PERMINTAAN 5 ORANG

on Tuesday, January 20

1. YAB PERDANA MENTERI Dato Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi merupakan Perdana Menteri yang paling disukai oleh pemimpin -pemimpin pembangkang sama ada DS Haji Hadi Awang, DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Karpal Singh, kerana keterbukaan dan ketelusan yang mereka nikmati sekarang. Malah mereka masih mahu Pak Lah menjawat PM sehingga PRU13.

2. Dari sudut yang lain, Pak Lah telah membuka ruang yang besar kepada barisan pembangkang untuk mendapat apa yang telah mereka perolehi sekarang.

3. Dari sudut bakal PM, sudah wujud kerisauan dan ketakutan, kalau-kalau DS Najib tidaklah seterbuka Pak Lah.

4. Namun sejarah mencatatkan, Mat Sabu berkali-kali mengingatkan akan bahayanya DS Anwar dan menegaskan bahawa Anwar lebih bahaya daripada Tun Mahathir.

5. Sejarah juga membuktikan Allahyarham Tun Abdul Razak bapa pembangunan kepada bangsa. Seperti kata Raja Nazrin, kalaulah FELDA tidak ada apa agaknya nasib orang Melayu sekarang ini.

6. Penulis telah beberapa kali mengikuti rombongan pemimpin politik Sabah bertemu DS Najib, dan penulis dapati rakyat Malaysia terutama di luar bandar akan menikmati nikmat pembangunan berskala besar jika DS Najib menjadi PM kelak.

7. Bukan satu perkara mudah memenuhi keperluan 27 Juta rakyat Malaysia, seperti bukan satu perkara mudah memenuhi permintaan 5 orang anak dalam satu-satu masa. Penulis terkenang ketika kecil dahulu minggu ini pakai baju adik, minggu depan adik pakai baju kita, begitulah ayahanda mentadbir 10 adik-beradik.

8. Penulis yakin DS Najib juga mahu sehebat ayahandanya sebagai PM ke-6.

10 Komen:

suka_aman said...

buat masa sekarang,saya masih lagi boleh menerima Abdullah sebagai PM.dia jauh lebih terbuka dari Mahathir.pembangkang boleh bersuara lebih terbuka dan rakyat pula makin matang dalam berpolitik walaupun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki.tapi ini tak bermakna BN harus mendiamkan diri.BN juga harus bergerak maju kehadapan bagi bersaing dengan pembangkang.

dulu bolehlah BN berlagak kerana kurang saingan dari pembangkang.sekarang ini sudah lain.BN kena berusaha agar mereka lebih berkualiti dalam berpolitik.saya percaya inilah yang Abdullah ingin lakukan.

rakyat sudah diberi kebebasan untuk memilih jadi BN atau pembangkang kena buktikan siapakah yang lebih terbaik.

cuomo said...

tak boleh aku bayangkan bagaimanalah agaknya jika Anwar berjaya menjadi PM.entah negara kita makin elok ataupun makin teruk?.buat masa sekarang ni memanglah Anwar janji macam-macam pada kita semua tapi dapat ke dia laksanakan semua janji dia tu apabila betul-betul dia jadi PM?.

agak skeptikal juga lah.dia hampir-hampir menjadi PM dulu tapi dah dilanda macam-macam hal.

suka_aman said...

Ignore Dr M for sake of Umno and BN

Panglima Perang Cyber said...

Siapa sahaja diangkat Allah sebagai PM perlu disokong !

Kerana mereka ulil amri kita.

salam semua.

tq

Sedingin Salju said...

Ya, Pak lah memang sangat terbuka sampai pembangkang pijak kepala dia.

Anonymous said...

sejak dolah jadi PM, islam di malaysia ni mula dihina hehe..terbuka la katakan..

suka_islam

Sedingin Salju said...

Sebabnya, orang tua ni lemah dari segi penerangan encik. Tulah masalahnya.

Anonymous has left a new comment on the post "PERMINTAAN 5 ORANG":

sejak dolah jadi PM, islam di malaysia ni mula dihina hehe..terbuka la katakan..

suka_islam

Samsudin said...

Baik Najib atau Anwar, dua-dua ni kalau jadi PM, alamat lingkuplah Malaysia. Setakat ni Pak Lah adalah yang terbaik kalau dibandingkan dengan yang lain. Masa Mahathir dulu teruk juga.

Untuk rujukan mengenai keburukan Mahathir, sila lawati stephendoss.blogspot.com

Gerila Malaya said...

Salam,

Sesiapa pun naik jadi PM takkan lari daripada kena kritik dan tohmahan. Walau macam mana baik pun orang itu tetapi sekiranya pihak penentangnya berjaya membuat 'character assassination' akan nampak jahat juga. kalau semua orang dah tak suka dia, dah pasti dia kena akibatnya. tak kisah la sebab tak suka tu suatu faktor yang real atau tidak sekalipun. Yg penting dia 'out' dan yang menentangnya akan cuba naik menegakkan kepentingan masing-masing.

Gerila Malaya said...

Orang2 politik, jgn pulak sesenang itu menyalahkan opposition yg melakukan 'character assassination'. Dah nak masuk politik itulah gelanggangnya, silat menyilatnya, kira kalau ko kalah, ko kalah la. Tak kira la lawan pakai taktik yahudi zionis sekalipun, ko orang Islam takkan takdak akal dan strategi nak melawan. ko harap taktik yg diwarisi oleh modul Machiavelli lapuk kurun ke berapa tu buat apa. Zionis sekrg ni dah jauh lebih advance taktiknya. Dah tentu agen2nya dan org dia pakai taktik yg advence tu.Tapi takkan Malaysia negara Islam heavyweight ni pun mudah2 buleh kalah kat taktik zionis. Allah dah bagi petunjuk dan akal, apa kita buat?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan