MUKHRIZ = MENTERI @ TIMBALAN MENTERI

on Thursday, March 26

1. ANGIN PERUBAHAN sedang melanda UMNO. Penulis keletihan melayan kedatangan orang kampung dari jauh, sangat seronok bertemu dengan orang-orang kampung yang sama-sama hidup sekampung dan berjuang dahulu.

2. Tulisan penulis bahawa Shahrizat bakal menang jelas menjadi kenyataan= http://www.jentayuabaka.com/2008/11/shahrizat-bakal-ketua-wanita.html

3. Namun penulis amat terkejut dengan keputusan Pemuda. Jangkaan penulis Mukhriz akan menang besar nampaknya tidak berjaya. Malah Dr. Khir Toyo mengatasi jumlah undi Mukhriz.

Apapun Tahniah kepada yang menang. Yang tewas jangan kecewa, teruskan perjuangan, Tun Dr. Mahathir pun pernah tewas di Parlimen...namun jadi juga Perdana Menteri.

Intan permata, kalau dibuang ke dasar laut pun tetap berkilau-kilau...

4. Penulis berharap, DS Najib yang bakal menjadi PM perlu memikirkan bagaimana untuk menempatkan Mukhriz, barangkali sebagai anggota kabinet.

5. Dahulu, Tun Dr. Mahathir memberi peluang yang besar kepada DS Najib menaiki takhta parti daripada Pemuda hingga ke Naib Presiden.

6. Di Dalam kerajaan Tun Dr. Mahathir memberi peluang DS Najib daripada Timbalan Menteri kepada pelbagai kementerian sehinggalah diangkat pula oleh Pak Lah sebagai penggantinya.

Kerana Tun M meingati jasa ayahandanya Tun Razak yang membawanya masuk semula ke dalam UMNO dan anggota kabinet ( 1974 )

7. Ahli-ahli UMNO harus membuang sikap iri hati, dengki, prejudis, jatuh-menjatuh, sebaliknya membantu menaikkan sesiapa sahaja pemimpin yang berkebolehan. Inilah perubahan yang dikatakan oleh Pak Lah dalam ucap utama tadi.

13 Komen:

zakiahnaim said...

salam.
1.tahniah pd yg menang...
2.agak kecewa yg teramat dgn salah satu keputusan mlm tadi n tlh dizahirkan kepada tuan...
3.mg mereka yg terpilih dpt menjalankan tugas n tanggungjawab yg telah diamanahkan oleh seluruh ahli UMNO.
4.sy bukan ahli UMNO tapi sy syg UMNO. sy juga bukan ahli PAS tapi sy syg PAS.(pkr x masuk senarai sy sbb asas kepada penubuhannya adalah kerana kepentingan DSAI!!!)kerana mereka semua adalah org MELAYU beragama ISLAM..HANCUR ISLAM HANCUR lah MELAYU...
5.UMNO akan sentiasa menjadi pemerhatian umum..jgn terjatuh terjelepuk rebah tak boleh nak bangkit kembali angkara generasi masa kini...
6.pantun 2 kerat yg rakan serumah sy cipta mlm td:
"cakap biar lebat, kerja susah nak buat"

Aiman said...

atas dasar apa nak bagi dia jawatan ?

tak payahlah..

dia kena usaha sendiri.

nanti orang akan kata dia harapkan jasa bapak dia tak pandai kais sendiri.

nanti malu bapak dia juga.

Anonymous said...

Apa dah jadi dgn UMNO????Org yang telah didapati bersalah mengamalkan RASUAH telah diangkat sebagai Ketua Pemuda.INI AKAN MEMBAWA KEPADA KEHANCURAN UMNO PADA PRU 13

UMNO Cawangan Gombak Selatan said...

Insyaal;ah.. di harap tranformasi UMNO akan berjaya..

Kunjungi Blog kami di www.umnogombakselatan.blogspot.com

SALAM PERJUANGAN

IKHLAS DARI,

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN
BAHAGIAN WANGSA MAJU

p/s : Blog anda dalam senarai link kami

Sam said...

Salam Tuan.
Cabaran yang teramat besar untuk DS Najib dalam menerajui umno. Beliau terpaksa mengikiskan prasangka buruk diatas umno dan diri dia sendiri, tpi saya penoh berkeyakinan bahawa DS Najib dapat menggalas tanggongjawab ini dengan sempura.

Mukhris walaupun tewas tapi dia dilihat salah seorang calon yang bersih serta berwibawa dan tidak salah DS Najib memberinya ruang untuk berkhidmat dalam kabinet. Untuk KJ, inilah masa dan saat untuk membersihkan dirinya yang dikatakan libility kepada umno dengan memberikan kidmat yang terbaik kepada parti dan kena ingat bahawa rakyat sekarang cukup bijak menilai sesaorang yang tentunya berbeza dengan pemuda umno sendiri.

Apapun semoga Allah swt menjaga Malaysia kita ini dari kerakusan serta kepura-puraan pemimpin yang tidak mengenang jasa dan menjadi petualang umat yang sentiasa mengikut nafsu serakah mereka. Amin

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam

Tahniah kepada pimpinan baru. Mari kita bertekad mengotakan azam perhimpunan kita. Cadangan Mukhriz sebagai menteri @ timbalan menteri tidak relevan. Beri peluang kepada barisan baru untuk menerajui kabinet. Tindakan Sharir wajar dicontohi.

zamspotte said...

Bersatu... Bersatu.... Bersatu... Walaupun tewas, janganlah mudah mengikut budaya PKR. Apa pun, tahniah dan teruskan perjuangan...

CYBERCDO said...

Cdo setuju dgn kenyatan zamspotte...kita mesti bersatu untuk mengemablikan kegemilangan UMNO...dalam pada tu, jangan lupa dan hilang fokus tentang "musuh" kit ayang sebenarnya....

Anonymous said...

saya mencadangkan usul penolakan KJ sebagai KP bila kita bersidang untuk tahun 2009

Anonymous said...

YB Mukhriz perlu dilantik jadi Timbalan Menteri Pelajaran..

Parpu Kari said...

SAYA DENGAN RENDAH HATI INGIN MEMINTA DATO SERI NAJIB DAN TAN SRI MUHYIDDIN UNTUK MELANTIK DATO MUKHRIZ SEBAGAI MENTERI KABINET YANG PENUH!

BELIAU MEMANG LAYAK UNTUK MENGANGGOTAI KABINET, KERANA BELIAU MEMPUNYAI KEBOLEHAN DAN SOKONGAN YANG AMAT BESAR DARI KALANGAN AKAR UMBI!

APAYANG SAYA NAMPAK DALAM DIRI DATO MUKHRIZ INI IALAH BENDA YANG SAMA SAYA NAMPAK DALAM DIRI DATO SERI DAN TAN SRI IAITU KARISMA KEPIMPINAN, BUKAN SEMUA MEMPUNYAI KARISMA INI!

JANGANLAH KECEWAKAN KAMI! KAMU MAHU DATO MUKHRIZ DI DALAM KABINET SEBAGAI MENTERI PENUH.

ITU SAHAJA PERMINTAAN SAYA YANG HINA INI!

MAAAFKAN SAYA SEKIRANYA PERMINTAAN SAYA INI ADALAH MELAMPAU, TAPI DATO MUKHRIZ ADALAH SEORANG PEMIMPIN YANG HEBAT, SIA SIALAH KALAU KITA TIDAK MENGGUNAKAN KHIDMAT BELIAU!

JUSTICE FOR DATO MUKHRIZ!

YANG IKHLAS,

PARPUKARI

Pok Nik Klate said...

Yang menang tidak menang semua..yg kalah juga tidak kalah semua.Ungkapan ini sangat sesuai utk digambarkan keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Spt juga penulis, sy jugak terkejut beruk bila dapat tahu KJ memenangi KP UMNO. Dimana silapnya?? Sy masih mencari2 alasan yg sesuai dan masih menjalankan kajian yg termampu.

Namun begitu sy amat berharap agar NS Najib tidak menjadikan KJ seorang menteri. Tugas KJ adalahmenggempur barisan pembangkang habis-habisan. Itu tugas dia. Kalau dibebankan dgn jawatan dlm kerajaan akan berlaku conflict of interests yg keterlaluan..sebabnya KJ mesti membalas "budi dan jasa" kepada pengundi2nya..yg kita tahu terlalu mengharapkan habuan dari KJ setelah menang KP UMNO?

Jadi Mkhriz harus dilantik sebagai menteri menggantikan Azalina umpamanya... Kita tahu prinsip berpolitik dan bekerja Mukhriz adalah sgt cemerlang..malangnya ada faktor luaran yg tak mampu di ikuti oleh Mukhriz menyebabkan beliau kencundang.. Ini juga sebagai satu pengajaran kpd yang bertanding bahawa KP UMNO tidak semestinya dilantik menganggotai kabinet.

Ayuh DS Najib/Muhyiddin ..lakukan perobahan dari sekarang dan jgn takut berobah...

Sedingin Salju said...

ha, agak sesuai juga kalau Mukhris jadi menteri. KJ, biar di barisan penggempur.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan