LEE KUAN YEW SECOND PM OF MALAYSIA...

on Tuesday, March 10

1. PENULIS telah pergi bertemu seorang pemimpin lama yang sezaman dengan Tunku A Rahman, Tun Razak, Tun Dr. Ismail, Khir Johari dan Melan Abdullah. Dia masih hidup, namun biarlah ia rahsia penulis.

2. Orang Melayu barangkali tidak pernah membaca di mana-mana buku dalam negara, bahawa PM Britain telah mengugut Tunku Abdul Rahman supaya selepas Tunku menjadi Perdana Menteri hendaklah diberikan pula kepada Lee Kuan Yew sebagai Perdana Menteri Kedua. ! Inilah British Grand Design yang gagal, tetapi sedang diusahakan semula oleh DAP melalui Malaysian Malaysia.

3. Penulis dimaklumkan perkara ini disimpan dalam arkib London, di mana PM British ketika itu menulis tangan kepada Tunku, jika tidak dipenuhi British akan datang semula untuk menjajah Tanah Melayu.

4. Sebelum itu, beberapa Kontrak Sosial telah dibuat dengan orang Cina terutamanya. Pada zaman Dato Onn Jaafar, beliau dipaksa menerima 500,000 orang Cina menjadi rakyat British Tanah Melayu sebagai ganti menolak Malayan Union.

5. Semasa zaman Tunku Abdul Rahman, British memaksa Tunku menerima 1.5 Juta orang Cina menjadi rakyat Tanah Melayu sebagai Kontrak Sosial untuk Kemerdekaan.

6. Cita-cita Lee Kuan Yew sememangnya mahu menjadi PM, pada zamannya Tunku terpaksa mengeluarkan Singapura dari Malaysia atas faktor Lee Kuan Yew apabila pergi ke mana-mana luar negara dan UN ( dia menyatakan dirinya Perdana Menteri: macam Mantan MB Nizar sekarang di Perak yang masih mengaku MB walaupun Sultan Tak Perkenan ).

7. Apabila Singapura dikeluarkan, PAP Diharamkan di Tanah Melayu. Tetapi Lee Kuan Yew bijak dengan menghantar Wartawan NSTP ( Lim Kit Siang ) dengan menubuhkan cawangan PAP di Sg Rambai Melaka.

8. Dalam tempoph 40 tahun mereka berjaya menguasai secara Total Penang. Di Perak mereka Majoriti namun Raja Melayu/Undang Tubuh Negeri Perak tidak membenarkan DAP menjadi MB.

9. Maka sebab itulah DAP melalui Anwar meuar-uarkan Malaysian Malaysia, Ketuanan Rakyat, Kesamarataan dalam konteks matematik, Liberalisasi, Keadilan yang Tak Adil...dengan cara Membelakangkan Sejarah negara, Menyaman Raja Melayu dan sebagainya.

10. Maka mahukah kita diPerdana Menterikan oleh mereka...fikir-fikirkanlah. Ikuti pendedahan seterusnya ...

6 Komen:

Cu'Bendahara said...

Kita harus sedar betapa liciknya PAP melalui DAP yang tidak pernah berhenti menggapai cita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Tahniah saudara penulis kerana pendedahan ini penting untuk menyedarkan bahaya DAP dan PAP yg tidak berhenti mencucuk jarum halusnya.

Anonymous said...

Adekah Melayu sekarang yang bilangan nya 13juta orang sedarkan pekera ini atau pun sikap mereka masih berpaksi kan kepentingan sendirian ataurang melayu menunggu kedatangan pemimpin agong ?
Nampak kita dah habis kolam bakat ?
Ini tak bolih "lu fikir sendiri" atau pun ucapan lu sapa ?!
Agak melayu dah selesa sebab dah ade Channel 9 ?
Atau pun dah bangga sangat dengan ikon AF5 dan sureheboh sbb ?
atau gambar gambar media yang pamir kan ratusan ribu orang melayu terima ijazah dan diploma ?
adekah melayu sudah menjadi mangsa media ? atau pun dan kete poton baru balik raya ?
saya menunggu debat dan akhir kalam berdoa orang melayu bangun dan terus kan ....
Kalu tidak pati roket akan mengunakan semua lopongan undang undang ,dan mereka pandai cari
lopongan untuk ber bersarang di mana mana saja sebab kumpulan bukan melayu akan 110 % mencari peluang untuk menumbangkan melayu melalu kotak undi dlll.
mungkin tidak pada hayat saya,tetapi mungkin anak saya kan rase kedatangannya bahang pati roket.
changkat lobak
arjuna waspada.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam

Kita sedar dan dah lama sedar. Kesilapan kita menggadaikan hak kerakyatan dan tanah air demi kuasa harus dikesalkan. Demi kuasa kita menyerahkan Singapura harus kita pertikaikan. Atas semangat setiakawan kita pernah menyerahkan Pulau Pinang walaupun kita berhak. Untuk menjadi gah dipersada antarabangsa Bahasa Kita, kita rendahkan mertabatnya. Demi kuasa, hak kekebalan Sultan kita, kita lucutkan. Demi kuasa, hak-hak kita sedikit demi sedikit kita serahkan. Demi kuasa kita katakan kita pejuang bangsa.

PokNikKotaBharu said...

Jika kita sedar mengapakah perlu kita bersekongkol dgn DAP yg begitu bijak mempergunakan PAS dan PKR untuk merealisasikan Malaysian Malaysia tu.

Nampaknya, demi kuasa PAS sanggup ikut bontot DAP, ketepikan prinsip, ketepikan, perjuangan asal, yg penting Kuasa, kerana kuasa prinsip tergadai.

Demi kuasa apa jua DAP buat PAS halalkan, kalau PKR yg halalkan tak kisahlah, dia dah separa DAP.bukan begitu zolfi... apa ada pd PAS skrg...perjuangan dah tergadai

HJHadi nak bergabung dgn BN utk menguatkan Islam/Melayu juga tak setuju, sebab DAP/PKR bantah, so lagu mana demo ne..Demi kuasa bukan

Parpu Kari said...

GEMPAR ! ANWAR PERANGKAP PAKLAH BERTEMU DENGAN KETUA AJARAN SESAT DI HULU LANGAT !

PERKARA 1
salam untuk semua sahabat bloger dan pembaca. apa yang gap akan dedahkan ini merupakan satu bukti sahih dan benar,perancangan jahat anwar untuk melakukan apa sahaja cara untuk menyesatkan umat islam di malaysia.


sebelum ini kita umat islam telah banyak didedahkan akan beberapa sikap liberal dan munafiknya anwar bin ibrahim memperkuda/merosakkan islam demi mengejar cita-citanya kemaruk kuasa untuk menjadi perdana menteri.


anwar bin ibrahim pernah menyanjungi salman rushdie dalam komentarnya memuji buku satanic verses, anwar bin ibrahim tidak pernah menyatakan BANTAHAN dalam persoalan murtad lina joy, hudud yang selama ini diperjuangkan oleh parti pas kini sudah menjadi bahan cacian karpal singh, kumpulan artikel 11 dan pejuang-pejuang IFC ( INTER FAITH COMISSION) kini sudah kembali 'bertenaga dan bersemangat' setelah anwar secara komited memberikan HARAPAN BARU untuk mereka menyamarata kan hak ISLAM DAN BUKAN ISLAM.


ini adalah beberapa contoh betapa 'terdesaknya' anwar bin ibrahim untuk 'mengejar saki baki masa' yang ada untuk MEROSAKKAN SECARA TOTAL HAK AGAMA DA BANGSA DEMI MEMENUHI TUNTUTAN NAFSU UNTUK BERKUASA MENJADI PERDANA MENTERI KE 6.


dalam keadaan yang cukup menyesakkan nafas anwar ini, hari ini kita telah digemparkan dengan cerita dan gambar pertemuan anwar dan paklah di hulu langat. anwar bin ibrahim adalah pengamal kaedah 'political animal' . kepala munafik ini sanggup bersekongkol dengan sesiapa sahaja untuk memerangkap musuh politiknya, walaupun dengan menggunakan kaedah agama.


hari ini anwar telah memerangkap paklah untuk bertemu dengan seorang tua bernama mahmud bin hj abd rahman (pengasas ajaran aurad ismailiah) yang telah difatwakan sebagai SESAT oleh bekas mufti negeri selangor, almarhum dato' ishak baharom. orang tua ini telah dijadikan medium perantaraan untuk anwar bertemu dengan paklah dan digunakan sebagai 'agenda pemula' anwar untuk kembali menjadi pejuang islam dan ikon perpaduan melayu. sayang perangkap anwar bin ibrahim ini TELAH DAPAT PIHAK KAMI KESAN.


sila baca 2 perkara dibawah sebagai rujukan. gap mohon kepada anda semua baik dari pihak bloger dan pembaca untuk MENYEBARKAN BERITA GEMPAR INI kepada seluruh umat islam di malaysia. sebarkan ia melalui rangkaian blog,website BN dan PEMBANGKANG, email dll cara supaya berita ini sampai.


AYUH DEMI ISLAM,BAIK UMNO,PAS,PKR SILA SELAMATKAN AKIDAH ANDA ! KITA TOLAK PERBEZAAN POLITIK DALAM HAL PENTING INI ! SELAMATKAN AKIDAH KITA DARIPADA DI SESATKAN OLEH ANWAR BIN IBRAHIM !


PERKARA 2
INI ADALAH SALINAN FATWA DARI ALMARHUM DATO' ISHAK BAHAROM YANG TELAH MENGISTIHARKAN AJARAN ISMAILIAH YANG DIBAWA OLEH MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN ADALAH SESAT !



NEGERI SELANGOR
Warta Kerajaan
DITERBITKAN DENGAN KUASA
GOVERNMENT OF SELANGOR GAZZETE
PUBLISHED BY AUTHORITY

Jil. 48
23hb November 1995
TAMBAHAN No. 23
No. 24
PERUNDANGAN
Sel. P.U 48.

ENAKMEN PENTADBIRAN PERUNDANGAN ISLAM 1989
FATWA TENTANG AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN
En. 2 / 1989

PADA menjalankan kuasa yang diberi oleh subseksyen 31(1) dan seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, Mufti bagi Negeri Selangor, selepas berbincang dengan Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' membuat fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

ADMINISTRATION OF ISLAMIC LAW ENACTMENT 1989
FATWA ON AURAD ISMAILIAH AJARAN MAHMUD BIN HAJI ABD RAHMAN

En. 2 / 1989
IN exercise of the powers conferred by subsection 31(1) and section 32 of the Administration of Islamic Law Enactment 1989 the Mufti for the State of Selangor, after discussion with the Islamic Legal Consultative Committee, makes the fatwa as specified in Schedule.

JADUAL/ SCHEDULE

( 1 )
Ajaran Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Oleh yang demikian, umat Islam dilarang mengamalkan ajaran itu.

( 2 )
Orang-orang Islam yang telah menerima ijazah dan mengamalkan Aurad Ismailiah yang diajar oleh Mahmud bin Abd.Rahman di mana-mana jua berada hendaklah meninggalkan dan segera bertaubat serta memohon keampunan kepada ALLAH Subhanahu Wata'alla.

Dibuat pada 25hb Oktober 1995
Made the 25th October 1995.[JAI.Sel.8014/7 Jilid IV; P.U.Sel.AGM/0007.]

DATO' HAJI ISHAK BIN HAJI BAHAROM
Mufti Negeri Selangor




PERKARA 3
INI ADALAH ARTIKEL YANG DIPETIK DARI BLOG MSO BERKENAAN DENGAN PERTEMUAN DAN PERANCANGAN JAHAT ANWAR IBRAHIM UNTUK MENYESATKAN PAKLAH/UMNO SERTA SELURUH UMAT MELAYU !

TIGA jam sebelum Menteri Kewangan, Mohd Najib Razak membentangkan bajet mininya di Parlimen jam 4:00 petang ini, berlangsung satu peristiwa diluar jangka yang penuh tandatanya, iaini Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi duduk serumah dan makan tengah hari bersama Anwar Ibrahim.

Peristiwa bersejarah ini berlaku di Madrasah Nurul Iman, Hulu Langat, Selangor. Abdullah dan Anwar sama-sama hadir pada majlis sambutan Maulid Rasul dan Sambutan Tamat Latihan Kerohanian 40 tahun Syeikh Mahmud Al-Majzub, dan menjadi tetamu kehormat mundir madrasah berkenaan.

Kehadiran Anwar hari ini memang dinanti-nantikan oleh kira-kira 1,000 hadirin dan para jemputan termasuk para ulama dari Asia Tenggara, sebaliknya kedatangan Abdullah secara tiba-tiba itu benar-benar mengejutkan dan di luar jangka.

Abdullah dijangka hadir ke madrasah berkenaan esok untuk merasmi persidangan dan pertemuan para ulama. Kehadiran Abdullah lewat tengah hari ini menjadi tanda tanya sebab pada waktu sama jemputan khasnya ialah Anwar Ibrahim.

Abdullah tiba lebih awal dari Anwar, iaitu jam 12:18 tengah hari manakala Anwar bersama isterinya, Wan Azizah Ismail tiba kira-kira 20 minit kemudian.

Kedua mereka dibawa naik ke rumah Syeikh Mahmud untuk makan tengah hari sama-sama.Abdullah dan Anwar berada di dalam rumah berkenaan lebih 1 jam setengah. Mereka keluar dari rumah berkenaan untuk mendirikan solat Zohor bersama jam 1:40 petang.

Difahamkan semasa di dalam rumah Syeikh Mahmud, pertemuan enam biji mata berlangsung antara Abdullah, Anwar dan Syeikh Mahmud. Satu perundingan juga dikatakan berlaku dengan Syeikh Mahmud menjadi perantaranya!

Semasa mendirikan solat Zohor kedua mereka duduk di saf pertama di mana Abdullah berada di sebelah kanan, Syeikh Mahmud manakala Anwar berada di sebelah kiri Syeikh Mahmud.Selepas solat Zohor, Abdullah diminta memberi ucapan ringkas begitu juga Anwar bagaimana pun Anwar tidak berucap.

Dalam ucapannya Abdullah menjelaskan sesuatu yang baik itu kalau didoakan ia akan menjadi kenyataan. Selepas selesai solat Zohor dan ucapan ringkas kelihatan Abdullah dan Anwar bersalaman dan masing-masing melemparkan senyum.

Pertemuan dan gelagat kedua pemimpin itu benar-benar mengejutkan para hadirin dan jemaah. Masing-masing tertanya-tanya dengan peristiwa berkenaan kerana ianya dikatakan bukan dirancang oleh sesiapa tetapi mempamerkan keadaan yang sungguh menyenangkan orang ramai.

Orang ramai begitu bangga dan puas dengan pertemuan kedua mereka yang dilihat sebagai bermusuhan selama ini dan diharap dapat berdamai untuk kebaikan negara, bangsa dan agama.
“Apa yang berlaku hari ini adalah sejarah, dan kita harap ianya jadi!” begitulah komen salah seorang ahli jawatankuasa madrasah berkenaan enggan menjawab apakah kedatangan kedua mereka sudah dirancang dan apakah yang dimaksudkan 'jadi' itu?

Abdullah meninggalkan madrasah berkenaan kira-kira jam 2:15 minit petang manakala Anwar jam 2:50 petang kedua-duanya dijangka menuju ke Parlimen untuk mendengar pembentangan bajet mini oleh Najib.

KOMEN SAYA:

LIHATLAH SAUDARA SEISLAMKU BETAPA DAJJALNYA MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....DEMI CITA-CITA POLITIK AGAMA PUN DIPERDAGANKANNYA...ASTAGFIRULLAH...YA ALLAH YA TUHANKU, KAU SELAMATKANLAH UMAT ISLAM DI BUMI MALAYSIA INI DARI MANUSIA YANG BERNAMA ANWAR BIN IBRAHIM INI....

http://parpukari.blogspot.com/

Sedingin Salju said...

Saya berseru pada orang melayu supaya tolak sepenuhnya Dap dan Pr. mereka ini, amat-amat bahaya.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan