MINUM & GELAK KETAWA

on Thursday, January 15

1. APABILA melihat kemesraan DS Anwar bersama dengan beberapa MP UMNO di kafe Parlimen, minum dan bergelak ketawa, ia memberikan banyak signifikasi.

2. Apabila Azmin Ali memberi istilah sahabat-sahabat karibnya di dalam UMNO semasa berucap di Dewan Rakyat, juga memberi banyak pengertian.

3. Apabila Datuk Ibrahim Ali berucap di pentas-pentas UMNO sekarang bersama-sama dengan wakil rakyat UMNO di Selangor, juga memberi seribu satu macam makna.

4. Apabila Tun Dr. Mahathir sudah mula ditemu dan bertemu dengan menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri, sudah ada ketibaan makna.

5. Maknanya sirih akan pulang ke tempat asalnya, pada hemat penulis DS Najib akan berjaya menyatukan orang-orang Melayu yang sedang berpecah di dalam UMNO/PAS/PKR sebagaimana ayahandanya telah melakukannya dahulu.

6. Di Kuala Terengganu, sama juga seperti di Permatang Pauh, atau di mana-mana PRKecil, DS Najib tidak pernah meninggalkan gelanggang, walaupun tidak ada kepastian akan menang, DS Najib setia membantu mana-mana calon BN...ini merupakan satu ciri yang positif kepada bakal PM Malaysia. Setia ketika senang dan susah.

Malah tidak lama dulu seorang Pemimpin tertinggi PAS meminta supaya pemimpin muda PAS mencontohi cara DS Najib berkata-kata kerana memiliki ciri-ciri negarawan. Penulis pun terkejut.

6 Komen:

Sedingin Salju said...

Ha, semoga DS Najib menyatupadukan semua depa ni.

Mankanan said...

Seandainya Najib dapat menyatukan semula melayu UMNO, PAS dan PKR, maka ia mungkin akan menjadi ketakutan pula kepada bangsa lain. Maaf, ini bukan racist, cuma andaian. Sepatutnya bangsa lain tidak perlu takut kerana belum pernah ada dalam sejarah Melayu menindas bangsa lian selagi semua bangsa menghormati antara satu sama lain.

Saya teringin sangat nak merasakan kehidupan seperti ini, maksudnya semua Melayu hidup bersatu tak kira UMNO, PAS atau PKR... Akankah ia menjadi kenyataan?..

Najib selaku TPM harus menyahut cabaran ini supaya Malaysia akan kembali dihormati di seluruh dunia sebagai sebuah negara Islam yang penduduknya berbilang agama dan bangsa yang hidup bersatu padu dan toleransi... Indahnya Malaysia...

Anonymous said...

ya ....saya juga mempunyai impian yg sama jentayu. Melayu/islam bersatu padu.

sepatutnya pemimpin melayu kena ada grand plan utk naikkan semula org2 melayu.

kita boleh bercakaran atau bermain silap mata tapi grand plan utk menaikkan org2 melayu mesti berjalan juga.

cthnya, pada pendapat saya pemimpin2 ultra melayu dah pun mencuba. ingat tak bagaimana dr.m memulakan langkah penswastaan nya di m'sia.

tukar landscape ekonomi kepada industri. tun daim and the gang, yg dominasi bursa BSKL yg jadi main player yg digeruni.

byk taikun melayu yg muncul, berjaya pujuk bangsa2 lain jual bisnes mereka kepada org2 melayu.

semua ini sudah dicuba, tapi iannya nampak hanya ditujukan kepada kelompok atasan melayu sahaja. sedikit gerakan untuk golongan pertengahan. manakala golongan bawahan ada byk skim yg boleh tolong.

bagi pendapat saya, putaran kali ini pemimpin2 melayu mesti ada grand plan dan kerja2 utk menaikkan org2 melayu mesti diteruskan regardless politik kepartian.

zul-UPM

Mak said...

Mungkin pemimpin2 sedar keutamaan pada keamanan negara lgi penting dari kepentingan peribadi. Ambil iktibar dari thailand dan yg terbaru Palestin.

anaklangkawi said...

baguslah.. Melayu perlu bersatu walaupun berbeza ideologi politik..

http://other-perspektif.blogspot.com/

Pejuang Bangsa said...

saya berdoa DS Najib dapat menyatupadukan Melayu yang kini berpecah ..

jika Tun dapat kembali ke UMNO ,insyallah BN akan lebih kuat semula.

Saya meramalkan apa yang dikatakan oleh jentayu pasti akan menjadi kenyataan .. ia hanya boleh jadi kenyataan dengan Najib menjadi PM ke 6 ..sama2 kita berdoa

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan