PRU15 = DAP AKAN JADI PM?

on Thursday, March 5

1. KENYATAAN DS Anwar bahawa MB Perak dari PR akan datang boleh terdiri daripada siapa saja YB Melayu dalam mana-mana parti PR menimbulkan seribu satu macam persoalan.

2. DAP menjelaskan kenyataan itu dengan memberi kenyataan bayangan bahawa DAP akan juga diwakili oleh Calon-Calon Melayu.

3. Dengan YB DAP menguasai Majoriti DUN Perak sekarang, maka mereka mempunyai bayangan akan menjadi MB Melayu DAP tanpa perlu lagi bergantung kepada YB Melayu PAS dan PKR, pada masa akan datang.

4. Maka hasrat mereka menguasai secara Total Pulau Pinang dan Perak akan menjadi kenyataan , seterusnya Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

5. PAP gagal 50 tahun dahulu, tetapi DAP sudah semakin melihat peluang di depan mata.

6. Orang-orang Melayu/Islam dipaksa untuk mengamalkan konsep Kesamarataan, Keadilan, Kesaksamaan, dalam semua hal. Hapuskan keistimewaan Raja kalau boleh ( perhatikan Karpal tidak pernah berhenti mempersoal keistimewaan Raja-Raja Melayu ).

7. Kalau Islam guna nama Allah mereka juga mahu guna nama Allah, Bumiputera itu Apartheid, Peralihan kuasa di Perak sebagai Merampas Kuasa = Usaha Anwar Merampas Kuasa 916 Mulia, YB Bota pindah ke PKR dikata Sangat Demokratik = YB-YB PKR/DAP Pindah ke Bebas dikata Jijik.

8. Banyak lagi pemikiran-pemikiran Liberal=Bebas=Dia Boleh=Kita Tak Boleh=Pembangkang 1000% Bersih Belaka= Kerajaan 1000% Rasuah Belaka.

9. Bagi penulis, semua ini pemikiran-pemikiran PAP yang sedang diamalkan oleh DAP dan sedang dipaksakan ke atas orang-orang Melayu/Islam di Malaysia.

10. Jika kerisauan ini dianggap racist, apakah pula nasib orang Melayu/Islam di Singapura yang langsung tidak diberi peluang menjawat jawatan Ketua Polis, Ketua Tentera, Menteri dan sebagainya di Singapura.

11. Mereka bercakap soal Kesamarataan/Keadilan/Bahagi sama rata di Tanah Melayu tetapi tidak bercakap benda yang sama di Singapura.

12. Maka, PAP di Singapura & DAP di Tanah Melayu = sama sahaja. Maka tidaklah menghairankan 10 atau 20 tahun akan datang DAP akan menjadi Perdana Menteri.

8 Komen:

Gerila Malaya said...

Dap ini bukan masalah besar sebenarnya, masalahnya PAS yg memberikan laluan kepada DAP utk merealisasikan cita-citanya. PKR pula platform DAP utk mengawal PAS.

Saya lihat puak2 PAS ini mudah dihelahkan oleh Dap ini.

Macam cerita tuan Jentayu mengenai perihal PAP yg awalnya amat mesra Melayu dan mengambil berat hak-ehwal org Melayu. Tetapi apabila kuasa berada di tangan, kesemuanya itu hilang, yg muncul hanyalah true colour mereka.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam

Untuk kekal berkuasa kita perlu menjadi lebih baik daripada mereka. Tanggapan seperti sekarang yang mana PR lebih baik daripada
BN harus diubah dengan memperbaiki segala kepincangan yang ada.

tanpanama said...

tuan, saya lihat komen tidak menggalakkan di blog tuan.

apa kata jika tuan ziarah juga saudara blogger kita.

mereka tentu membalas kunjungan tuan nanti, pasti !

PemudaPPP said...

Ya benar dulu kita anggap pkr ne bersih belako, sebab byk sgt org cakap bn rasuah, hari ne rasuah dlm pkr lagi terok, terbaru di penang AMK Keadilan sendii dedah rasuah dalam kerajaan negeri Penang. Katnya 2 pemimpin kanan PKR terlibat, malah mengarah dirinya tutup muluk.ini mcm cakap tak serupa bikin..hidup PPP

Pok Nik Klate said...

Semalam saya sempat melihat berita TV3 dimana DS Rais Yatim memberikan penerangan tentangan hal ehwal semasa di Kem Penerangan berkaitan perundangan dalam perlembagaan. Sangat sangat menarik topik atau buah icara DS Rais Yatim membicarakan perihal perundangan perlembagaan memandangkan beliau mempunyai kelayakan dalam perundangan.

Yang lebih menarik perhatian saya dimana kata2 beliau penguatkuasaan undang2 semakin longgar dan tidak bermaya ie Pejabat Peguam Negara. Inilah salah satu sebab sy berpendapat yg menjurus kpd krisis di Perak kerana mereka2 yg seperti Karpal yg memunipilasi pemahaman undang2 beliau utk mengeruhkan lagi keadaan di Perak. Bukan Karpal tidak tahu bahawa Paduka Tuanku Sultan mempunyai kuasa mutlak tetapi Karpal sengaja menimbulkan pertikaian kerana Karpal merasakan beliau sangat kebal dari tindakan undang2 negara Malaysia. Karpal berpendapat Pejabat Peguam Negara tidak akan berani mendakwa beliau.

Sampai satu takat Karpal merasakan diri beliau adalah diatas undang2 negara dan beliau terus memperlekehkan undang2 ini. Sebab itulah kata DS Rais supaya bilamana Karpal mengucapkan saja perkataan akan menyaman Tuanku Sultan sepatutnya beliau terus didakwa atau lebih elok kalau beliau di ISAkan barang 2-3 tahun. Tunjukkan bahawa kerajaan kita serius menghadapi mereka2 spt Karpal. Jangan tunggu sampai ada 100 Karpal di Malaysia..ketika itu keadaan akan menjadi tidak terkawal.

Kerajaan jangan bimbang bahawa akan berlaku rusuhan jalanan. Tahun 1998 lagi hebat rusuhan jalanan tetapi kita lihat kerajaan dapat menangani dgn begitu baik sekali. Begitu juga dgn Speaker DUN Perak..nampak sangat beliau tidak menghormati Paduka Tuanku Sultan..dakwa terus beliau dimahkamah atau ISAkan beliau..Lihatlah contoh pemerintahan Dr Mahathir...mana ada benda2 begini berlaku.

Jabatan2 kerajaan yg terlibat harus berani dan bertindak tegas bermula sekarang..kalau tidak mereka2 ini akan semakin tidak menghormati undang2 negara. Tunjukkan kerajaan benar2 serius utk menghadapi mereka2 spt Karpal, Sivakumar, Nizar etc. Nizar ni saya tengok macam "gila talak" sungguh2. Bagi beliau tiada yg lain dalam fikiran beliau melainkan dapat jawatan MB Perak...Dekat2 nak iseng (kata ore Kelate)..dari perkataan "insane".

Jabatan Peguam Negara dan kementerian Dalam Negeri ..ayuh bertindak sekarang..jangan tunggu2 lagi..KADUK SEDANG NAIK JUNJUNG.

Sedingin Salju said...

Pemikiran anda tidak races. Bagi saya, sebagai orang cina, Dap memang races besar. Adik pada Pap singapura. Ingat, mereka ini harus dikawal. Ini virus w32 sudah mula menjalar. Anti virus berkesan perlu untuk menghapuskan mereka ini.

azreen said...

DAP=PAP=ZIONIS..

sibuk ckp pasal equallity sampai perkataan "Allah" pn dorg nak..pas pn boleh terpengaruh( nasib baik la x semua, semlam di parlimen YB Datuk Taib Azamudden sempat lagi hentam balik YB shah alam)

lepas 2 x abis cipta provokasi dengan tindakan dan dasar-dasar kerajaan..ntah mcam mane lah ramai budak-budak melayu yang boleh jadi pengikut dorg ni..dan hampir setiap minggu ade je perhimpunan jalanan..

rasanya sebelum ni kita boleh berbangga menjadi rakyat malaysia kerana keharmonian dan kestabilan politik dan tidak pernah ada perhimpunan dan rusuhan..tapi hari ini? cube kita lihat semula 4-10 kebelakang.. adakah sama keadaan nya dengan hari ini?

p/s izinkan saya siarkan post ini di blog saya

penyokong jamaluddin jarjis said...

Pemuda UMNO dituduh mengugut dengan peluru dan dibilang ‘celaka’.

Mana-mana Pemuda, kiranya bertembung dengan Karpal, pasti menuntut kenapa tanpa soal-siasat, di Dewan Rakyat di mana semua sebutan dirakam dalam “Hansard”, Pemuda UMNO dituduh bukan-bukan dan digelarnya ‘celaka’.

Mungkinkah ada yang sabar kiranya Karpal di depan mata? Ada. KP2 UMNO Selangor yang berdepan Karpal hari itu MEMOHON penjelasan dengan hormat kepada Karpal sebagai orang tua & Pengerusi DAP.

Namun KP2 ini kini dicela. Tidak lagi. Kita pertahankan nama baik kawan2 di Selangor melalui http://www.thoughtsintangents.blogspot.com dan http://www.lattsharizan.com

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan