NASIHAT RAJA SELANGOR vs NASIHAT PEMIMPIN DE FACTO

on Wednesday, February 25

1. MANTAN Calon PAS PRU11 yang telah ke luar PAS dan menjadi Pesuruhajaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan Bekas MB Nizar terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kerana takut wujud self

2. Datuk Dr. Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor mempersoal tindakan MB Guhtrie Selangor kerana sambil lewa dan kurang sengat menangani isu gambar bogel ADUN Bukit Lanjan.

3. DYMM Sultan Selangor yang menerima mengadap MB Selangor sedih dengan insiden ADUN Bukit Lanjan. Baginda tidak dapat memberi nasihat kerana Baginda tahu MB tahu apa nak buat untuk kepentingan rakyat Selangor.

4. Pemimpin De Facto menasihatkan dia bercuti,...sepatutnya Pemimpin Defacto berkata :
...parti kita adalah parti paling bersih dalam dunia,
...moral kita sangat bersih,
...parti kita sangat zero korupsi,
...kita tidak amal nepotisme,
...maka itu atas dasar parti kita segala-galanya bersih luar dan dalam sebagaimana kita uar-uarkan kepada rakyat sehingga rakyat terpedaya maka kamu ADUN Bukit Lanjat dipecat dan diminta letak jawatan dalam semua jawatan parti dan kerajaan.

5. Rasanya itu lah nasihat paling sesuai pemimpin Defacto berikan...bukan begitu.

5 Komen:

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Untuk renungan bersama.

"Sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik," kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Berikut ialah kenyataan penuh SultanSelangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukan Elizabeth Wong, yang dikeluarkan oleh Datuk ela Bakti Setiausaha Sulit kepada baginda, Datuk Mohamad Munir Bani.

Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Abdul halid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha ulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada aginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga
EXCO Kerajaan Negeri Selangor.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat
bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih da simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

Dato' Haji Mohamad Munir bin Bani
Dato' Lela Bakti Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor

rakyat biase je said...

Salam, saya setuju dengan penulis dan Ahmad Zolfi,tetapi saya fikir oleh kerna Anwar sebagai ketua pembangkang yg membawa mesej " segala-galanya dia bersih" , org lain kotor belaka, semua dia betul, org salah belaka, maka eloklah dia memberi contoh dengan memecat Adun yang tak bermoral itu, jika tidak PKR sama juga, rakyat akan kata cakap tak serupa bikin, balik kene muka sendiri.

tak pelulah berlengah2 hanya kerana takut hilang satu kerusi ke, biar hilang 1 kerusi asal kata2 dipegang,

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Rakyat biasa,

1. Adakah kita tidak bermoral jika gambar kita dirakam sewaktu kita tidak sedar dan kemudian disebarkan tanpa kerelaan kita.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan moral dan etika.
3. Apakah motif penyebar gambar tersebut.

Sependapat dengan Baginda Sultan Selangor, saya juga rasa sedih rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku terhadap Eli dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.

rakyat pakat said...

eleh sedare zlofi,
dia tu dah letih benor la tu , lepas projek agaknya..tak kanlah org curi2 abil gambar dekat, melainkan dah buat sesuatu alahai..

alahai sedare zolfi... mestilah dia bedua tu...

yg tak bermoral bukan selepas tangkap gambar tu..yg tak bermoral sebelum ambil gambar le sedare...

apa dia buat sebelum tu..ngan siapa..tu le dia nya talbermoral sedare...

tiwas said...

komen ini tiada kaitan dengan artikel, cuma tertarik dengan cover buku 'Dilema Melayu Sabah'.

Soalan, bila masa Melayu wujud di Sabah?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan