KABINET NAJIB

on Thursday, April 2

1. MAJLIS Perpisahan dengan Pak Lah esok dan Majlis Serah Tugas jawatan PM di Putrajaya sekaligus Menamatkan Mimpi Anwar dalam Projek 916nya yang bernilai entah berapa rm.

2. Bagi penulis, tiada masalah Anwar menjadi Ketua Pembangkang seumur hidup kerana ia akan menjadi check and balance dalam negara.

3. Yang pasti kesediaan Tun Dr Mahathir berkempen di Bukit Gantang malam ini, menandakan kembalinya semula sokongan rakyat.

4. Seperti biasa Anwar tetap dengan janji manisnya = terbaru akan bebaskan semua tahanan Hindraf. Bagi penulis bukanlah satu perkara sukar tahanan apa pun dibebaskan apabila pihak berkuasa ( bukan orang politik ) yakin tahanan telah boleh dibebaskan selepas melalui proses tahanan.

5. Bukanlah perkara yang menghairankan jika Anwar berjanji apa sahaja termasuk menawarkan jawatan TPM kepada Lim Kit Siang atau Karpal Singh .

6. Tidak ada yang menghairankan jika Anwar berjanji...hanya bila sampai masanya, tidak dapat melaksanakannya.

7. Perhatikanlah janji-janji PRU2008 kepada rakyat Selangor...kata nak bagi sekian rm kepada pelajar universiti, kepada ibu tunggal, di Penang nak hapuskan Tol, janji nak hapuskan kemiskinan...dan banyak lagi

8. Akhirnya KM mengakui sukar melaksanakan janji-janji itu, MB Guthrie akhirnya mengakui sukar mengotakan janji-janji itu. Malah sewa rumah rakyat miskin bukan lagi dihapuskan malahan dinaikkan pula.

9. Benarkah Pak Lah dan Tun Dr Mahathir akan menjadi Penasihat Kerajaan dalam Kabinet DS Najib? Hj Hadi letak mana dalam projek Kerajaan Perpaduan ?

4 Komen:

TokMudim said...

Kalau diikut diatas kertas , BN dah kalah teruk di Bukit Gantang, Yeop kena risau dan fikir macamana BN mesti menang...sebab orang-orang Bukit Gantang cerdik-cerdik belaka susah nak tipu macam 50 tahun yang lalu..


Teman bagi idea, oleh kerana UMNO begitu sinonim dengan rasuah, bila sebut UMNO orang akan ingat rasuah, boleh buat persamaan UMNO = RASUAH. Teman cadangkan UMNO kena rebranding tukor terus nama ke yang tak rasuah.

Teman cadang buh nama NO-UMNO, persamaan NO-UMNO = No Rasuah.


Teman rasa ini aje cara BN untuk menang di Bukit Gantang....UMNO guna nama baru NO-UMNO.

Uji minda anda. Jangan biarkan berkarat

tokmulu said...

kau makin hebat sahabatku,...tapimestidiingat......perjuangan sekular akn merugikan...belajarlah dari sejarah...daulatkan Islam.pleasemy friend
pozi..k.brg .trg.0139301764

DODO said...

Nak daulat Islam lagu mana..Nizar pun x nak negra Islam dan hudud..dalam perlembagaan PAS nizar kata tak de pon nak laksanakan hudud..?? sila tengok clip persidangan adun Perak...

Sedingin Salju said...

Saya yakin dengan kepintaran Najib.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan