100 HARI

on Monday, January 19

1. JIKA Allah SWT mengizinkan & mempermudahkan , DS Najib akan menjadi Perdana Menteri ke-6 tidak sampai 100 hari dari sekarang.

2. Maka lengkaplah Teori RAHMAN.

3. DS Najib mewarisi 137 Kerusi di Parlimen dengan Pakatan Rakyat menambah satu menjadi 82, Bebas 3 .

4. Penulis optimist dua MP Bebas mantan SAPP bakal menyertai semula BN menjelang April, dan penulis juga menjangka MP Bebas Pasir Mas akan menyertai semula BN memandangkan hubungan lama akrab beliau dengan Tun Mahathir dan DS Najib.

5. Beberapa Pilihanraya Kecil bakal diadakan, dijangka sedang menunggu dalam senarai Pensiangan dan Kapar.

6. Perhimpunan Agung UMNO Mac 2009 akan mengesahkan DS Najib sebagai Presiden UMNO dan seterusnya Perdana Menteri Malaysia.

7. Selepas DS Najib menjadi PM & Presiden UMNO dan Tun Mahathir kembali menguatkan parti, penulis menjangka politik negara akan berubah dalam skala besar.

8. Yang pasti ada pemberatan politik supaya MP BN yang memiliki Idealisme dan keberanian seperti MP Jerlun, MP Rembau, MP Pasir Mas, MP Sri Gading, MP Pasir Salak, MP Bintulu, MP Muar, supaya diberi peluang menyertai Kabinet baru Malaysia. Kita tunggu...

5 Komen:

ڤنا مينڠ / PENA MINANG said...

Semoga benda yang ditulis oleh saudara ini mudah-mudahan menjadi kenyataan. Semoga Allah menyelamatkan Malaysia dari segala bencana

cekodokmasin said...

Salam tuan,
Buatlah satu anjakan paradigma dalam politik tanah air. Kebaikannya bukan untuk kita sahaja tetapi anak cucu cicit serta keturunan kita kelak. InsyaAllah, dengan segala senario politik terutama yang melibatkan orang Islam dan melayu, kuasa Islam dan melayu akan terpelihara dan bertambah kuat.

Sedingin Salju said...

Hidup melayu. Eh aku cina. haha. ya benar, slogan ini iaitu hidup perlu dikekalkan. Ini tanah melayu. Ingat, hak melayu. Semoga tulisan encik dapat menjadi kenyataan.

Pejuang Bangsa said...

salam sdr jentayu

kita harap semua ini dpt menjadi kenyataan .. tak sabar rasanya menunggu PM ke 6 menjadi PM !!!

semoga Najib dapat menyatupadukan melayu

Gerila Malaya said...

Semoga Allah memberkati usaha kita semua dan mengangkat Malaysia sebagai negara Islam yang unggul.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan