ASRI KEDUA

on Monday, March 2

1. Hari ini Sultan Kelantan menyuarakan kesedihannya terhadap perpecahan orang Melayu & umat Islam di negara ini.

2. Sebelum itu Hj Hadi bercakap panjang lebar mengenai Kerajaan Perpaduan Tanpa Pembangkang.

3. Sebelum itu lagi, telah dibuat beberapa pertemuan sulit antara kepimpan tertingi UMNO dan PAS selepas PRU12.

4. Malangnya ia bocor, maka untuk memujuk beberapa ahli yang terkejut, terutama Husam & team Erdogannya, maka Pertemuan Sulit itu ditukar kepada Muzakarah, kemudian ditukar lagi kepada Muqabalah, kemudian ditukar lagi kepada istilah Kerajaan Perpaduan oleh Hj. Hadi.

5. YB Dato' Mukhriz juga ada menyebut cadangan UMNO & PAS bergabung di Perak.

6. Apakah semua ini menunjukkan Hj Hadi sudah berubah fikiran? Apakah Hj. Hadi menunggu masa yang sesuai? Apakah selepas Pemilihan Jun ini akan berlaku perubahan besar? Penulis yakin Hj. Mustapha Ali paling tepat untuk menjawab drama ini.

6 Komen:

Cucu Tok Selampit said...

Sudah sampai Pas & UMNO melupakan perbezaan pendapat dan duduk semeja untuk memungkinkan satu gabungan Melayu Islam. Pas lebih baik bersama UMNO jika dibandingkan dengan pakatannya sekarang. Perjuangan Pas sudah lari jauh. Semoga mereka akan kembali ke pangkal jalan. Pada waktu itu, Melayu & Islam akan menjadi kuat dan tidak diperkotak-katik seperti sekarang.

Panglima Perang Cyber said...

Bagus jika perpaduan dpt dicapai selepas peralihan kuasa akhir Mac depan.

Hj Hadi barangkali ingin atau berharap agar dpt kifarah balik dosa bersama DAP selama hampir setahun..

Jika dia sanggup telan maki hamun demi menyatukan bangsa dan agama kita bawah satu kerajaan utk atasi kemelesetan ekonomi sekarang.

Kunang-Kunang said...

Kepada pemimpin UMNO seperti Rafidah dan Ali Rustam, usahlah terburu melatah apabila memberi komen terhadap kerajaan perpaduan ilham Tuan Guru Haji Hadi. Dalam hal ini Muhyiddin Yassin nampaknya lebih terbuka dan rasional apabila meminta Tuan Guru Haji Hadi memberi maklumat yang lebih spesifik mengenai kerajaan perpaduan. Saya percaya DS Najib akan berusaha menyatukan UMNO dan PAS untuk kebaikan Islam dan bangsa Melayu.

PaKMie said...

Sudah sampai masanya kita bersatu...
Tiada sebab sebenarnya kita berkelahi sesama kita. Penyokong dibawah dah lama menunggu penyatuan ini, tinggal lagi pehak pemimpin atas sahaja belum membuat kata putus yg sebenar.

Dalam Pas sdri pun skrg pergolakan besar berlaku. Semua parti melayu dlm negara ini dalam dalema. Kaum melayu dan islam akan terhakis dgn sdrinya jika penyatuan ini lambat dilaksanakan.

Mgkin sedikit hari lagi ada perubahan dlm senario politik tanah air...sama2 kita doakan...

Asalamualaikum dan salam sejastera.

Pakmie.blogspot.com

jarang2 said...

saya sangat setuju dgn pandangan bahawa PAS lebih sesuai bersama UMNO drp bersama DAP dan PKR yang terang2 menolak dasar yang sudah tersedia baik utk rakyat jelata.cuma dari segi pelaksanaan masih terdapat kelemahan..nobody perfect.ini lebih baik drp pkr dan dap yang pincang dlm aspek perancangan dan perlaksanaan.

Sedingin Salju said...

Ya, diharapkan perpaduan ini akan menjadi kenyataan.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan