GURU-GURU BAHASA MELAYU

on Tuesday, December 30

1. Guru adalah pekerjaan paling mulia, tiada siapa bisa menafikannya.Noktah.

2. Baru-baru ini ketika penulis sedang melihat Prototaip MPV Proton dan MPV Perodua yang akan dilancarkan suku tahun 2009 agaknya, penulis terserempak seorang guru dari England yang mengajar di International Scholl di Kuala Lumpur.

3. Dia nak membeli Cash ProtonSatria, wah.. banyak duit, bila tengok gajinya RM18,000 sebulan wang Malaysia.

4. Di KL beberapa rakan penulis yang mengajar Bahasa Melayu mampu mendapat pendapatan mencecah RM10,000-RM20,000 sebulan hasil duit tuisyen.Hampir mengatasi gaji PM Malaysia. Belum dicampur gaju sebenar sekitar RM3,000 dan RM5,000 ke atas.

5. Mereka mampu membeli rumah besar, kereta besar, memberi pendidikan terbaik kepada anak-anak, menunaikan Umrah dan Haji, melancong setiap tahun ke luar negara. Inilah dikatakan rezeki Allah S.W.T di bumi Malaysia.

6. Maka setiap guru di Malaysia sebenarnya sangat beruntung berbanding rakan guru mereka di Indonesia, Vietname, malah di China.

7. Cuma penulis ingin mencadangkan supaya diadakan Pertukaran guru diantara Sabah/Sarawak dengan Semenanjung Tanah Melayu bagi yang berminat.

8. Di Semenanjung Tanah Melayu, guru-guru menikmati banyak peluang/pendedahan yang jarang dinikmati oleh guru-guru di Sabah/Sarawak.

9. Antaranya pengalaman menjadi Pemeriksa Kertas Soalan, Panel Membuat Soalan, Panel Penulis Buku-buku Rujukan, Penulis Buku Teks, Kursus Pemarkahan, Kursus membina item dan lain-lain.

10. Maka penulis ingin mencadangkan supaya YB-YB Sabah bersatu hati dan memohon supaya post Menteri Pelajaran atau Timbalan Menteri Pelajaran hendaklah diberi kepada Sabah. Sarawak sudah menikmatinya.

11. UPKO telah berjaya dalam perjuangannya mengenai isu KP tidak lama dulu, apabila seorang pegawai tinggi telah diberikan kepada mereka.

Al-Azharri Siddiq Haji Kamunri

MELAYU MINORITI BUKAN MELAYU MAJORITI ?

on Wednesday, December 24

1. BBC dalam laporan terkini mencatatkan jumlah orang Melayu/Islam di Malaysia sekarang dalam lingkungan 61-62%, belum ditambah bumiputera Sabah/Sarawak barangkali mencapai 65%. Apakah petunjuk peratus ini kepada survival orang Melayu dalam 10 dan 20 tahun akan datang?

2. Statistik pernah menunjukkan pada awal tahun 1930, jumlah masyarakat Cina & India melebihi jumlah orang Melayu? Dalam tempoh 50 tahun, natijahnya daripada 14 negeri dalam Persekutuan Malaysia, hanya Kelantan, Kedah, Perlis dan Terengganu sahaja yang sekarang melebihi 70% orang Melayu/Islam, negeri-negeri lain semuanya 50-50 sahaja.

3. Maka jika takrif Keadilan, Kesamarataan, demokrasi ala-barat diimplimentasikan sepenuhnya maka apakah nasib orang-orang Melayu/Islam pada tahun 2020? Jika keadaan ketika itu di dalam Dewan Rakyat 70% MP Bukan Melayu, 30% MP Melayu = apakah tiada kemungkinan Perdana Menteri Malaysia dalam kalangan Bukan Melayu?

Nasib baiklah negara ini mempunyai Perlembagaan yang memberikan Raja kuasa dalam pelantikan PM, MB, dan perkara yang berkaitan agama Islam & adat orang Melayu. Jika tidak, sudah pasti milik Menteri Besar Perak & Selangor sepatutnya DAP!

4. Hakikatnya sekarang pun, jika semua MP Melayu/Islam dalam PAS/UMNO/PKR bergabung sekarang pun tidak dapat Majoriti dalam Dewan Rakyat!

5. Tiada ada umat Islam yang menentang Hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW. Hudud yang sebahagiannya merupakan Hukum dalam Islam, kita terima tapi kenapa tak laksanakan di Kelantan dah 10 tahun lebih memerintah?

6. MB Guthrie Selangor sekarang pun Menentang Hudud? Janganlah kata Lim Kit Siang dan Karpal Singh anak-beranak. Ada sesiapa dalam PAS sekarang yang berani langkah mayat Karpal Singh? Sedangkan amaran PAS di Penang minggu lalu tak dipedulikan, bantahan PAS konsert di Selangor tak dipedulikan oleh MB Selangor?

5. Di negara-negara lain, mana-mana penduduknya yang majoriti diperintah oleh kaum minoriti sebagaimana Afrika Selatan, Fiji, Iraq dsbnya terbukti negara itu kacau-bilau.

6. Minggu lalu, dua kumpulan ahli PAS dari sebuah universiti awam interview penulis mengenai banyak perkara. Alhamdulillah diskusi sangat menarik dan kami sama-sama berkongsi idea.

7. Sebenarnya, pendokong mana-mana parti di seluruh negara barangkali akan terkejut betapa mesranya YB-YB PAS/UMNO/PKR minum, duduk semeja, merokok semeja, makan semeja di Parlimen, seolah-olah tidak ada apa-apa perbezaan.

BAR COUNCIL TO POLITICS

on Tuesday, December 23

1. WHAT you think, that the Bar Council is a morally corrupt body, made obvious when it has not taken any action to dismiss the notorious VK Lingam as member.

2. Imagine, they now want the goverment to consider Judges to be appointed from among the lawyers. No sense of shame absolutely whatsoever.

3. Dan juga, Jeyakuar cuba memberi alasan dalam menghalalkan penggunaan kanak-kanak dalam demostrasi Jerit, walaupun dia tahu Undang-Undang Negara dan juga Antarabangsa termasuklah Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung kanak-kanak sangat jelas.

4. Kenyataannya pula, bahawa dia mempunyai ramai peguam untuk membelanya hanya membuktikan betapa Bar Council dan Undang-Undang dipulasnya dan diputarbelitgunakan sepenuhnya untuk menghalalkan perbuatannya.

5. Persoalannya, bolehkah mereka ini diharapkan menjaga semua kaum dengan Adil kalau begitu?

TANDA-TANDA

on Sunday, December 21

1. ANTARA negeri yang penulis sangat suka ialah Negeri Terengganu Darul Iman. Jika kita ke Kg. Losong, kita boleh menikmati keropok lekor yang segar dan enak.

2. Pilihanraya Kecil Parlimen K. Terengganu menyaksikan calon BN, Senator Datuk Wan Farid akan berlawan dengan calon Pakatan Rakyat yang masih belum diumumkan sehingga hari ini.

3. Amat pelik kali ini, kerana biasanya pihak pembangkang akan lebih awal menamakan calonnya berbanding calon BN.

4. Umum mengetahui Pergolakan dan Perebutan kuasa antara Team Ulama( Diketuai oleh TG Hj Hadi/Dato Mustapha/dll) VS Team Erdogan (Diketuai Husam Erdogan/Kamaruddin J/ dll bekas orang kuat Anwar) sedang berlaku dalam PAS).

5. Team ErdOgan yang selalu menggunakan TG Nik Aziz untuk menghalang suara Team Dato Mustapha Ali telah menyebut supaya dikekalkan orang luar Mat Sabu sebagai calon Pakatan Rakyat.

6. Tinjauan penulis ketika di Permatang Pauh dengan di Kuala Terengganu ini nampak sangat jauh berbeza situasinya.

7. Jika Harakah meletakkan markah 50-50, penulis secara peribadi meletakkan 60-40.

' OFF RECORD ' BELUM DIJELASKAN

on Wednesday, December 17

1. BEBERAPA peristiwa tidak dijelaskan lagi. Antaranya ketika Dr Ling Liong Sik ( Tun ) mempengerusikan Mesyuarat MT Tertiggi BN (1988) , di mana kedudukan Dr. Mahathir ( Tun ) ketika itu. Apakah benar Dr. Mahathir tidak dibenarkan masuk mesyuarat kerana parti UMNO Baru belum didaftarkan? Adakah benar Dr. Ling Liong Sik ketika itu memangku Pengerusi BN dan pemangku PM?

2. Begitu juga pertemuan Dr. Mahathir dengan TG Nik Aziz menjelang persaraannya pada tahun 2003? Apakah benar ada hadiah istimewa diberikan?Persefahaman pemimpin-pemimpin tertinggi seperti ini tidak dihightlightkan sehingga pendokong kedua-dua parti di peringkat grassroote bercakaran.

3. Begitu juga pertemuan Ulama-Ulama PAS dengan Pemimpin Tertinggi UMNO selepas PRU12 untuk menghalang kemaraan DAP. Ia masih dirahsiakan butir-butirnya? Apa perjanjiannya? Kedua-dua phak masih merahsiakannya. Penulis percaya Dato Mustapha Ali Pesuruhjaya PAS Terengganu dan Dato Dr. Khir Toyo boleh menjelaskannya!

4. Penulis sedang mengatur pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir dalam masa terdekat untuk merungkaikan beberapa peristiwa yang masih dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat, tetapi amat penting didedahkan. Pertemuan ini juga akan membncangkan buku baru penulis.

5. Dalam surat jawapan Tun Dr. Mahathir kepada penulis tidak lama dulu, Tun menasihatkan penulis supaya bersabar, tidak putus asa dan yakin dalam perjuangan.

6. Harapan penulis ialah, apabila DS Najib mengambilalih kepimpinan negara, beliau dapat menyatukan orang Melayu sebagaimana ayahandanya.

AGENDA KHAS

on Tuesday, December 16

1. DI Semenanjung Tanah Melayu di mana-mana kita pergi akan sangat mudah untuk bersolat. Di semua Hentian Lebuhraya, di semua pasaraya Giant, Carefore, Tesco semuanya disediakan Surau untuk kemudahan bersolat.

2. Penulis terkenang Masjid di dalam Pasaraya Kotaraya di Johor Bahru, ketika penulis masih belajar di JB ( 95-97 ), di situlah di tengah-tengah pasaraya di tingkat satu dan di ruang bawah diadakan Solat Jumaat.

3. Begitu juga jika kita berkesempatan ke Masjidil Haram kota Makkah , di celah-celah hotel lama masih ada musallah/ surau kecil untuk peniaga beribadah.

4. Di Singapura masjidnya serupa jugalah dengan di Malaysia, perbezaannya hanya azan hanya di dalam majid saja, tidak dibenar corongnya menghadap keluar kerana kononnya mengganggu orang lain.

5. Di negara kita, penulis teringat dalam satu mesyuarat penduduk di sebuah petempatan di KL baru-baru ini. Pengerusi Surau seorang guru memanggil mesyuarat dengan hanya satu Agenda: iaitu Larangan corong pembesar suara digunakan kerana azan mengganggu lena orang di situ.

6. Yang membawa usul itu Pengerusi Penduduk ahli PKR, penulis membantah permintaan kerana hal-ehwal agama Islam tiada hak orang bukan Islam melarang. Dia memberitahu dia didesak kerana semua AJK penduduk bukan Islam kecuali dia seorang saja.

7. Seorang ahli Tabligh juga tidak bersetuju kerana maksud tersirat azan itu sungguh besar makna dan tujuannya dalam Islam, bukan saja-saja melaungkannya.

8. Seorang jemaah PAS juga bersetuju dengan penulis supaya diteruskan azan walau apa pun.

9. Malangnya, beberapa hari kemudian sehinggalah ke hari ini pembesar suara sudah tidak digunakan lagi. Alasan Pengerusi penduduk yg juga ahli PKR itu ialah orang Bukan Islam juga membayar yuran penyelenggaraan , maka dia juga ada hak ke atas bangunan surau dan air yang digunakan.

10. Inilah perkara yg perlu kita perbaiki. bagaimana idea anda?

KETUA MENTERI SABAH

on Sunday, December 14

1. Kali terakhir Penulis ke Pulau Pangkor pada tahun 2003. Ketika mewakili Labuan di Perkampungan Penulis Muda Peringkat Kebangsaan. Terbaru, minggu lepas penulis berkunjung semula.

2. Sungguh banyak pembaharuan, jeti kayu bertukar konkrit, feri kayu terbuka bertukar feri moden dan banyak lagilah.

3. Sepanjang perjalanan 3 jam dari KL, penulis menikmati 2 perkara sebelum Jun 2008,. Ketika itu kereta hanya menggunakan satu lorong kerana lebuhraya PLUS dinaiktaraf dan harga minyak naik mencecah RM2.78 seliter.

4. Kali ini, penulis menikmati 3 lorong yang lebar dan luas, serta harga minyak RM1.90 seliter. Jika sebelumnya minyak penuh Innova berharga RM120.00 kini hanya RM70.00 sahaja.

5. Dalam perjalan penulis terfikir, mengapakah tidak ada cadangan supaya dibina Lebuhraya 6 lorong di Sabah bukannya 2 lorong. Jika perlu diswastakan seperti di Semenanjung Malaysia tidak mengapalah kerana di Sarawak juga sudah ada Tol tetapi rakyatnya menikmati Lebuhraya yang lebih baik.

6. Semakin kita maju, dimana-manapun harga kemajuan semakin tinggi. Jika ada pihak menjanjikan bermacam-macam janji yang molek-molek macam MB Guhtrie di Selangor, ia adalah mustahil. Sedangkan sewa Rumah Rakyat Miskin daripada RM120.00 dipaksanaikkan kepada RM240.00.

7. Maka itu, penulis ingin membuka idea kepada YB-YB di Sabah supaya mencadangkan kepada Kerajaan supaya dibina Lebuhraya 6 lorong di Sabah. Jika terpaksa membayar Tol, ia boleh dipakejkan kepada tahap mampu bayar rakyat.

8. Jika penulis jadi Ketua Menteri Sabah, perkara pertama penulis usahakan ialah membina Lebuhraya 6 lorong di Sabah, supaya kita juga di Sabah akan mendapat kemudahan yang serupa dengan di Semenanjung Tanah Melayu.

MELAYU RAYA

on Friday, December 12

1. PADA tahun 1945, Presiden Soekarno membuat kesilapan yang amat besar apabila mengisytiharkan kemerdekaan Indonesia tanpa memasukkan Tanah Melayu walaupun Soekarno telah berjanji kepada pemimpin-pemimpin Tanah Melayu ketika itu untuk sama-sama menubuhkan Melayu Raya.

2. Kita tidak boleh salahkan mereka, barangkali ada sebab-sebab koordinasi, keselamatan, dan lain-lain faktor maklumlah zaman perang.

3. Chua Soi Lek, Lim Kit Siang, Ketua Wanita Gerakan dan beberapa lagi mentafsirkan Melayu di Malaysia sebagai pendatang. Mari kita jelaskan siapakah Melayu kepada mereka...

4. Apakah mereka lupa Indonesia/Malaysia/Brunei/Selatan Filipina/Selatan Thai/Singapura/Kemboja semua ini adalah Gugusan WilayahMelayu yang semuanya ada Raja.

5. Sebelum penjajah datang memecah-mecahkan Gugusan Wilayah Melayu ini kepada Malaysia/indonesia/Brunei/Thailand/Filipina/Kembija semuanya pun dikenali sebagai Gugusan Tanah Melayu.

6. Maknanya, Orang Bajau, Jawa, Bentan, Minang, Padang, Bugis, Siam, Patani, Riau, Suluk, Iranun dan sebagainya (maaf tak tertulis disini) semuanya adalah Melayu sebelum datangnya Penjajah Bebas bergerak ke seluruh Gugusan Wilayah Melayu tadi tanpa sempadan dan tanpa Pasport.

7. Jadi apakah MAKSUD TERSIRAT di sebalik kata-kata Chua Soi lek, Lim Kit Siang dan mereka sewaktu dengannyaitu bila mengatakan Melayu juga pendatang!

8. Maka Penulis ingin mencadangkan supaya orang-orang Melayu ini yang beragama Islam, fasih berbahasa Melayu, berbudaya Melayu hendaklah dipermudahkan menjadi rakyat Malaysia setelah mereka membuat permohonan dan cukup syarat-syaratnya.

9. Jika Kesatuan Eropah(EU) boleh menyatukan rakyat Eropah mengapa Melayu di Gugusan Wilayah Melayu ini tidak dapat disatukan menjadi MELAYU RAYA!

10. Budayawan negara A.Samad Ahmad dalam bukunya menulis Melayu itu ada 3 darah utama iaitu DKK (Darah keturunan Keling), DKA ( Darah Keturunan Arab) dan DKM (Darah Keturunan Melayu)... Tidak ada DKC ( Darah Keturunan Cina).

11. Penulis yakin melalui konsep MELAYU RAYA ini, maka orang-orang Melayu di Indonesia,Malaysia , Singapura, Thailand, Filipina boleh disatukan tanpa dihalang oleh undang-undang Imigran ciptaan Barat. Barulah kita boleh mempertahankan agama, tanahair dan bangsa kita untuk Anak Cucu-Cicit kita pada Masa Hadapan. Anda Bagaimana?

Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri

AGEN ASING

on Tuesday, December 9

1. Satu perkara yang menarik disebut oleh bekas Presiden US Bill Clinton di KL minggu ini berkaitan dia bertemu ramai orang Palestin yang kaya raya di Amerika, Ecuador dan lain-lain tempat, tetapi miskin di tanah air sendiri.

2. Bill Clinton jelas menyalahkan Palestin dan umat Islam kerana mempertahankan tanah air mereka daripada penjajahan Israel, dan kerana perbezaan Yahudi dengan Islam.

3. Bagi kita Umat Islam, pandangan Bill Clinton tidak boleh dipakai, walaupun dia membaca tafsiran Al-Quran, namun ia digunakan untuk membenarkan ideanya= menyalahkan umat Islam dan Palestin.

4. Jika kita peka, kaitan dalam negara menunjukan umat Islam dan Orang Melayu bukan saja sedang diperlekehkan, malah oleh agen asing seperti Bill Clinton.

5. Bill Clinton membawa idea perkongsian, kesamarataan, menyalahkan kemunduran umat Islam disebabkan mereka Muslim, yang Bill Clinton lupa ialah konsep demokrasi dan kesamarataan boleh diamalkan di negara ini.

6. Di USA, mereka berjaya memencilkan orang Red Indian, di Australia orang Asli diketepikan, di Afrika bertahun-tahun orang kulit hitam ditindas, di Arab mereka halau penduduk Palestin, di Singapura mereka sukarkan orang Melayu dengan konsep Merit, di Penang proses Singaporeanisation sedang berjalan.

7. Maka salahkah orang Melayu dan umat Islam merasa risau akan masa depan mereka di tanah air ini? Jika orang Melayu dihalau kemana mereka nak pergi berbanding yang lain?

Al-Azharri Siddiq Hj Kamunri

SRJK (C) vs SK

on

1. PENGALAMAN penulis mengajar murid-murid Cina semasa di Kota Kinabalu, Labuan, Johor Bahru dan Kuala Lumpur menunjukkan ada perbezaan besar apabila mengajar murid-murid Cina yang asal sekolah rendah SRJK (C) dengan murid Cina dari SK.

2. Memang diakui majoriti murid2 Cina tidak suka atau kalau boleh tidak mahu mengambil subjek Sejarah SPM. Jika Sejarah merupakan subjek pilihan, penulis yakin mereka tidak akan memilih subjek Sejarah.

3. Barangkali Sejarah negara Malaysia yang asasnya dipenuhi dengan nama-nama Pahlawan Melayu seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Panglima Bukit Gantang, nama-nama Sultan an sebagainya amat sukar bagi mereka menerimanya, atau satu proses jangka panjang supaya generasi mereka tidak mahu tahu.

4. DAP terutamanya sebagai parti yang memperjuangkan Malaysian Malaysia yang samarata, ( seperti buah semangka dibelah 3 kena sama besar sama adil ), sepatutnya sebelum bercakap mengenai Malaysian Malaysia hendaklah meyakinkan bangsa mereka bahawa memang Sejarah Malaysia itu asasnya Melayu dan Islam, dan apabila bercakap soal kesamarataan maka asasnya itu Melayu & Islam juga.

5. Penulis membaca buku YB Lim Kit Siang ( The Crisis Identity of Malaysia ), dan terbukti Lim Kit Siang tidak melaksanakan apa yang ditulisnya selepas memerintah Penang dan Selangor sedikit Perak. Dia baru tahu betapa sukarnya melaksanakan idea-ideanya itu setelah memerintah.

6. Namun, kajian dan pemerhatian penulis di dalam kelas, murid2 Cina yang berasal dari Sekolah Kebangsaan nampaknya tiada masalah mempelajari Sejarah. Ada diantara mereka boleh mendapat 80%-95% markah penuh.

7. Ini membuktikan Sekolah Kebangsaan boleh menyatupadukan semua kaum. Masalahnya mengapa susah sangat nak tukar SRJK kepada SK! Seperti kata Profesor Khoo Kay Kim minggu lepas, jika benar-benar nak bersatu mulakan dari Sekolah rendah dengan hanya ada satu sahaja Sekolah Kebangsaan! Sanggupkah DAP/Gerakan/MCA/MIC...

8. Penulis menyatakan kepada Ketua Pemuda Parti Progresif Rakyat ( PPP ), R. Elan Govan yang juga sahabat lama penulis supaya hightlightkan dalam perjuangan Pemuda PPP ke arah perpaduan. Dan Perpaduan itu jatidiri, teras dan asasnya mesti Melayu & Islam, hendaklah difahami bukan MeMelayukan atau MengIslamkan orang bukan Melayu secara paksa.

9. Dahulu di Tawau, Sabah ada SRJK Bombalai (Melayu) dan ada SRJK Bombalai (Inggeris). Pada pertengahan 1980-an tidak silap, kedua-dua sekolah tersebut ditukar menjadi hanya satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Bombalai. Maka mengapakah di peringkat Nasional, perkara ini sukar dilakukan.

7. Di Singapura hanya ada satu sahaja Sekolah Kebangsaan yang bahasa pengantarnya bahasa Inggeris dan bahasa Melayu kekal bahasa Kebangsaan Singapura ( pada nama sajalah ). Tetapi di Singapura tidak ada SRJK ... Mengapa di Malaysia sukar? Siapakah batu penghalang ?

WASIAT PM SINGAPURA

on Saturday, December 6

1. Sejarah membuktikan bahawa orang-orang Melayu di Indonesia, Tanah Melayu/Sarawak/Sabah/Selatan Thai/Singapura/Brunai/Kemboja = Semua ini dikenali dalam sosio geo-politik sebagai Wilayah Tanah Melayu.

2. Di Arab pula seperti Arab Saudi,UAE, Kuwait, Iraq, Iran, Yaman, Palestin, Jordan, Syria, Mesir, Yaman, dan sekitar Wilayah Arab( ada Tamadun Mesopotamia dan Tamadun Mesir Purba).

3. Mereka semua bangsa Arab, hanya penjajah seperti Britain, Perancis, dan Jerman yang memecah-mecahkan bangsa Arab seperti yang ada sekarang.

4. Negara Israel tidak pernah wujud melainkan tanah itu dirampas daripada tanah Palestin. Yang berlaku sekarang ialah Amerika dan PBB memaksa seluruh dunia mengiktiraf negara haram Israel ini.

5. Di China, bangsa Cina yang asalnya berpusat di daerah Shih Huang Ti berpecah kepada Taiwan, Hong Kong, Tanah Besar China, malah Jepun , Korea juga adalah sisipan suku bangsa Cina.( ada Tamadun Shih Huang Ti) di Sungai Kuning.

6. Walau kaya macammana sekalipun orang Cina di Malaysia, walau mereka menjadi Menteri, Ketua Menteri, YB namun asal-usul keturunan mereka tetap semua orang tahu.

7. Seringkali mereka mengatakan mereka pun bayar cukai itu ini, maka mereka berhak menikmati apa pun secara samarata termasuk menjadi PM, TPM dan MB.

8. Persoalan yang sama ialah, mengapakah orang-orang Melayu yang membayar bermacam-macam cukai di Singapura Tidak Boleh menjadi PM, TPM, malah Menteri, IGP, Panglima Tentera dan sebagainya?

9. Sebenarnya orang Melayu di Singapura jangan mengharapkan semua itu kerana itulah nasihat yang diberikan kepada Penasihat Eropah kepada Lee Kuan Yew 50 tahun dahulu, supaya jangan diberi peluang kepada orang Melayu memegang jawatan penting.

10. Nasihat ini diperturunkan, diwasiatkan dan diamalkan oleh semua PM Singapura.

11. Di Malaysia, jika kita bercakap begini, mereka akan kata kita rasis! Apakah rasis bercakap sejarah? Pernah sejarah berbohong?

12. Di dalam dunia ini, hanya Sejarah Singapura diubah kononnya dibuka pada Tahun 1819 oleh Raffles, bukannya dibuka oleh Raja-Raja Melayu di Johor!


CINA INDONESIA vs CINA MALAYSIA

on Thursday, December 4

1. Penulis telah membuat layout baru untuk membuat pembaharuan. Ia belum muktamad lagi, beberapa perkara sedang diperbaiki lagi, melibatkan masa.

2. Jika kita ke Sulawesi Selatan di bandar Bone atau Pare-Pare, melihat orang-orang Cina Indonesia berniaga tentu anda terperanjat kerana mereka menggunakan bahasa Bugis semasa berjual-beli.

3. Jika kita berjalan-jalan di LCCT, Kuala Lumpur terserempak dengan pelancong Indonesia fasih berbahasa Melayu logat Indonesia, anda pasti terperanjat mereka itu sebenarnya orang Cina Indonesia.

4. Jika kita pergi ke Kota Mekkah atau Madinah, peniaga-peniaga di situ menggunakan bahasa Melayu semasa berurusniaga. Malah Ringgit Malaysia pun mereka terima tidak perlu tukar kepada Riyal.

5. Maka seorang Cina Indonesia telah menulis surat kepada akhbar Malaysia, dipendekkan bertanya kenapa di Malaysia orang Cina bercakap Mandarin/Hakka dsbnya tidak menggunakan bahasa Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan sebagai bahasa rasmi negara, bahasa utama bukan bahasa sekunder.

6. Maka kalau DAP selalu mengatakan semua perkara mesti adil seadil-adilnya, rata sesama ratanya, demokrasi sedemokrasinya, maka sanggupkah mereka menghapuskan Sekolah Jenis Kebangsaan mereka? Semua bahasa Mandarin, bahasa Tamil, bahasa Kadazan, bahasa Iban, bahasa Bajau semuanya itu diajar sebagai matapelajaran elektif di dalam Sekolah Kebangsaan? sebagaimana di Singapura!

7. Maka mereka pula akan menyoal, kalau begitu bahasa Melayu juga diajar setaraf dengan bahasa-bahasa mereka! Sudah tentu tidak kerana Perlembagaan tidak merendahkan bahasa Melayu setaraf bahasa Mandarin. Bahasa Melayu adalah Hak Istimewa bangsa Melayu dan tarafnya tinggi dalam Perlembagaan.

8. Maka itu, pada pendapat penulis tindakan GGMM menyaman kerajaan Pulau Pinang adalah tepat kerana menggunakan bahasa-bahasa kaum/lain di tempat awam adalah lari dari maksud perlembagaan. Namun apakah mereka akan menang...mudah-mudahan mereka menanglah kerana kemenangan mereka akan membuktikan ketertinggian sebenar perlembagaan itu..kerana peguam-peguam mempunyai satu istilah iaitu tidak ada di antara mereka yang bersetuju sesama mereka...masing-masing mempunyai tafsiran sendiri.

9. Apa pun, dalam kita hidup bersama-sama dalam negara berbilang kaum ini, kita mesti menerima hakikat bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Tanah Melayu ini, Raja Melayu adalah Raja kepada Tanah Melayu ini, Agama Islam adalah agama rasmi/persekutuan kepada negeri Tanah Melayu ini, kuota orang Melayu adalah Hak Istimewa orang Melayu, Askar Melayu, Tanah Simpanan Melayu pula sudah wujud sebelum tahun 1900 lagi.

KEMBALIKAN KEKEBALAN RAJA-RAJA MELAYU

on Wednesday, December 3

1. PENULIS berpendapat YB Lim Kit Siang memberi tafsiran yang salah apabila mentafsirkan Ketuanan Melayu sebagai orang Melayu tuan orang Cina hamba. Perkara ini tidak tepat, namun penulis faham motif Lim Kit Siang ialah untuk menunjukkan kepada orang-orang Cina bahawa dia mempertahankan mereka. Dalam politik ia menguntungkan Lim Kit Siang.

2. Kesannya ialah kepada orang Melayu. Orang bukan Melayu akan melihat orang Melayu sebagai racist. Orang bukan Melayu akan menuduh orang Melayu sebagai perkauman.

3. Maka bangunlah seluruh pejuang Melayu mempertahankan hak-hak keistimewaan mereka. Sebab itulah selepas sahaja PRU12, DAP terutamanya berusaha menukar dan menggantikan apa sahaja dasar supaya dasar itu dilihat sebagai sama rata dan atas nama keadilan.

4. DAP berusaha menjadi Menteri Besar Perak selepas PRU12, namun Undang-Undang Tubuh Negeri Perak dan DYMM Seri Paduka Baginda Raja Perak menjadi penghalang. Maka dasar-dasar DAP itu dipaksakan kepada MB perak yang ada sekarang.

5. Persoalannya, jika pada PRU13 nanti mereka mempunyai majoriti melebihi UMNO dan PAS, bolehkah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Meneteri diberikan kepada pemimpin bukan Melayu? Mereka sudah membandingkan dengan Barrack Obama? Tetapi mereka tidak melihat sudah beratus tahun Amerika Merdeka, dan baru berapa tahun Malaysia pula merdeka?

6. Penulis berpendapat, kekebalan Raja-Raja Melayu sebagai benteng terakhir di negara ini mesti dikembalikan, jika tidak kebarangkalian perkara 5 di atas berlaku adalah 50-50.

7. Pada penulis tiada sesiapa yg rasis dalam hal ini, kerana setiap hari kita berurusan dengan ketiga-tiga kaum terbesar ini, kehidupan masih harmonis, masing-masing saling bergantungan.

8. DAP jelas tidak ikhlas , walaupun higtlightkan Malaysian Malaysia, semua orang sama rata, semua orang bayar cukai, semua orang mesti adil dsbnya...apabila dicadangkan Sekolah Satu Sistem...adakah mereka akan bersetuju tiada sekolah jenis macam di Singapura?.

Maknanya sangat mudah, mereka sebenarnya nak hakis kekuatan orang Melayu, umat Islam, Sekolah Kebangsaan, bahasa Melayu dsbnya supaya Malaysia ini menjadi Singapura. Itulah impian mereka. Bacalah surat khabar cina-DAP dan terjemahkan kepada bahasa Melayu...anda akan tahu rahsianya.

PENAFIAN & MAKLUMAN

on Tuesday, December 2

1. PADA mulanya penulis dimaklumkan beberapa bulan lalu ada komen/komentar Jentayu di dalam blog-blog yang lain. Minggu lepas penulis dimaklumkan ada lagi pihak tertentu menggunakan nama Jentayu dalam slot Pesanan Ringkas/Komentar/Komen/dsbnya. Dua hari lepas memang benar rupanya kerana penulis terjumpa dalam dua tiga blog.

2. Penulis ingin memaklumkan ia bukan daripada penulis kerana penulis tidak pernah memberi komentar/komen/pesanan ringkas/dsbnya dalam blog-blog yang kecuali dalam blog rakan-rakan penulis yang penulis akan memaklumkan kepadanya melalui sms.

3. Jika mana-mana Blogger terjumpa penggunaan nama Jentayu mohon dirujuk dahulu kepada penulis untuk pengesahan, almaklum dalam penulisan siber ini perkara-perkara seumpama ini sangat mudah berlaku.

Namun penulis sedar nama Jentayu bukan hak mutlak penulis, ia boleh digunakan oleh orang lain.

4. Jika ada pandangan penulis tidak dipersetujui oleh pembaca, itu tidak mengapa kerana memanglah itu lumrah berbeza pendapat dan kecenderungan.

5. Yang penting perjuangan menegakkan agama Islam /mempertahankan keistimewaan orang Melayu/ juga hak bangsa lain dalam perlembagaan diteruskan.

KENAPA MALAYSIA TIDAK BOLEH

on

1. CADANGAN Datuk Mukhriz Mahathir, MP Jerlun ke arah menggantikan pendidikan berbeza aliran sekarang kepada Sekolah satu sistem sangat menarik. Profesor Khoo Kay Kim mengulas sebagai cadangan yang sangat baik dan menyamai cadangan Penyata Razak dan Jawatankuasa Barnes 1951.

2. Penulis berpendapat cadangan ini perlu difikirkan kerana isu-isu perkauman yang sering dibicarakan baik oleh mana-mana parti dalam kerajaan dan pembangkang nampaknya tiada kata putus. Masing-masing parti yang mewakili kaum masing-masing ingin menjadi juara kaum masing-masing.

3. Tanpa merosakkan perlembagaan yang ada, maka barangkali idea sekolah satu sistem sebagaimana di Singapura boleh digunakan. Kalau di Singapura tidak ada Sekolah Jenis Kebangsaan, maka mengapa di Malaysia tidak boleh dilaksanakan.

4. Hak-hak dan Keistimewaan kaum masing-masing yang dijamin dalam perlembagaan persekutuan boleh dijadikan asas , kepada perbincangan dengan parti-parti lain. Seperti kata tokoh pendidik, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad , semua ini memerlukan keazaman politik yang kuat.

5. Dalam hal ini, penulis jangka masalah besar ialah daripada parti DAP, dan juga MCA, GERAKAN yang pastinya akan mempertahankan sekolah-sekolah jenis kebangsaan kaum mereka. Inilah masalah besarnya.

6. Mungkin pembaca ada idea yang bernas.

7. Penulis melihat jika Sistem Perbankan Islam boleh diterima oleh orang bukan Islam, maka sudah pasti ada jalan Sekolah satu sistem direalisasikan.

PAS SABAH

on Monday, December 1

1. TERLEBIH dahulu marilah kita sedekahkah surah Al-Fatihah kepada allahyarham Datu Bandira Datu Alang , bekas Pesuruhjaya PAS Sabah. Alfatihah.

2. Penulis mengenali allahyarham sebagai seorang pegawai tinggi di FELDA Tawau hampir 20 tahun dahulu. Ketika itu, beliau juga aktif dengan penulis bersama-sama dalam Badan Bahsa Sabah ( BAHASA ). Kami sempat menganjurkan Perkampungan Sasterawan 1992 di Tawau yang turut dihadiri Saterawan-Sasterawan Negara sepati Dato' A Samad Ismail, Anwar Ridhwan dllnya.

3. Allahyarham turut bertanding Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau ketika itu ( 1991 ) tetapi tidak berjaya. Pada masa itu, penulis turut membantunya.

4. Kemudian allahyaham bertukar ke Kota Kinabalu antaranya menjawat Pengarah SAFMA Sabah jika tidak silap.

4. Kemudian allahyarham berhenti dan membuka bisnes sendiri dan menyertai PAS, jawatan terakhirnya sebagai YDP PAS Sabah di samping pernah bertanding pilihanraya.

5. Baru-baru ini penulis, bertemu isteri dan anak-anaknya di Perlis, alhamdulillah semua mereka sihat dan kuat menerima qada dan qadar Ilahi.

6. Apa yang boleh dihightlightkan dalam perjuangan alahyarham ketika dalam UMNO ialah membantu anak-anak Sabah menyertai FELDA, tidak menggunakan wang semasa berkempen, mengajak orang di sekelilingnya supaya meningkatkan ilmu pengetahuan, dan meningkatkan taraf sastera Sabah . Antara bukunya yang sempat diterbitkan ialah mengenai asal-usul suku Iranun di Sabah.

7. Walaupun allahyarham menyerati PAS kami tetap berhubung dan terus membincangkan isu-isu semasa. Tidak pernah keluar dari mulut allahyarham mencaci, mencarut, memaki hamun macam ahli-ahli PAS abad baru ini, sebagaimana ahli PAS yang bertopengkan anoninus dalam komen-komen dalam blog ini. Jauh sekali akhlaknya dengan TPJ PAS Sabah dalam komentarnya sebelum ini.

7a. Itulah allahyarham Datu Bandira Datu Alang, mantan Pesuruhjaya PAS SABAH dan mantan pengasas UMNO Sabah Tawau.ALFATIHAH, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan