BUKAN DUA TAPI LIMA ( TERKINI )

on Sunday, February 1


TERKINI 10.40MALAM= (GELOMBANG BIRU)
1. Kedua-dua ADUN Behrang & Changkat Jering menafikan mereka meletak jawatan sebagaimana disiarkan oleh Speaker DUN Perak.

2. Mereka dikatakan dipaksa menandatangani surat akujanji selepas PRU12 Tanpa Tarikh oleh DS Anwar untuk menghalang penghijrahan mereka ke BN.

3. Dua lagi YB dikatakan daripada DAP akan menunggu masa untuk membentuk kerajaan baru bersama BN. Kedua-dua YB DAP ini dikatakan sudah lama bertentangan dengan Pengerusi DAP Perak.

Apapun Lim Guang Eng memberi amaran mana-mana YB DAP yang gagal dihubungi dalam masa 24 Jam dikira sebagai berniat untuk melompat.


4. YB yang kelima tidak dapat dipastikan tetapi dikatakan Ahli Parlimen PR.

5. Amat mengejutkan desas-desus 6 YB PKR yang dipanggil tergempar bertemu Anwar Sebentar tadi tidak gembira dengan pertemuan tersebut. YB Bota dikatakan banyak berdiam diri?

Gelombang Biru melanda Perak.

6. Penulis yakin DYMM Sultan Perak & Raja Nazrin pasti tidak gembira dengan kerajaan negeri Perak sekarang. Dikhabarkan Istana Raja Perak akan menyambut Hari Keputeraan Sultan Perak 3/2/2009 dalam suasana sederhana.

....bersambung

( 12.45pm, 1/2/2009, Ahad )
1. PENULIS sudah lama ingin menulis perkara ini, yakni akan berlaku perpindahan beramai-ramai secara berperingkat YB PR . Cuma apabila YAB Pak Lah mengesahkan sebentar tadi 12.30pm ( 1/2/2009), maka barulah penulis hendak mengulasnya.

2. Bloger Perak Bangkit terlebih awal menulis dalam blognya kerana sudah mendapat maklumat akan perpindahan ini.

3. Sebenarnya bukanlah dua sahaja yang bakal pindah dari PKR di Perak, malahan YB DAP juga khabarnya menunggu masa untuk berhijrah. Hanya modusnya sedang difikirkan, sama ada transit di kerusi Bebas dahulu atau terus memilih PAS atau UMNO/BN.

4. Semasa YB Bota pindah ke PKR, MB Nizar dengan bangga dan sombongnya mengangkat mukanya. Apabila beberapa YB PR ( khabarnya sekurang-kurangnya 5 ADUN & MP )bakal keluar dari rumah PR, MB Nizar marah-marah dan kata-katanya sudah hilang Islamiknya.

5. Penulis menjangka YB Pasir Mas, YB Kulim Bandar Baharu, YB Kapar, 2 YB SAPP sedang memikirkan peranan mereka yang lebih besar jika YAB DS Najib dilantik PM tidak lama lagi. Semua mereka ini mempunyai hubungan politik yang lama dengan bakal PM.

6. Nampaknya, gelombang kesedaran sudah bermula. Mereka sudah sedar betapa bahayanya DAP dengan dasar-dasar menolak Islam dan Melayu sebagai Teras dalam negara ini.

7. Perhatikan pemilihan Ketua Kampung pun diDAPkan di Perak, Tanah pun di999kan, Perdana pun diCamrykan,... apabila Raja Nazrin bertitah kekecewaannya pasal Tanah, kerajaan negeri tetap sombong dan meneruskan projek 999 tahun...

8. Penulis menjangka kerajaan negeri Perak bakal runtuh, tidak berapa lama lagi.

13 Komen:

BLACK PARIA said...

ADUN BOTA TU DUMMY JE, MUNGKIN STRATEGI BN. HANTAR 1 DAPAT 5. BARU DEMOKRASI. PR PUN TAK LEH NAK CAKAP LEBIH2. TP KLU TIBA2 BN DAPAT 5, PR TAKDE, CONFIRM KENA MAKI SAMPAI PRU13. SUME TU STRATEGI TU. TGK JE LE. LA NI SELAGI BELUM LOMPAT KATAK TAK LEH NAK SEMBANG LAGI. MASING2 BUAT DRAMA. SAPA DAPAT LEBIH HERO!!YANG PASTI KLU DAPAT 5, NIZAR BYE BYE LE!!. ITULAH DEMOKRASI BERPELEMBAGAAN. SEMUA KENA AKUR.

atan toppek said...

eh..eh, sedapnya mulut berkata2 sedangkan lidah tak bertulang. jangan lupa mereka tu ada surat perjanjian perletakan jawatan adun sekiranya mereka melompat parti. aku fikir yb nizar lebih cerdik daripada umno yang telah 50 tahun lebih menerajui kerajaan. sekang siapa yang cerdik dan sapa pula yang bangang tahan gaban

Syeikh Al-Hafiz said...

Salam...

Artikel menarik dari saudara Jentayu. Pohon untuk salin dan letakkan dalam blog saya www.permatangpauh2u.com.

Biasalah politik Pakatan Rakyat. Apabila ada ADUN BN melompat ke PR dikatakan ADUN tersebut berjiwa besar, memahami kehendak rakyat, mulia dan sebagainya.

Apabila ada desas-desus ADUN PR melompat ke BN macam-macam kejian dikeluarkan oleh PR. ADUN ditawarkan imbuhan, digugurkan kes rasuah dan sebagainya.

Inilah politik Pakatan Rakyat. Politik orang kecil yang mengaku berjiwa besar.

kingpahat a.k.a zaimi said...

Hutang LOMPAT mesti di bayar dgn lompat.Barulah namanya YB PELOMPAT ,mcm citer JUMPER kat Hollywood tu.

Anonymous said...

umno - sekular,kesan: rasuah,gejala sosial,buta jawi,penyelewengan wang kerajaan,dadah melayu no 1

Monsieur Sob said...

Mohd Nizar..Bye..bye..bye..
Jom pakat melompat semua..Oinkkk..

Sedingin Salju said...

Aku sebagai chinese amat-amat mengharapkan akan tumbangnya kerajaan Dap di Perak dan penang. mereka amat-amat bahaya sekali.

Syeikh Al-Hafiz said...
This comment has been removed by the author.
MASTER MIND UTARA said...

UMNO membina sistem pemerintahan di Malaysia sudah lama. Dan yang menjadi pemerintah sebenar adalah perlembagaan dan parlimen. Mainan politik sekarang sebenarnya bermatlamatkan menumbangkan Pak Lah Badawi dan kroninya. UMNO akan kembali kuat dan berkuasa setelah Pak Lah tumbang. Pembangkang jangan la seronok dan megah kerana mereka sebenarnya di jadikan alat oleh Najib dan kuncunya untuk merempuh Pak Lah. Tun Mahathir adalah 'master mind'. Tak Caye..Tunggu dan Lihat.. Masa akan jadi saksi..

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

BAK KATA MUFTI PERLIS- Kalau kita menampar orang lain, kita kena terima yang kita akan ditampar nanti.

jeremy adnan said...

haru biru dibuatnya dek adun PKR ni.baru jadi wakil rakyat dah jadi kacau bilau.jamaludin kata maw berhenti dari PKR dan bergerak sebagai calon bebas.jamaludin ni bekas posmen tapi kemudian jadi politician/businessman.hmm entahlah.

rizuan said...

ishh...jom jadi katak ramai2!!!gelak besor le DAP pas ni..he..he..

tengok_saja said...

ishhh..tak sangka rupanya banyak jgk binatang katak kat dlm politik malaysia ni kan>>>"lompat si katak lompat,lompat la tinggi2.."

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan