MENTERI KANAN

on Sunday, April 5

1. KEMASUKAN Tun Dr. Mahathir semula ke dalam UMNO memberi kekuatan bukan setakat kepada UMNO tetapi juga kepada BN.

2. Pengarah Pilihanraya PAS, Dato' Hj. Mustapha Ali menyatakan PAS ketinggalan di Bukit Gantang kerana sindrom orang Melayu kembali kepada UMNO semakin kuat, hanya PAS bergantung harap kepada DAP sahaja ( pengundi Cina & India ). Minggu lepas SU Agong PAS, Datuk Kamarudin Jaafar awal-awal sudah mengaku kalah.

3. Apa pun penulis mengucapkan selamat bersejahtera kepada Tun Pak Lah sekeluarga, bagi penulis seorang negarawan yang sabar, tenang dan berhemah semasa menjadi PM. Parti-parti pembangkang menikmati kebebasan yang berskala besar semasa era Pak Lah.

4. Sangkaan DS Najib akan lebih tegas berbanding Tun Dr. Mahathir meleset, apabila hari pertama DS Najib telah membebaskan tahanan ISA, menarikbalik pengharaman Harakah & Suara Keadilan.

5. Semasa Majlis Perpisahan dengan Pak Lah, penulis telah membisikkan kepada DS Najib supaya memberikan peluang kepada MP Sabah memegang jawatan Menteri Kanan seperti Pembangunan Luar Bandar, Kewangan & Pertahanan, supaya pembangunan di luar bandar Sabah boleh dipertingkatkan.

Ini amat penting kerana Sabah sudah membuktikan kesetiaan kepada BN, sekurang-kurangnya 8 pemimpin Sabah memenangi Naib Presiden/MT/Pemuda/Puteri UMNO.

6. Saksikan ceramah Tun Dr. Mahathir di Bukit Gantang & Bukit Selambau hari ini.

6 Komen:

KeningauSabahan said...

Kami rakayt Sabah dan juga sarawak meminta PM baru beri Menteri yang ada peruntukan besar macam penulis ini tulis. Bila mahu kasi maju negeri Sabah dan Sarawak yang di ulu tu...

TokMudim said...

hang bagi 1001 sebab kenapa perlu tolak calon PAS...BN tetap kalah.

Ir Nizar bukan setakat calon PAS tapi mewakili PAKATAN

Dulu masa PAKATAN pandai merangkak, BN hampir tumpang dalam PRU 13, sekarang PAKATAN dah pandai berjalan.

BN kalah.... mereka dah tahu, cuma melayu bodoh macam hang masih melalak kat blog...

Bodoh punya melayu!


No to oral sex. Hormati isteri anda

Anonymous said...

Tolak Nizar sebab telah mengatakan PAS tidak memperjuangkan ISLAM..x ada dlm perlembagaan PAS untuk Negara Isalam..jadi sapa kelentong sapa??
Sapa jadi Penipu>???

rembia said...

dah la Tok Mudim, hang pi ushakan Paih tu jadi tunjang dulu dalam Pakatang tu sebelum Hang melalak kat sini.

takat ikut telunjuk DAP lepaih tu nak kata orang lain bodoh, hang cermin dulu diri tu sapa yg bodoh.

Anonymous said...

Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Masjid Negara Bersama 9 Ulama dari Seluruh Dunia
Tarikh: 15 Rabiulakhir 1430H/ 11 April 2009
Tempat: Masjid Negara, Kuala Lumpur
Majlis bermula: 4.30 petang – 9.30 malam

Antara jemputan khas:

•Prof. Dr. Rafi’ al-Ani (Mufti Negara Iraq)
•Al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Ulama Makkah)
•Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Ulama Makkah) - membacakan Qasidah Burdah
•Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti al-Azhar, Mesir)
•Shohibus Samahah Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Besar Mesir)
•Al-Habib Hassan bin Muhammed bin Salim al-Athtas (Masjid Ba’alawi, Singapura)
•Maulana Afeefuddin al-Gailani (Syaikh Tariqah Qadiriah)
•Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady (ISTAC)
•Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki al-Rembawi

Aturcara Majlis

4.30pm -- Sholat ‘Ashar Berjemaah

4.45pm -- Persembahan Audio Visual Sirah Nabi صلى الله عليه وآله وسلم

5.15pm -- Pembukaan Pengaraca Majlis

5.30pm -- Ceramah 1 - Prof. Dr. Rafi' al-Ani (Mufti Iraq)

6.00pm -- Ceramah 2 – al-Habib Umar Hamid al-Gailani (Makkah)

6.30pm -- Qasidah Burdah - Sayyid Abbas bin Sayyid ‘Alawi al-Maliki al-Hasani (Makkah)

6.50pm -- Syair - Dr. Ahmad Omar Hashem (Mantan Rektor Universiti Al-Azhar, Mesir)

7.05pm -- Ceramah 3 - Dr. Muhammad El-Muhammady (Pensyarah ISTAC)

7.25pm -- Azan dan Sholat Maghrib

7.45pm -- Ceramah 4 - Prof. Dr. Ali Juma’ah Mohamad Abdul Wahab (Mufti Mesir)

8.31pm -- Azan dan Sholat ‘Isyak

8.40pm -- Ceramah 5 - Syaikh Muhammad Fuad bin Kamaluddin al-Maliki (Pengasas Yayasan SOFA)

8.50pm -- Bacaan Maulud ad-Daiba'ie – al-Habib Hassan bin Mohammad bin Salim al-Atthas (Masjid Ba’alawi, Singapura)

9.20pm -- Doa Penutup - Syaikh Maulana Afeefuddin Abdul Qadir al-Gaylani (Pengerusi Amanah Al-Wariseen)

9.30pm -- Jamuan & bersurai


Semua dijemput hadir.
http://pondokhabib.wordpress.com

anak sabah said...

assalamualaikum saudara...saya ingin bertanya kepada tuan penulis... sila ke laman blog seorang wakil pkr http://www.juringunsalam.com

saya meragui kandungan blog berkenaan antaranya postnya terkini menegenai status bn yang tidah sah dalam undang2... boleh jelaskan dalam blog berkenaan atau blog ini?
nak tau sejauh mana kebenarannya.....

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan