KELAS F

on Sunday, January 11

1. SEMALAM penulis berhubung dengan YB Dato Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkenaan pandangan penulis mengenai artikel penasihat kerajaan.

2. Beberapa tindakan kerajaan kebelakangan ini sangat tepat terutama pembatalan pembelian IJN oleh Sime Darby. Sebenarnya Sime Darby Specialist Centre ( SDSC ) sudah wujud di Malaysia, mereka hanya perlu upgrade perkhidmatan sahaja .

Pengalaman penulis dengan SDSC memang perkhidmatannya berkualiti dan cepat tetapi harga perkhidmatan sangat tinggi. Cuba bayangkan untuk mendapatkan satu helai salinan report perubatan caj yang dikenakan tidak silap mencecah RM50.00 , sedangkan kalau dicopy saja hanya berharga RM0.10.

Jadi, bayangkan rakyat yang tidak berpendapatan tetap/rendah jika IJN dijual kepada Sime Darby. Jika kita melawat IJN sekarang ia sentiasa penuh dengan manusia, malah khabarnya IJN melakukan 10 operation setiap hari.

3. Kakitangan kerajaan pula hanya mempunyai tidak sampai sebulan untuk menukar Skim KWSP kepada Skim Pencen. Bagi penulis kedua-dua skim mempunyai kelebihan pada keadaan-keadaan tertentu, contohnya bagi sesiapa yang memiliki KWSP amat mudah sekali untuk mengeluarkan wang untuk membayar deposit rumah, pengeluaran kedua yang dibuat setiap bulan, membayar yuran pengajian universiti dsbnya.

Skim pencen pula akan dinikmati selepas bersara. Penulis menjangka kerajaan akan menaikkan tempoh umur persaraan kepada 60 memandangkan Singapura sendiri sedang membuat kertas cadangan untuk menaikkan umur bersara ke tahun 65.

4. Kerajaan dilaporkan telah mempercepatkan Pakej Rangsangan 7 Billion yang dibentangkan di Parlimen, penulis menjangka para konraktor Kelas F terutamanya akan mendapat giliran masing-masing menjelang hujung bulan ini.

Dengan itu, dapatlah projek-projek yang tertangguh akibat kemelesetan ekonomi Global dijana dan dapat dinikmati oleh rakyat dalam bentuk pembangunan.

5. Penulis juga menjangka DS Najib tidak akan teragak-agak untuk menambah lagi Pakej Rangsangan sekiranya kegawatan ekonomi Global masih berterusan menjelang Mac dan April.

6. Esok penulis akan ke Parlimen untuk bersama-sama Ahli Parlimen Malaysia menentang Pembunuhan rakyat Palestin oleh Zionist-Israel dan Amerika. Penulis percaya rakyat juga mahu tahu cerita sebenar Deklarasi Annapolis Summit 2007.

3 Komen:

Sedingin Salju said...

Semoga akan terus menulis.

Anonymous said...

Sebenarnya kerajaan membuat keputusan tidak tepat dalam hal IJN. ini kerana sepatutnya tidak timbul langsung perkara ini akan berlaku. jika sime darby telah menghantar proposal sepatutnya dengan mudah telah menolak tanpa perlu lihat rakyat punya pandangan. itu baru namanya kerajaan rakyat. bukan cadang dulu kemudian rakyat tolak baru nak buat penilaian. itu backward punya kerja. sepatutnya kalau mereka kat sana prihatin apa saje yang berkaitan dengan hal ini tak perlu sampai tahap ini. dan pihak swasta pun tahu mereka tak akan berjaya sebab lagi mula lagi dah tahu tak akan berjaya.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

1. Pembelian IJN - Agenda pemimpin tertentu yang dipatahkan oleh suara rakyat. Setuju sepatutnya proposal telah ditolak tanpa perlu meminta pandangan rakyat.

2. Setuju pakej rangsangan dipercepatkan. Agihan projek mestilah telus dah berhemah. Tertarik dengan agihan projek yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang. Lebih telus dan lebih "cost effective". Itu yang diperkatakan oleh kontraktor yang tak mempunyai dan di "back up" oleh orang politik.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan