CARA NAJIB

on Sunday, January 4

1. Selepas Pak Lah menamakan DS Najib sebagai bakal PM, pelbagai langkah telah dilaksanakan, antaranya penurunan harga minyak sehingga RM1.80 seLiter, Pakej Rangsangan RM7 Billion yang tidak lama lagi akan dinikmati oleh rakyat dalam bentuk pembangunan, kemudahan, dan sebagainya.

2. Masalah Lif di Sentul akhirnya berjaya diatasi dengan bijak . Yang memalukan ialah selepas masalah tersebut selesai barulah terhinjut-hinjut muncul YB Tian Chua yang berani baring atas jalan time demonstrasi dan yang pernah cuba cantumkan gambar DS Najib dengan Altantunya. Besarnya hati DS Najib memaafkan saja kejahatan YB Tian Chua itu.

3. Terkini, beberapa syarikat besar dijangka akan terjangkit dengan apa yang berlaku di barat dan di Jepun sekarang. Jika Honda, Mitshubishi, Subaru, Toyota sudah menamatkan komitmen mereka kepada sukan permotoran, kilang-kilang kereta GM, FORD dikatakan akan menambah lagi pemberhentian pekerja mereka.

4. Untuk mengatasi kemungkinan tersebut berlaku di dalam negara, DS Najib sudahpun menyatakan bahawa kerajaan tidak ragu-ragu untuk menambah lagi Pakej Rangsangan Ekonomi yang sedia ada supaya rakyat tidak terjejas dengan masalah ekonomi global ini. Keberanian ini menampakkan lagi ketokohan DS Najib sebagai bakal PM.

5. Di peringkat bawah rakyat perlu juga berubah, jika kita ke Mesir kita dapati pensyarah-pensyarah di Mesir hanya bergaji dalam lingkungan RM300, RM500 dan RM1,000 sahaja wang Malaysia, mereka menaiki bas ke bilik kuliah dsbnya, maka kita harus bersyukur dengan kebijakan kerajaan. Di Malaysia ( KL ) gaji pengawal keselamatan sahaja gaji pokok RM1,000 belum ditambah overtime.

6. Kepada orang-orang kampung yang sedang terhimpit oleh harga sawit yang rendah, berdoalah agar usaha kerajaan akan berhasil. Rundingan dengan Indonesia baru saja diputuskan, penggunaan bio-diesel akan dipertingkatkan, maka dua langkah ini dijangka akan melonjakkan harga sawit dalam suku pertama tahun 2009.

7. Sebagaimana seluruh dunia menunggu Pakej Ekonomi Obama, di Malaysia juga menunggu Pakej Ekonomi DS Najib. Jika sesiapa yang mempunyai Idea yang luar biasa, bolehlah kita berkongsi untuk disampaikan kepada DS Najib.

3 Komen:

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

1. Langkah bijak DS Najib menurunkan harga minyak selaras dengan penurunan harga minyak dunia. Harga barangan terutama di kedai-kedai runcit di kampung-kampung juga telah mengalami "penurunan" yang ketara selaras dengan penurunan kos pengangkutan.
2. YB Tian Chua memang tidak malu terhengeh-hengeh selepas masalah Lif telah diselesaikan. Sepatutnya beliau meminta maaf kepada DS Najib mengenai kes Altantunya selepas Razak Baginda membuat pengakuan yang DS Najib tidak terlibat lansung dalam kes Altantunya.
3. Pakej ekonomi DS Najib memang dinantikan oleh semua dan diharap dapat memperbaiki kesilapan yang telah "kita" lakukan.

Dakjaat™ said...

turun harga minyak tu bukan Najib punya pasal .. itu ekoran dari harga minyak dunia.. kat kampung jer harga turun .. kat kawasan bandar?? haram nak turunnya.. tak turun2 gak harga barang .. peniaga yang degil2 ni la yang patut dibelasah guna bantal .. kahkahkah!

Najib terlibat dlm kes altantuya ke tak .. dorang tu orang politik .. semuanya boleh digelapkan jer menggunakan wang .. wang perosak akhlak manusia .. dalam zaman sekarang nak suruh orang benci duit ade ke? takkan ada ... nak tak nak duit tu juga yang membuatkan manusia sanggup terpesong dari pendirian dan pelbagai lagi matlamat dari hidup mereka sendiri

Anonymous said...

WOI MALAUN BUDAK DAKJAAT, KALAU HARGA PASARAN DUNIA MINYAK TURUN BANYAK SEKALIPUN KALAU NAJIB SEBAGAI MENTERI KEWANGAN TAKNAK TURUNKAN HARGA KAT MALAYSIA, TAK TURUN JUGAK BENGONG..DUIT ABG NUAQ KO TU LAGI BANYAK PINJAM DARI YAHUDI..PASNI DIA JUAL MALAYSIA LA TU..KO PERNAH TAK TANYA DSAI MANA DIA DAPAT DUIT BANYAK KEMPEN BESAR2AN MASA PRU12? DA HABIS PRU12 BARULAH DIA COVER NAK KUTIP DERMA DARI RAKYAT, KONON NAK GUNA PARTI PR..CHITPOODAH..SUDA2LA MELAYU DIPERALATKAN..TANAH MELAYU KENA JUAL 999 TAHUN HAKMILIK BAGI KAT CINA, TANAH ORG MELAYU CUMA 99 TAHUN..APSAL TAK BAGI UNTUK SEMUA BANGSA? KENAPA CINA SAJA?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan