MURKA RAJA

on Friday, February 13

1. KELUARGA Lim ( meminjam kata-kata karpal Singh ), antara keluarga yang memahami bahasa Murka Raja Melayu.

2. Sebab itu mereka tidak bersuara untuk menyokong Karpal menyaman Raja Melayu.

3. Karpal Singh tidak faham bahasa Murka Raja melayu sebab pemikiran Karpal ialah Mahkamah lebih tinggi dari Raja Melayu.

Karpal faham begitu, tetapi dia tidak faham dalam budaya Melayu Raja Melayu ada daulahnya, Raja Melayu dalam konteks budaya Melayu lebih tinggi darjatnya dari Mahkamah.

Sebab itu SS Mufti Perak menentang Bekas MB Nizar, Anwar, Karpal kerana menderhaka kepada Raja. Melawan apa-apa yang Raja Melayu sudah Perkenan ( Contohnya Perkenan Perlantikan MB Dr. Zambry ) , maknanya menderhaka lah tu.

4. Hari demi hari, persatuan Kerabat-Kerabat Di Raja Melayu di tiap-tiap negeri mula bersuara. Suara itu Murka Raja tu...

5. Tak kan lah nak tengok Raja pegang pembesar suara atau masuk dalam TV dan berkata, "..Beta Murka..."

6. Jika Karpal di Thailand, bagaimana agaknya?

6 Komen:

Sedingin Salju said...

kalau kapai di Thailand, dah jadi mendiang kot agaknya.

Saya sedih melihatkan melayu-melayu bodoh yang sanggup menderhaka pada sultan dan raja. mereka sanggup menggunakan agama untuk menghalalkan perbuatan mereka.

Panglima Perang Cyber said...

Jika di Thailand saya pasti .... hehe

Cuma mujurlah orang Melayu tidak macam orang Thailang.

Kerana sifat Rahmat Nabi itu mengalir di urat sendi orang Melayu sehingga mereka tidak begitu kejam.

Moga Karpal memahami dan tidak lagi keras kepala atau kita tunggu sahaja apa yang akan berlaku kepadanya nanti..

Salam..

Pejuang Bangsa said...

jika karpal dia thai ..kena penjara sudah ..sy pernah baca ada penulis orang inggeris kena penjara keran menulis yang buruk tentang raja thai

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Saya tidak pasti samada laporan polis yang kita buat dan kemarahan kita terhadap penderhaka Hang Nizar, Hang Anwar, Hang Karpal adalah kerana kita terasa terhina apabila Sultan Melayu dicabar atau kerana penderhaka-penderhaka itu bukan dari kelompok kita.

Masih saya ingat kelompok kita pernah 'membinatangkan" raja masa demonstrasi di Istana Terengganu pada Mac 2008. Sultan Terengganu dihina dan dilemparkan dengan kata-kata nista oleh orang-orang kita, semata-mata kerana kita mahukan Dato' Seri Idris Jusoh menjadi Menteri Besar.

Ikhlas kah kita sebenarnya apabila kita katakan kita membela raja kita. Saya pun tak pasti dan keliru.

Angkat Senjata Pemikiran said...

Kena penjara ler si Kapal tu kalau d Thai..

Skrg ni pulak, si Hang Nizar nak divert topic kes Si Anuar n Si Kapal ni dgn mengaku dia masih MB, pastu buat petisyen kat mahkamah...

Bangsa2 melayu takkan lupa yg dibuat PR terhadap DYMM Sultan Diraja Melayu...!!!!

Skrg ni, puak2 non malay dah mula muak dgn org melayu.... dan skrg majoritinya menyokong DAP & PKR kerana menggangap hanya DAP & PKR akan boleh menghapuskan etnik melayu....

Tuan2... sokong lah BN @ PAS.... ini adalah kerana perjuangan melayu atas nama ISLAM..

lintahbertulang said...

Kerana Anwar, ramai Melayu yang sanggup menderhaka kepada Sultan semata-mata atas ketaksuban mereka kepada Anwar dan konco-konconya dalam PR. Ramai yang tak sedar diri, ramai yang menghina institusi Raja-raja Melayu, ramai yang cuba korek segala masalah dan dosa yang dilakukan oleh kerabat Raja semata-mata untuk membuktikan bahawa Raja-raja Melayu berdosa dan berslah.

Sepatutnya mereka faham dan sedia maklum bahawa semua manusia tak kira Sultan atau rakyat biasa, semuanya tak terlepas daripada melakukan dosa. Jadi, tidak perlulah dikorek segala dosa yang dilakukan oleh Raja.

Kita harus hormati Raja dan Sultan atas dasar Islam menyuruh kita mentaati Ketua Negara iaitu Sultan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan