PELAN ANWAR

on Thursday, February 12

1. Berikutan perjumpaan tergempar MB Guthrie hari ini dengan semua YB PR di Selangor, maka khabar angin CONFIRM 7 ADUN PR akan keluar di Selangor.

Akhbar menyebut 4, namun penulis dimaklumkan sekurang-kurangnya 8.

2. Kesukaran menghubungi beberapa YB PR di Selangor menimbulkan kegusaran kepada kem DAP & PAS.

3. Di Kedah, jika 4 ADUN mempunyai tanda-tanda sukar dikesan, MB Azizan dikatakan akan meminta supaya DUN dibubarkan.

4. Karpal menyalahkan Anwar atas misi 916nya kerana menggalakkan budaya Lompat hanya semata-mata hendak menjadi PM, akhirnya YB mereka pula yang terlompat.

5. Pada hemat penulis, Acara Melompat ini adalah Strategi Anwar untuk memboloskan dirinya menyertai BN.

Teorinya, apabila kesemua YB PKR lompat, maka Anwar tidak ada jalan lain kecuali Melompat juga. Ketika itu Anwar akan berkata, ini adalah kehendak akar umbi dan takdir Allah SWT.

6. Ketika itu, DAP & PAS terpaksa membawa haluan masing-masing. Untuk survival politik, Anwar tidak akan kisah meninggalkan DAP & PAS. Bertanyalah kepada Ezam semasa Ezam mengusahakan mengeluarkan Anwar dari penjara, janjinya akan menyerati semula BN!.

DAP & PAS sedang ditipu Anwar.

Anwar tidak akan menyertai PAS kerana jiwanya bukan Islamik . Anwar tahu dia tidak akan jadi PM melalui PAS.

Penulis percaya, Acara Melompat secara beramai-ramai ini adalah Pelan Anwar untuk berbaik-baik dengan BN.

Anda harus ingat Anwar sangat takut kepada Tun M. Bakal PM DS Najib pasti akan disokongkuat oleh Tun M, dan akhirnya merisaukan Anwar. Untuk berhadapan dengan DS Najib & Tun M, Anwar menggunakan Pelan Lompat.

Anda tidak percaya, sila berkunjung ke Parlimen dan saksikan Anwar bersembang sambil minum kopi dengan YB-YB BN sambil ketawa !

6 Komen:

Sedingin Salju said...

Sungguh licik permainan dia Nuar ni. Dia yang start dulu lompat katak ni. Tak apalah, tuhan mengetahui segalanya.

Harimau-Malaya said...

anwar memng dasar kaki lompat nmpak yer..

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

masuk UMNO nak rosakkan UMNO pula?

biarlah dia jadi orang PKR sampai mati..lagipun dia sudah umur 60 lebih bukannya 40..

jasa dia dalam PKR akan dikenang sebgai bapa kencing demokrasi

Samad said...

Salam...
Saya setuju dengan tulisan saudara...Memang ramai yang dah dapat hidu kelicikan Anwar bermain sandiwara di pentas PR. Beliau berjaya menawan hati PAS dan DAP untuk merealisasikan usahanya untuk menjadi PM. Namun jauh di sudut hati beliau ingin menyertai UMNO semula. Sebab itulah sehingga sekarang beliau tetap bersama PKR dan tidak menyertai PAS. Jika benar beliau nak memartabatkan Islam dan Melayu, kenapa beliau tubuhkan PKR dahulu dan bukannya sertai PAS?... Itulah persoalan yang ada hubung kait antara Anwar dan UMNO...

Cucu Tok Selampit said...

Salam Tuan,

Itulah sebabnya sampai sekarang Anwar tidak mengisi borang menyertai PKR, walaupun dia merupakan De Facto Leader, so call. Tidak boleh dibayangkan bagaimana perasaan pengikut-pengikutnya.

Wassalam.

kunang-kunang said...

PAS kena sedar tidak mungkin mereka dapat jadi PM atau TPM selagi Anwar ada. Ditakdirkan PR menang dalam PRU13, yang jadi PM Anwar, TPM orang PKR atau DAP.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan