MENJELANG SUBUH HARI

on Wednesday, March 4

1. HARI-HARI Terakhir Pak Lah semakin menyesakkan fikiran sesetengah pihak di sebelah sana.

2. Pelbagai perkara diusahakan untuk menggagalkan perlantikan YAB PM ke-6, termasuklah apa yang berlaku di Perak, termasuklah tuduhan DS Najib telah mempelawa mereka menyertai BN dengan harga RM50 juta.

Adakah YB DAP yang keluar bebas itu pun dibeli juga kah?

3. Apakah pula yang ditawarkan oleh DS Anwar kepada YB-YB BN yang katanya sudah ada dalam tangan 30 malah 35 malah kadang-kadang katanya dalam tangan ada 60 YB BN akan melompat menjelang subuh hari 16 September.

4. Maka di seluruh pentas, di seluruh media mereka berkata.... perbuatan merampas kuasa di Perak itu satu perbuatan yang tidak demokratik dan jijik sekali, gitu...

5. Maka apakah pula jawapannya terhadap ceramah-ceramah Anwar and the geng pada menjelang 916 dulu...bayangkan dia berkata :

"...Tuan-tuan Puan-puan Saudara-Saudari sekalian, di seluruh pelusuk negara, di seluruh seantero dunia... Pada menjelang 16 Septemmberrrr 2008, kita akan Merampassss kuasa di Putrajaya...dalam tangan kita sudah ada tiiiiiiiiiga puluh, malah sudah ada dalam tangan kita tiiiiiiiga puluh liiiiiiima YB BN akan melompat ke Pakatan kita.....selamat tinggal Pak Lah...selamat tinggal Najib.....

6. Tup tup tup YB DAP and YB PKR pula keluar dan melompat ke tengah menjadi YB Bebas. Tak sangka YB DAP pun boleh keluar DAP...

7. Pengajarannya, Allah Maha Besar. Manusia merancang Allah juga menentukan. Anwar Merancang Merampas Kuasa, Kuasanya di Perak diambil Allah SWT dan diberikan kepada BN. Terimalah inilah ketentuan dan takdir Ilahi.

Nampaknya dia tak terima Takdir dan ketentuan Allah SWT, maka dipaksakan kuasanya bersidang di bawah pokok...

8. Mungkin sebab itu Karpal minta Anwar bertaubat.

8 Komen:

Kunang-Kunang said...

Diharapkan rakyat dapat membuka mata dan melihat belang sebenar Anwar Ibrahim.

Panglima Perang Cyber said...

salam.saya sudah mesej team bpn baca artikel tuan.

menarik dan sinis.

TAIPINGMALI said...

tuan,

setuju sangat tu

Anonymous said...

saya setuju sangat dengan artikel ini. tepat dan padat.

dari hari pertama selepas pilihanraya 12 sampai malam sebelum 16 sept 2008, anwar lah yang terhegeh-hegeh dok kejar mp bn untuk lompat.

siap kata 'the numbers are increasing by the hour'. sungguh riak dan takbur.

selepas apa terjadi di perak, nak put the blame on bn pula.

begitulah jadinya kalau sudah tergilakan kuasa. tu pun, ada juga yang tak nampak.

Pejuang Bangsa said...

setuju dgn pndangan sdr

isu di perak yang memulakan isu lompat parti adalah Anwar bukan BN dan BN hanya ikut cara anwar

Sedingin Salju said...

Ha, itulah, semua ni DSAI yang mulakan.

Anonymous said...

ya memang betul tapi masih ramai yg diluar sana tu taksub melampau.

sampai dah tak mampu menggunakan akal yg sempurna utk berfikir.

kadang2 saya terfikir, takkan tak ada satu tokoh pun yg dlm umno yg dpt challenge anwar.

challenge la dia, jgn biarkan anwar sewenang2nya bermain retorik, menipu, memanipulasi org2 disekelilingnya.

anwar sendiri byk kelemahan, dan umno sebenarnya byk kelebihan. atau.......

in between them they have big deal.... yg ni saya tak nak jamin. tapi bila tgk trend, apa yg anwar buat beri kelebihan pada dia utk terus deal with m'sian politics.

half PAS is already belongs to him, MPs in PKR have no good name in politics and they hope to anwar 100%. this provides biggest advantage to anwar...

tapi susah nak ckp laaa.... between anwar and umno begitu licik bermain politik. manakala PAS is very much predictable.

That is why i think hj.hadi starts to realise game propagated by anwar is not giving any advantage to PAS and that's why hj.hadi and the gang propose kjaan perpaduan, he wount let anwar lead anymore.

tapi siapa yg betul2 terganggu dlm permainan anwar ini. penyokong umno? penyokong die hard PAS&PKR? atau atas pagar??

jawapannya golongon atas pagar, golongon atas pagarlah yg tentukan PRU yg lalu, ingat tahun 2004 tahun 2008. golongan ini lah yg perlu direbut dan di yakinkan. golongan ini ialah majoriti.

org unmo dan org PAS mereka dah tak boleh nak buat apa dahhh....rendam dlm clorok pun tapi bila angkat tetap merah tetap hijau.

jadi anwar bermain onar memberi kesan yg serius pada golongan atas pagar. atas pagar dah slow2 tinggalkan dia. memang itu yg anwar harap2kan. tapi kenapa ya...?

cuba fikir baik2.....apa tujuan anwar menyusun bidak2, manipulate nizar, manipulate nik aziz, who is close to nik aziz, husam, and who is husam...??... hehehe

kalau tgk pada ucapan yg berdegar2 kita tak nampak tapi bila tgk pada trend, ..... trend jarang menipu.

siapa yg kudakan siapa ya...?? ini cuma pendapat aku, and you dont have to agree with me. hehehehe......


Zul.

Pok Nik Klate said...

Salam...
Mudah saja komen saya utk posting tuan ini. Mereka2 ini dengan diketuai oleh DS Anwar sudah tidak percayakan QADA dan QADAR Allah SWT. Aku masih ingat bila DS Anwar berceramah tahun 1998 bilamana beliau disingkirkn dari jawatan TPM..ayat yg selalu diulang2 oleh beliau adalah..."MANUSIA BOLEH MEMBUAT PERANCANGAN TETAPI HARUS DIINGAT PERANCANGAN ALLAH SWT ADALAH YANG MUTLAK".

Sebab itu aku andaikan DS Anwar termakan sumpah ayat Al Quran Nul Karim diatas yg sentiasa dibaca dalam ceramah beliau 1998 dulu. Tapi apa boleh buat PAS pun tumpang semangkuk dengan dosa2 DS Anwar. Inilah politik..Tok Guru pun boleh "tergelecah" rel..(ayat ore Kelate)

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan