PUAK KIRI MERAMPAS KUASA

on Saturday, January 31

1. MENJELANG beberapa bulan sebelum merdeka 31 Ogos 1957,dua bangsa yang berebut-rebut membuat tuntutan kepada kerajaan British di Malaya ketika itu ialah orang Cina dan orang Melayu.

2. Di Singapura, Ketua Menterinya ketika itu Mr. Ong Yuk Ling ( jka saya tidak silap ), telah menuntut supaya negeri Singapura hendaklah mempunyai Pejabat perdagangannya yang tersendiri di London. Pesuruhjaya Inggeris di Kuala Lumpur terpaksa menerima permIntaan itu.

3. Di Pulau Pinang, orang-orang Cina menuntut sama ada diberikan jawatan Gavernor atau Ketua Menteri. Selepas rundingan, maka diputuskan Ketua Menteri diberikan kepada orang Cina ( Encik Lim Chong Eu ), manakala Gavernor diberikan kepada Melayu.

4. Maka itulah, sehingga ke hari ini walau macamana kerusi Melayu ( satu ketika dulu UMNO majoriti ) tetapi jawatan Ketua Menteri tetap diberi kepada orang Cina, sama ada BN atau PR menang.

5. Orang-orang Baba dan Nyonya juga minta diisytihar sebagai orang Melayu. Akhbar ketika itu seperti MAJLIS menentang, malah dalam ruangan utamanya menulis Baba tetap Cina bukan Melayu.

6. Menjelang Ogos 1957, kerajaan British telah mengimport 60 buah kereta mewah dari Amerika untuk orang kenamaan luar negara.

Malangnya delegasi Cina Hong Kong telah tersekat di Singapura, tidak dibenarkan menyeberang Tambak Johor kerana sebahagian delegasi dikesan sebagai anggota Komunis.

7. Kajian penulis mendapati, Lee Kuan Yew dari puak Kiri yang merampas kuasa kepimpinan PAP dahulu pernah menuduh orang-orang MCA yang menguasai perusahaan getah di Malaya sebagai Komunis.

8. Semasa perpisahan Singapura-Malaysia, Lee Kuan Yew menuduh taukeh-taukeh Getah di Semenanjung Malaya sebagai Komunis. Lee Kuan Yew tidak mengaku dirinya sebagai Cina Komunis, Lee Kuan Yew menyatakan kepada Tito yang dia adalah Cina Nasionalis.

9. Menjelang DS Najib dilantik sebagai PM bulan depan, Tatkala orang Cina sudah banyak menuntut dan berjaya sejak 50 tahun dahulu, apakah orang-orang Melayu tidak mempunyai tuntutan ?

3 Komen:

Sedingin Salju said...

jadi, orang melayu jangan terlalu lembutlah. Tuntut hak-hak anda.

Demang Lebar Daun said...

Sebuah catatan sejarah yang amat berguna. Saya akan simpan ia.

amieieda said...

terima kasih....

kini masanya utk menuntut...hanya mau apa yang sepatutnya menjadi hak kita.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan