KISAH TUN RAZAK TIDUR DI RUMAH PANJANG...

on Sunday, April 19

1. SEMALAM di Pekan 30,000 dan di Kuantan 40,000 Rakyat Pelbagai Kaum menyambut dan mendengar amanat YAB Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Tun Razak.

2. Malah, amat menggembirakan beberapa Cawangan PAS turut menyambut kehadiran PM dan turut memasang Kain Rentang menyokong PM... apakah mereka diarah dan direstui oleh Presiden PAS, dan apakah itu bibit-bibit kemasukan Hj Hadi sertai BN.

3. Semasa Pertemuan eksklusif penulis dengan Tun Abd. Rahman Ya'kub, Mantan Menteri Pelajaran yang bertanggungjawab menubuhkan UKM, banyak rahsia perlu dicontohi ;

a. ...Antaranya Peristiwa Tun Razak melalui jalan becak dan berselut di kawasan pedalaman semata-mata untuk menjenguk masalah rakyat.

b. Bayangkan Tun Razak pernah bermalam di Rumah Panjang, di Lawas Sarawak. Bayangkan penghuninya tanpa api dan air bersih, makanan ala-hutan, penghuninya kaki berlunjur ke hadapan ( cara orang Ulu duduk )... namun, Tun Razak berkata kepada Tun Abd. Rahman ketika itu, "...tidak mengapa, mereka rakyat kita...".

c. Alhamdulillah, jika Semua YB BN boleh mencontohi Tun Razak, penulis tidak hairan jika PRU13 BN akan kembali mendapat majoriti 2/3 dalam dewan, dan sekaligus merampas semula negeri yang lain.

Tahniah kepada YB Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Di JPM kerana telah mula mengikuti cara Tun Razak ini apabila bermalam di rumah-rumah peneroka Felda. Di situlah boleh diselami suara hari rakyat, masalah, keperluan, isu, bersolat bersama, dsbnya.

Trend pengundi Melayu kembali menyokong UMNO mesti diteruskan, dimampatkan dan disokong dengan program kerakyatan...

4. Penulis ingin mencadangkan kepada YAB Perdana Menteri supaya setiap hari Jumaat, setiap YB BN mesti bermalam di kampung-kampung/kawasan mereka dan program ini hendaklah dimasukkan dalam KPI YB BN.

Mana-mana YB BN tidak ada dan tidak pernah bermalam di kampung-kampung atau di kawasan mereka hendaklah dinilai KPI mereka.

Malah Ketua-Ketua Bahagian UMNO di seluruh negara dan Komponennya mestilah mempunyai Program Bermalam Bersama Rakyat setiap hujung minggu.

Jika mereka banyak alasan, bermakna mereka tidak ada minat menjadi Wakil Rakyat yang berKPI...bagaimana anda bersetuju...

Jika Tun Razak boleh bermalam di rumah panjang nun jauh di pedalaman, kenapa YB BN sekarang tidak boleh!

4 Komen:

menyegar said...

Salam,aku bersetuju dengan pendapat saudara.sepatutnya mmg YB mesti pergi ke kampung kampung tempat rakyat marhain utk merasa keperitan hidup mereka. nanti YB akan tau lah mcm mana susahnya kehidupan rakyat. so YB YB akan memikirkan nasib rakyat bila nak membuat sesuatu keputusan

Panglima Perang Cyber said...

setakat ini tanda2 positif rakyat terhadap pentadbiran DS Najib semakin meningkat.

tempoh dua tahun dapatlah kiranya ditebus kembali kesilapan atau kelemahan sebelum ini.

moga PRU13 adalah kali terakhir PKR DAP PAS bertanding sebagai Pakatan Rakyat.

kali terakhir untuk pakatan rosak mereka..

Kumbang said...

Salam bro,
Pemimpin mesra rakyat. Pasti orang kan suka.

Pejuang Bangsa said...

sbnarnya inilah plan dan langkah yang diambil oleh Najib untuk mengembalikan sokongan rakyat kpd BN. tidak ada cara lain lg selain pemimpin perlu dekat di hati rakyat.

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan