GERAKAN MENJATUHKAN HAJI HADI

on Wednesday, April 15

1. HANYA mantan MB Nizar telah memberikan 999 pajakan tanah kepada majoriti Cina DAP di Perak, maka sokongan kepadanya bertambah semasa PRK Bukit Gantang baru-baru ini. Itu antara sebabnya.

2. Maka BN kena faham orang Bukan Melayu sudah bijak berfikir jika Nizar boleh beri 999 tahun, BN hanya mampu beri 90 tahun, lebih baik undi Nizar.

3. Apabila kerajaan Mantan MB Nizar memberi tanah kepada persatuan dan sekolah-sekolah Cina sedangkan BN tidak memberi, maka amat nyatalah Bukan Melayu akan mengundi Nizar.

4. Mereka sama sekali tidak melihat Nizar sebagai seorang PAS, mereka melihat bendera DAP yang Nizar pegang.

5. Maka berlakulah teori ekonomi ' kos melepas '. Yakni hampir 70% pengundi Melayu kembali menyokong UMNO/BN dalam masa yang sama hampir 80% pengundi bukan Melayu mengundi Nizar yang berbaju DAP.

6. Dalam 4 tahun ini, jika Bukan Melayu masih melihat MCA/GERAKAN/MIC/PPP tidak berjaya menyediakan kek yang besar, yang banyak, yang sedap...maka penulis yakin PRU13 pengundi buka Melayu akan terus mengundi DAP.

7. UMNO tidak perlu risau kerana sokongan orang Melayu semakin bertambah berikutan kesedaran mereka akan pentingnya mempertahan survival dan statusquo.

8. UMNO perlu elak sifat Elitnya, kerana tatkala Datuk Ibrahim Ali menunggu hendak menyertai UMNO, mengapakah UMNO masih tidak memberi tempat kepadanya.

9. Kedua, tatkala Mesyuarat pemilihan Kepimpinan PAS sedang berjalan, yang mana Presiden Haji Hadi sudah menawarkan hendak bersatu dengan BN, mengapakah BN tidak menerima pelawaan itu.

10. Gerakan menjatuhkan Hj Hadi sudah bermula di Selangor, dan jika Hj Hadi gagal mempertahan Presidennya, maka PAS akan diperintah ala-Anwar oleh Calon Timbalan Presiden Husam Erdogans yang akan pasti menang bergaya.

11. Target mereka ialah PRU13 = PM DS Anwar dan TPM Husam Musa.

3 Komen:

Gerila said...

Salam,

Kenalah bersedia, Islam versi PAS Erdogan mungkin lebih menarik minat non-muslim untuk bersekongkol dengan lebih intim lagi.

Panglima Perang Cyber said...

hancur dan hancurlah alamatnya...

BPN pasti akan menentang semua ini..

SangKunang said...

selamatkan PAS daripada tangan2 kotor yang cuba untuk meliberalkan islam malaysia...
semoga ulamak2 tulen PAS akan bangkit mempertahankan objektif penubuhan PAS dan juga memainkan peranan yang lebih jitu dalam mempertahankan kesucian Islam di bumi Malaysia.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan