PENASIHAT KERAJAAN

on Friday, January 9

1. SEWAKTU mudanya, Tun Dr. Mahathir bukanlah seorang anak yang kaya, melainkan anak kepada Guru Besar yang gaji sebulannya tidak sampai pun RM300.00 . Sebab itu Dr Mahathir menjual kuih di sekitar Alor Setar semasa kecilnya. Berbeza dengan DS Anwar yang sememangnya sudah hidup senang dan kaya sewaktu zaman kecilnya lagi.

2. Apabila Dr. Mahathir berjaya menjadi antara Doktor yang pertama di Kedah ketika itu, dan ditempatkan pula di Langkawi , di sebuah pulau yang sangat mundur ketika itu, beliau tidaklah menolak sebaliknya terus berkhidmat di situ, kemudiannya membuka klinikMaha, Klinik Melayu yang pertama di Pekan Rabu.

3. Apabila Dr. Mahathir dipecat daripada UMNO pada hujung tahun 196oan, Tun menulis 2 buah buku yang penting iaitu buku agama bertajuk " Menghadapi Cabaran ", dan buku " The Malay Dilemma " yang sekarang sudah terbit edisi baru. DS Anwar hanya mengumpul koleksi ucapannya dan menjadikannya buku kecil " Perubahan" (awal 1980) dan koleksi ucapan " The Asian Renainsance (akhir 1990).

4. Dr. Mahathir sangat Rapat sebenarnya dengan keluarga Pak Lah terutama ayahandanya Hj. Ahmad Badawi. Semasa Allahyarham Tun Razak & Dr. Mahathir berkunjung ke rumah ayah Pak Lah pada hujung 1970an, ayah Pak Lah sendiri yang masak untuk makan tengah hari. Ketika itu Dr. Mahathir dan Tun Razak menaiki Teksi sahaja. Tujuan bertemu ayah Pak Lah ialah untuk memujuk ayah Pak Lah supaya memberi laluan kepada orang lain untuk bertanding PRU, dan ayah Pak Lah ternyata tidak keberatan.

5. Tun Dr. Mahathir dilahirkan pada tahun 1925, sudah 84 tahun tetapi kekuatan mindanya tidak bisa ditandingi hatta oleh DS Anwar Ibrahim. Seperti yang penulis katakan di awal blog ini dulu, DS Anwar hanya tidak berani kepada Dr. Mahathir sahaja kerana semua kelemahan dan kekuatan DS Anwar ada dalam genggaman Dr Mahathir, maka jika BN mahu mengambil balik 5 negeri yang diperintah pembangkang sekarang, jawabnya ialah Tun Dr. Mahathir.

4. Dua bulan sebelum PRU12, Tun Daim Zainudin sahabat baik Dr. Mahathir meramalkan negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Kedah, Perak, Selangor bakal bertukar kerajaan. Dan ternyata ia terbukti.

6. Selepas kegagalan 916, perhatikan semua perancangan DS Anwar terganggu. Semua janji Pilihanraya PKR tidak dapat ditunaikan malah janji RM50.00 di Selangor pun sudah tidak mampu. Semua jentera PKR mecet, Bloggers PKR banyak yang tutup, Blog RPK sudah perlahan, hanya tinggal gurkha-gurkha kecil saja, yakni anak-anak muda yang bersemangat muda, pejabat-pejabat PKR yang disponsor oleh mereka yang teruja dengan 916 akhirnya menarik balik penajaan, sebab itu banyak pejabat PKR sedang tutup sekarang. Hanya PAS banyak membantu menghidupkan PR.

7. Pada hemat penulis , DS Najib bakal melebarkan lagi skop Penasihat kepada Tun Dr. Mahathir bukan sahaja sebagai Penasihat kepada Petronas tetapi akan menjadi Penasihat kepada Kerajaan.

8. Budaya politik di atas disebut sebagai segolisme, diasaskan oleh tokoh-tokoh sezaman mereka iaitu Tun Dr Mahathir, Lee Kuan Yew, Presiden Soeharto, Hun Sen dan Ranaridh, Corazon Aquino, Sultan Hasanal Bolkiah, Rajiv Ghandi, Margaret Thacher.

4 Komen:

Pejuang Bangsa said...

jentayu ,

saya menjangkakan pemerintahan Najib nanti kemungkinan Tun Mahathir akan menjadi Penasihat Kerajaan selepas membaca artikel saudara ini..

jika perkara ini baik untuk negara dan parti BN ,kita tidak ada masalah dan akan support BN dan juga Najib sebagai PM .PRU 13 cukup penting untuk BN untuk merampas semula negeri yang ditawan pembangkang dan juga sebagai ujian pertama Najib sbg PM.

KHAIRUL NAZRI said...

Salam ziarah,

Saya sependapat dengan sdr Pejuang Bangsa. Trend kepimpinan DS Najib lebih condong kearah perlaksanaan cara TDM dan kita semua telah melihat akan keberkesanan, kecekapan TDM dahulu membawa bangsa Melayu dan negara ini ke mercu kejayaan.

Kita seharusnya bermula dari sekarang bersatu dalam semua segi untuk mengembalikan kekuatan bangsa Melayu yang kini kian tercabar samada dari bangsa asing atau dari kalangan bangsa Melayu itu sendiri.

Mankanan said...

Salam...
Nampak dari tulisan saudara, memang besar kemungkinan ia akan berlaku. Maksud saya Mahathir akan diberi penghormatan dilantik sebagai penasihat kerajaan. Memang itu yang Mahathir nak sangat. Nak jadi PM, tak boleh dah. Kalau itulah yang berlaku selepas Najib naik takhta PM, maka seronok sakanlah Mahathir kerana dapat memiliki kuasa yang mungkin penting dalam sesebuah negara walaupun bukan sebagai seorang PM tapi sebagi penasihat, kononnya nasihat beliau sangat berguna untuk membangunkan negara. Kita lihat jelah...

Anonymous said...

ya saya bersetuju dgn pendapat jentayu terutama anwar amat takut dgn dr.M, cuma dr.M sahaja yg tau rahsia anwar dan boleh menjatuhkan anwar. sbb tu selepas anwar keluar dari penjara dia tak berani jentik pun dr.M, tapi dlm penjara ckp berdegar2, kata kepala firaun la, kata kepala konspirasi la, dll.

Tapi dr.M pada pendapat saya tak akan dilantik sebagai menteri kanan atau sebagainya dlm pemerintahan pak najib. bukan begitu percaturan politik umno.

Zul-UPM

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan