POLITIC HIGH LEVEL

on Monday, February 23

1. PELUANG membentuk kerajaan pusat kepada Anwar sudah berlalu sebenarnya apabila kegagalan Projek 916 yang melibatkan kos yang besar pastinya.

2. Peluang itu semakin sempit apabila Pak Lah akan bersara bulan hadapan. Sebenarnya semasa era Pak Lah yang mengamalkan demokrasi terbuka luas , Anwar sudah boleh menjadi PM jika 30/40/60 MP BN berjaya ditariknya sebagaimana diuar-uarkannya.

Masalah Anwar di sini ialah dia mendahului Allah SWT apabila menetapkan 16 /09/2008 .

3. Namun, pertemuan-pertemuan yang diatur di Hong Kong, Kota Kinabalu, Kuching, Singapura, di negara Arab dan Eropah tidak berjaya. Hanya SAPP sahaja yang berjaya keluar sebentar, dan akan kembali semula menjelang DS Najib memegang jawatan PM ke-6.

4. Dalam ucapan Anwar di parlimen terbaru ini, Anwar tidak dapat lari daripada menghebahkan kebagusan dasar-dasarnya semasa dalam BN, Anwar memuji semua dasar-dasarnya ketika bersama BN, dan mengeji semua dasar-dasar BN ketika dia di luar sekarang.

5. Kesangsian DAP kepada Anwar sekarang ialah kenapa Anwar tidak menjadi Ahli/Presiden PKR? Apakah ada kena mengena dengan janjinya semasa keluar penjara untuk kembali kepada BN?

6. Harus diingat Anwar-Najib-Muhyidin = adalah Team Wawasan UMNO yang menewaskan Ghapar Baba-Pak Lah-Sanusi. Di peringkat tertinggi rakyat kurang tahu give & take the politic high level.

7. Pada pandangan penulis, dengan usia Anwar mencecah 61 tahun sekarang, peluang untuk Anwar menjadi PM barangkali selepas era Najib= PRU13(2013 )= PRU14(2018) =PRU15 (2023). .

Itu jika Allah SWT mengizinkan, kerana manusia merancang Allah SWT yang menentukannya.

10 Komen:

Anonymous said...

"Di peringkat tertinggi rakyat kurang tahu give & take the politic high level."

wahai saudara, blog seperti kamu lah yang sebenarnya 'kurang tahu'. apa kamu ingat rakyat ni otak lembu ka? kini sudah 2009, generasi muda tidak akan terjerat dengan permainan politik hutan rimba UMNO..sifat munafiqun umno akan ditentang habis-habisan

mursyid muda said...

anwar memang mencurigakan, kita dalam jamaah Pas mesti berhati2 dgn Anwar jika tiba2 dia u turn kpd ameno...trimakasih kpd penulis silala bongkar lagi, kita jamaah mesti berjaga2, sudah ada laporan anwar bertemu pemimpin ameno.kita sudah lama dalam Pas jgn terpedaya

Pejuang Bangsa said...

sy setuju dgn pandangan dan ramalan sdr .. politic peringkat high level ini sukar diramal sejak anwar keluar dr jail .

Sedingin Salju said...

ya, memang sangat sulit untuk diramal encik.

pakatankuasa said...

to anon

kamulah sebenarnya otak lembu sebab munafiq anwar akan join BN taklama lagi..barula kamu sedar sebenarnya selama ini jd lembu anwar...

ctangang said...

Betul saudara betul

Anonymous said...

datang ke sarawak dan belajar kisah sejarah politik sarawak dahulu. baru anda semua tahu apa itu "high level politics" . belajar dari kisah Tun Rahman dan anak saudaranya Tan Sri Abdul Taib Mahmud. that is the epitome of high level politics. saya tidak hairan sekiranya anwar kembali ke BN sekiranya tujuan adalah untuk menghapuskan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan penipuan dan penindasan rakyat. itu objecktif utama

Anonymous said...

salam,kita hanya nak kan pejuangan islam sebenar,Apa yang AnwAR BAWA SAMA JEA NGAN UMNO.Percaya ke yang Anwar bole tegakkan negara Islam.

Anonymous said...

To Anoy yg mengangap rakyat lembu..

Ko ingat bila mana PR yg memerintah tiada korupsi??? Piii rahhh...

Kalo aku lah jadi leader, yg 1st thing aku nak serve rakyat, peniaga2 Malaysia n economy Malaysia.. 2nd nak memajukan Malaysia d mata rakyat.. Pastu br lah serve koloni2, cousin masoun n diri sendiri...

Takde silap kalo kau tolong koloni2 ko...

Lu Pikiq la sendiri kalau ko jadi leader nanti...

hahaha mat mabuk lalat.

Anonymous said...

To Anon..

Orang macam kamu la yang selalu diperlembukan.

Politik "hutan rimba" Elizabeth Wong lagi hebat dan menarik dari politik UMNO.. hahaha..

Tak sedar lagi ke?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan