TIGA PERKARA

on Sunday, March 15

1. LIM GUAN ENG menuntut PAS memberi jawapan mengenai idea penggabungan BN-PAS. Mukhriz menempelak kenapa takut sangat nak melihat perpaduan orang Melayu.

Media blog dan akhbar DAP sudah mula mempersoalkan keikhlasan PAS. Seorang penterjemah bahasa Mandarin yang juga rakan baik penulis menterjemahkan beberapa kemarahan pemimpin DAP di dalam media DAP.

2. Teringat ketika Muzakarah tahun lalu, Karpal Singh marah-marah dan menuntut penjelasan Hj Hadi.

3. Tun Dr. Mahathir tidak bersetuju kononnya sudah dibuat tahun 1970an dahulu namun tidak berjaya.

4. Sebelumnya, Mukhriz pernah mencadangkan penggabungan UMNO-PAS di Perak membentuk Kerajaan untuk kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

5. Dalam banyak-banyak kebisingan ini, Anwar diam-diam menjejaki Pak Lah di Hulu Langat dua minggu lalu. Percubaan terakhirnya untuk menyertai BN sebelum dipintas Hj. Hadi.

6. Menjelang peralihan kuasa 2 minggu lagi, rasanya akan berlaku 3 perkara =
* Pak Lah dilantik sebagai Menteri Kanan
* Hj Hadi dilantik Menteri Penuh selepas menyertai BN
* Anwar membubarkan PKR

8 Komen:

mimpi916 said...

Salam Tuan..

Semasa anwar dalam ABIM..
Dia menyuruh rakan2 dia masuk PAS (HJ Hadi, Arwah Fadhil Nor dsb)

Tetapi dia masuk UMNO. dan ABIM ditinggal tanpa pemimpin yang hebat.

Apa yang saya rasakan.. anwar mahu menguasai UMNO dan PAS.

Bagi saya, dia tidak mahu ada orang yang melawannya dan dia mahu semua parti2 besar dan berpengaruh (BN dan PAS) di bawah penguasaannya.

Wassalam..

Topik di blog saya lepas ni : Anwar lebih ganas dari Mahathir - Mat Sabu

Syeikh Al-Hafiz said...

Seperti biasa saudara Jentayu membuat ulasan yang tersendiri dan berani. Tahniah! Posting saudara sentiasa segar dan menyegarkan.

Pok Nik Klate said...

Satu posting yang baik dan mungkin jugak kritikal.Tetapi melihat senario semasa agak payah jugak PAS nak bergabung dalam BN atau wujudkan kerajaan perpaduan(minus DAP dan bebrapa kerat YB PKR dari kaum India dan Cina yang agak skeptikal). Nik Ajis dah mula buka mulut tentang kerjasama ini. Ini dapat dipahami dgn mudah kerana yang memberi respon tu bukannya Nik Ajis tapi Mantan Bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia dari PAS.

Nik Ajis dah membuat penentangan awal kerjasama ini. Logiknya Nik Ajis akan memberi tekanan kpd Presiden PAS kerana Nik Ajis merasakan beliau adalah pemimpin agong PAS..The Untouchable. Bagi saya sendiri yang sekarang sudah pindah balik menetap di Kota Bharu setelah sekian lama di Kuala Lumpur merasakan kerjasama PAS/UMNO ini sangat2 penting dalam orang Islam/Melayu meneruskan penguasaan politik tanah air. Kebimbangan yg terbesar kita bilamana DAP sudah menjadi Israel (walaupun sedikit tetapi menguasai PAS dan PKR). Contoh terbaik di Perak dan Selangor. Bilaman MB itu tidak kuat maka yg memerintah adalah DAP. Cuma Mantan MB Perak dan MB Selangor dapatlah gaji dan elaun RM43K sebulan.

Maka sebab itulah DAP bersungguh benar menggagalkan usaha kerjasama ini kerana DAP tidak lagi berpeluang "mengkudakan" PAS. Lihatlah kecerdikan DAP. DAP yg membaling batu kemudian sembunyikan tangan. Kemudian keluarlah berdoyong2 Melayu PAS dan PKR untuk mengambil tanggungjawab disumpah rakyat jelata. Sbg contoh kerajaan Perak dulu..yang dok berdemonstrasi menentang Tuanku Paduka Sultan adalah Melayu PAS/PKR..Mana ada pemimpin DAP kelihatan??? Begitu jugak demonstrasi menentang PPMSI. Yang didepan adalah Melayu PAS/PKR..mana ada DAP ikut serta???

Berdoalah kita supaya kerjasama UMNO/PAS akan menjadi realiti (bukan rancangan realiti TV). Alangkan gembiranya aku kalau itu terjadi..Kalau ini terjadi UMNO juga dapat menggagalkan percubaan Mantan Bakal Timbalan Perdana Menteri untuk mencabar jawatan PAS dalam muktamar yang akan datang. Sekiranya Mantan Bakal Timbalan Perdana Menteri berjaya memenangi jawatan Presiden PAS..maka berjayalah Anwar Ibrahim utk memecahbelahkan PAS secara total. Fikirlah penyokong dan ahli PAS. Nik Ajis sudah tidak layak memberi komen2 politik terkini kerana beliau sudah tidak relevan lagi.

Wallahualam...

Pejuang Bangsa said...

setuju dgn sdr

anwar tidak lama lagi akan bubarkan PKR jika kerajaan perpaduan dapat ditubuhkan bersama UMNO dan PAS

Hadi sudah mendapat ilham mengikut jejak Dr Asri yang membawa PAS masuk BN semasa pimpinan Tun Razak . Najib pula ingin mengikut jejak bapa nya jg ..

Pak lah menteri kanan itu saya amat sokong !!

Panglima Perang Cyber said...

Pak Lah jadi Menteri Kanan satu penghormatan.

Ia dapat menyenangkan urusan DS NAJIB dan bakal Timbalannya.

Saya sokong apa jua cara satukan orang Melayu kita.

Salam dan memang saya setuju ulasan artikel tuan blog sentiasa segar dan menyegarkan.

ONE said...

wah berat nie tp rasenye anwar tu memang ade masalah sket lar..
x tau la nape..cuma prasaan je kot!

Sedingin Salju said...

Artikal encik memang hebat.

Harap tok Najib dapat menyatu-padukan orang melayu dan gagalkan rancangan jahat Dap.

Gerila Malaya said...

Salam tuan Jentayu..

Hmm..kalau org itu sudah membenarkan dirinya menjadi laluan kepada rancangan jahat "Z", bagaimana pula kita nak mengharapkan dia utk bekerjasama dalam perpaduan melayu Islam.

Adakah semudah itu "Z" melepaskan dia itu?

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan