa dipercepatkan sebagai kurang bijak. Berbeza dengan DS Najib, yang mendesak Pak Lah turun diketuai oleh TS Muhyidin Yassin, bukannya Najib.

3. Datuk Kamaliah sudah menyatakan pendiriannya akan terus bertanding jawatan Naib Ketua Wanita kerana sudah layak.Jika Kamaliah menang menewaskan Shahrizat, pertama kali dalam sejarah UMNO, Ketua Wanitanya bertudung penuh! Ia menjadi satu kekuatan kepadanya, apatah lagi Kamaliah berazam mahu menunjukkan kepada rakyat( umat Islam ) bahawa Islam tiada masalah diperjuangkan dalam UMNO.

4. Yang tersepit di sini Shahrizat. Desakannya kepada Rafidah ditolak dan dari riak wajahnya Shahrizat jelas kecewa.Mempercepatkan peralihan kuasa telah ditolak, jika Shahrizat kalah politiknya akan berkubur, di Lembah Pantai sendiri beliau boleh kalah.

5. Sepatutnya Shahrizat bersabar menunggu Jun 2009, mengambil jalan selamat seperti DS Najib. Shahrizat jelas tergopoh-gapah.Penasihatnya kurang tepat.

6, Cadangan penulis ialah,dalam keadaan sekarang ini Shahrizat harus melawan Rafidah juga, kerana dia sudah terlajak langkah. Jika tidak, Rafidah akan menang tanpa bertanding, dan jika Shahrizat tewas kepada Kamaliah, apakah Shahrizat mahu ini berlaku? Isu hanya tinggal 3 bulan selepas Mac 2009 tidak penting dalam politik, dalam politik ialah siapa cepat dia menang.Maknanya Shahrizat harus berani menanggung risiko.

7. Kalau Shahrizat menang lawan Rafidah, dia akan menjadi lebih kuat dan menang bermaruah.

Penulis tidak menyebelahi mana-mana mereka kerana semua mereka ahli UMNO, bagi penulis Shahrizat sekarang sebenarnya berdepan 2 halangan iaitu Rafidah dan Kamaliah.
Dalam kedudukan sekarang, lebih baik Shahrizat lawan, bukankah pencalonannya pun separuh daripada Rafidah.

Inilah masanya melihat Demokrasi subur dalam UMNO, membiarkan perwakilan menurunkan undi keramat mereka.

ZAMBOANGA = JAMBOANGA = JAMBANGAN BUNGA

on Tuesday, November 11

1. BARU-baru ini penulis bertemu seorang pengkaji sejarah dan perlembagaan . Ketika dia bertugas di Sabah awal tahun 1970an, dia telah mengkaji pulau-pulau Sipadan, Mabul, Ligitan dan selatan Mindanao.

2. Menurut kajiannya, wilayah nusantara Melayu yang meliputi selatan Filipina berasal dari dua beradik asal Keturunan Kesultanan Melayu Johor. Akibat perebutan takhta di satu kawasan di Johor sekitar tahun 1500an, dua beradik ini dihalau oleh saudara kandungnya ke Kepulauan Borneo ( mereka bertapak di kepulauan Sulu.

3. Maka lahirlah Kesultanan Sulu ( Kesultanan Al-Kiram ) yang pernah menguasai sebahagian pantai timur Sabah.Kemdian, keturunan Raja-Raja Sulu berpecah ke Indonesia, Tanah Melayu, Kepulauan Sulu dan Borneo.

Ada diwasiatkan bahawa sekiranya musim menuai telur-telur penyu di kepulauan Sulu, Mindanao, Sipadan, Ligitan, Mabul waris-waris kesultanan ini boleh memungut hasilnya tanpa dihalang.

4.Perkataan Palawan, Zamboanga di selatan Filipina sendiri berasal dari perkataan Jamboangan, asalnya Jambangan Bunga. Jambangan Bunga ini dibawa oleh keturunan anak-anak Raja Johor. Misteri ini masih penulis kaji.

5. Maka jika ada pihak yang masih mempersoalkan Ketuanan Melayu ini di Nusantara Melayu ( geopolitik dan sosioeknomi wilayah nusantara Melayu ) seperti halnya Anwar, Karpal, Lim Kit Siang dan kawan-kawan yang sewaktu dengannya , maka mereka ini perlu mengadap Raja-Raja Melayu untuk melihat Salasilah Raja-Raja Melayu.

Penulis sangat yakin Anwar tidak membaca habis Sulalatus Salatin, Bustanus Salatin, As-Sultan Al-Banjari, Tuhfat An-Nafis, dan karya-karya agung bangsa kita yang terdahulu. Jika Anwar sudah membacanya , tidak mungkin Anwar akan memperjuangkan Ketuanan Rakyat, Hapuskan DEB,Malaysia Baru, memperjuangkan Malaysian Malaysia dan seumpamanya.

Jika Anwar mempersoalkan Ransangan Ekonomi RM7Billion untuk membantu bumiputera/Melayu kebayakannya, apakah Anwar buta negara CHina merangsang ekonominya dengan memberikan Pakej Ransangan hampir RM400 Billion.

Lee Kuan Yew melalui anaknya HSLoong mengatakan Tidak Mungkin Orang Melayu menjadi PM Singapura! Jangankan Perdana Menteri, Menteri pun tak boleh!

SEMENANJUNG TANAH MELAYU BUKAN SEMENANJUNG MALAYSIA

on Sunday, November 9

1. SEANDAINYA Presiden Sukarno Indonesia tidak terburu-buru mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia pada tahun 1945, nescaya Tanah Melayu, Borneo dan Sarawak akan merdeka bersama-sama. Pertemuan Sukarno, Ibrahim Yaakob,Dr. Burhanudin Helmy tahun 1945 di Taiping untuk membincangkan kemerdekaan Melayu Raya tidak disusuli pertemuan kedua, barangkali kondisi ketika itu tidak mengizinkan. Barangkali sebab itu Indonesia merdeka sendiri.

2. Peristiwa ini penting untuk menghuraikan konsep Ketuanan Melayu yang diketepikan oleh sesetengah pemimpin ultra-non malay sekarang. Harus diingat, sebelum wujudnya Malaysia ( Malaysia ditentang juga oleh PAS, malah PAS membawa kes ini ke Mahkamah kerana tidak bersetuju Sabah, Sarawak, Singapura menyertai Malaysia ), Federation Malaysia itu asalnya Negeri-Negeri Melayu, sepatutnya Semenanjung Malaysia ini disebut Semenanjung Tanah Melayu sebagaimana di Borneo disebut Sabah & Sarawak.

Jika ada pihak mempersoalkan Sejarah negara kita, apa kata kita pusing balik sejarah negara kita dengan menukar Semenanjung Malaysia ini ditukar kepada Semenanjung Tanah Melayu.

3. Begitu juga bahasa Malaysia sepatutnya disebut bahasa Melayu. Ini sudah termaktub dalam Perlembagaan yang makna Perlembagaan menyebut dalam Perkara 152 perkataan bahasa Melayu bukan bahasa Malaysia. Malah perlembagaan menyatakan bahasa Melayu hendaklah ditulis dengan menggunakan Tulisan Jawi, dan boleh juga digunakan tulisan Rumi.

4. Jadi mereka yang mempersoalkan tulisan Jawi ini perlu melihat kembali Perlembagaan negara kita. Jika Peraturan di Pulau Pinang membenarkan Penggunaan bahasa dan tulisan lain ia sudah melanggar prinsip Ketertinggian Perlembagaan dan ia secara automatik terbatal.

5. Demikian halnya Hak Keistimewaan Orang-Orang Melayu. Dinyatakan dalam Perembagaan Hak Istimewa Bangsa Melayu hanya boleh dibincangkan, diturunkan, dikuasakan, ditarikbalik, ditambah, dirombak oleh Raja-Raja Melayu saja dalam Majlis Raja-Raja. Bukannya di Parlimen! YB-YB kita termasuk dalam BN ( UMNO ) ada yang tidak faham peruntkan ini, sehingga mereka membahaskan dalam Parlimen. Sepatutnya kita kena menghadap Raja-Raja untuk membincangkan Hak Istimewa Melayu.

6.. Anwar tidak boleh diharap untuk mempertahan bangsa Melayu dan agama Islam kerana pemikiran liberalnya dan dasar-dasarnya dalam Pakatan Rakyat mengenepikan hak=hak asal Melayu. Anwar memperjuangkan Kesamarataan walhal konsep Kesamarataan tidak boleh diaplikasikan dalam negara kita. Perlembagaan tidak membenarkan.Anwar memperjuangkan Ketuanan Rakyat, Kesamarataan, menghapuskan Keistimewaan Melayu memanglah Bukan Melayu akan menyokong beliau.

7a. Bercakap soal Kesamarataan, jika orang Melayu yang menetap di negara China agak-agaknya bolehkah mereka menuntut Kesamarataan di sana, memohon Sekolah Melayu, Suratkhabar Melayu dsbnya.

7b. Maka itu, apakah maksud Exco Selangor bercakap mana-mana rumah ibadat yang tidak mendapat kelulusan Majis Daerah boleh juga dirobhkan termasuklah surau. Begitu juga rancangan hendak membuat gereja terbesar di Selangor.

7c. Anwar sudah lari dari perjuangan asalnya dulu. Perjuangan Islamnya pun sudah cukup jauh ke Amerika, German dan Hong Kong. Sebab itu, penulis tidak hairan orang Melayu majoritinya menolak PKR dan Anwar dalam Projek 916-nya.

ANWAR HILANG TEMPAT BERGANTUNG

on Saturday, November 8

1. Kemenangan Barrak Obama memberi kesan negatif kepada Anwar kerana kekalahan McCain, Palin, dan sekutu-sekutunya seperti Cohen, Condoliza, P, Wolfowitz dan lain-lain telah memutuskan talian hayat dari Amerika.

2. Anwar masih menuduh Pakej Ransangan Ekonomi yang digerakkan oleh Menteri Kewangan sebagai menyalahi peraturan Parlimen, sebagai menjawabnya, Speaker Parlimen berkata, itulah kalau orang selalu keluar dewan!

3. Nampaknya Anwar dan team penasihat ekonomi masih berfikiran krisis ekonomi sekarang sama seperti krisis ekonomi 97/98. Anwar masih melihat IMF sebagai jalan terbaik kepada negara untuk berhutang dan menyelamatkan ketidaktentuan ekonomi global.

4. Apakah kita mahu menjadi seperti Pakistan hari ini ( yang terpaksa menaruh simpati IMF atau negara jiran seperti Indonesia yang meminjam IMF 97/98, yang masih kesannya sampai kini masih terasa antaranya bagaimana IMF membankrapkan PERTAMINA dan bank-bank Indonesia.

5. Menteri kewangan telah menjelaskan bahawa kedudukan kewangan domestik amat kuat, bank-bank masih kuat walaupun Anwar mempersoalkan pembelian bank Indonesia oleh Maybank, tatkala industri kereta di Amerika memberhentikan pekerjanya, Proton dan Perodua masih terus bergerak ke depan.

6. Kerajaan masih temuduga pengambilan kakitangan tetap/kontrak/sambilan di seluruh negara untuk mengisi pelbagai jawatan kosong, sedangkan di Amerika negeri Calofornia memohon pinjaman menyelamatkan kerajaan persekutuan membayar gaji kakitangan awamnya.

7. Bajet Anwar yang susut dan mengecil berbanding bajet kerajaan + pakej ransangan RM7 Billion, menampakkan kelemahan Anwar mengurus ekonomi negara.

8. Anwar mahu meletakkan kita kaku, terduduk, terdiam, dan terserah kepada serangan ekonomi global, kerajaan pula menyuntik RM7 Billion supaya seluruh rakyat dan perusahaan boleh terus berpusing.

Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri

PELAN NAJIB VS PELAN ANWAR

on Thursday, November 6


1. PAKEJ ransangan Fiskal berjumlah 7 Billion yang diumumkan Najib di Parlimen merupakan satu lagis suntikan untuk merancakkan ekonomi negara, memastikan rakyat menerima faedahnya.

2. Ia berbeza dengan Belanjawan DS Anwar yang mahu dikurangkan bajet. Secara mudahnya, jika wang di pasaran statik dan kurang, bolehkah pusingan ekonomi bergerak lancar?

3. Berbanding Najib yang mencadangkan pemotongan KWSP direndahkan kepad 8%, menambahkan jumlah pinjaman kenderaan, memangjangkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 kepada 30 tahun, malah menyuntik RM1.5 Billion kepada FDI.

4. Anwar mencadangkan pengurangan Bajet Kewangan sebagai dasar penjimatan, berbeza dengan DS Najib yang mahukan kecairan ekonomi domestik berterusan, walaupun menghadapi kesan ekonomi global.

5. Anwar melihat pakej RM7 Billion itu sebagai pakej rasuah yang menguntungkan kroni, tetapi Najib melihat 100,00 graduate yang keluar setiap tahun perlu diberi pekerjaan, jika tidak akan memberi kesan negatif kepada negara.

6. Harga Kelapa Sawit jatuh daripada RM800 se Tan kepada RM200 se Tan. Kerajaan telah menurunkan harga baja dan racun, RM200 juta untuk penanaman semula, pengurangan stok bersama Indonesia, semuanya dibuat untuk kemudahan pekebun kecil.

7. Anwar nampaknya kena mengakui belanjawannya sudah menjadi kertas sejarah. Ekonomi perlu bergerak dan menolak teori ekonomi Anwar yang memilih penguncupan berbanding kecairan.

8. Apabila Najib bertanya dalam parlimen kepada Anwar apa yang akan jadi kepada perkerja kontrak/sambilan, kontraktor-kontraktor kecilan, dan pekedai jika Teori Penguncupan Belanjawan Anwar dilaksanakan? Anwar tidak dapat menjawab sebaliknya keluar dewan dan melemparkan tuduhannya di depan mikrofon media yang menjadi amalannya selam ini.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri.

TENGKU RAZALIEGH MENTERI KEWANGAN?

on Monday, November 3

1. DS NAJIB telahpun menjadi Presiden UMNO secara politiknya, hanya proses teknuikal sahaja perlu dilaksanakan pada Mac, 2009. Pak Lah telah membuktikan kemurnian hatinya. Di pihak lain, bilakah pula YB DS Anwar hendak mengambilalih Presiden PKR? atau menunggu masa untuk menyerati BN?

2.MCA & GERAKAN sudah selesai memilih kepimpinan parti mereka, dan dijangka akan mencadangkan nama2 baru dalam rombakan kabinet akan datang. Penulis melihat, MIC berlaku tidak bijak apabila menunda proses pemilihan parti mereka.

3. Beberapa nama baru dijangka akan menghiasi semula Kabinet baru Malaysia pasca-Najib. Tengku Razaliegh yang pernah ditabalkan sebagai Menteri Kewangan Terbaik Dunia oleh World Bank, disebut-sebut akan menyertai kabinet tersebut sebagai Menteri Kewangan.

4. Seorang lagi tokoh Kelantan, iaitu Datuk Ibrahim Ali dijangka akan menyertai semula UMNO selepas DS Najib secara rasmi menjadi PM. Datuk Ibrahim Ali sudahpun menyatakan pendiriannya tidak lama dulu, bahawa dia akan menyertai sama ada UMNO atau PAS, tetapi bukannya PKR. Penulis diberitahu Datuk Ibrahim Ali akan turut dilantik sebagai Menteri Penuh.

5. Sama ada YB Zulkifli menyertai BN semasa atau sebelum DS Najib menjadi PM akan diketahui tidak lama lagi, sebagai satu ' give and take' dalam kes petisyen Kulim/Bandar Baharu.

6. Bagaimana pula kedudukan Anwar? Persoalan Anwar tidak berminat menjadi Presiden PKR menimbulkan kemusykilan di kalangan rakan-rakannya dalam PR ( Anwar membiarkan isterinya terus menjadi Presiden PKR ). Apakah yang ditunggu sebenarnya oleh Anwar?
Apakah kemasukan YB Zulkifli ke dalam BN kelak sebagai satu 'eksperimen' oleh Anwar.

7a. Penulis dimaklumkan, kem DAP & PAS sudah mula mencurigai Anwar apabila YB Zulkifli yang yang bersuara lantang di Parlimen dan di Utusan Malaysia, dikatakan sebagai arahan Anwar.

7b. Kemarahan PAS dilihat dalam bentuk bantahan Hj Hadi Awang terhadap pelantikan Bos PKNS oleh MB Guthrie. Hj. Hadi tegas menyatakan sepatutnya Bos PKNS dipilih dari kalangan Muslim dan Melayu.

PERTENGKARAN ANWAR-ZULKIFLI?

on Saturday, November 1

1. PERTEMUAN mereka baru-baru ini pula berkaitan dengan temuramah Utusan Malaysia dengan YB Zulkifli,diberitahu berlaku pertengkaran kerana Anwar rasa malu dan marah kepada teman-teman karibnya Lim Kit Siang and son, Karpal Singh and son, Teresa Kok, Tian Chua, Husam Erdogan dan lain-lain.

2. Tatkala Pakatan Rakus mengedar 500 Tag nama boikot Utusan, tidak sampai 10 hari YB Zulkifli meluahkan segala amarahnya kepada Pakatan Rakus lalu mengadulah teman-teman dalam DAP tindak-tanduk YB Zulkifli itu. Lalu bertengkarlah Anwar dengan Zulkifli, namun bercakaplah Anwar kepada media, kami telah berbincang dan saya memahami pandangan Zulkifli, kata Anwar.( Depan DAP confirmlah Anwar cakap lain)

3. Anwar pun ubah topik, katanya PKR tidak macam UMNO yang tidak boleh bebas bercakap. Nampaknya Anwar lupa amarannya kepada mana-mana orang PKR supaya HANYA ANWAR sahaja boleh bercakap pasal cita-citanya nak jadi PM. Amaran ini berkaitan Pembohongan Maha Besar YB Tian Chua kononnya ada 'deal' dengan Pak Lah.

4. Peliknya Tian Chua tidak dihantar pula ke Lembaga Disiplin PKR? YB Zul pula yang kena, hanya kerana mempertahankan Kesucian Agama Islam?.

5. Di Selangor, YB Pakatan Rakus nak bagi wang zakat kepada Bukan Muslim? YB Ronnie cadang tukar kereta rasmi Proton Perdana kerana bonet perdananya terbuka, YB lain dah bertahun-tahun pakai tiada masalah pun, cuma barangkali yang tersirat di hatinya ialah Proton Perdana buatan Malaysia (idea Melayu),nak hakis jiwa Melayu di tanah Melayu kena buat semua perkara termasuklah rosakkan imej Melayu. janganlah lupa amaran Allah di dalam Al-Quran bahawa.

... sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan tunduk kepada kamu selagi kamu tidak tunduk kepada mereka....

di Kelantan, di Jakarta boleh tanya ibu-bapa yang masih hidup siapakah dia yang dikatakan Yahudi Timur?..

6. Termasuklah meletakkan bukan Melayu di PKNS, merobohkan rumah-rumah ibadat termasuk surau yang dibuat tanpa kebenaran kerajaan Negeri Selangor.

7. Niat dia sebenarnya nak pakai kereta yang lebih mahal kerana dia pernah berkata Toyota Camry lebih baik, atau nak guna Lexus macam MB Selangor pakai sekarang, atau nak guna Chery(buatan China) memandangkan barang-barang China sekarang orang dah tak beli hatta sudu plastik dari China ( semua meragui ada kandungan Melamine ).

8. Penulis terkenang ketika mula-mula UMNO masuk Sabah dulu, ayah penulis dilantik sebagai AJK Penaja Bahagia Tawau(1991) menumpang kereta orang lain, dan berjalan kaki masuk ke kawasan Kalabakan kerana tugas merasmikan mesyuarat cawangan-cawangan. Di tengah jalan berjumpa dengan MP Kalabakan sekarang, namun itulah perjuangan.

9. Yang menikmati hasilnya generasi baru dapat rasa jalan aspal( Kalau dulu Kalabakan ke Tawau 6/7 jam, hari ini 2/3 jam saja), tidak lama lagi projek bekalan air bersih akan masuk ke Kalabakan ( sudahpun dijawab di parlimen minggu lalu), semuanya keran perjuangan orang dulu-dulu yang tidak mengharapkan apa-apa ganjaran. Malah, ayah penulis masih lagi di Kg bercucuk tanam, berbakti pada agama, bangsa dan negara.

Jentayuabaka.blogspot.com

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan