SEPULUH TAHUN LAGI

on Tuesday, April 7

1. PEMBENTUKAN kabinet adalah kuasa PM.

2. Jika MCA menuntut TPM, ia bukan pertama kali, kerana Tun Tan Siew Sin dahulu hampir-hampir menjadi TPM di bawah Tunku Abd Rahman.

Jika PAP ( Lee Kuan Yew ) tidak menentang dialah TPM Bukan Melayu pertama.

3. Tun Razak telah menarik semula Tun Dr. Mahathir dan melantik Tun Dr. M sebagai Menteri, walaupun ketika itu Tun Dr. M baru saja menjadi MP Kubang Pasu.

4. Lebih 30 tahun kemudian, DS Najib Tun Razak juga menerima semula Tun Dr. M ke dalam UMNO. Yang jelas tidak sampai 10 tahun Tun Dr M menjadi PM yang berjaya memberi kesejahteraan kepada rakyat Malaysia, ini tidak bisa dinafikan.

5. Dato Mukhriz tidak menuntut jawatan Menteri atau Timbalan, namun penulis berpendapat Mukhriz perlu diberi peluang bukan kerana jasa bapanya, tetapi pembawaan politiknya yang sederhana, matang dan tenang.

KJ walaupun Ketua Pemuda UMNO, tetapi tidak berada dalam keadaan baik untuk menjadi Menteri atau Timbalan Menteri. Bukan kerana faktor muda dan tuduhan ke atasnya, tetapi KJ perlu membuktikan kematangannya, kehebatannya dan keikhlasannya, dalam tempoh 5-10 tahun barulah KJ akan mempunyai kekuatan untuk dilantik sebagai Menteri.

Dahulu Dato' Hishamudin dituduh bermacam-macam (1998), akhirnya berkat kesabaran, kematangan, pengalaman akhirnya 10 tahun kemudian ( 2009 ) , Dato Hishamudin boleh memenangi Naib Presiden. Inilah yang perlu KJ pelajari.

6. Keputusan di Batang Ai, Bukit Gantang & Bukit Selambau akan membayangkan sokongan rakyat Malaysia dan sindrom Najib/Tun Dr. Mahathir.

3 Komen:

Ahmad Zolfi Bin Mohd Yusoff said...

1. Mungkinkah kekalahan Pilihanraya kecil 2 Bukit disebabkan kemasukan semula Dr.M ke dlm. UMNO. Satu persoalan.

2. Jika dibandingkan KJ lebih berwibawa kepada orang Melayu.

3. Sewajarnya KJ harus diberi tempat didalam kabinet berdasarkan merit yang diperolehi dan bukan persepsi yang diwar-warkan oleh Dr.M.

Seperti yang diperkatakan keputusan 2 Bukit membayangkan sokongan rakyat Malaysia dan sindrom kepada Najib/Dr.M

kawan lama said...

Kesilapan BN ialah membawa Tun dihari terakhir kempen, sepatutnya Tun berkempen lebih awal, Kedua, DS Najib sepatutnya turun padang juga, kelemahan BN ialah apabila Pilhabraya Kecil hanya Timbalan saja yang turun padang,

Setuju penulis KJ masih tidak diterima, KJ perlu membina dirinya sendiri, sekarang ini KJ naik kerna bantuan Pak Lah, tanpa Pak Lah sekarang bolheka agaknya KJ naik..

wanbaki said...

Tak perlu semua pemimpin yang baik...
yang BN/UMNO perlu adalah pemidato yang hebat dan membawa isu sensitif. Yang pandai hujah dengan berapi. Jemput rakyat p tengah padang MAKI HAMUN, FITNAH, CACI pihak lawan Baru lah boleh menawan hati rakyat. rakyat tak peduli TUN ka sapa ka masuk UMNO kerana tak da STEEEMM langsung.. Kepala rakyat la ni adalah seperti perempuan yang gila gosip artis....

UMNO kena meniup kamarahan yang ada didalam DADA pemimpin PR tu masuk kedalam DADA BN/UMNO jugak. Biaq API lawan API...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan