FOBIA TERAKHIR = BERIBU CINA HADIR

on Friday, April 3

1. USAHA terakhir DS Anwar menghalang pelantikan DS Najib sebagai PM Ke-6 ialah menghantar petisyen MP pembangkang kepada DYMM SPB Yang DIPertuan Agong.

2. Beberapa jam lagi berlakulah lagi sebuah sejarah baru, pelantikan PM ke-6. Jika sebelum ini Anwar (61 tahun ) mudah sangat menghentam kerajaan Pak Lah ( 71 tahun ), apakah dengan DS Najib begitu juga (55 tahun ).

3. Malam ini Tun Dr Mahathir akan turun membantu calon BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, sekembalinya Tun dari London selepas berucap di kalangan pemimpin korporat dan bank G20 di sana.

4. Seperti yang penulis pernah nyatakan sebelum ini, Tun Dr Mahathir dan DS Najib adalah 2 nama yang sangat fobia kepada Anwar, tidak kepada Pak Lah kerana Pak Lah seorang PM yang sabar dan tenang.

5. Semalam beribu-ribu pengundi sanggup menunggu di tengah hujan lebat ketika ceramah BN di Bukit Gantang. Apakah ini angin perubahan?...http://pi5au.blogspot.com/2009/04/ceramah-bn5-ribu-kaum-cina-hadir-di.html

6. Sahabat baik penulis di dalam parti PAS memaklumkan SU Agong PAS telah dihalang untuk bercakap yang merugikan parti lantaran kenyataanya sebelum ini betapa sukar PAS untuk menang di Bukit Gantang akibat perubahan pucuk pimpinan dalam UMNO.

4 Komen:

Panglima Perang Cyber said...

akhirnya dakwaan bohong mereka sudah makin terbongkar..

sebab itu malaysiakini besarkan berita siti norhaliza bertemu nik aziz..

taktik alih perhatian..


hahaha


saya dah info team utk datang sini...

satu lagi Kumbang bagitahu blog Jentayu disiarkan Utusan hari ini.

syabas tuan !!!

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

1. Tahniah kepada Dato Seri Mohd Najib atas lantikan sebagai PM. Harapan rakyat pegang lah amanah rakyat dengan penoh amanah.

2. Kehadiran Dr.M dikhuatiri akan memburukkan keadaan. Kutukan dan kritikan nya terhadap pimpinan UMNO mungkin akan digunakan oleh pihak lawan. Sikap kita yang memperlecehkan beliau dan keluarga bila beliau keluar UMNO juga akan digunakan oleh pihak lawan.

3. Takut nanti kita menang bersorak je. Kita kena berhati-hati dengan kehadiran Dr.M.

mhs said...

salam,

semakin hari kerakusan dan kegobrokan DSAI akan terbongkar juga..dari satu masalah kepada satu masalah yg beliau cuba olahkan untuk mencapai cita2nya jahatnya..dari agenda lompat parti & agenda 16/9 semuanya hanya retorik yg hanya memakan diri DSAI dan juga Pakatan Rakyat..

Isteri beliau, hari ini melahirkan rasa sedih dgn pelantikan DS Najib sebagai PM ke 6..spt biasa dia akan menjual semua keburukan org lain tanpa melihat keburukan suaminya sendiri diatas segala kegoncangan kepada negara kita..DSAI layak ke menjadi PM?persoalan yg perlu dijawab oleh isterinya sendiri dan pemimpin PR..

saya bukanlah penganalisa politik atau terlibat dgn apa2 parti politik ttp saya sayangkan negara, agama dan bangsa..dan saya dapat lihat yg mana kaca dan permata...

syabas tuan..

Gerila Malaya said...

RAHMAN = 6 huruf
N = Najib

hakikatnya alif itu tidak dibaca dua harakat berdasarkan teori tersebut.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan