SIAPA LEBIH GENTLEMEN?

on Tuesday, March 10

1. SEMASA Idris Jusoh dicadang sebagai MB, DYMM SPB YD Agong tak perkenan, Pak Lah ikut saja. Pak Lah tak mahu krisis yang menyusahkan rakyat.

2. Apa pasal Nizar tak boleh ikut saja perkenan Tuanku Sultan Perak? Dah tahu Tuanku Sultan Perak Titah supaya Berhenti menjadi MB kenapa pula Paksa Rakyat dan Tafsir kehendak sendiri Perlembagaan untuk menabalkannya jadi MB semula?

3. Kalau bekas MB Nizar and The geng gentlemen, bila Dewan bersidang semula buatlah undi tidak percaya ke atas DR. Zambry, tengok siapa menang. Janganlah mengheret Sultan Perak ke mahkamah dan janganlah libatkan rakyat bila kuasa dilucutkan Tuanku. Bukan begitu...

4. Sebagai renungan kata asal KeRajaan tu bukankah "Raja" tambah imbuhan "ke-an" jadilah "Kerajaan". Maksudnya kalau Raja dah suruh berhenti jadi KeRajaan, sebagai rakyat patuhi sajalah.

5. Sepatutnya bekas MB Nizar salahkanlah YB PKR dan DAP yang lompat. Merekalah yang menjadikan BN=28,PR=27. (Speaker kena berkecuali). Kenapa pula nak Salahkan BN.

6. Dulu kata YB Bota melompat sebagai Sangat Beriman dan Sangat Demokratik, kalau begitu YB PKR/DAP yang melompat itu sama jugalah kan Sangat Beriman dan Sangat Demokratik. Bukan begitu kata bicara Bekas MB Nizar...

7. Sesungguhnya Anwar merancang..."Tuan-tuan/Puan-puan/Saudara/i sekalian Seluuuuuruh negara, pada 16/9 kita akan Merammmmmmpaz Kerajaan Pusat, Dalam Tangan kita sudah ada 30, malah 35 malahan 60 YB BN akan melommmmmmmpat... Selamat tinggal BN, selamat jalan Pak Lah, selamat jalan Najib..." (Masih anda ingatkah ceramah mereka itu...)

8. Namun, Allah SWT membalas keegoannya dengan Allah SWT memberikan semula KeRajaan Perak kepada BN.

Bukankah itu Allah SWT yang menentukannya, terima sajalah. Bukan begitu...

Ditulis oleh: Al-Azharri Sidiq Hj Kamunri
Jentayuabaka.blogspot.com

6 Komen:

mujahidin Melayu said...

Saya ingat, tanpa dia berkata insyaAllah, tetapi ustaz2 Pas berkata Anwar tak salah kalau tak bercakap insyaAllah. Dan mengutuk mereka yang tak meyakini kata-kata Anwar itu hatta orang Pas sendiri.

Malah ada pula mengaku boleh membaca hati Anwar yang kununnya Anwar berkata insyaAllah dlm hati.

Begitulah taksubnya ustaz2 Pas ini terhadap Anwar. Yg menjerit Makkhal Sakthi tu puak tu juga..

Sedangkan Nabi sendiri lupa ucap insyaAllah pun, malaikat langsung tak turun (tafsir surah al-Kahfi). Anwar tu siapa?

mujadPP said...

Salam, walaupun sy masih remaja , atas apa yg berlaku, sukar lagi mempercayai anwar dan kumpulannya.Tetapi tiada siapa boleh kalahkan anwar di pentas,bijak berkata dan penuh gaya

Sedingin Salju said...

Anuar memang hebat berkata-kata di pentas. hebat juga putar alam.

abu salam said...

Disini saudara rasanya sedikit keliru, membezakan deris jusoh dan ir nizar.

di trengganu pemilihan MB dari kalangan ahli umno.

di perak pemilihan MB dikalangan BN dan Pkr, yang mana rakyat yang memilih kerajaan bukannya Sultan, jadi saudara tidak bolih samakan trengganu dan perak, walaupun saudara penyokong umno, saudara jugak perlu adil kpd hak diri anda sendiri.

abu salam said...

Disebabkan kuasa, anwar dipenjarakan selama 6 tahun, segalanya adalah ketentuan Allah s.w.t.

Disebabkan fitnah seorang wanita,
Nabi Yusuf a.s dipenjara selama 6 tahun, segalanya adalah ketentuan Allah s.w.t.

Siapa kita yang bercita2 menjadi hakim songsang dalam hal ini.

abu salam said...

Allah telah menguji hamba2nya yang ia kehendaki.

Saudara Anwar dengan ujiannya.
sabagai manusia biasa dan pemimpim negara.

Nabi Yusuf a.s dengan ujiannya
jugak sebagai manusia biasa dan
seorang Rasul.

Kita jugak diuji, dengan tampa melihat dan menjadi saksi dalam kejadian yg menimpa Saudara Anwar dan Nabi Yusuf a.s.

mengapa kita senang membuat keputusan menuduh dan mejatuhkan hukum serta mengaibkan beliau dan keluarga, hebatkah kita disisi ALLAH dengan membuat tuduhan sedemikian kerana mengikut keputusan seorang Hakim yg kafir menjatuhkan hukuman bersalah terhadap saudara Anwar Ibrahim.

Sebenarnya terlalu kecil ujian kita, berbandng apa yang berlaku terhadap sesaorang pemimpim.

Dihadapan Mahkamah Allah jua kita akan diadili, setiap yang dihina, akan dihina, setiap yang membantu akan dibantu, telah bersediakah kita untuk menuduh dan menghukum sesaorang tampa melihat dan menjadi saksi. terserahlah

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan