TUJUH = LAPAN

on Saturday, February 7

( Lintas Langsung dari Kuala Kangsar )
1. ALHAMDULILLAH, bersyukur kepada Allah SWT akhirnya YAB Menteri Besar Datuk Dr. Zambry selamat mengangkat sumpah.

2. DYMM Paduka Seri Sultan Perak & Raja Nazrin sangat gembira dengan kerajaan baru di negeri baginda sultan. Perubahan ini merupakan Kemenangan kepada Raja-Raja Melayu terutama Raja Perak apabila Bekas MB Nizar yang dikontrol oleh Puak-puak DAP mengikut apa jua kehendak konco-konco DAP seperti isu 999 tanah, Mempersoal Hak & Kuasa Raja Melayu, dan YANG TERBARU MEREKA MAHU MENYAMAN RAJA MELAYU !

3. BEKAS MB Nizar yang memohon Derhaka kepada Sultan memang pun menderhaka kerana tidak menerima Titah DYMM Paduka Seri Sultan supaya meletakkan jawatan. Sebelum itu pun, Bekas MB Nizar kelam-kabut mengumumkan pembubaran DUN Perak Tanpa merafak sembah kepada Raja Perak. Nasib Baik dia tidak tinggal di Johor!

4. INTIPATI kepada peristiwa ini ialah PERINGATAN kepada DAP bahawa Negara ini ada Raja. Negara ini bukan setakat ada Mahkamah, Perlembagaan dan Undang-Undang tetapi ada satu INSTITUSI yang sudaha lama diamalkan sejak Zaman Melaka lagi iaitu INSTITUSI RAJA.

5. Berdasarkan pemerhatian penulis di Kuala Kangsar 2 3 hari ini, yang menentang sangat sehingga menghalang laluan kereta kerabat DiRaja Perak ialah orang-orang luar, bukannya orang Perak.

6. YB DAP Fong Po Kuan menyatakan partinya sedang mengalami Kemelut Dalaman yang besar. YB Hee Yit Foong adalah Revolusi yang memulakan penghijrahan YB-YB DAP di Kedah & Selangor tidak berapa lama lagi.

7. Manakala YB Jamaludin & YB Mohd. Osman menjadi Pemangkin kepada rakan-rakan YB PKR mereka di Kedah & Selangor untuk berhijrah dan menubuhkan Kerajaan Baru .

8. Seperti kata Bekas MB Nizar, tindakan melompat adalah Demokratik sebagaimana semasa dia menerima YB Bota menyertai Bota 11 hari yang lalu. Maka Penghijrahan YB PKR/DAP di Kedah & Selangor samalah tafsiran Bekas MB Nizar sebagai Demokratik...bukan begitu.

9. Kerajaan Baru di Kedah & Selangor dijangka berlaku menjelang April. Sekurang-kurangnya 7 YB PKR/DAP di Kedah bakal Berhijrah dan 8 di Selangor.

10. Semuanya berlaku kerana selepas hampir 12 bulan memerintah mereka saling curiga-mencurigai, berebut kuasa, dan memerintah ikut kehendak masing-masing ( tidak mentadbir mengikut general orders )

11. Penulis ingin mengambil kesempatan mengucapkan Tahniah kepada Bloggers Pembela Negara ( BPN ) yang bersatu hati mempertahankan agama Islam, bangsa Melayu, & Tanah Air ini daripada diSingapurakan oleh DAP! Walaupun anggota BPN tidak mengenali antara satu sama lain, namun kejayaan di Perak juga banyak dibantu oleh BPN di alam maya, semoga Allah SWT memberkati.

12. Astag'firullah, bukan saja mereka nak menyaman Raja Perak tetapi ada pihak bercakap Sultan Perak " anjing " ! Kalaulah Dato Harun Idris masih ada...

12 Komen:

kingpahat a.k.a zaimi said...

DAULAT tuanku.

Panglima Perang Cyber said...

kejayaan kerana berkat usaha sama dan bersatu hati demi agama bangsa dan negara.

kita tak kenal tetapi kita dapat bekerjasama.

kita tak dikenali tak bermakna kita tak ada nama.

kita kenal bahawa kebenaran itu perlu dibela dan itulah tali mengikat hati hati kita.

Terima kasih atas penghargaan tersebut dan kita tidak akan berpaling lagi di alam maya ini.

Kita akan meneruskan lagi langkah jihad kita sehingga petualang melayu atau cina atau india akan diusir keluar dari malaysia.

Ingat sejarah pengkhianat zaman Nabi di mana ada diusir kerana mengkhianat negara Madinah ketika itu..

Takbir!!!!!!!!!1

Fazrulls said...

Salam Tuan,

Baginda Tuanku telah membuat satu keputusan yang terbaik bagi rakyat Perak keseleluruhannya..dan bukan untuk orang melayu sahaja...

Kita semua patut menghormati keputusan baginda walaupun ada yang mengatakan itu tidak adil.. titah baginda untuk rakyat perlu dipatuhi...

Sekian,

Cucu Tok Selampit said...

Daulat Tuanku,

Terima kasih Tuan di atas maklumat terbaru. Count me in untuk berjihad menentang puak-puak ini.

Apai Ngelai said...

Raja-Raja negeri adalah lambang kebesaran orang melayu. Jika dicemari dan dirosakkan oleh tangan kita sendiri, maka tiadalah lagi pihak lain yang akan menjaganya bagi pihak kita.

Gerila Malaya said...

Salam tuan Jentayu,

dalam pada itu kita mesti amat berhati-hati sekarang.

keadaan seperti ini walaupun pada satu segi memihak kepada BN, tetapi pada satu segi ianya juga sangat vulnerable kepada satu strategi musuh.

Anuar dalam diam2 telah berjaya menanam perasaan benci kepada Sultan/Raja melayu pada segolongan rakyat Malaysia. Perasaan benci dan marah ini akan cuba disuburkan lagi dan dibiakkan kepada rakyat2 yg lain. Sudah tentu ahli2 DAP, PKR dan sesetengah PAS akan mudah dipengaruhi dengan perasaan seperti ini.

Strategi ini asalnya daripada strategi gerakan zionist untuk meruntuhkan sesebuah negara beraja dan menjadikannya negara republik. Saya percaya Wolfowitz terbabit dalam hal ini walaupun secara zahirnya kita tak nampak dia sekarang.

bila kita analisa apa yang berlaku di Istana Sultan masa angkat sumpah MB, bibit2 kearah itu adalah sangat jelas sekarang.

target biasanya apabila keadaan telah memuncak ialah membuat revolusi rakyat (kononnya) untuk merampas kuasa.

dan adalah mustahil Anuar tak ambik kesempatan ini!!!

semua pejuang2, bloggers BPN dan rakyat Malaysia perlu berjaga-jaga sekarang dan sentiasa beringat. mungkin sudah masanya untuk kita membuat persiapan untuk berjihad mempertahankan negara.

Anonymous said...

post fitnah ke atas dato najib di tko
http://www.tranungkite.net/v8/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=9292#269440

Apache said...

Yang benar tetap akan menang akhirnya...marilah rapatkan barisan menentang pengkhianat agama ini yang cuba menjatuhkan ketua Agama di Malaysia...

Sedingin Salju said...

Daulat tuanku! Daulat tuanku! Daulat tuanku! Raja dan sultan adalah lambang negara. Berjuangan untuk memusnahkan para pengkhianat yang ingin memusnahkan institusi raja ini.

Kerana Dap, nama orang cina juga yang tercalar sekarang.

Anonymous said...

Berjihad....
Ini namanya berjihad... Sekali lagi sekirannya ada puak yg menghalang @ membaling batu @ boleh mendatangkan mudarat pada Sultan (dlm kereta), kita akan berjuang membunuh @ menangkap si jahil ke muka pengadilan.....

...kita sayang dgn pemimpin (yg betul, adil, dan amanah), ertinya kita sayang dgn Rasulullah s.a.w, kita sayang rasulullah, kita syg Allah swt..

wallahuaallam..

Anonymous said...

Minta maaf tuan penulis tetapi merujuk kepada penulisan tuan bernombor 12, masyaAllah bermaksud sungguh indah ciptaan Allah SWT, lansung tidak releven dlm ayat berkenaan. Harap tuan penulis berhati2 dan memahami dahulu maksud sebelum menulis.

Bersama-sama kita saling tegur menegur demi membentuk Umah yang lebih kuat and kukuh.

Wassalam.

Jentayuabaka said...

TQ Ano, saya dah ubah. tq

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan