PARTI ISLAM BARU

on Tuesday, March 3

"....Bagi mengelakkan persaingan sengit khususnya selepas wujud dua kumpulan besar - pro-muzakarah dengan Umno dan pro-Pakatan Rakyat - mursyidul am PAS mencadangkan kaedah berunding untuk memilih barisan pemimpin tertinggi parti..."

2. Jika kita perhatikan , Hj. Hadi selaku Presiden PAS dan pasukan Ulama'nya sedang berusaha bagaimana nak merealisasikan percantumannya dengan UMNO. Jika DS Najib menerima, maka hasrat Hj Hadi pasti akan terlaksana.

3. Hanya pasukan Nik Aziz/Husam dan team Erdogan menjadi penghalang sekarang cita-cita Hj Hadi.

4. Untuk merealisasikan Hasrat tersebut Haji Hadi dan pasukannya seperti Hj Mustapha Ali dll harus mengalahkan pasukan Erdogan yang dimainkan oleh Husam, pemimpin PAS yang diuar-uarkan paling kaya di Malaysia.

5. Di Parlimen sendiri, beberapa kali tempat duduk Haji Hadi kosong. Bahasa politiknya ialah Hj Hadi tidak berminat dengan kumpulan PR.

6. Apakah Haji Hadi akan mengikuti sejarah Datuk Hj Asri Muda yang digantung keahliannya dahulu , dan membuat parti Islam baru.

Hj. Hadi berusaha mengelak, berusaha berdiplomasi, berusaha meyakinkan, berusaha mencari jalan, demi kemaslahatan ummah... apakah tiada yang menyedarinya.

7. Semoga Allahyarham Datuk Hj Asri Muda diterima amal ibadahnya, diampuni dosanya, dimasukkan dalam golongan orang yang beriman dan bertaqwa - Alfatihah.

5 Komen:

Kunang-Kunang said...

Didoakan agar PAS buka hati dan buka minda. Pada masa yang sama diharapkan DS Najib dapat buat keputusan demi untuk perpaduan Melayu dan kesyumulan Islam di Malaysia.

Tolak kumpulan Attarturk (Erdogan) dari PAS demi untuk agama, bangsa dan tanahair.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Sangat bersetuju. Jalan terbaik menyelamatkan Ummah, bubarkan UMNO dan menyertai Parti Islam. Itu yang sebaiknya, semoga perpaduan dikalangan umat Islam bertambah teguh.

amieieda said...

takperlu bubarkan UMNO ahmad zolfi, seandainya benar ada titik pertemuan maka sertai perjuangan UMNO. UMNO tak lebur PAS tak berkubur.

Mustang, Ulu Klang said...

Sedare zofli, PAS bukan agama Islam, Pas bukan Parti Islam, PAS adalah parti politik, mcm UMNO juga, YB PAS pun cerai bini orang, YB Pas pun khalwat mcm MSabu Al-Khalwati, kalau benar nak masuk Arqam ke, Tabligh ke...

Panglima Perang Cyber said...

nama apa tak kisah.asal matlamat tercapai.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan