ANWAR = TKM 1

on Tuesday, April 14

Ismail Safian - 19073
Nizar - 21860

MELAYU UNDI SIAPA :
BN - 63 %
PAS - 37 %

BUKAN MELAYU UNDI SIAPA :
BN - 15 %
Pas - 85 %

Kesedaran orang Melayu bersatu di bawah UMNO semakin meningkat, terutamanya setelah merasai derita 10 bulan di bawah kuasa DAP bertopengkan Nizar.

1. RUMUSANnya mudah, MIC harus berterimakasih kepada PM kerana melantik wakil mereka ke dalam Kabinet.

2. Begitu juga MCA apabila wakil mereka bertambah lagi satu berbanding tuntutan mereka.

3. GERAKAN yang berada di luar BN suatu masa dulu nampaknya bijak berterimakasih apabila Presidennya diberi peranan.

4. PPP
juga bijak berterimakasih apabila Senator T Murugiah dikekalkan.

4. Bila dan Kenapa pula Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang sukar sangat dicariganti. Semua YB dia ada masalah serupa kah dengan Fairuz?

5. Kasihan KM Penang, terganggu pentadbiran kerajaan negeri kerana menanti dan menanti kata putus pemimpin de facto yang tidak boleh memutuskan keputusan. Macamana nak jadi PM kalau di peringkat negeri pun tidak mampu menyelesaikan pengganti TKM 1.

6. Dari segi lain, barangkali bangsa lain berkata dalam hati mereka, apa lah orang Melayu susah sangat mencari pengganti, kalau macam itu tak perlulah ada TKM 1, tiada siapa berani. Kalau susah sangat tidak perlulah lantik TKM 1, cukuplah ada satu timbalan ketua menteri sahaja, kerana tiada calon layak dalam PKR!

7. Barangkali hanya DS Anwar sahaja layak menjadi TKM 1...bukan begitu



6 Komen:

peminat said...

ALHAMDULILAH SYUKUR KEPADA ALLAH SWT ORANG MELAYU SUDAH KEMBALI SEMULA KEPADA UMNO, IAITU PARTI ORANG MELAYU DAN PARTI MELAYU ISLAM=
Hanya 15% kaum cina mengundi Barisan Nasional kali ini berbanding 30% pada 2008. Dianggarkan 9, 500 orang pengundi kaum Cina dan 1, 500 orang pengundi kaum India mengundi Pas kali ini. BN hanya menerima 1, 500 dan 500 undi.

5. Ini bermakna pengundi bukan Melayu secara jelas masih menolak BN. Beberapa isu yang mungkin menarik undi kaum Cina terhadap YB Nizar termasuklah isu tanah dan juga sokongan simbolik kaum tersebut kepada perjuangan DAP yang sebelum ini menguasai kerajaan negeri Perak.

6. Di pihak BN pula jelas menunjukkan UMNO semakin mendapat sokongan kuat orang Melayu. Daripada 14, 500 pengundi Melayu yang menyokong BN pada 2008, kali ini ia bertambah 2, 500 undi lagi menjadikan 17, 000 pengundi Melayu mengundi Barisan Nasional. Pas pula kehilangan 1, 500 undi Melayu pada pilihan raya kecil kali ini. Pada 2008 Pas menerima 11, 500 undi dan kali ini hanya 9, 500 undi.

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam.

Majoriti PAS menang @PR menang. Jangan kita menang bersorak..

Rapatkan saf dikalangan umat Islam tidak kira daripada UMNO,PKR atau PAS. Lupakan sengketa antara pemimpin Melayu, tidak perlu berbalah dan memburukkan antara satu sama lain.

Jika tidak gabungan DAP,MCA,MIC,Gerakan,PPP dan parti-parti non-bumi Sabah & Sarawak akan memerintah kita..tentu kita tidak mahu..menag bersorak kampung tergadai.

Anonymous said...

nak pilih tkm pun susah si anwar ni. ada dua orang saja. lambung duit syilling la.

macam mana nak perintah malaysia kalau semudah ni pun tak boleh nak decide.

ni menunjukkan dalam pkr pun tak bersatu. ada puak-puak masing-masing. nak rebut hartalah...

baling syilling, head or tail. tapi jangan lambung tingi-tinggi sangat.

Cucu Tok Selampit said...

Anwar pun tidak layak menjadi TKM I kerana beliau juga mempunyai masalh moral.

rahman,ahchong,muniandy said...

Kepada rakyat yang masih sayangkan Malaysia, janganlah disokong Pakatan Pengganas. Kerana setiap sokongan kepada mereka akan menghancurkan masa depan anak cucu. Setiap sokongan membawa kehancuran kepada Malaysia, menolak Islam sebagai Agama Rasmi malah mengusir orang Melayu daripada tanahair sendiri.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia dan bersatulah menolak anasir anasir jahat dan lindunglah kedaulatan Negara dan Raja Raja Melayu. Peliharalah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia. Lindungilah anak anak dan keluarga kita dari pengaruh jahat mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara daripada kejahatan mereka.

Anonymous said...

Rasuah=Politik wang???.. Politik wang=Rasuah???... Rasuah satu kesalahan yg berat, Politik wang TIDAK SALAH, Dahlil-dahlilnya ialah dengan syarat ahli umno.. tidak akan didakwa oleh SPRM di mahkamah, layak dihukum oleh Jawatankuasa Disiplin Umno shj.. hanya berlaku dikalangan ahli umno shj, perkara biasa dlm umno atau budaya umno.. Umno kebal dr undang2.. SPRM tidak ada kuasa utk mencampuri masalah dalaman umno (politik wang).. kesimpulannya,, kpd rakyat malaysia, jadilah ahli umno supaya anda dapat selamat drpd segala-galanya walaupun anda seorang .......

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan