SMS ORANG KAMPUNG = RAYUAN YB DAP

on Thursday, February 26

1. DI PARLIMEN , DS Anwar begitu mesra berbual dan berbincang dengan YB-YB BN seolah-olah tidak ada apa-apa masalah.

2. YB Kota Kinabalu (DAP) membaca teks ucapannya dengan begitu tekun kerana kurang fasih berbahasa Melayu. Luahan hatinya sungguh dirasai iaitu betapa sukarnya dia hendak menyelesaikan masalah rakyat di kawasannya kerana kekurangan Dana. Walaupun dia YB DAP, dia tidak segan merayu Kerajaan Pusat supaya membantu.

3. Di Kampung Pasir Putih Tawau, penulis menerima beberapa sms dari penduduk kg sudah beberapa hari tiada air. Kasihan mereka. Lalu penulis meminta mereka menghubungi YB di kawasan itu, Pemimpin Kemajuan Rakyat, Pemaju Mukim, Ketua Kampung, Pengerusi JKKK, supaya segera menyelesaikan masalah air itu.

Mereka semua itu diberi gaji/elaun dan mesti menyelesaikan masalah rakyat dengan apa cara sekalipun.

Penulis terkenang 7 tahun dahulu ketika itu, YB Merotai ialah Dr. Patawari Patawe. Penulis bersama wakil YB telah terbang ke Putrajaya dan berbincang panjang lebar dengan pihakKementerian Pembangunan Luar Bandar supaya paip air dan jalan bertar segera dibawa masuk ke Sungai Imam. Setelah merayu, bertegang leher akhirnya penduduk Kg. Sg Imam berjaya juga mendapat nikmat paip air dan jalan bertar.

Maka penduduk Kg. Pasir Putih tadi sepatutnya mesti berusaha dan berani.

4. Sebab itulah, dua hari lepas penulis yang sememangnya sangat rapat dengan YB Datuk Chua Soon Bui ( Bebas Tawau ) menghubunginya supaya segera kembali kepada BN demi kebaikan rakyat di kawasannya. Tidak perlu menunggu DS Najib dilantik sebagai PM.

5. Datuk Ghapur Salleh adalah contoh YB yang paling bijak membawa peruntukan pembangunan kepada rakyat Kalabakan. Datuk Ghapur tidak pernah takut untuk bersuara lantang untuk kepentingan rakyat di Parlimen, walaupun penulis sering tidak bersependapat dengannya dalam politik, kami mempunyai satu matlamat yang sama = iaitu membawa seberapa banyak pembangunan dan kemajuan kepada rakyat Kalabakan khasnya.

6. Penulis berharap YB-YB di Sabah rajin-rajinlah buat ' paperwork ' terutama ketika pembentangan Pakej Ransangan Ekonomi Kedua yang akan dibentangkan oleh DS Najib tidak lama lagi.

Setiap hari orang semakin bertambah, setiap hari kampung semakin bertambah luas, keperluan prasarana semakin bertambah besar...

Rakyat tidak akan bertanya apakah kerajaan cukup wang atau tidak, yang rakyat mahu ialah bila nak buat jalan bertar, bila nak bawa air bersih, bila nak buat sekolah baru dan sebagainya...

Jika tidak sanggup menghadapi semua kehendak rakyat yang tidak berhenti-henti ini, janganlah jadi YB...bukan begitu.

7 Komen:

firman said...

masuk jugak nama kampungku dalam blog saudara...bangganya jadi org pasir putih tawau...

tiak said...

Saya beberapa kali berkesempatan melawat kawasan pendalaman di Sabah termasuk di Pulau Mantanani, dekat Kota Belud.Saya mendapati Sabah sangat ketinggalan dari segi pembangunan. Kalau kita ke Sabah hanya setakat ke KK, kita akan katakan Sabah sangat maju,tetapi kalau kita keluar dari KK dalam lingkungan 20 KM cukup,kita akan membuat generalisasi Sabah sangat ketinggalan.
Orang Semenanjung jangan terkejut PR akan mengambil alih dari BN untuk memerintah Sabah selepas PRU 13.

tiak said...

Saya beberapa kali berkesempatan melawat kawasan pendalaman di Sabah termasuk di Pulau Mantanani, dekat Kota Belud.Saya mendapati Sabah sangat ketinggalan dari segi pembangunan.Kalau kita ke Sabah hanya setakat ke KK, kita akan katakan Sabah sangat maju,tetapi kalau kita keluar dari KK dalam lingkungan 20 KM cukup,kita akan membuat generalisasi Sabah sangat ketinggalan.Orang Semenanjung jangan terkejut PR akan mengambil alih dari BN untuk memerintah Sabah selepas PRU 13.

Sedingin Salju said...

Harap ahli parlimen tu, dapatlah pertimbangkan.

Panglima Perang Cyber said...

Benar !

tugas sebagai YB sangat berat dan akan dihisab di hari kiamat.

Kumbang said...

Kerajaan Sabah perlukan 'rebranding'.
Takkan mahu tunggu 'Tsunanami Politik' baru nak jaga rakyat.
Harap kerajaan Sabah lebih peka.
Jangan amalkan sikap pilih kasih.
Jika kita ikhlas kemenangan akan jadi milik kita.
Tiada bezanya Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak.
Bawah 1 bendera. 1 aspirasi yang sama.

TAIPINGMALI said...

menjadi seorang umno mestilah mempunyai jati diri yg tinggi, andainya hanya bercita-cita utk menjadi YB sahaja angkat kaki, mesti bercita-cita untuk membantu rakyat dan berbakti kepada rakyat tanpa kesal dan jemu.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan