2 WAKIL RAKYAT PAKATAN BAKAL KELUAR

on Wednesday, May 13

1 Dalam sistem demokrasi Wakil Rakyat dipilih oleh rakyat. Di Malaysia semua orang faham Pilihanraya 5 tahun sekali merupakan medan memilih Wakil Rakyat.

2. Di Perak, semasa PRU12 31 Adun PAS/DAP/PKR bergabung membentuk kerajaan negeri. 28 Adun BN juga dipilih oleh rakyat. Maka berlakulah kerajaan pakatan.

Tiba-tiba
3 Wakil Rakyat Pakatan keluar parti, dan menjadi Wakil Rakyat Bebas. Maka runtuhlah kerajaan pakatan.

3. Malangnya Mantan MB Nizar yang dikelilingi YB-YB DAP berusaha sedaya upaya seapa pun mereka boleh untuk mengatakan mereka kerajaan, walaupun mereka tahu sudah kurang 3 undi. MB Nizar dan YB DAP macam buta Matematik.

4. Sepatutnya akur sajalah dah kurang Majoriti. Soal kenapa kurang tanyalah YB DAP & YB PKR yang keluar parti tu. Salahkanlah mereka, tanyalah mereka, marahlah mereka...

5. Ataupun buatlah refleksi, kenapa YB Pakatan keluar pakatan...

6. Dua hari lalu Mahkamah Tinggi mengembalikan jawatan MB yang dikejar-kejarnya. Alhamdulillah kita hormatilah, syukurlah, PM kata hormati hak dia, Hishamudin kata hormati keputusan Mahkamah, Dr. Zambry kata biarlah rezeki dia dah menang.

7. Bila Mahkamah Rayuan menerima rayuan Dr Zambry dan menahan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi itu, Nizar marah-marah, bermacam-macam kata-kata indah keluar dari mulut Nizar, hairan sungguh ya ( contohilah Haji Hadi bila PAS kalah di Terengganu, Hj Hadi tiada masalah menyerahkan jawatan MB kepada Idris Jusoh, bersabarlah, bersyukurlah dengan nikmat Allah kerana memberikan peluang menjadi MB kali kedua walaupun tidak sampai 24 jam.

8. Sebenarnya jika tidak ada orang yang gila kuasa, kecewa hilang kuasa, bagai nak gila bila hilang kuasa...politik Perak boleh aman.

9. BN teruskanlah dengan 28 kerusi, Pakatan teruskanlah berkhidmat dengan 28 kerusi, 3 YB Bebas buatlah seBebas-bebasnya nak sokong siapa pun,. Bukankah Mereka selalu kata ini Hak Asasi Manusia..Ini Human Rights, itu human rights...so, 3 YB Bebas itu Hak Asasi merekalah nak sokong Pakatan ker...nak sokong BN ker...bukan begitu...

10. Senang je Politik Perak tu kalau semua pihak mahu mengerti, mahu faham, menerima takdir, sabar, tunggulah PRU13...kempen habis-habisan, kalahkan BN buat macam di Kelantan, tak kan Nizar tak mengerti erti Sabar...assabaru minal imann...

11. Dengar khabar, oleh kerana terlalu meluat, 2 YB Pakatan sedang hendak berhijrah sama ada Bebas atau BN. Jadi macam mana tu...nak salahkan 2 orang ini kah, atau nak salahkan siapa...bagi penulis , salahkanlah diri sendiri...bukan begitu..

12. Mereka dikatakan bertanya-tanya kenapa sidang akhbar bekas MB asyik di bangunan DAP aje...PAS tak ada pejabat ker?

9 Komen:

Anonymous said...

Apa benda pulak ni. Babi mana pulak start cerita ni. Anyway bubar DUN buat pilihanraya semula. Apa masalahnya.

Anonymous said...

mamat manalak jandakayu bakar ni, dia tau tak apa dia tulis ke atau dia tak tahu apa dia baca, atau dia tahu tak apa dia ttak tahu atau dia mungkin tak tahu apa dia tahu ....... memang kayu

Anonymous said...

aku org Kelantan.yg aku tgok pemimpin PAS sibuk ceramah tiap2 hari.x pa krjn pusat buat smua tugas...kita cramah saja.kita x ada kerja.balak kat Lojing byk lagi.kita gomo pulak sampai licin...PAS UMNO sama saja pantang jumpa balak pasti gomo..

Anonymous said...

anwar kat mana ya?syp saja

anti dap kafirun harbi said...

Kami rakyat Perak bersyukur kehadrat ALLAH SWT kerana kerajaan dap tumbang di Perak. Dua ADUN Melayu Islam telah dibukakan pintu hati mereka untuk menerima kenyataan. Ya ALLAH! jauhkan negeri Perak yang kami cintai ini daripada sekali lagi dipimpin oleh dap kafirun harbi!

Anonymous said...

Penyokong PAS ni suka cakap pasal Babi..babi mana start lah blog babi lah..tak ada benda baik nak cakap ke?
Kalau tak babi suka menuduh orang kapirlah tak pandai ugamalah.Penulis tak tau apa ditulislah.
Saya dah baca blog dia orang ni .Boring,perasan dan syok sendiri.Lepas tu tanya soalan jawab sendiri.Pandai ugama katakan.
Kepada mereka ni saya kata UP YOURS
Saya harap dia orang paham.

Cha Ril said...

Salam..... semua

Ini pandangan saya....

Sebab apa terdapat krisis di Perak? Apa puncanya? Kenapa perkara yang sama tidak berlaku di Kedah atau tempat lain?

Sebenarnya persoalan ini kurang di ambil peduli oleh masyarakat Melayu beragama Islam di negara ini... mereka lebih memandang ke arah keburukan yang dilakukan oleh UMNO saja... Sedangkan di Perak hanya mempunyai pemimpin Islam dan Melayu sedangkan ianya seolah-olah hanya 'BONEKA kepad DAP"..

Apa yang terjadi didalan sidang DUN baru-baru ini siapa yang mempertahanakan DS Nizar... Bukankah dari DAP... Kenapa DS Nizar tidak buat sidang akhbar di tempat lain kenapa perlu dihalaman DAP? Ini semua kerana DAP mempunyai Majoriti dikalangan gabungan Pakatan Rakyat.. ia berbeza di kedah dimana Orang Melayu Beragama Islam yang menguasai DUN....

Walau apapun kita berharap krisis di Perak dapat diselesaikan dengan aman... terimalah hakikat, terimalah kenyataan....

sekian....

Anonymous said...

Masaalh mereka keluar kerana kepentingan mereka sendiri, umum telah tahu....masalah kes kes mereka

Tapi sekiranya MB Tajol secara JUJUR membuat penyerahan resmi tugas MB hal ini tidak akan terjadi.... oleh kerana ada agenda tersembunyi dan di rancang.....DAN telah terbukti

Dengan insiden merampok YB YB dan sebagainya....maka tercetuslah apa yang jadi sekarang

Kesimpulanya dengan cara BUBUR DUN kita akan lihat raykat akan membuat keputusan..

Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui.... Wallah Hualam

Anonymous said...

aku selaku rakyat perak menentang sekeras-kerasnya pembubaran DUN. untuk pengetahuan anda semua aku sebenarnya menetap dekat dengan area parlimen bukit gantang. masa PRK bukit gantang hari tu kawasan tempat tinggal kami jadi huru-hara dengan penyokong2 parti bertanding, mereka ni kebanyakkannya org luar yang datang hanya untuk buat kecoh. jadi kepada Sultan Perak, patik memohon jangan di perkenankan pembubaran DUN kerana ini hanya akan mengundang lebih ramai penyokong2 parti bertanding datang ke negeri perak dan membuat kecoh. biarkan saja parti2 yang gila kuasa ni menyelesaikan masalah mereka dengan sistem perundangan yang ada. kami mahukan tempat tinggal yang aman dan damai, biarkan mereka yang gilakan kuasa ini berperang di mahkamah. jangan jadikan negeri perak dan tempat tinggal kami medan peperangan mereka. Ampun Tuanku...

Post a Comment

Blog Archive

Dilema Melayu Sabah

Buku Penulis

Buku Tun Mahathir

Bakal Diterbitkan