KETUA PEMUDA : UNDI SOLID

on Friday, February 27

1. KETIGA-TIGA Calon Ketua Pemuda UMNO Dr. Khir Toyo, Khairy Jamaludin dan Dato Mukhriz Dr Mahathir berpeluang menduduki jawatan Ketua Pemuda pada hujung Mac.

2. Dato' Mukhriz mendapat pencalonan terbanyak dan ia memberi gambaran sebenar.

3. Namun, kelihatannya Khairy Jamaludin berjaya meletakkan dirinya sebagai anak darah muda apabila berani menghadapi tentangan Husam dan Salehudin.

4. Manakala Dr. Khir Toyo menonjolkan dirinya sebagai pejuang di negeri Selangor.

5. Pada hemat penulis, KJ boleh saja menjadi Ketua Pemuda, namun adalah lebih baik KJ menunggu satu dua penggal lagi.

Pertamanya, KJ masih terlalu muda. Muda dalam usia dan muda dalam politik. Keberanian KJ melambangkan sifat muda itu. Kedua, KJ sudah mendapat kedudukan sebagai Ahli Parlimen Rembau.

6. Dr. Khir Toyo pula sudah pernah menjadi MB yang agak lama di negeri kaya Selangor. Masalah yang akan UMNO hadapi ialah persepsi PRU12 iaitu apabila BN Selangor ditumbangkan oleh PR. Walaupun UMNO Selangor menang banyak kerusi, namun kapasiti Dr. Khir sebagai MB & Pengerusi BN Negeri Selangor membawa masalah ini kepada dirinya.

7. Bagaimana Dato' Mukhriz. Beliau beruntung kerana tatkala Kedah juga dilanda ombak Tsunami, Mukhriz masih menang di Jerlun. Kedua, Mukhriz antara individu yang paling berani dan konsisten terutama dalam Surat Terbukanya meminta Pak Lah undur diri. Tidak ada pemimpin seberani ini.

8. Mukhriz juga mempunyai hubungan baik dengan PAS. Sebab itu Mukhriz mencadangkan PAS Perak & UMNO Perak bergabung membentuk kerajaan negeri untuk kepentingan agama & bangsa.

Kesimpulan penulis ialah, barangkali ada baiknya diberi peluang kepada Mukhriz, sementara KJ menunggu satu dua penggal lagi, sementara Dr. Khir Toyo pula berusaha merampas semula Selangor.

9. Pada pandangan penulis KJ jika menang satu bonus, jika kalah KJ masih boleh mencuba beberapa penggal akan datang. Tidak ada kerugian jika KJ tidak berjaya sebenarnya.

10. Dr. Khir akan kembali bersinar jika menang, terutama selepas kekalahan PRU Selangor. Kerana itu Dr Khir harus mencuba, hanya kemenangan akan mengubat luka politiknya.

11. Mukhriz tidak berpeluang semasa Dr. Mahathir menjadi PM kerana dasar Dr Mahathir ketika itu ialah selagi beliau sebagai PM/Presiden , Mukhriz tidak boleh memegang jawatan tinggi dalam politik.

12. Ini bukan kempen, ini hanya pendapat penulis berdasarkan sejarah UMNO itu. Terkenang Pertandingan Anwar VS Shuhaimi pada awal tahun 1980 dulu.

13. Pandangan penulis ialah, UMNO tidak akan menang hanya dengan undi solid ahli UMNO. Di Permatang Pauh dan di Kuala Terengganu UMNO mendapat undi solid ahli UMNO. Sebenarnya UMNO akan menang dengan pengundi atas pagar.

14. Kita tahu semua ahli UMNO akan sokong Ketua Pemuda yang menang nanti..persoalannya apakah pengundi atas pagar akan menyokong Ketua Pemuda tadi..

15. Namun, selepas pertandingan sesiapapun yang menang perlu disokong. Yang kalah dirapatkan, Yang menang dikuatkan.

6 Komen:

Sahabat-Gunung said...

Assalammualaikum.

Saya sokong cara saudara. Tahniah, walaupun kita masing-masing mempunyai pandangan dan sokongan kita sendiri, tapi saudara tidak menghentam dan memburuk-burukkan 2 calon lain.

Tidak dengan beberapa sahabat blogger kita yang cukup 'hebat' menghentam Mukhriz dan Khir Toyo untuk menunjukkan bahawa KJ tu adalah calon terbaik.

Semoga dengan pendekatan saudara ini akan memberikan contoh terbaik untuk yg lain ikuti.

Kita sama-sama ahli UMNO, tidak kira sape pun yang menang.....kita tetap mempunyai tanggungjawab dan peranan yang sama iaitu memperkasa semula UMNO dan BN, memperjuatkan semula jentera kita agar pada PRU 13 nanti, rakyat dan orang Melayu aan menerima semula UMNO dan BN dalam hati dan kertas undi mereka.

Saya juga sokong seseorang. Dia adalah calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia.... Haji Mohamad Sazali Kamilan.

bagi calon Ketua Pemuda... Khir Toyo, Muhkriz dan KJ, masing-masing ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.

Begitu juga NKP- Saya tahu Razali bukan calon favourite, tapi saya sokong dia 85%. Saya nampak kewibaan dan kesungguhannya dalam perjuangan. Dia ikhlas dan mampu bekerjasama dengan Ketua Pemuda untuk membawa semula Pemuda UMNO ke landasan terbaik dalam perjuangan.

Anonymous said...

Salam

Sebagai orang yang di kategori atas pagar saya berpendapat Mukriz tak akan berjaya membawa UMNO keluar untuk kemelut politik sekarang. Bagi saya perjalanan politik beliau atas kapasiti bapa beliau dan tidak mungkin dia mampu berhadapan dengan pemimpin dari PR. Kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri beliau terlalu rendah jika hendak dibanding dengan 2 lagi calon. Kita boleh nampak semasa rancangan Hujah di TV9. Jika hanya surat beliau kepada Pak lah dikira sebagai berani saya berpandangan dia hanya lah Posmen kepada bapanya saje.
Untuk saya ikut turutan KJ, Khir dan Mukriz

Panglima Perang Cyber said...

Saya setuju bahawa semua ada potensi.

Cuma ia bergantung kepada sejauh mana mereka menggunakan cara berhemah dan bijaksana bukan cara menabur kertas dengan tulisan RM..

Saya yakin jika benar benar ada bakat sebagai pemimpin, tidak perlu wang pun pasti ramai akan bagi sokongan.

Cuma perlukan kita mengkeji orang lain kerana dia memilih tokoh tidak sama dengan pilihan kita ?

Sayangnya ia menjadi trend sejak akhir akhir ini oleh sesetengah pihak yang ekstrem dan gelojoh..


Merekalah yang akan memusnahkan UMNO pada akhirnya kerana mendahulukan emosi dari realiti.

ataspagar said...

Saudara,
bagi pendapat saya kedua-dua calon iaitu khir dan kj adalah liabiliti kpd umno kelak atas persepsi yang sukar untuk dipadamkan dalam tempoh 1 penggal ini.biarlah mukhriz yang segar,memberi impak yang segar atau wow faktor kpd org muda di bandar dan luar bandar.jika beliau tidak berupaya menjalankan tugas dan kurang berwibawa kelak,gantikanlah.saya bukanlah berkempen utk mukriz tapi melihat kepada kepentingan umno keseluruhannya berdasarkan pandangan org luar@pengundi yang menentukan pentadbiran negara yang berkehendakkan bn kembali bertenaga.

akusayangumno said...

Saya teringatkan watak tukang jual ubat. Mereka cukup mahir berpidato menerangkan kelebihan ubat yang mereka jual.

Akhirnya kitapun membeli ubat berkenaan, bukan kerana kehebatan ubat yang ntah datang dari mana dan belum tentu mujarabnya, lazimnya kita akan menemui kekecewaan kerana membeli ubat dari tukang jual ubat yang cukup petah berpidato.

Itulah watak calon-calon no2 dan no 3 pada saya.

Jika bhenar-benar hendakkan ubat yang boleh memberi kesn, pergilah farmasi, disana ahli farmasi hanya akan memberi preskripsi tepat mengenai ubat yang anda perlukan mengikut penyakit anda. Ini adalah ciri-ciri calon no 1. 'walk the talk'.

Anonymous said...

Salah satu ciri pemimpin yang hebat adalah dapat mempengaruhi atau influence kita dari percakapan mereka. Lihat lah bagai mana sukarno dengan pidato yang hebat begitu juga dr mahathir. kemahiran berkomunikasi mereka cukup tinggi. Adakah kita cukup yang menerima arahan atau pemikiran dari mereka yang tergagap-gagap mengeluarkan wawasan idea mereka. Dengan sebab ini jugalah anwar berjaya meyakin orang ramai.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan