APA KJ PERLU BUAT ?

on Tuesday, March 31

1. Tun Dr. Mahathir + Pak Lah + DS Najib + TS Muhyidin Yassin menjadikan gandingan UMNO kembali kuat. Jika sebelum ini, penyokong-penyokong Tun M bertindak menjauhkan diri kepada UMNO, sebaliknya kini sudah berubah.

2. Tun Dr. Mahathir akan menyertai semula UMNO, Mukhriz + Khir sudah memberi sokongan kepada KJ.

3. Jika DS Najib membuat rombakan besar-besaran Kabinet selepas ini, perkara yang perlu difikirkan ialah gabungan di antara 4 tokoh di atas.

4. Memandangkan KJ masih tidak diterima sepenuhnya oleh perwakilan pemuda di perhimpunan yang lepas, maka KJ perlu membaca isyarat tersebut dan mengambil beberapa langkah ke belakang, antaranya :

a. KJ hendaklah menjadi Ketua Pemuda yang lebih hebat daripada Allahyarham Datuk Harun Idris, dan Dato Syed Albar dahulu.

b. KJ perlu menolak jawatan dalam Kabinet walaupun memegang teraju Ketua Pemuda UMNO. KJ perlu menjadi Ketua Pemuda yang tersendiri, berwacana, dan membuktikan keikhlasannya sehingga KJ diterima oleh mereka ayang mem'boo'nya tempohari.

c. KJ perlu memenangi dahulu majoritis ahli UMNO dan pengundi di luar sana. Penulis selalu ingin ingatkan bahawa UMNO tidak akan menang mana-mana pilihanraya jika berharap dengan ahli UMNO sahaja, kerana sebenarnya yang memenangkan UMNO ialah pengundi luar pagar...( bersambung )

6. Maka gunakanlah peluang perubahan dalam UMNO sekarang untuk menambat hati dan membuktikan keikhlasan, kehebatan dan kebagusan UMNO kepada rakyat jelata .

8 Komen:

ahlibaru said...

satu nasehat yg perlu KJ fikirkan, tahniah.

Anonymous said...

KJ telah TERBUKTI pengamal RASUAH. dan DITANGKAP oleh LEMBAGA DISPLIN dan DISAHKAN!!


Jika seseorang itu ditangkap rasuah dalam sesebuah organisasi, cubalah pula SAUDARA penulis fikirkan apa yang akan berlaku.

Tolong lah,FIKIRKAN LAH betul betul saudara penulis.

DIA TELAH DISAHKAN MERASUAH bukan dari saya atau akar umbi UMNO tapi oleh LEMBAGA DISPLIN UMNO. TOLONG LAH FIKIRKAN. sekarang bukan lagi hak akar umbi untuk MEMAAFKAN KJ. Hanya LEMBAGA DISPLIN UMNO yang berhak memberi nasihat.

Syed Mahmud

Pejuang Bangsa said...

KJ perlu fokus kerja sbg Ketua Pemuda itu yg lebih penting

laksanakan visi dan misi menarik golongan muda spt yang beliau ckp dgn slogan setiakawan

KJ tidak mengamalkan rasuah dan agen beliau yg tidak beliau kenali yg ditangkap .

lembaga disiplin juga menyatakan tiada bukti kukuh utk mengaitkan KJ dengan agen itu ..

Bagi saya itu adalah peraturan parti. Kalau dalam Perlembagaan parti ia ada sebut satu persatu hukuman seperti diberi amaran, tidak bertanding, gantung atau disingkirkan daripada parti. Daripada empat itu, saya diberikan salah satu hukuman yang ada dalam Perlembagaan bukannya hukuman yang tidak ada dalam perlembagaan seperti mereka hukuman baru hanya untuk saya bagi membolehkan saya bertanding.

Dalam hal ini walaupun KJ didapati bersalah tetapi hukuman itu sendiri yang datang daripada Lembaga Disiplin membenarkan beliau bertanding. Maksudnya Lembaga Disiplin berkata, walaupun kita rasa dia ni bersalah tetapi kesalahannya tidaklah seberat untuk menidakkan dia bertanding.

syed mahmud ,sudah la tak payah dok byk fikirkan ..khir dan muhkriz sudah nyatakan sokongan kepada KJ sbg ketua..so terima kenyataan


yg penting rapatkan barisan dlm UMNO .

hatiminda said...

khairy banyak menyusahkan umno sehingga menjadi mangsa libasan pembangkang... KJ menganggap dengan apa yg diucapkkan melalui pidato, ceramah atau debatnya boleh meyakinkan masyarakat utk melupakan sejarah bertapa untungnya KJ mengaut keuntungan hanya berbekalkan kuasa sebagai anak menantu kepada PM.

Tidak ada siapa yang bergembira dengan kemenangan KJ sbg KP umno melainkan hanya mereka yang mendapat habuan daripada pemberian rasuahnya yg dijatuhi oleh lembaga disiplin dan tatatertib UMNO.

spt kata Tan Sri Sanusi Junid "jika manusia yang berakal waras dan sayangkan umno, apabila dijatuhi dan didapati bersalah merasuah, sudah pasti mengambil langkah utk meletakkan jawatan"


sekarang yg menjadi kemusykilan, mengapa Anwar Ibrahim dan koncu-koncu atau budak-budak upahannya tidak membuat laporan polis ataupun SPRM supaya menyiasat Khairy dalam salah laku merasuah..

kebiasannya jika timbul isu sebegini/rasuah dlm umno mereka lah yang paling sibuk menjaga tepi kain orang lain...mereka juga yg tidak sabar2 menghantar gerombolan untuk berdemonstrasi tidak kira tempat...
Adakah mungkin KJ ada hubungan belakang tabir dengan Pak auta ini?

jika KJ benar2 sayangkan umno, kita rayu supaya secara terhormat utk dia meletakkan jawatan... tidak guna cakap soal institusi jika diketuai oleh kepala rasuah...

Anonymous said...

Bro,..KJ will never change,..he is d 'Rebuih Tak Empuk' type,..heheh.. dia kan trlibat indirectly ngan ejen America juga & still blue eyed boy bro Anwar so he will remain himself i.e KJ..not En Khairi or bro Khairi,..heheh..apa pun its up to UMNO n BN to decide..ciao

bro brotherhood

Paklong kau said...

nak buek canno.. urang camni kalau tak suko, kono orang pintar jugak yg ngalahkan dio ni.

kalo dio terer tektik, kono lwn ngan tektik jugak, kalo takat jorit2 camtu, boo2 camtu, takdo kosan eh doh.

kalau tak, jadi PM la nampak eh dio ni.

AnakGanu said...

KJ pandai bercakap, tapi memang tak dinafikan kepincangan rasuah yang dia amalkan dan orang-orang yang menyokong KJ spt PejuangBangsa* menyebabkan akar umbi jadi sangat meluat dengan KJ. Kpd PejuangBangsa*, apa yang PB minta rapatkan barisan UMNO memang diluar akal yang waras sebab masakan kita dapat menerima pesalah yang sememangnya terbukti merasuah.Kalau tidak pon PAU baru-baru ini, cuba jelaskan lebih lanjut ECM-Libra, Precision Portal (PP) etc..apa lah PB perjuangkan selain perasuah yang memang terang tang-tang...

Sedingin Salju said...

Ya, itulah yang KJ perlu lakukan. Buktikan dia ok.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan