MANA KPI MENTERI KESIHATAN ?

on Wednesday, April 29

1. TAHNIAH kepada YB M Saravanan kerana kebetulan mencekup Doktor yang dikatakan curi tulang, jika diselidiki sebenarnya mungkin ada lagi, maksud penulis Doktor yang tiba-tiba hilang dari radar.

2. Namun, semua Doktor terikat pada etika dan konvensyen Geneva khususnya. Peratus mereka yang sedemikian rupa pastinya kecil.

3. Bagaimana pula Doktor-doktor yang kerja 48 Jam tanpa henti? Bermula kerja 8.00pagi-5petang tanpa henti! Sambung ON-Call dari 5.00petang hingga 8.00pagi keesokannya, Kemudian sambung lagi sehingga 5pm atau 6pm. Kesemua rutin Doktor ON-Call sedemikian rupa!

4. Tiada masa untuk makan, Tiada masa untuk baring meluruskan kaki, dan tiada masa untuk membaca akhbar sebenarnya, malah ada Hospital yang tidak pun menyediakan makan malam mereka, malah ada hospital bilik tidur Doktor On-Call pun tidak terurus!

Silakan YB Saravanan menyamar dan melihat keadaan ini. Menteri Kesihatan yang ada sekarang pun tidak ada membuat pembaharuan, tidak ada KPI tentang ini, dan tidak ada outcome menyelesaikan isu ini.

5. Semasa sidang parlimen tahun lepas, penulis menghantar SMS kepada YB Bung Mokhtar betapa ada Doktor yang keguguran kerana berdiri lebih 24 Jam tanpa henti.Hanya Bung Mokhtar satu-satunya YB yang berani bersuara dalam Parlimen tahun lepas untuk memperjuangkan nasib Doktor-Doktor di hospital Kerajaan.

6. Penulis bukan Doktor, namun penulis memahami kepayahan Doktor-Doktor di hospital kerajaan terutamanya. Bercakap pasal gaji dan elaun= kesimpulan penulis mudah, pendapatan Tuisyen guru Bahasa Melayu di Kuala Lumpur lebih besar dari gaji Doktor Pakar Kerajaan. Namun bukan itu prioriti mereka, prioriti mereka ialah pesakit diutamakan.

7. Seharusnya inilah yang diKPIkan oleh Menteri Kesihatan . Jika menteri tidak percaya sila buat kaji selidik kepada Doktor-Doktor On-Call ini.

4 Komen:

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

Salam.

Benar ke cerita Saravanan ni. Jika benar kita patut hukum 2 Dr yang menghabiskan beras ni. Jika tidak benar kita patut berhenti menyokong pemimpin yang mencari populariti dengan cara yang mudah. Warga kesihatan..bangun lah dari mimpi indah. Lihat bagaimana mereka menghina kita...

Pejuang Bangsa said...

tidak benar pun cerita saravanan ..saja cari publisiti

Menteri Kesihatan sudah nafikan Dr terbabit curi tulang ...

aku harap saravanan jangan serkap jarang selepas ini tuduh profesion Doktor ini .aku faham kerjaya Doktor kerana kawan aku bekerja sebagai Doktor dan kerjaya mereka memang sibuk ..On call sahaja .nak jawab telefon pun susah .

Ahmad Samad said...

mcm biasalah bila tertangkap macam-macam alasan tapi bg mereka yg pergi ke hospital kerajaan tahu hakikat sebenar layanan mereka. Sudah sakit dikaki sakit pula dihati!

Anonymous said...

jadi doktor dululah baru tahu susah se ke senang...kalau on call terus menerus 36 jam..cubalah kerja macam tu...cakap banyak lah saravanan tu...publisiti murahan

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan